EMMA MAEMBONG MAKAN DAGING MENTAH? SERAM!

Monday, 22 December 2025

“Aku akan mencari dan terus mencari keturunanmu.” Teaser ringkas yang dimuat naik di media sosial ini sudah cukup membuatkan warganet terpaku dan meremang bulu roma, sekali gus membangkitkan rasa tidak sabar penonton untuk menyaksikan kisah penuh drama ini.

Dalam satu babak mencuri perhatian, Sapora lakonan Emma Maembong dilihat meratah daging mentah, dipercayai sebagai sebahagian ritual ilmu sihirnya demi memenuhi permintaan Iqbal lakonan Nabil Aqil.

Reaksi warganet pula boleh dikatakan cukup meriah. Ada yang sudah tidak sabar bertanya, “Esok tayang pukul berapa?,” malah ada juga yang mengaku sudah menonton episod pertama. Keberanian paparan babak-babak seram turut menjadi perbualan hangat, termasuk penampilan Nabil Aqil kali ini dalam genre seram. Tidak kurang juga yang memuji “Wah Emma Maembong lagi!” yang dilihat semakin menyerlah, membuatkan ramai yakin drama ini berpotensi besar untuk menjadi bualan ramai.

Dibintangi barisan pelakon mantap Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Qeela, Azri Iskandar, Marc Sadique dan Amin Iman, Santau Perempuan Terlarang menjanjikan penceritaan penuh misteri, elemen seram psikologi serta konflik yang dekat dengan kepercayaan dan kegusaran masyarakat. Apakah harga sebenar yang perlu dibayar apabila seseorang sanggup menggadaikan diri demi sebuah hajat? 

Bersedia untuk menyelami kisah gelap yang mungkin lebih dekat dengan realiti daripada yang disangka. Saksikan Tonton Original Series: Santau Perempuan Terlarang, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton http://www.tonton.com.my

“AKSI MANTAP!” DSV TERPEGUN, PUJI BABAK AKSI DUYUNG LEGENDA AURORA

Sunday, 21 December 2025

Filem Duyung Legenda Aurora menerima reaksi positif daripada Dato’ Seri Vida (DSV) yang hadir memeriahkan Malam Gala filem tersebut pada 17 Disember lalu. Menurut beliau, filem ini berjaya menyajikan gabungan aksi dan komedi yang sangat menghiburkan, sekali gus sesuai untuk tontonan seisi keluarga daripada pelbagai lapisan usia.

DSV berkata, antara elemen yang paling menarik perhatiannya adalah babak-babak aksi yang dipersembahkan dalam filem ini. “Saya memang suka babak aksi dalam filem Duyung ini, sangat fresh” katanya ketika ditemui pada Malam Gala. Menurut beliau, elemen aksi tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan pengalaman tontonan yang lebih segar berbanding filem-filem sebelumnya.

Beliau turut memuji kehadiran kumpulan lawak Zero yang dianggotai oleh Sharif, Atu dan Syaiful. Menurut DSV, trio tersebut berjaya membawa aura positif menerusi lawak bersahaja yang segar dan mengena. “Saya suka vibes Zero. Lawak mereka sesuai dengan cerita, jadi memang seronok ditonton,” ujarnya lagi.

Selain itu, DSV turut meluahkan rasa terhibur dengan kemunculan watak ikonik Jimmy yang dibawakan oleh Saiful Apek, yang kembali mencuri perhatian sejak filem Duyung yang pertama. Menurut DSV, kehadiran pelawak legenda tersebut membuktikan bahawa ‘sengatan’ komedi pelawak lama masih relevan dan terus digemari oleh masyarakat hingga ke hari ini.

Dalam pada itu, DSV turut mempromosikan single terbarunya berjudul Happy yang dipilih sebagai salah satu lagu runut bunyi (OST) rasmi filem Duyung Legenda Aurora. Lagu tersebut dilihat melengkapkan suasana ceria dan menghiburkan filem ini, selari dengan tema serta perjalanan ceritanya. Pada Malam Gala berkenaan, DSV turut membuat persembahan khas menerusi lagu tersebut, sekali gus menceriakan lagi acara dan mendapat sambutan hangat daripada para tetamu.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!

Saturday, 20 December 2025


JOM KITA RELAX - RELAX HUJUNG TAHUN | TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!


Trailer rasmi filem Duyung Legenda Aurora yang baru sahaja dilancarkan kini mencetuskan keterujaan ramai apabila mempamerkan gabungan aksi lautan yang mendebarkan, serta momen komedi yang bakal mencuit hati penonton. Berdurasi 2 minit 11 saat, trailer ini memberi gambaran jelas bahawa penonton bakal disajikan sebuah hiburan keluarga yang lengkap dengan aksi, emosi dan gelak ketawa, sambil menghidupkan kembali nostalgia yang kembali selepas 17 tahun.


Menampilkan Anna Jobling sebagai Aurora, trailer ini memperlihatkan sisi anak duyung yang berani, lantang dan sarat dengan semangat mempertahankan lautan. Daripada adegan selaman dramatik hinggalah pertempuran di dunia darat, setiap babak disusun rapi bagi membina momentum pengembaraan yang padat dan bertenaga.

Tidak sekadar sarat dengan aksi, trailer ini turut diserikan dengan elemen humor yang mencuit hati menerusi kehadiran watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Aksi spontan serta dialog bersahaja daripada barisan pelakon seperti Saiful Apek dan adik-beradik kumpulan Zero, Syarif, Syaiful dan Atu, menambah sentuhan santai yang menghiburkan, sekali gus mengimbangi elemen epik fantasi dengan hiburan ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Kemunculan pelakon legend dari Duyung 2008, Maya Karin dan Yasmin Hani bersama watak Orix yang dilakonkan oleh Yassin Senario sebagai watak legenda yang paling mencuri perhatian turut menghidupkan elemen nostalgia yang menghubungkan dua generasi penonton. Interaksi antara watak lama dan baharu memberi gambaran bahawa Duyung Legenda Aurora bukan sekadar sebuah kisah pengenalan, sebaliknya kesinambungan legenda yang diperluaskan dengan dunia penceritaan dan konflik, sesuai tontonan seisi keluarga di hujung tahun.


Diterbitkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem ini membawakan skala produksi yang lebih megah, penceritaan yang lebih segar, dan pengalaman menonton yang penuh hiburan. Trailer terbarunya sudah cukup memberi bayangan bahawa Duyung Legenda Aurora bakal menghiburkan seisi keluarga hujung tahun ini

Duyung Legenda Aurora bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 Disember 2025 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia fantasi penuh aksi dan keceriaan ini, dan kongsikan keterujaan anda di media sosial dengan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun.

Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 – Apabila pemujaan bertukar menjadi perjuangan mempertahankan kebenaran, mampukah seorang peguam membela idolanya yang dituduh melakukan jenayah? Ditayangkan secara serentak dengan Korea, IDOL I bakal menemui penonton di Malaysia bermula 22 Disember 2025 di platform Tonton.

Menggabungkan elemen mahkamah, romantik, misteri, undang-undang dan komedi, IDOL I diarahkan oleh Lee Gwang-Young dan dibintangi barisan pelakon popular Korea seperti Choi Soo Young (SNSD), Kim Jae Yeong, Choi Hee Jin, Kim Hyun Jin dan Jung Jae Kwang. Drama ini mengetengahkan kisah unik tentang peminat setia yang terpaksa menyembunyikan perasaan demi menegakkan keadilan. 

Drama ini mengisahkan Maeng Se-Na (Choi Soo Young), seorang peguam terkenal yang digelar ‘peguam untuk penjenayah’ kerana keberaniannya membela kes-kes berprofil tinggi yang sering dikecam masyarakat. Di sebalik reputasinya yang tegas dan profesional, Se-Na menyimpan satu rahsia besar iaitu dia merupakan peminat setia selama 10 tahun kepada kumpulan idol popular, Gold Boys.

Kehidupannya berubah drastik apabila idolanya, Do Ra-Ik (Kim Jae Yeong), vokalis dan wajah utama Gold Boys, dituduh terlibat dalam kes pembunuhan misteri. Demi membuktikan idolanya tidak bersalah, Se-Na terpaksa menyembunyikan identiti sebenar sebagai peminat dan mengambil kes tersebut, sekali gus membawanya ke dalam jaringan rahsia dan kebenaran yang tidak dijangka.

Do Ra-Ik pula digambarkan sebagai seorang idol yang kelihatan sempurna di atas pentas, namun memendam tekanan emosi dan beban akibat populariti serta harapan peminat. Apabila tuduhan pembunuhan menghancurkan kehidupannya, dia mula menanggalkan topeng senyuman dan berdepan sisi gelap dirinya, sekali gus mengubah perjalanan hidupnya buat selamanya.

IDOL I menampilkan gabungan menarik dunia K-pop, budaya fandom dan sistem perundangan, menjadikannya naskhah yang segar dan berbeza. Dengan dinamik hubungan antara peguam dan idol, drama ini bukan sahaja sarat dengan ketegangan kes mahkamah, malah turut menyentuh isu identiti, kepercayaan dan harga yang perlu dibayar demi kebenaran.

Saksikan IDOL I bermula 22 Disember 2025, episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10.30 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui Tonton! Ikuti perjalanan penuh debaran melibatkan cinta peminat, misteri pembunuhan dan perjuangan menuntut keadilan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

“HANYA KAMU” MENYATUKAN MAHAGURU & VOKALIS-VOKALIS HEBAT

Friday, 19 December 2025


Industri muzik tanah air sekali lagi dimeriahkan dengan kemunculan single terbaharu berjudul “Hanya Kamu”, hasil gabungan istimewa dua bintang popular, Adira Suhaimi dan Shahir Zawawi. Ini merupakan kolaborasi pertama mereka sejak kemunculan bersama dalam program fenomena Akademi Fantasia 8 (AF8) pada tahun 2010, sekaligus menjadi momen “reunion” yang penuh nostalgia, lebih istimewa dengan kehadiran semula pengetua mereka yang turut memberikan sokongan padu.


“Hanya Kamu” merupakan terbitan dan karya ciptaan penuh Dato’ Norman Abdul Halim, menampilkan sentuhan produksi yang segar dan menyentuh jiwa. Lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema filem yang dinantikan ramai, “Duyung Legenda Aurora” yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 25 Disember 2025.



LIRIK LAGU HANYA KAMU
Penyanyi: Adira Suhaimi & Shahir Zawawi
Lagu: Norman KRU
Lirik: Norman KRU
Label Rakaman: KRU Music Sdn Bhd


Wahai bayu sampaikan salam rindu
Daku disini dibelenggu pilu
Di sana ku pasti kau tetap setia
Kerna cinta kita teristimewa

Wahai bintang terangkan hatinya
Menyinar jiwa kehilangan arah
Oh Tuhan, berikanlah kekuatan
Tempuh dugaan, kurniakan harapan 

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… teramat ku perlu
Hanya kamu… cintaku yang satu   

Wahai ombak yang menyapa pantai
Khabarkan hatiku punah berkecai
Semenjak ku kehilangan dirinya
Dialah purnama malam nan gelita

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… cintaku yang satu 

Percayalah kita ‘kan kembali bersama
Terbang tinggi ke puncak asmara  
Kerna kaulah takdir ku di dunia 
Dan kekal bahagia hingga ke syurga

Tanpa kamu… luluhlah semangatku
Tanpa kamu… gugurlah bahagia
Hanya kamu… memberi erti hidupku
Dan kamu… teramat ku perlu
Hanya kamu… cintaku yang satu

Movie Review | No Other Choice (2025)


Pengarah: Park Chan-wook
Penulis Skrip: Park Chan-wook, Lee Kyoung-mi, Don McKellar, Lee Ja-hye
Pelakon: Lee Byung-hun, Son Ye-jin, Park Hee-soon, Lee Sung-min, Yeom Hye-ran, Cha Seung-won
Syarikat Produksi: CJ Entertainment, Moho Film, KG Productions
Pengedar: CJ Entertainment
Genre: Black Comedy
Durasi Tayangan: 139 minit
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2025 (Venice), 09 September 2025 [Toronto International Film Festival (TIFF)], 24 September 2025 (South Korea)
Trailer:


Man-su (Lee Byung-hun) merupakan pekerja cemerlang di Solar Paper dan memenangi anugerah dalam industri pembikinan kertas. Kehidupan dia bahagia setelah berjaya membeli rumah zaman kanak-kanaknya, mempunyai isteri yang cantik dan penyayang seperti Mi-ri (Son Ye-jin), anak lelaki tiri bernama Si-one juga anak perempuan bongsu bernama Ri-one. Mereka juga membela dua ekor anjing yang dinamakan Si-two dan Ri-two. 

Malangnya, tak lama kemudian kebahagiaannya musnah setelah delegasi dari Amerika Syarikat membeli Solar Paper. Man-su dibuang kerja dan simpanannya merosot. Tiada kerja yang sesuai untuk usia dia yang mencecah senior. Bekerja di bidang lain juga seakan sukar untuk fizikalnya. 


Bagaimana untuk bersaing sekiranya ramai dari industri yang sama memohon satu jawatan yang memerlukan seorang sahaja untuk mengendalikan kilang yang besar. Man-su menilai pesaingnya dan cuba untuk membunuh seorang demi seorang. Berjaya atau tidak rancangan tersebut, kena layan sendiri lah filem satira ni. 

Filem No Other Choice diadaptasikan dari novel The Axkarya penulisan Donald E. Westlake dan diterbitkan pada tahun  1997 oleh Mysterious Press. Park Chan-wook menggunakan latar masyarakat Asia dan mengolah dalam dunia kapitalis moden pada tahun 2025 yang mula menerapkan penggunaan teknologi dan AI menjadikan persaingan untuk mendapatkan kerja semakin sengit di samping gaya hidup yang semakin mewah. 


Lakonan Lee Byung-hun sebagai Man-su yang berjaya dalam dunia kerjaya menhadapi krisis ketika kehilangan kerja sekelip mata. Sebelum ni dah pernah tengok lakonan dia dalam filem Ashfall (2019) dan drama Our Blues (2022) yang mempunyai personaliti dan karakter lebih serius. Berbeza dengan watak Man-su yang baik tapi berubah kejam dalam sekelip mata hanya kerana ingin menjaga periuk nasi sekeluarga.

Sinematografi dari Kim Woo-hyung mendukung visi Park Chan-wook dengan cemerlang melalui pergerakan kamera yang menarik. Penggunaan close-up untuk mengukuhkan lagi screenplay dari perspektif watak utama. Son Ye-jin mungkin tak dapat banyak ruang dalam No Other Choice namun reaksi dan bahasa badan dia menguatkan lagi suasana saspens dan misteri yang berlaku dalam keluarga kecil tersebut. 


Ada masanya pengarah tease watak Ma-ri dengan doctor gigi yang kacak, Oh Jin-ho (Yoo Yeon-seok) dan perjalanan Ma-ri dengan watak A-ra mempunyai persamaan. Bukan sebab lelaki hilang kerja yang jadi punca sayang tu hilang tapi sebab perhatian dah beralih ke arah lain sampai si isteri terabai. Kedua-dua watak ada suami yang semakin serabai tapi dalam masa yang sama ada lelaki kacak di samping yang sentiasa mendukung dan menjaga. 

Genre filem No Other Choice adalah black comedy so I cuba untuk bersifat santai walaupun selalunya filem dari genre ni akan berlebihan sebab dia ambil jalan yang tak dipilih oleh manusia berfikiran waras. Diselitkan bersama elemen komedi supaya tidak bertukar kepada genre thriller. But personally, for me I tak suka dengan hala tuju No Other Choice bila Man-su mula membunuh. 


Mungkin pada pembunuhan pertama, boleh tutup mata sebab tak sengaja dan lambat laun pun A-ra (Yum Hye-ran) akan bunuh juga suami dia, Beom-mo (Lee Sung-min). Tapi bila Man-su berjumpa dengan pesaing yang kedua, I dah rasa jalan yang diambil adalah jalan yang kejam. Watak Cha Seung-won (Shi-zo) tak ada dosa pun dengan Man-su, malah berusaha untuk kerja dalam industri lain untuk sara kehidupan dia dan anak perempuan. 

Walaupun babak ni penting sebagai satira kebanyakan CEO atau pekerja korporat yang sanggup menindas orang lain dalam hidup mereka, it just painful to watch lah. Mungkin juga pengarah tak kupas lebih mendalam passion dan identiti Man-su yang membesar dalam dunia industri pembuatan kertas. Watak Goo Beom-mo lebih meyakinkan sebagai pekerja yang murung kerana identitinya yang dibentuk oleh industri tersebut telah hilang. 


Pace filem No Other Choice agak perlahan untuk menghidupkan suasana tegang dalam hidup Man-su lantas mengakibatkan watak-watak sampingan terbatas untuk berkembang seperti Si-one yang tahu rahsia Man-su secara tak sengaja. Kenapa Si-one berubah pada second half juga tak diceritakan. Konflik antara Man-su dan keluarga Geon-ho juga cuma disentuh secara minima walaupun ada potensi untuk elemen komedi berkembang di situ. 

Ramai yang hype filem No Other Choice berdiri sama tinggi dengan Parasite (2019) tapi I tak rasa filem ni berjaya ke tahap tu sebab mesej satira yang dibawa tak meninggalkan impak tapi lebih banyak meninggalkan tanda tanya. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Movie Review | Tehran (2025)


Pengarah: Arun Gopalan
Penulis Skrip: Ritesh Shah, Ashish P. Verma, Bindni Karia
Pelakon: John Abraham, Neeru Bajwa, Manushi Chhillar, Adam Karst, Ido Samuel, Ashwin Kaushal
Syarikat Produksi: Maddock Films, Bake My Cake Films
Pengedar: ZEE5, Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 116 minit
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025 
Trailer:


ACP Rajeev Kumar (John Abraham) terkesan dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan akibat letupan bom yang diletakkan di belakang kenderaan pegawai kedutaan Israel. Permusuhan antara Tehran dan Israel melibatkan warga India yang tak berdosa lantas ACP Rajeev Kumar buat keputusan untuk menjejak dalang kejadian. 

Dari penyiasatan di India, membawa mereka kepada pensyarah tempatan bernama Layla (Elnaaz Norouzi) yang pergi ke Tehran untuk seminar tentang hubungan diplomasi. Dari pengakuan Layla, jelas menunjukkan ketiga-tiga orang Iran iaitu Shahin Sultani, Reza Abasi dan Afshar Hosseini berada di India dan memantau Kedutaan Israel. Setelah kejadian mereka bertiga bersembunyi di Thailand dan Georgia. 


ACP Rajeev Kumar terpaksa selesaikan misi ini secara rahsia kerana pada masa tersebut, India dan Iran bakal tandatangan perjanjian minyak antara dua negara. Sekiranya Rajeev gagal dan rosakkan nama baik Iran, perjanjian tersebut akan dibatalkan dan merisikokan negara India. 

Filem yang diangkat dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2012 menjadi plot utama naskhah berlatarkan dunia perisik arahan Arun Gopalan. First half movie diceritakan tentang hubungan diplomatik dan geopolitik antara negara India, Iran dan Israel supaya penonton faham kenapa perjalanan ACP Rajeev tak menjadi tugas balas dendam yang mudah kerana hubungan baik negara India bersama negara-negara lain perlu dijaga. 


Filem Tehran mungkin tak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia sebab ada isu sensitif yang dimasukkan seperti isu Palestin yang dijadikan cover-up oleh pihak Iran setelah membunuh warga Israel di London. Negara India ada hubungan diplomatik yang kuat bersama negara Israel so I tengok cuma untuk tengok konflik politik 3 negara yang pernah berlaku di India. Disebabkan kes pengeboman Iran terhadap Israel ini lah, pihak India mengambil tindakan untuk beri amaran kepada dua negara ini supaya bergaduh di luar India. 


Bila bergerak ke second half Tehran, ACP Rajeev dah naik sheikh, nak bergerak sendiri lepas apa yang berlaku di Pelabuhan Al-Ahidi, Abu Dhabi. Dekat sini filem Tehran dah mula longgar dan timbulkan kekeliruan juga kelompongan. I faham watak Rajeev terkesan dengan kanak-kanak perempuan tu sebab dia ada anak perempuan juga tapi skuad yang lain kenapa nak follow juga? 


Filem Tehran cuma masukkan kisah benar tersebut pada 5 minit awal sahaja dan bergerak secara fiksyen sepenuhnya hingga ke hujung. Bila banyak fiksyen maka makin banyak lah dramatization supaya boleh tarik emosi penonton. Malangnya, formula tersebut gagal. 

Lakonan John Abraham tak ada perbezaan antara watak-watak yang sebelum ini dilakonkan. Dia masih lagi mengekalkan karakter yang pendiam, tegas dan agresif. Babak aksi tampak cemerlang dengan sinematografi dari Ievgen Gubrebko dan Andre Menezes yang menjaga teknik kamera supaya dunia peperangan antara tiga negara terlihat asli. 


Manushi Chillar sekali lagi gagal buktikan bakat lakonan lepas The Great Indian Family (2023) dan Bade Miyan Chote Miyan (2024). Pengarah bagitahu yang filem Tehran sepatutnya tayang dekat panggung tapi terpaksa masuk ke streaming platform sahaja jadi banyak babak dipotong. Semua yang dipotong pula ada watak SI Divya Rana (Manushi Chillar) maka sebab itu lah screentime dia dalam Tehran nampak sekejap sangat. Tapi nak kata sebab screentime terhad pun, lakonan Elnaaz Norouzi lebih bagus dari Manushi walhal muncul sekejap sahaja.


At this point I bersimpati dengan Manushi sebab tak dapat filem yang boleh bagi ruang dan peluang. Mungkin dia patut cari web series supaya boleh dapat pengalaman berlakon dan ruang untuk berkembang. Sayang lah kalau setakat jadi pasu bunga sebab geng nepo babies pun dah semakin ramai mendominasi industri. 


Apapun, filem Tehran boleh jadi lebih menarik jika ketegangan yang dibina lebih menarik, watak sampingan di samping Rajeev lebih kuat untuk menyokong misi Rajeev hingga ke hujung. Good as one-time-watch.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Raikan Hujung Tahun Bersama Astro Dengan Hiburan Untuk Semua

Thursday, 18 December 2025

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2025 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, menyemarakkan musim cuti hujung tahun ini dengan pengalaman hiburan yang menyeluruh untuk setiap isi rumah. Daripada rancangan kanak-kanak yang menghiburkan, filem Krismas kegemaran seisi keluarga, siaran langsung sukan untuk peminat tegar, dan banyak lagi, semuanya tersedia di satu platform, memudahkan keluarga untuk berkumpul dan menikmati masa bersama.

Sepanjang Disember ini, Astro membawakan pelbagai tayangan khas Krismas untuk dinikmati bersama. Astro Showcase (CH 413) akan menyiarkan filem Krismas berturut-turut pada 24 Disember, jam 7.30 malam, bermula dengan A Christmas Proposal, diikuti Surviving Christmas. Rancangan kemudian diteruskan pada 25 Disember dengan Christmas Takes Flight, Must Love Christmas dan Happy Christmas. Penonton juga boleh menonton filem Krismas lain di HITS (CH 706) seperti Sugarplummed, Joyful Mrs Miracle dan The Christmas Quest, atau menikmati rancangan istimewa Amanda & Alan’s Spanish Christmas di BBC Lifestyle (CH 717).

Selain hiburan bersempena Krismas, peminat sukan turut boleh mengikuti liputan langsung beberapa acara sukan utama sepanjang bulan ini, termasuk Sukan SEA Thailand 2025 yang akan bersiaran sehingga 20 Disember. Acara ini menampilkan aksi harian atlet negara serta Astro bakal menyiarkan Majlis Penutupnya di Astro Arena (CH 801 & 802). Penonton juga boleh mengikuti perlawanan Liga Perdana Inggeris, BWF World Tour Finals 2025, Liga Super, dan pelbagai lagi acara sukan utama – sama ada di rumah atau di mana sahaja melalui Astro GO.

Seiring dengan cuti sekolah, Astro turut menyediakan pelbagai kandungan kanak-kanak bagi mengisi masa lapang penonton cilik. Antara rancangan menarik yang ditawarkan termasuk Bola Kampung Max, Super Boomi, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Oga & Friends musim ke-2, Hai Abang Paan dan banyak lagi. Pelanggan Astro boleh menambah Pek Kanak-Kanak dengan hanya RM9.99 sebulan untuk akses kepada enam saluran khas yang menawarkan hiburan selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Selain siaran TV, Astro turut menghimpunkan kandungan daripada rakan penstriman untuk memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada pelanggan. Hujung tahun ini, pelanggan boleh menonton musim terbaharu Stranger Things, Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery serta Emily in Paris musim ke-5 di Netflix. Di Disney+, pelanggan boleh layan cerita Percy Jackson and The Olympians musim ke-2, Fantastic Four: First Steps dan The Artful Dodger musim ke-2. HBO Max pula menawarkan koleksi lengkap filem Harry Potter, sitkom popular Friends dan The Big Bang Theory, serta Ne Zha 2. Seterusnya, Prime Video menampilkan judul seperti Oh. What. Fun. dan Heads of State, manakala peminat kandungan Korea boleh menonton Taxi Driver musim ke-3, LOVE.exe dan Saat Aku Tahu di Viu.

Hujung tahun ini, Astro terus komited untuk menjadikan hiburan lebih mudah, mampu milik dan relevan untuk isi rumah di Malaysia. Melalui Astro One, pelanggan boleh menikmati pelan yang berpatutan dan boleh disesuaikan, dengan akses kepada lebih 12 aplikasi penstriman popular serta pek kandungan khusus – semuanya di bawah di satu platform.

Fleksibiliti ini membolehkan keluarga memilih hiburan mengikut minat dan masa mereka, sekali gus menawarkan cara yang mudah dan selesa untuk berehat serta menikmati pengalaman tontonan bermakna sempena musim perayaan ini dan seterusnya.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

DUYUNG LEGENDA AURORA KEMBALI MENGGAMIT NOSTALGIA! | FILEM FANTASI IKONIK DIANGKAT SEMULA SELEPAS 17 TAHUN

Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Nostalgia filem fantasi ikonik Malaysia kembali ke pawagam! Selepas 17 tahun meninggalkan kesan luar biasa kepada penonton, Duyung kini dihidupkan semula dengan nafas baharu melalui sambungan terbaharu berjudul Duyung Legenda Aurora. Dengan penceritaan baharu yang lebih moden, sekuel ini juga penuh lawak spontan serta diserikan dengan sentuhan visual yang lebih segar dan mengujakan.

Dihasilkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem komedi fantasi ini terus mempertaruhkan sentuhan kelakar, elemen magis di samping jalan cerita yang dekat di hati segenap peringkat usia. Diarahkan oleh Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen, Duyung Legenda Aurora menampilkan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Yasmin Hani yang membuat kemunculan kembali watak asal filem Duyung. Tidak ketinggalan Anna Jobling, Ayie Floor88 serta Datuk Yusry Abdul Halim yang membawa dimensi baharu kepada dunia fantasi filem ini.


Legenda Kembali Hidup : Dunia Duyung & Manusia Bertembung Lagi!
Duyung Legenda Aurora menampilkan kepulangan Puteri Duyung (Maya Karin), yang memohon bantuan Jimmy (Saiful Apek) dan Aspalela (Yasmin Hani) setelah anaknya, Aurora (Anna Jobling), diculik oleh sindiket pencuri ikan yang menggunakan pukat tunda haram.

Dibantu oleh Hamlau (Saiful Zero), Dashmond (Ayie Floor88) dan sahabat baharu mereka Ajaq (Aniq Aqil), pencarian penuh kekacauan dan keajaiban pun bermula. Namun cabaran bertambah sukar kerana Aurora dan Hamlau hanya mampu berada di darat tidak lebih daripada enam jam. Berlatarkan dunia laut dan darat yang penuh warna-warni, perjalanan ini bukan sahaja mempertaruhkan nyawa tetapi juga cinta dan masa depan dua dunia.


“Duyung Legenda Aurora menjanjikan hiburan keluarga penuh keseronokan, adegan aksi yang mendebarkan serta mesej tentang cinta, keberanian dan warisan dua dunia yang saling memerlukan. Filem ini bakal menjadi tontonan wajib hujung tahun yang penuh gelak tawa dan alunan memori yang mendamaikan,” jelas Pengarah Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen. 

Legasi Yang Diteruskan


Duyung (2008) mengejutkan industri perfileman apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.7 juta di 61 pawagam seluruh negara. Kejayaannya diteruskan apabila berjaya menggondol Anugerah Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21, mengukuhkan statusnya sebagai karya ikonik. Lebih membanggakan, Duyung turut mencipta sejarah apabila kira-kira 40% daripada keseluruhan penggambaran dilakukan sepenuhnya di bawah air di lokasi legenda, Pulau Sipadan. Sehingga hari ini, watak Puteri Si Duyung kekal sebagai salah satu figura paling dikenali dan diraikan dalam budaya pop Malaysia.

Nostalgia yang dirindui, pengembaraan baharu menanti. Duyung kembali sebagai sebuah judul yang telah tersimpan kukuh dalam memori generasi 2000-an, dekat di hati penonton seisi keluarga dan terus meninggalkan legasi kuat melalui lagu popular ‘Aspalela’ yang kekal menjadi rujukan budaya pop sehingga hari ini. 


Kesinambungan kisah ini diperkaya lagi dengan dua runut bunyi (OST) baharu bagi filem Duyung Legenda Aurora, iaitu Lagu Happy nyanyian Datuk Seri Vida yang membawa suasana ceria serta Hanya Kamu nyanyian Shahir dan Adira, sekali gus menambahkan elemen romantis dan emosional dalam penceritaan baharu ini.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan #DuyungLegendaAurora #FilemHiburanHujungTahun untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

**********************
MENGENAI KRU STUDIOS
KRU Studios Sdn Bhd adalah antara syarikat media dan kandungan kreatif yang terbesar di Malaysia dan jenama yang pesat membangun di peringkat global. Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU telah menerbit dan mengedarkan pelbagai kandungan kreatif yang berjaya dari sudut komersial serta memenangi anugerah di dalam dan di luar negara; dengan kepakaran menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan kesan khas visual dan animasi. KRU telah menerbit dan mengedarkan kandungan kreatif dalam bentuk filem dan kandungan televisyen ke lebih 100 buah negara.

MENGENAI 8 BIT STUDIOS
8 Bit Sdn Bhd ialah syarikat produksi filem, pengurusan bakat, penulisan skrip & pengurusan acara yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan oleh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen, seorang penggiat filem terkemuka yang telah mengarahkan lebih lima puluh filem dan menulis lebih empat puluh lima skrip, beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Akademik Negara dan tiga Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia. Sejak penubuhannya, 8 Bit Sdn Bhd telah menghasilkan tiga filem usahasama dan meneruskan pembangunan projek utama seperti Duyung: Legenda Aurora, PUKAU dan Anak Mami Jarum: Dalca Cinta Kerabu, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap penceritaan berkualiti dan pemerkasaan budaya tempatan.

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 
Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia
Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 
Social Media Primeworks Studios 
Instagram : primeworksstudios.film
Tiktok : primeworksstudios.film 
X : primeworksfilm 
Facebook : Primeworks Studios - Film 
Youtube: Primeworks Studios - Film

Plant Support Device Eco

 

Masa jalan tak tentu arah dekat kedai ECO, ternampak plant support device. Sebab harga dia murah mesti lah masuk dalam troli tapi beli satu je dulu. Takut nak beli beria sebab tak tahu lagi berkesan ke tidak. Sebelum ni beli moss pole dekat Shopee tapi dah habis dah guna untuk 3 pasu monstera so nak try lah pulak pole dari plastic. 


Pole dia ada pilihan sama ada nak buat rendah 1 tingkat atau tambah sampai tiga tingkat. Tengok pada Philodendron dalam pasu tu macam kena guna semua sebab dia tinggi. Ambil masa juga lah nak pasang device ni sebab dia mudah tercabut. Nasib baik lah dua hengget je so kalau tak tahan lama atau tak boleh pakai, tak lah ralat sangat. 

Sebenarnya tak tahu lah I pasang ni betul ke tak sebab dia tak ada manual, yang ada cuma lubang untuk cucuk dan batang untuk sambung. Terpaksa tanam juga bahagian paling bawah dalam tanah supaya dia kukuh. 


Ni hasilnya lepas dah siap tapi I tak rasa dapat bertahan lama pun sebab tengok lah Philodendron tu besar kemain daun dia. To be honest I pun tak tahu dia ni jenis Philodendron apa sebab rupa tak lah sama sangat dengan baka. Ke dia pokok lain tapi IKEA tersalah tag? Entahlah yang penting dah bela 3 tahun, dah membiak dua pasu dah pun.