Aryan Khan, Hisap Dadah atau Pengedar Dadah?
Sunday, 31 October 2021
- If the accused is in possession of a ‘small quantity’, imprisonment involves a term which may extend to six months.
- If the quantity is less than ‘commercial’ but greater than ‘small’, the imprisonment may extend to ten years.
- If the quantity involved is ‘commercial’, imprisonment shall not be less than ten years but may extend to twenty years.
Keesokannya, pada 4 Oktober NCB bawa Aryan dan rakan-rakannya menghadap Majistret untuk ditahan lebih lama bila mereka jumpa beberapa Whatsapp chats di antara Aryan Khan dan tokan dadah sekaligus menjadikan Aryan suspek kepada international drug trafficking. Mahkamah membenarkan Aryan Khan ditahan sehingga 7 Oktober.
Pada 7 Oktober Mahkamah putuskan bahawa Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha ditahan di penjara Arthur Road. Peguam Aryan Khan cuba cari jalan dengan ikat jamin menggunakan hujah tiada sebarang dadah yang dijumpai pada anggota badan Aryan semasa raid tersebut.
Mahkamah tolak rayuan ikat jamin yang dikemukakan oleh peguam Aryan pada 8 Oktober kerana bukti yang ditemui oleh NCB adalah bukti kukuh. Sama juga untuk percubaan kali kedua pada 9 Oktober bila Mahkamah reject permohonan ikat jamin tersebut walaupun pihak NCB mengaku tiada sebarang dadah ditemui pada Aryan Khan.
Masa ni dah mula muncul naratif simpati kepada Aryan Khan bila dia diperangkap oleh parti politik yang ingin menjatuhkan imej Shah Rukh Khan. Rakan selebriti juga update tanda sokongan moral kepada SRK sekeluarga di media sosial antaranya Hrithik Roshan, Suniel Shetty, Malaika Arora, Salman Khan, Sonam Kapoor, Pooja Bhatt, Farah Khan, Karan Johar dan ramai lagi.
Merepek sebenarnya dakwaan pihak media yang kononnya NCB nak jatuhkan imej SRK sebab imej King Khan dah lama jatuh pun. Lagi merepek bila ada pihak yang kata kesilapan Aryan hanyalah dilahirkan sebagai Muslim dan mempunyai surname Khan. Bullshit I must say.
Geli tengok media dan portal gossip Bollywood keluarkan artikel simpati bila Aryan Khan tak lalu makan dan tak nak guna tandas dalam penjara. Padahal SRK dah bagi peruntukan duit belanja sebanyak Rs4.5 crore untuk anak dia guna dalam penjara. Sel dia bukan sel biasa yang kotor tu tapi sel penjara khas untuk VIP. Bukan setakat ada privilege untuk hidup mewah dalam penjara, malah ada keistimewaan untuk buat rayuan ikat jamin dalam masa terdekat sedangkan ada rayuan ikat jamin dari tahun 2017 masih lagi pending.
Percubaan rayuan ikat jamin kali keempat pada 11 Oktober oleh peguambela Aryan Khan ditolak olah pihak Mahkamah dan NCB meminta sedikit masa untuk retrieve data dari perbualan Whatsapp dalam mobile phone milik Aryan Khan dan rakan-rakannya. Mahkamah minta NCB untuk kemukakan bukti pada 13 Oktober di Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court.
NCB menurut permintaan tersebut dan Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court keluarkan perintah pada 14 Oktober untuk sambung perbicaraan tersebut pada 20 Oktober. Ikat jamin kali kelima oleh peguambela Aryan Khan ditolak sekali lagi oleh Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Court kerana disyaki terdapat pertalian antara Aryan Khan bersama pembekal dan penjual dadah dalam hujahan sepanjang 18 helaian yang dikemukakan oleh pihak NCB.
Nama pembekal dadah Imtiaz Khatri sekali lagi muncul dalam kes tangkapan dadah oleh pihak NCB ni. Imtiaz Khatri adalah pembekal yang sama dalam kes dadah Rhea Chakraborty dan Sushant Singh Rajput.
Pada 28 Oktober Mahkamah Tinggi Bombay memutuskan bahawa rayuan ikat jamin terhadap Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha dibenarkan selama 25 hari. Aryan dan rakan-rakannya tidak dibenarkan keluar dari negara ataupun memberitahu media mengenai prosiding mahkamah tentang kes ni. Mahkamah juga menerangkan syarat-syarat lain sebanyak 5 helai mukasurat kepada mereka bertiga pada 29 Oktober.
Dalam masa yang sama pihak media pula cuba rosakkan imej Sameer Wankhede dengan menjaja kisah peribadi dia ataupun mencipta naratif palsu. Satu notis dikeluarkan oleh pihak atasan NCB kepada Sameer berkenaan tangkapan tersebut. Fans SRK dan pihak media berkumpul di hadapan Mannat untuk menyambut kepulangan Aryan Khan.
![]() |
| SRK dengan legal team yang dilantik untuk Aryan |
Juhi Chawla hadir ke Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober untuk tandatangan bon perjanjian bernilai Rs1 lakh sebagai jaminan terhadap Aryan Khan. SRK dengan Gauri dah upah beberapa orang bodyguard untuk Aryan lepas dia keluar dari penjara. Walaupun Aryan Khan dapat keluar dan pihak NCB bersalah kerana tangkapan tersebut tapi one thing for sure, Aryan memang terlibat dengan drugs trafficking.
Director : Pil Kam-sung
Writer : Pil Kam-sung
Cast : Hwang Jung-min, Lee Ho-jung, Ji Nam-hyuk, Jung Jae-won, Ryu Kyung-soo, Lee Kyu-won, Lee Yoo-mi, Park Sung-woong
Production Company : Next Entertainment World
Distributor : Next Entertainment World
Genre : Action / Thriller
Running Time : 94 minutes
Release Date : 18 August 2021
Trailer :
Hwang Jung-min antara pelakon lelaki yang top dalam industri perfileman Korea Selatan. Kalau ada dia sebagai pelakon, para produser boleh tarik nafas lega sebab filem dia dijamin akan dapat kutipan setinggi 10 juta won. Lepas menghadiri press conference mengenai movie terbaru dia, Jung-min minta untuk pulang sendiri ke rumahnya.
Dalam perjalanan dia terjumpa dengan 3 orang lelaki yang kurang ajar. Dalam situasi tersebut dia cuma berpura tenang supaya tak merosakkan imej dan popularitinya. Malangnya dia diculik dan dibawa ke rumah yang terletak jauh di dalam hutan. Sangkaan dia semua tu hanyalah prank dari peminat fanatik meleset bila Choi Ki-wan (Kim Jae-beom) tunjuk video pemilik kedai yang dibunuh akibat gagal bayar wang peras ugut.
Jung-min diberi masa selama 24 jam sahaja untuk bayar sebanyak 5 billion won untuk dilepaskan sebelum pihak polis dapat tahu kehilangan selebriti terkenal tersebut. Sementara Ki-wan geledah rumah Jung-min untuk mencari kad debit, pelakon tersebut cuba melengahkan masa dan mencari helah untuk selamatkan diri dari sekumpulan penculik yang kejam.
Movie penulisan dan arahan Pil Kam-sung ni adalah official remake dari movie China, Saving Mr. Wu arahan Ding Sheng yang diterbitkan pada tahun 2015. Memandangkan tak pernah tengok movie original, I buat review bersandarkan pada movie ni semata lah sebab naskhah ni sendiri diberikan sentuhan dan olahan yang kemas dan mendebarkan. Tak hairan lah kalau movie genre action thriller ni dijemput ke Hawaii International Film Festival, Paris Korean Film Festival dan US Fantastic Fest.
Walaupun pelakon Hwang Jung-min lakonkan watak dirinya sendiri tapi tetap ada cabarannya juga sebab ni situasi pertama Hwang Jung-min diculik dan bertarung dengan sekumpulan penjenayah. Nama dan popularitinya sahaja yang sama tapi karakter ada perbezaan bila terlibat dalam situasi mencemaskan. Tak semua orang yang datang untuk tolong tu datang seikhlas hati. Rata-ratanya datang sebab nak tumpang popularity dan kerana duit juga. Scene Jung-min kena heart attack tu saspen jugak lah sebab nampak real sangat walaupun Yeom Dong-hun (Ryu Kyung-soo) syak dia cuma berlakon.
Masa tengok penjenayah ni culik Jung-min macam pelik jugak lah sebab high risk kot tangkap pelakon terkenal yang tengah aktif promote movie. Dia hilang sekejap pun manager dia boleh kesan ada sesuatu yang tak kena. Beria pulak tu si Ki-wan geledah rumah Jung-min macam sengaja nak tarik perhatian tapi sebenarnya tak nak.
Masa scene Jung-min berlawan dengan Saet-byeol (Lee Ho-jung) pun geram sebab pelakon tu tak ambil peluang untuk tembak Dong-hyun tapi lari ke dalam hutan. Kenapa nak susahkan diri sedangkan dia boleh tembak lepastu lari dengan kereta penjenayah tu. Dia masuk hutan macam lah dia kenal selok-belok hutan tu.
Dua scene ni mungkin kelemahan pada naskhah debut Pil Kam-sung tapi dia tebus balik dekat hujung cerita dengan action stunt yang lebih mantap. Kira dia tahu lah selera peminat movie action thriller ni macam mana walaupun agak berisiko suntingan yang dibuat tu. Nasib baik lah genre action ni tak dipandang sangat plot ceritanya.
Sinematografi yang dipaparkan tampak menarik dengan transition yang dibuat untuk menghidupkan suasana misteri terutamanya pada kawasan hutan yang sebenarnya adalah kem askar di Gandong-myeon.
Personally I think pengarah perlu kembangkan lagi watak dan peranan pihak polis sebab inspektor polis perempuan tu nampak bijak tapi tak diberikan ruang untuk menyerlah. Cepat sangat dia kena tembak padahal dia boleh je fight dengan Dong-hyun sementara tunggu Ki-wan datang. Walaupun movie ni ada kelemahan dia tapi kekuatan lakonan Hwang Jung-min tinggalkan impak dan trauma yang mendalam.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10

















