NETIZEN PUN TAK BOLEH MOVE ON DENGAN RANGGA & CINTA
Thursday, 6 November 2025
“LEPAS TENGOK FILEM NI TERUS RASA MACAM NAK BERCINTA!” | NETIZEN PUN TAK BOLEH MOVE ON DENGAN RANGGA & CINTA
Demam Rangga & Cinta kini melanda Malaysia! Sejak tayangan khas filem ini berlangsung, media sosial terus dibanjiri dengan reaksi penuh emosi daripada mereka yang membesar dengan kisah asal hinggalah Gen Z yang baru jatuh cinta dengan versi terbaharu Rangga & Cinta. Dari nostalgia zaman sekolah hingga ke vibe yang fun dan segar, satu perkara cukup jelas; filem ini memang buat hati bergetar.
Antara komen yang mencuri perhatian:
- “Filem yang terasa dekat di hati dengan kisah Rangga dan Cinta dalam dunia hari ini.” (“Film that resonates with Rangga and cinta in this era.”)
- “Fresh dan boleh tangkap hati korang dengan pelbagai cara.”
- “Lepas tengok filem ni terus rasa macam nak bercinta!”
- “Babak pembukaan dan penutup memang terbaik, rasa macam nak menari sekali!”
- “Filem ni memang buat kita terpaku dari mula sampai habis. Setiap babak penuh nostalgia. Riri Riza hasilkan versi baharu yang sangat hebat.” (“It keeps you gripped & when I watch this, nostalgia hits me like a truck. This is a masterful remake by Riri Riza.”)
Menariknya, semua komen ini datang daripada penonton bertuah yang sempat menghadiri Tayangan Khas Rangga & Cinta, yang turut menampilkan barisan pelakon dan pembikin di sebalik tabir seperti El Putra Sarira, Leya Princy, Riri Riza, Mira Lesmana dan Nicholas Saputra. Tak hairanlah tiket tayangan khas ini sold out dalam masa kurang daripada 48 jam!
Sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa Rangga & Cinta hadir sebagai sebuah perjalanan emosi yang membangkitkan semula rasa cinta, kenangan dan rindu, semuanya dibalut dalam cara yang paling indah.
Bagi yang belum menonton, inilah masanya untuk jatuh cinta semula. Rangga & Cinta mula ditayangkan di pawagam hari ini! Jangan tunggu lama, dapatkan tiket anda sekarang!
Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.
Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
‘HOME OF DRAMA’ ASTRO SAJIKAN KISAH SARAT EMOSI DAN PENUH SASPENS - ‘BAHAGIA YANG TERTANGGUH’ & ‘IMPIANA: KARMA’ SEBAGAI PENUTUP TAHUN | Dua kisah berbeza, satu penutup tahun yang mengujakan di Astro Ria
Kuala Lumpur, 5 November 2025 – Menjelang hujung tahun, Astro bakal mempersembahkan dua karya baharu di bawah jenama Home of Drama, menawarkan jalan cerita menarik untuk tontonan di Astro Ria. Mengangkat tema cinta dan dendam, slot MegaDrama kali ini menjanjikan kisah penuh emosi dan konflik menerusi drama Bahagia Yang Tertangguh yang akan menemui para penonton mulai 17 November ini, diikuti dengan drama Impiana: Karma yang penuh dengan elemen saspens dan ketegangan pada 19 November.
Menyusuli kejayaan Mandul Bukan Pilihan, penulis skrip terkenal Oka Aurora kembali dengan karya terbaharu berjudul Bahagia Yang Tertangguh, drama adaptasi novelis terkenal, Rissa Ahdiya ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal oleh kakak iparnya, terpaksa menjadi isteri “provider” yang menanggung perbelanjaan keluarga suaminya sehingga membawa kepada kehancuran rumah tangga yang dibina. Kehadiran seorang lelaki yang merupakan jirannya pula seolah membawa sinar harapan baharu dalam mengecapi kebahagiaan yang tertangguh. Melalui kisah penuh duka, keberanian dan ketabahan, beliau belajar untuk menghargai erti cinta sejati serta kekuatan untuk memperjuangkan kebahagiaannya sendiri.
Sementara itu, Impiana: Karma membawa penonton menyelami sisi gelap keinginan dan cita-cita menerusi kehidupan sekumpulan sahabat lama yang kembali bertemu selepas bertahun-tahun berpisah. Pertemuan itu menyeret mereka ke dalam urusan dengan sebuah syarikat misteri yang menjanjikan kejayaan dan impian menjadi nyata - namun dengan harga yang perlu dibayar. Ketika impian mereka mula terlaksana, mereka menyedari bahawa setiap keinginan datang bersama pengorbanan, mengaburkan batas antara cita-cita dan akibat. Diadaptasi daripada siri novel popular karya Ain Maisarah, drama ini merupakan antara adaptasi yang paling dinantikan oleh peminat genre tersebut.
Sebagai Home of Drama, Astro kekal komited dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi dengan jalan cerita yang memberi impak serta terus menginspirasi dan menghiburkan para penonton di Malaysia. “Kami sekali lagi berbangga dapat bekerjasama dengan barisan penulis dan pengarah paling berbakat dalam industri, termasuk penghasilan adaptasi daripada novel-novel popular yang sekian lama dekat di hati penonton tempatan,” ujar Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro.
“Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma merupakan antara hadiah istimewa Astro buat penonton sempena penutup tahun ini, menampilkan naskhah dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan, lakonan mantap serta mesej yang penuh makna. Kami berharap drama-drama ini mampu memberikan hiburan yang mengujakan di samping ruang untuk renungan menjelang akhir tahun 2025. Kami amat menghargai kerjasama dan sokongan padu daripada rakan kreatif yang terus memperkukuh portfolio kandungan kami, sekali gus memastikan Astro kekal sebagai destinasi utama bagi drama tempatan terbaik,” tambah Raqim.
Meneruskan kerjasama bersama pengarah tersohor Osman Ali, drama Bahagia Yang Tertangguh terbitan iFAME Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon hebat yang diterajui oleh Nad Zainal, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Kamal Adli dan Datin Seri Nina Jureen. Sementara itu, Impiana: Karma arahan Eyra Rahman di bawah penerbitan Zeel Production Sdn. Bhd. menghimpunkan barisan pelakon popular pilihan penonton seperti Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Tiz Zaqyah, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann.
Bahagia Yang Tertangguh dan Impiana: Karma boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
Info Drama ‘Impiana: Karma’
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah: Eyra Rahman
Info siaran: Bermula 19 November 2025, setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104)
Sinopsis Penuh:
Kisah sekumpulan sahabat yang cuba merealisasikan impian mereka, namun tanpa disedari terikat dengan satu perjanjian gelap yang akhirnya membawa porak-peranda dalam kehidupan masing-masing. Impiana: Karma merupakan adaptasi daripada siri novel popular Impiana karya Ain Maisarah, yang menghidupkan tema mendalam mengenai cita-cita dan akibat dalam bentuk visual di layar kaca.
Info Drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’
Produksi: iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd (iFAME)
Pengarah: Osman Ali
Info siaran: Bermula 17 November 2025, setiap Isnin – Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104)
Sinopsis Penuh:
Adaptasi karya novelis terkenal Rissa Ahdiya, Bahagia Yang Tertangguh mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal sepenuhnya oleh kakak iparnya. Terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri provider, menanggung segala perbelanjaan keluarga suami hingga akhirnya rumah tangganya mula retak dan musnah sedikit demi sedikit.
Namun, di saat dirinya hampir berputus asa, kemunculan seorang jiran lelaki membawa sinar baharu dalam hidupnya membuka ruang untuknya mengenal semula makna cinta, keberanian dan harga diri. Melalui perjalanan penuh air mata dan kekuatan, dia akhirnya belajar bahawa kebahagiaan sejati bukanlah sesuatu yang diberi, tetapi sesuatu yang harus diperjuangkan.
Trivia Filem Malam Terlarang
Wednesday, 5 November 2025
Malam Terlarang membawa keunikan tersendiri dengan menginspirasi kisah-kisah misteri masyarakat Nusantara seperti ritual pemujaan pantai yang jarang ditampilkan dalam menyampaikan mesej tentang ‘Bila Bertuhankan Nafsu’, di mana ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan duniawi. Berlatarkan tahun 1980an, filem ini memberi fokus kepada sebuah keluarga yang menyimpan banyak rahsia merentas generasi.
Berikut antara sebab anda harus melangkah ke pawagam untuk menonton filem Malam Terlarang terbitan Astro Shaw:
1. Inspirasi Mistik
Filem ini diilhamkan oleh mitos ritual Nusantara, termasuk upacara puja pantai atau pemujaan laut, menjadikannya satu pengalaman seram yang berbeza daripada filem seram tempatan biasa.
2. Tayangan Serantau
Malam Terlarang ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 30 Oktober 2025, serta di Kemboja pada 27 Oktober.
3. Transformasi Zul Ariffin
Zul membawakan watak seorang ahli politik dan menjalani transformasi fizikal yang luar biasa untuk karakter tersebut. Anda akan menyaksikan sisi dirinya yang belum pernah dilihat sebelum ini!
4. Penampilan Seram Pertama Sofia Jane
Ini menandakan kali pertama Sofia Jane memegang watak utama dalam sebuah filem seram sekaligus menjadi satu pencapaian penting dalam kerjaya lakonannya. Ia juga merupakan kemunculan pertamanya dalam filem arus perdana komersial selepas lebih dua dekad.
5. Kenali Pengarahnya
Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu, membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah filem cereka melalui Malam Terlarang. Sebelum ini, Labu banyak terlibat sebagai pengarah fotografi dan juga pernah mengarahkan siri premium Astro Originals, X-Change.
6. Cabaran Berbisa
Penggambaran di kawasan paya bakau hadir dengan cabaran tersendiri… terdapat banyak ular sebenar di set penggambaran!
Pemilihan masa di kawasan paya bakau amat penting kerana pasang surut air laut berubah mengikut fasa bulan. Jadual penggambaran perlu dirancang dengan teliti kerana air laut yang naik boleh menenggelamkan kawasan dengan cepat.
Ketika sesi latihan bagi salah satu babak ritual, ribut melanda dan memaksa produksi dihentikan. Keesokan harinya, seorang bomoh dibawa ke lokasi untuk memberikan sokongan spiritual sebelum penggambaran disambung semula.
7. Rahsia di Sebalik Set
Rumah keluarga Omar (lakonan Zul Ariffin) telah diubah suai sepenuhnya bagi menyesuaikan suasana dan jalan cerita yang menyeramkan.
Rumah tersebut ditemui secara tidak sengaja ketika sesi tinjauan lokasi berhampiran kawasan paya bakau dan tanah perkuburan Islam. Secara kebetulan, rumah itu terletak betul-betul di sebelah kawasan perkuburan sebenar.
Menariknya, rumah itu dibina pada tahun yang sama dengan latar masa filem Malam Terlarang, iaitu pada tahun 1987. Sepanjang penggambaran, para pelakon dan kru turut mengalami beberapa kejadian aneh yang dikaitkan dengan rumah tersebut.
Namun begitu, tanah perkuburan yang kelihatan dalam filem sebenarnya hanyalah set tiruan yang dibina menggunakan prop di kawasan berpasir berhampiran laut.
8. Keajaiban VFX Hebat
Kesan visual berskala besar dalam filem ini dihasilkan dengan kerjasama sebuah syarikat dari Indonesia, menambah elemen supernatural yang menakjubkan. Pasukan VFX yang sama sebelum ini turut terlibat dalam filem-filem Indonesia terkenal seperti Qodrat dan Sri Asih.
9. Komposer Muzik
Komposer muzik MonoloQue mencipta runut bunyi filem ini menggunakan rakaman sebenar Gamelan Pahang yang digabungkan dengan petikan tali kuartet. Pakar tarian dan Mak Yong, Zamzuriah Zahari, turut menyumbangkan vokal mistiknya serta melatih koreografi untuk watak Sarimah dan kumpulan Pamakbul.
Temui barisan pelakon pada 1, 2, 8 dan 9 November di sekitar Lembah Klang di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti perkembangan terkini Malam Terlarang serta klip-klip menarik di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak dengan hashtag #MalamTerlarang.
Isnin lepas nampak notifikasi dari ZUS Coffee bagitahu pasal edisi Taste the World. Kalau beli dari edisi tu boleh dapat sticker dan cupsleeve. Pagi tu dah beli iced latte sebab nak booster di awal hari, di awal minggu.
Nak order dekat Dataran Ara Damansara tapi closed so proceed order dekat Citta Mall tapi menyampah kalau order dekat sini sebab kena tunggu lama. And yes, memang lama nak tunggu kopi sampai pagi tu padahal 3 cups je.
Tiba-tiba lepas lunch managing partner masuk lepastu minta I order Iced Caramel Latte dari ZUS Coffee. Tanya sekali orang lain siapa yang nak ZUS jugak. Haruslah satu office nak, kena belanja dengan Datuk kot.
Alang-alang dah orang belanja, I pun try lah Iced Thai Milk Tea sebab menu baru. Nampak dekat senarai bahan tu ZUS letak gambar serbuk teh ada kayu manis dengan bunga cengkih sekali. I macam pelik juga lah kenapa serbuk teh thai punya dah macam teh India? Tapi proceed je add to cart sebab nak try.
INI MERUPAKAN 5 SEBAB ANDA WAJIB TONTON RANGGA & CINTA!
Tuesday, 4 November 2025
Dua dekad lalu, Ada Apa Dengan Cinta? mengajar kita apa itu cinta remaja. Kini kisah itu dihidupkan semula dengan sentuhan segar, Rangga & Cinta hadir sebagai muzikal puitis yang memecah tradisi filem cinta Malaysia-Indonesia. Dari alunan lagu-lagu ikonik yang kembali berirama, hinggalah visual sekolah awal 2000-an yang penuh nostalgia, setiap detik dalam filem ini mampu menggamit emosi dan menyentuh hati penonton.
Berikut antara sebab anda harus melangkah ke pawagam secepat mungkin:
Nostalgia Kisah Cinta Abadi Rangga & Cinta
Kisah cinta Rangga dan Cinta bukan sekadar filem, tapi kenangan yang terpahat di hati ramai remaja dua dekad lalu. Rangga & Cinta membawa kita kembali ke detik itu, membuka semula album emosi tentang janji dan rindu pertama. Setiap dialog dan senyuman mereka menggamit rasa muda, membuat penonton tersenyum sendiri mengenang cinta pertama. Tiada yang lebih indah daripada melihat kisah legenda ini kembali di layar dengan aura yang masih segar dan berdebar, nostalgia yang sukar ditolak.
Nyanyian Live, Emosi Sebenar
Antara keunikan terbesar Rangga & Cinta ialah hampir semua babak nyanyian dirakam secara live di set, bukan pre-record seperti kebanyakan filem muzikal lain. Setiap suara, nafas dan getaran emosi yang keluar daripada pelakon adalah rakaman sebenar ketika mereka beraksi, menjadikan setiap lagu terasa lebih tulus dan hidup. Pendekatan berani ini menjadikan Rangga & Cinta bukan sekadar filem muzikal, tetapi satu pengalaman emosi yang benar-benar menyentuh hati.
Lagu Ikonik Bernafas Irama Baharu
Siapa sangka puisi Rangga boleh berdendang? Dalam Rangga & Cinta, lagu-lagu ikonik dari era Ada Apa Dengan Cinta? kembali bernafas dengan sentuhan moden yang segar. Melly Goeslaw dan Anto Hoed bukan sekadar menyusun semula melodi, tetapi mencipta semula emosi yang meresap ke jiwa watak dan penonton. Setiap lagu mengalun seperti konsert cinta remaja, menambah romantika, mencairkan hati, dan membawa kita hanyut dalam nostalgia yang indah.
Wajah Baharu, El Putra Sarira & Leya Princy
Dua pelakon baharu ini memikul tanggungjawab besar untuk menghidupkan semula watak ikonik bagi generasi kini. El Putra Sarira dan Leya Princy berjaya membawa semangat watak asal dengan pesona tersendiri. Renungan Rangga yang tenang dan senyuman Cinta yang manis cukup untuk membuat penonton terbawa emosi. Chemistry antara mereka terasa tulus dan segar, menjadikan kisah legenda ini hidup kembali dalam versi moden yang membuktikan bahawa cinta sejati tak pernah hilang ditelan masa.
Sorotan Antarabangsa & Sambutan Hangat Tempatan
Rangga & Cinta sudah mencipta sejarah sebelum sampai ke Malaysia. Filem ini menerima tepukan gemuruh di Festival Filem Antarabangsa Busan dan mendapat pujian ramai kerana visualnya yang indah serta emosi yang kuat. Gelombang sambutan itu berterusan apabila tayangan perdananya di Kuala Lumpur turut mendapat reaksi hangat daripada peminat dan media. Jarang filem muzikal Asia Tenggara meninggalkan impak sebesar ini. Sambutan penonton muda dan lama membuktikan bahawa Rangga & Cinta bukan sekadar nostalgia, tetapi pengalaman cinta yang benar-benar menyentuh hati.
Dengan segala keistimewaan klasik dan segar yang ditawarkan, Rangga & Cinta telah membuktikan dirinya layak menjadi pengalaman pawagam yang tak boleh dilepaskan. Jadi, tunggu apa lagi? Hadirkan diri ke pawagam berhampiran dan alami sendiri keindahan muzik, puisi dan cinta zaman remaja ini. Nikmati detik nostalgia di layar besar kerana cerita seperti Rangga & Cinta selayaknya disaksikan bersama orang tersayang.
Serbu pawagam bermula 6 November 2025 ini untuk saksikan Rangga & Cinta, sebuah kisah yang pasti menggamit nostalgia dan menyentuh hati dengan cara yang segar dan penuh emosi. Untuk kemas kini serta kandungan eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
KUALA LUMPUR, 3 November 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bersama Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, hari ini melancarkan Jaguh Rakan Muda. Sebuah rancangan realiti baharu yang meraikan kekuatan, keberanian dan perpaduan belia Malaysia. Program realiti berkonsepkan pertandingan ini bertujuan untuk mencetus inspirasi kepada generasi baharu agar berani menyahut cabaran, menonjolkan daya ketahanan, semangat berpasukan dan keazaman mereka melalui siri ujian fizikal dan mental yang menguji keupayaan diri hingga ke tahap maksimum. Penuh dengan tenaga dan emosi, Jaguh Rakan Muda akan mula bersiaran pada 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202). Keseluruhan siri ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
| Tak ingat dah dapat hadiah apa sampai happy macam ni >.< |













%20Jaguh%20Rakan%20Muda%20-%20Key%20Visual.png)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)