Jalan-Jalan Ipoh | Ladang Teh Gaharu HOGA

Monday, 21 September 2026

Plan asalnya nak pergi ke Kellie's Castle lepas tengok Tasik Cermin tapi last minute tukar sebab cliche satu hal, rasa kagum ada ladang gaharu satu hal lagi. HOGA adalah gabungan perkataan Holistik Gaharu. Ladang Gaharu ni dibuka pada orang awam sejak tahun 2010 tapi sebagai ladang dah wujud sejak tahun 1992. 


Kitorang sampai sini pukul 11 tengahari tapi masa ni dah ramai orang beratur. Tiket untuk masuk berharga RM13 seorang, dapat naik van untuk ketiga-tiga checkpoint kemudian dapat 3 paket kecil makanan ikan. Beli tiket dekat kaunter tak lama tapi tunggu van tu yang lama. Lama dia sampai pergi tandas pun sempat. 

3 kali pickup van datang pun tak dapat naik lagi. Nasib baik lah kitorang tak pakai baju tebal dan bawa kipas tangan. Air minum je tak bawa sekali. Menyesal juga lah tak bawa botol air sebab masa ni cuaca panas terik. Matahari dah naik, ruang menunggu pula open space. Ada kipas tapi tak semua dapat merasa angin dia. 


Datang ke sini tersangatlah tak digalakkan pakai heels atau wedges walaupun ada banyak tempat boleh bergambar. Kawasan dia tak rata jadi mudah sangat terpele'ot kalau pakai kasut macam tu. 

Lepas lama menunggu finally dapat juga naik van untuk pergi ke checkpoint pertama - Hill Top View dan Café. Masa ni dah risau sebab duduk belakang dekat dengan tayar jadi senang pening atau melambung tapi okay je sebab driver bawa perlahan. 



Selesa je dalam van ni, pemandangan kiri kanan pun hijau dengan penanaman pokok gaharu tapi yang tak bestnya bila van pasang audio Bahasa Mandarin. Sepatah haram tak tahu apa benda dia sembang pasal ladang gaharu ni. 




Sebab utama kenapa van bawa perlahan sahaja. Laluan dekat sini sempit dan curam. Kalau terbabas memang jatuh lah dalam gaung tu. 



Dari dalam van kitorang dah boleh tengok lembah gaharu jadi kitorang decide untuk tak turun dekat checkpoint pertama. Rasa rugi sikit lah tapi rasa rimas pula bila tengok barisan panjang sangat dekat checkpoint ni. Penat menunggu dekat kaunter awal tadi pun tak hilang lagi. 

Ambil gambar dari jauh je

Checkpoint kedua ialah Hugging Tree. Dekat sini ada lukisan pada batang pokok gaharu jadi pengunjung boleh peluk pokok dan bergambar. Selain lukisan, ada juga kata-kata motivasi, kolam ikan dan kolam kura-kura. 


Van turunkan kitorang dekat sini lepastu kena menyeberang ke sebelah sana. Sungai ke parit entah dekat bawah ni tapi bukan ini kolam ikannya walaupun dekat dalam ni pun ada ikan juga. Tak ingat dah ikan apa. Kalau diorang bela ikan keli dekat sini dah boleh buka restoran ikan bakar, tanam pulak ulam dengan sayur dekat sini boleh makan tengahari dekat sini. Lahhhh tiberrr


Sebelum sampai ke kawasan peluk peluk pokok, kena berjalan bawah laluan bertutup ni. Dekat sini lah kenapa timbul rasa menyesal tak bawa botol air sebab banyak berjalan. 



Adik I segan nak peluk pokok so macam ni je lah dia bergambar. 


Selain lukisan, ada hiasan juga diorang letak dekat pokok gaharu ni. 


Dah habis kawasan peluk pokok gaharu ni akan jumpa pickup point dan kolam kura-kura. 



Kecewa betul tengok kolam kura-kura dia. Harap patung je lah besar dekat pickup point ni. Dekat bahagian tepi kolam ikan ni ada kincir angin mini. Bila ada angin memang cantik. Dalam gambar tak nampak lah dia berpusing tapi kalau buat video, cantik lah kejadiannya. 



Ni lah kolam ikan dia!


Banyak sangat ikan dalam ni. I habiskan dua paket makanan ikan dekat sini sebab semua ikan nampak lapar sebab rakus sangat masing-masing. Kalau tak cukup makanan ikan yang percuma tu, boleh beli dekat kaunter tepi kolam ikan ni. 


Kolam ikan ni ada dua tempat bagi makan ikan. Satu dekat sini, satu lagi dekat belakang sana. Mana lagi best? Entahlah, kitorang stay satu tempat je. Malas dah nak berjalan. Ada je jual air dekat sini tapi tak sejuk. Mengada kan? Ha'ah memang. 

Lepas habis bergambar dekat sini, kitorang tunggu dekat pickup point tapi kali kedua van datang baru dapat naik sebab ada keluarga besar depan kitorang. Nasib baik gap antara van pertama dengan kedua tu tak lama. 


Tak jauh dari Hugging Trees Park, adalah checkpoint ketiga iaitu Taman Kekasih. Dekat sini ada dancing tress tapi kalau imaginasi tinggi memang boleh nampak lah bentuk sepasang kekasih tengah menari dekat pokok besar tu. I nampak pokok je. 



Dari drop off point tu kena turun ke bawah untuk tengok kolam ikan. Tangga dekat sini curam, anak tangga pun kecil. Kalau tak berhati-hati boleh jatuh.



Nak bergambar memang cun sebab natural lighting cantik. 


Kolam ikan dia memang berseni tapi bunga ros jepun dia tak merimbun sangat. Nampak tak nampak je pasu bunga tergantung di sekeliling kolam ikan ni. Dekat sini pun ikan dia rakus tapi maaf lah makanan ikan dah habis. Mana yang ada je lah dapat makan. 

Checkpoint terakhir ni bagi pilihan untuk pengunjung sama ada tunggu van ataupun berjalan kaki sampai ke bangunan utama, tempat beli tiket tadi. Malas nak panjat tangga dan tunggu van lagi, kitorang pilih untuk berjalan sebab 800 meter je. Pemandu van cuma pesan jalan di kawasan yang berbumbung sebab cuaca panas. 


Cun jugak lah pilih untuk berjalan sebab kiri dan kanan ada macam-macam tarikan. Laluan pun semuanya turun ke bawah jadi tak penat dan tak terasa pun 800 meter tu. 






Bila dah sampai bawah ada je tandas untuk yang nak membuang lepas berjalan. 


Gambar di gerbang tanda berjalan ke bawah. 


Sampai je dekat bangunan utama, kitorang terus pergi beli air dan aiskrim gaharu. Aiskrim dia kecil je tapi okay lah sebab cuaca tengah panas memang cepat dia cair. Harga satu aiskrim kon, RM5.00 je. Kitorang beli satu je sebab takut rasa dia aneh. 



I beli apam gaharu juga sebagai alas perut sebelum makan tengahari. Rasa dia macam apam biasa sebab tak kuat sangat pun gaharu tu. Sama juga dengan aiskrim tapi teh gaharu dia pahit. Rasa dia rasa menyesal beli. 

Dekat sebelah restoran ni ada galeri dan kedai serbaneka jual pelbagai produk berasaskan gaharu tapi sebab ramai orang dan kitorang dah lapar, skip je bahagian tu sebab semua boleh tengok dekat website dia. 

Lepas ni mungkin dah tak datang dah sebab tempat dia menarik tapi vibe tak seronok. Ladang Teh Gaharu ni lebih mesra kepada pengunjung berbangsa Cina. Mungkin sebab tu lah kot orang pilih untuk pergi Kellie's Castle. 

Jalan-Jalan Ipoh | Tokong Sam Poh Tong

500 meter dari kawasan Tasik Cermin adalah Tokong Sam Poh Tong yang terkenal dengan binaan berasaskan batu kapur. Tokong dekat sini dari permulaan kurun ke-19 tapi tak sure binaan dia bermula tahun 1950 ataupun hujung kurun ke 18 tu sebab tahun 1910 dah ada tokong batu kapur tu. 

Masa kitorang datang ni tak banyak kereta lagi jadi senang sangat nak dapat tempat parking, betul-betul berhadapan dengan Tokong Sam Poh Tong. Kawasan laman ada zen garden. Cantik bergambar dekat situ sebelum matahari naik atas kepala. 


Dekat dalam kolam ni ada ikan koi tapi pihak tokong tak ada pulak jual makanan ikan. Ikan dia besar-besar jugak. Boleh ralit tengok ikan dekat dalam kolam ni. 




Dekat bangunan dua tingkat ni ada kafeteria dengan tandas tapi tak pasti lah makanan yang dijual semuanya vegetarian ataupun ada juga makanan lain. Kitorang tak masuk pun dekat situ, cuma tengok dari luar sebab ada anjing dekat bahagian depan. Anjing dia jinak tapi kitorang yang takut. 


Masa tengah bergambar dekat taman tu, ada uncle ni tegur kenapa tak masuk dalam? Dia kata kalau orang datang mesti sampai depan je padahal tokong yang cantik dengan taman kura-kura ada dekat dalam. 

Dekat bahagian pintu masuk tu ada sinki untuk staff tokong bersihkan tomato dengan lobak merah. Ada kaunter juga untuk beli sayur yang dah siap dibersihkan dan dipotong untuk bagi makan pada kura-kura. 



Dekat bahagian tengah ni akan berjumpa ruang penganut Buddha sembahyang dekat sini. Pagi tu tak lah ramai orang tapi masa kitorang balik dah mula ramai yang berdoa depan patung dewa. Dekat dalam Google nampak gambar naga tapi dekat sini tak perasan lah pulak ada naga. Dinding dia kosong je kebanyakannya, mungkin dekat ruangan lain sebab kitorang tak jenguk semua ruang pun.


Lantai dalam tokong ni cantik. 



Tak ingat berjalan berapa meter dalam terowong gua batu kapur tu tapi tak jauh sangat pun. 



Ni lah tokong lama yang cantik tu. Sebelum ni boleh masuk dalam tapi disebabkan bangunan dia dah tak kukuh, banyak retak dan terhakis jadi pihak tokong tutup terus. Boleh tengok dari jauh je tokong ni sebab sekeliling dia dah berpagar. 


Tak pasti lah kenapa boleh ada air pancut dekat depan tokong ni sebab dia macam tak kena dengan aesthetic tokong lama tu. Dah la tak center. 

Tokong lama ni bila tengok depan-depan lagi cantik sebab tingkap dia diperbuat dari kayu buluh. Dalam gambar ni entah kenapa jadi kabur, mungkin sebab asap colok ataupun sebab jerebu. 


Thank you uncle ambilkan gambar kitorang!



Ni lah taman kura-kura dekat Tokong Sam Poh Tong. Banyak kura-kura dia tapi tak ada yang besar gila, mungkin baru buka kot. Ramai yang datang bagi makan dekat kura-kura ni tapi tak tahu lah kalau selit doa sekali. 


Gambar kaki tanda hadir!



Kitorang tak lama pun dekat dalam tokong ni sebab dah mula ramai orang. Berdekatan dengan Tokong Sam Poh Tong ni ada lagi dua tokong tapi tak sempat lah nak pergi semua. Tengok dari luar je lah mampu.