Blog Performance Oktober 2021

Monday, 1 November 2021

 

Bulan lepas kecoh betul kan pasal Blogger dengan Google ting tong. Ada yang PV jatuh lah, komen masuk spam lah, gambar tak load, blog loading lama sangat. Banyak betul masalahnya. Blog I pun terkesan jugak tapi sebab ada goal nak kena achieve terpaksa lah rajinkan diri update jugak walaupun menyampah tengok statistik. 

1) PV

Bab PV tak payah sembang banyak lah sebab semua pun sedia maklum PV menjunam haha so I redho je lah berapa dapat pun. Nasib baik la dapat jugak 1.8 juta macam I target bulan lepas. Entah boleh achieve target 2 juta entah tidak hujung tahun nanti. Kalau achieve, I happy. Kalau tak achieve, kita berhuhu je lah di bucu katil. Hidup ni bukan sentiasa panas, tiba-tiba taufan datang gittewww. 

2) Posts


Sama macam bulan September, bulan Oktober pun banyak yang cari AR Post dengan Registered Post sebab ada urusan dengan pejabat kerajaan. Rasanya dekat Astro ulang tayang franchise Bini Aku Dari... sebab galak benar dia masuk dalam Popular Post. Movie Hindustan ada dua dekat popular post bulanan tu kira dah boleh senyum lega lah hehe

3) Keywords


Happy tengok keywords sebab banyak relate dengan movie Hindi. Dulu memang susah nak nampak orang cari movie Hindi. Ada movie Hindi zaman 2000 ke atas pulak tu. Masa update tak expect langsung ada yang nak cari movie ni tapi saja la nak simpan dekat blog lepastu masa update boleh meroyan sekali. Selagi tak update, selagi tu lah rasa nak emo. 

4) Audience


Before this I ingatkan kalau ada reader dari negara pelik-pelik tu spammers ataupun Google bot tapi baru tahu yang sekarang dah ramai guna browser DuckDuckGo. Kalau pakai yang ni dia boleh hide IP address user tu, kadang-kadang sampai ke lautan dalam. Bila dah tahu rasa tak lah cuak sangat kalau tengok negara yang memusykilkan. 

5) Bilangan Entri


Kalau ikutkan bulan ni memang malas sangat nak update tambah pulak murung tengok PV tak cun macam tu tapi terpaksa jugak update sebab entry yang kita update hari ni, minggu depan ada yang nampaknya. Lagipun personal target I kena update 60 entry sebulan walaupun kadang achieve kadang tidak. Korang pun boleh nampak dari Januari sampai Oktober macam mana haha. Untuk bulan Oktober gigih jugak lah update sampai 50 entry. Nasib baik berjaya jugak hihi

Anyway thanks untuk semua readers blog ni. Mana yang belum terbalas kunjungannya, diharap bersabar ye sebab komen-komen awak mungkin masuk spam. Nasib baik blogger NaSa update entry pasal tu, kalau tak entah bila nak perasan. 

Aryan Khan, Hisap Dadah atau Pengedar Dadah?

Sunday, 31 October 2021


'At 23, either you be like Neeraj Chopra or live like Aryan Khan.'

2 Oktober mengejutkan banyak pihak bila beberapa keping gambar diupload di Twitter berkenaan raid oleh pihak Narcotics Control Bureau (NCB) di Cordelia Cruises' Empress yang menuju ke Goa. Ikutkan pada pakaian suspek yang ditahan memang sama dengan pakaian Aryan Khan dalam gambar yang dimuat naik di laman Instagram. 


Trending jadinya bila memang sahih anak sulung Shah Rukh Khan ditangkap dalam raid tersebut. Aryan Khan juga mengaku dia mempunyai 13 gram cocaine, 5 grams mephedrone, 21 grams charas dan 22 pills of MDMA ataupun Ecstasy. Selain dari Aryan Khan, kawan-kawan dia Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha juga ditahan atas kesalahan yang sama. 

Pada 3 Oktober, Aryan Khan ditahan oleh pihak NCB untuk ujian pengesanan dadah kemudiannya dihadapkan ke Majistret. Aryan dan rakan-rakannya ditahan reman selama satu hari. 


Berdasarkan memo tangkapan yang dikeluarkan oleh pihak polis Mumbai, Aryan Khan ditahan di bawah Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Act. Antara dakwaan termasuklah : 

1. Section 8(c)

This section prohibits the production, manufacturing, possession, selling, purchase, transport, warehouse, use, consumption, inter-state import and export, import to and from India, or transship of any narcotic drug or psychotropic substance, except for medical or scientific purposes.

2. Section 20(b)

Under this section, possession, cultivation, manufacture, sale, transport, and use of cannabis are punishable offences.

  • If the accused is in possession of a ‘small quantity’, imprisonment involves a term which may extend to six months.
  • If the quantity is less than ‘commercial’ but greater than ‘small’, the imprisonment may extend to ten years.
  • If the quantity involved is ‘commercial’, imprisonment shall not be less than ten years but may extend to twenty years.
3. Section 27

Under Section 27, the consumption of any narcotic drug or psychotropic substance is a punishable offence.

4. Section 35

This section presumes that the accused knew what they were doing. Hence, the accused will be treated guilty unless proven innocent.

Keesokannya, pada 4 Oktober NCB bawa Aryan dan rakan-rakannya menghadap Majistret untuk ditahan lebih lama bila mereka jumpa beberapa Whatsapp chats di antara Aryan Khan dan tokan dadah sekaligus menjadikan Aryan suspek kepada international drug trafficking. Mahkamah membenarkan Aryan Khan ditahan sehingga 7 Oktober. 

Pada 7 Oktober Mahkamah putuskan bahawa Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha ditahan di penjara Arthur Road. Peguam Aryan Khan cuba cari jalan dengan ikat jamin menggunakan hujah tiada sebarang dadah yang dijumpai pada anggota badan Aryan semasa raid tersebut.

Mahkamah tolak rayuan ikat jamin yang dikemukakan oleh peguam Aryan pada 8 Oktober kerana bukti yang ditemui oleh NCB adalah bukti kukuh. Sama juga untuk percubaan kali kedua pada 9 Oktober bila Mahkamah reject permohonan ikat jamin tersebut walaupun pihak NCB mengaku tiada sebarang dadah ditemui pada Aryan Khan. 

Masa ni dah mula muncul naratif simpati kepada Aryan Khan bila dia diperangkap oleh parti politik yang ingin menjatuhkan imej Shah Rukh Khan. Rakan selebriti juga update tanda sokongan moral kepada SRK sekeluarga di media sosial antaranya Hrithik Roshan, Suniel Shetty, Malaika Arora, Salman Khan, Sonam Kapoor, Pooja Bhatt, Farah Khan, Karan Johar dan ramai lagi. 

Merepek sebenarnya dakwaan pihak media yang kononnya NCB nak jatuhkan imej SRK sebab imej King Khan dah lama jatuh pun. Lagi merepek bila ada pihak yang kata kesilapan Aryan hanyalah dilahirkan sebagai Muslim dan mempunyai surname Khan. Bullshit I must say. 


Geli tengok media dan portal gossip Bollywood keluarkan artikel simpati bila Aryan Khan tak lalu makan dan tak nak guna tandas dalam penjara. Padahal SRK dah bagi peruntukan duit belanja sebanyak Rs4.5 crore untuk anak dia guna dalam penjara. Sel dia bukan sel biasa yang kotor tu tapi sel penjara khas untuk VIP. Bukan setakat ada privilege untuk hidup mewah dalam penjara, malah ada keistimewaan untuk buat rayuan ikat jamin dalam masa terdekat sedangkan ada rayuan ikat jamin dari tahun 2017 masih lagi pending.

Percubaan rayuan ikat jamin kali keempat pada 11 Oktober oleh peguambela Aryan Khan ditolak olah pihak Mahkamah dan NCB meminta sedikit masa untuk retrieve data dari perbualan Whatsapp dalam mobile phone milik Aryan Khan dan rakan-rakannya. Mahkamah minta NCB untuk kemukakan bukti pada 13 Oktober di Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court. 

NCB menurut permintaan tersebut dan Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court keluarkan perintah pada 14 Oktober untuk sambung perbicaraan tersebut pada 20 Oktober. Ikat jamin kali kelima oleh peguambela Aryan Khan ditolak sekali lagi oleh Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court kerana disyaki terdapat pertalian antara Aryan Khan bersama pembekal dan penjual dadah dalam hujahan sepanjang 18 helaian yang dikemukakan oleh pihak NCB. 

Nama pembekal dadah Imtiaz Khatri sekali lagi muncul dalam kes tangkapan dadah oleh pihak NCB ni. Imtiaz Khatri adalah pembekal yang sama dalam kes dadah Rhea Chakraborty dan Sushant Singh Rajput. 

Gagal melepaskan anak guam, SRK dan peguambela buat rayuan ikat jamin di Mahkamah Tinggi Bombay pada 20 Oktober dengan hujahan bahawa pihak NCB salah tafsir perbualan Whatsapp milik Aryan Khan. Pada 24 Oktober seorang saksi menceritakan kononnya pihak NCB peras ugut SRK dengan meminta jumlah wang sebanyak Rs25 crore untuk bebaskan Aryan Khan. Sameer Wankhede, ketua operasi NCB keluarkan statement bahawa cerita tersebut palsu semata. 

Pada 26 Oktober Mahkamah mendengar rayuan yang difailkan oleh Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha. Bekas Peguam Negara, Mukul Rohatgi mewakili Aryan Khan menegaskan tangkapan terhadap anak guamnya adalah satu perbuatan yang melanggar undang-undang. 

Mahkamah meneruskan perbicaraan pada 27 Oktober dengan hujahan dari peguambela Amit Desai yang mewakili Arbaaz Merchant mereka bertiga sepatutnya diberikan notis dibawah Seksyen 41(a) di mana mereka cuma perlu datang untuk disoal-siasat dan bukannya ditahan di penjara. 

Pada 28 Oktober Mahkamah Tinggi Bombay memutuskan bahawa rayuan ikat jamin terhadap Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha dibenarkan selama 25 hari. Aryan dan rakan-rakannya tidak dibenarkan keluar dari negara ataupun memberitahu media mengenai prosiding mahkamah tentang kes ni. Mahkamah juga menerangkan syarat-syarat lain sebanyak 5 helai mukasurat kepada mereka bertiga pada 29 Oktober.

Dalam masa yang sama pihak media pula cuba rosakkan imej Sameer Wankhede dengan menjaja kisah peribadi dia ataupun mencipta naratif palsu. Satu notis dikeluarkan oleh pihak atasan NCB kepada Sameer berkenaan tangkapan tersebut. Fans SRK dan pihak media berkumpul di hadapan Mannat untuk menyambut kepulangan Aryan Khan. 

SRK dengan legal team yang dilantik untuk Aryan 

Juhi Chawla hadir ke Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober untuk tandatangan bon perjanjian bernilai Rs1 lakh sebagai jaminan terhadap Aryan Khan. SRK dengan Gauri dah upah beberapa orang bodyguard untuk Aryan lepas dia keluar dari penjara. Walaupun Aryan Khan dapat keluar dan pihak NCB bersalah kerana tangkapan tersebut tapi one thing for sure, Aryan memang terlibat dengan drugs trafficking. 

Movie Review | Hostage : Missing Celebrity

Director : Pil Kam-sung

Writer : Pil Kam-sung

Cast : Hwang Jung-min, Lee Ho-jung, Ji Nam-hyuk, Jung Jae-won, Ryu Kyung-soo, Lee Kyu-won, Lee Yoo-mi, Park Sung-woong

Production Company : Next Entertainment World 

Distributor : Next Entertainment World

Genre : Action / Thriller

Running Time : 94 minutes

Release Date : 18 August 2021

Trailer :


Hwang Jung-min antara pelakon lelaki yang top dalam industri perfileman Korea Selatan. Kalau ada dia sebagai pelakon, para produser boleh tarik nafas lega sebab filem dia dijamin akan dapat kutipan setinggi 10 juta won. Lepas menghadiri press conference mengenai movie terbaru dia, Jung-min minta untuk pulang sendiri ke rumahnya. 

Dalam perjalanan dia terjumpa dengan 3 orang lelaki yang kurang ajar. Dalam situasi tersebut dia cuma berpura tenang supaya tak merosakkan imej dan popularitinya. Malangnya dia diculik dan dibawa ke rumah yang terletak jauh di dalam hutan. Sangkaan dia semua tu hanyalah prank dari peminat fanatik meleset bila Choi Ki-wan (Kim Jae-beom) tunjuk video pemilik kedai yang dibunuh akibat gagal bayar wang peras ugut. 

Jung-min diberi masa selama 24 jam sahaja untuk bayar sebanyak 5 billion won untuk dilepaskan sebelum pihak polis dapat tahu kehilangan selebriti terkenal tersebut. Sementara Ki-wan geledah rumah Jung-min untuk mencari kad debit, pelakon tersebut cuba melengahkan masa dan mencari helah untuk selamatkan diri dari sekumpulan penculik yang kejam. 

Movie penulisan dan arahan Pil Kam-sung ni adalah official remake dari movie China, Saving Mr. Wu arahan Ding Sheng yang diterbitkan pada tahun 2015. Memandangkan tak pernah tengok movie original, I buat review bersandarkan pada movie ni semata lah sebab naskhah ni sendiri diberikan sentuhan dan olahan yang kemas dan mendebarkan. Tak hairan lah kalau movie genre action thriller ni dijemput ke Hawaii International Film Festival, Paris Korean Film Festival dan US Fantastic Fest. 

Walaupun pelakon Hwang Jung-min lakonkan watak dirinya sendiri tapi tetap ada cabarannya juga sebab ni situasi pertama Hwang Jung-min diculik dan bertarung dengan sekumpulan penjenayah. Nama dan popularitinya sahaja yang sama tapi karakter ada perbezaan bila terlibat dalam situasi mencemaskan. Tak semua orang yang datang untuk tolong tu datang seikhlas hati. Rata-ratanya datang sebab nak tumpang popularity dan kerana duit juga. Scene Jung-min kena heart attack tu saspen jugak lah sebab nampak real sangat walaupun Yeom Dong-hun (Ryu Kyung-soo) syak dia cuma berlakon. 

Masa tengok penjenayah ni culik Jung-min macam pelik jugak lah sebab high risk kot tangkap pelakon terkenal yang tengah aktif promote movie. Dia hilang sekejap pun manager dia boleh kesan ada sesuatu yang tak kena. Beria pulak tu si Ki-wan geledah rumah Jung-min macam sengaja nak tarik perhatian tapi sebenarnya tak nak. 

Masa scene Jung-min berlawan dengan Saet-byeol (Lee Ho-jung) pun geram sebab pelakon tu tak ambil peluang untuk tembak Dong-hyun tapi lari ke dalam hutan. Kenapa nak susahkan diri sedangkan dia boleh tembak lepastu lari dengan kereta penjenayah tu. Dia masuk hutan macam lah dia kenal selok-belok hutan tu. 

Dua scene ni mungkin kelemahan pada naskhah debut Pil Kam-sung tapi dia tebus balik dekat hujung cerita dengan action stunt yang lebih mantap. Kira dia tahu lah selera peminat movie action thriller ni macam mana walaupun agak berisiko suntingan yang dibuat tu. Nasib baik lah genre action ni tak dipandang sangat plot ceritanya. 

Sinematografi yang dipaparkan tampak menarik dengan transition yang dibuat untuk menghidupkan suasana misteri terutamanya pada kawasan hutan yang sebenarnya adalah kem askar di Gandong-myeon. 

Personally I think pengarah perlu kembangkan lagi watak dan peranan pihak polis sebab inspektor polis perempuan tu nampak bijak tapi tak diberikan ruang untuk menyerlah. Cepat sangat dia kena tembak padahal dia boleh je fight dengan Dong-hyun sementara tunggu Ki-wan datang. Walaupun movie ni ada kelemahan dia tapi kekuatan lakonan Hwang Jung-min tinggalkan impak dan trauma yang mendalam. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10