Village Grocer Nadayu 801, Damansara West

Wednesday, 26 August 2026


Sejak Embayu dan Nadayu 801 beroperasi, nama jalan dekat Bandar Pinggiran Subang ni dah upgrade jadi Damansara West. Nama tak nak kalah kan padahal kawasan setempat takde lah glamor mana pun. 

Masa pergi ambil adik dekat tempat kerja dia saja menyinggah masuk ke Village Grocer yang baru dibuka dekat sini. Pasaraya ni memudahkan penduduk Nadayu lah kot sebab dekat bawah rumah je. Boleh tahan luas juga lah sebab dia ambil 4 unit dan ada disediakan parkir khas untuk pelanggan tapi tak banyak lah. Kalau ada buat promo mesti sesak parkir dia. 


Pergi ke kawasan sayur dia sebab nak beli salad. Tak banyak sangat pilihan salad dia tapi okay lah, apa yang I nak tu ada. Sayur yang lain ikut mood sebab ada yang dah start kuning. I beli kale jugak sebab nak buat jus tapi tengok lah dia melecur dalam peti ais ataupun selamat masuk dalam perut nanti.


Saja jalan-jalan tengok barang dekat Village Grocer ni sebab nanti kalau nak apa-apa senang boleh kirim dekat adik je. Sebelum balik rumah boleh menyinggah beli dekat sini kalau dia syif pagi. Beli dekat sini pun okay jugak sebab dia pek kecil tak macam NSK since dia wholesale retail. Lepas ni dah tak payah beli banyak-banyak simpan dalam peti ais dah. Rasa nak masak baru beli tak pun beli untuk seminggu dulu. 



Dekat Village Grocer ni ada cendawan pelbagai jenis, pelbagai bentuk, banyak pilihan pulak tu. Seronok lah Fariha kalau dia tengok ni sebab dia suka cendawan. Terkejut tengok cendawan dia besar gila lepastu ada cendawan warna coklat gelap jugak. 




Dekat sini ada juga frozen berries. Kalau nak buat smoothies senang lah tapi tu lah bila nak buat entahnya. Seronok tengok je tapi penyegan. 



Pilihan sini lagi banyak dari Whole Foods Extra tapi dua-dua pun I suka. Takde dekat sana boleh pergi sini. Nak jenis apa semua ada. Tinggal nak masak je. Masa tengok bahagian keju ni dah bermacam resipi keluar. Menggeletis idea bagai mencurah ke ladang gandum. 



Dekat kaunter daging ada ternampak daging wagyu yang buat promo haritu tapi nanti lah beli. Masa promo tu tak sempat nak beli sebab orang tengah gila memborong. 





Seronok masuk sini sebab semua barang tersusun kemas je. Kalau pergi Speedmart memang tak dapat lah view macam ni. Jalan-jalan dekat sini pun jadi terapi jugak. Dah la sejuk mata memandang, sejuk juga badan sebab ada air-cond. 


Masuk sini baru tahu ada bakery. Kalau pagi ada jual nasi lemak jugak, boleh minum dengan kopi atau teh. Nak try kopi dia tapi lain kali lah sebab kitorang pergi ni dah nak malam, takut nanti ada yang tak boleh tidur. Kalau beli pastries pukul 7 malam boleh dapat harga diskaun. Nak beli masa tu tapi pastries dia tak banyak dan tak berkenan di tekak. 

Sudahnya pergi ke kaunter cashier untuk bayar barang dibeli. I beli bunga kekwa jugak untuk teman bunga lili dengan carnation I beli haritu dekat MRT Bukit Bintang. 


Village Grocer please masukkan banyak sikit pilihan untuk bunga segar dekat situ. Senang sikit tak payah pergi beli jauh sampai ke KL sana. 


Tak pasti bila restoran ni bertukar pemilik. Sebelum ni Top Seafood, kedai toye jugak cuma tak sedap lah sebab tu jarang pergi. Kalau pergi pun sebab kenalan ajak lepak situ. Punya lah tak perasan dah bertukar sampai tahu pasal restoran Tomyam 100 Tahun ni pun dari Threads. Masa tu macam aikkk dah lain. 

Lepas ambil adik dekat tempat kerja dia, singgah lah makan malam dekat sini. Kitorang ambil Set D untuk 3 orang makan tapi tambah 1 nasi putih sebab ada 4 orang. Dalam set tu ada nasi putih 3, ikan siakap masam manis seekor, tomyam campur 1, kailan ikan masin 1, telur dadar 2 dan teh o ais 3 cawan tapi air mintak tukar sebab masing-masing nak minum air lain. Kitorang tambah telur dadar lagi satu sebab telur dia kecik nau. 



Siakap 3 rasa dia sedap tapi manis sikit sebab kelate kot. Pedas pun tak kuat sangat. Tomyam campur dia letak ayam, udang dengan sotong. Tak lah banyak tapi cukup-cukup je. Kuah dia pekat, terasa manis seafood tu. .Sebelum ni pernah jugak makan bihun atau kueytiaw tomyam dekat sini, sedap jugak sebab tu berani ambil set dekat sini. 

Bahan dia guna segar je sebab sini ada banyak kedai runcit dan supermarket. Restoran dia pun rancak je setiap malam jadi tak risau lah bab ni. 



Service dekat sini ikut mood. Kalau ramai orang, memang lama sikit lah nak tunggu staff dia layan tapi kitorang selalu duduk dalam, dekat dengan kaunter cashier dan dapur.  Dekat sini boleh bayar guna cash dengan QR je, takde terminal kad. 

Movie Review | Captain America: The First Avenger (2011)

Tuesday, 25 August 2026


Pengarah: Joe Johnston  
Penulis Skrip: Christopher Markus, Stephen McFeely  
Pelakon: Chris Evans, Tommy Lee Jones, Hugo Weaving, Hayley Atwell, Sebastian Stan, Dominic Cooper, Toby Jones, Neal McDonough, Derek Luke, Stanley Tucci   
Syarikat Produksi: Marvel Studios   
Pengedar:  Paramount Pictures
Genre: Superhero  
Durasi Tayangan: 124 minit
Tarikh Tayangan: 19 Julai 2011 (El Capitan Theatre), 22 Julai 2011 (United States)   
Trailer:


Berlatarkan tahun 1942, Steve Rogers (Chris Evans) sering ditolak permohonannya untuk menjadi tentera gara-gara mempunyai fizikal yang kecil dan menghidap asma. Ketika menghadiri Stark Expo yang dianjurkan oleh Howard Stark (Dominic Cooper), Steve disapa oleh Dr. Abraham Erskine (Stanley Tucci) yang membenarkan dia untuk mendaftar sebagai tentera. 


Dr. Abraham mempunyai rencana untuk jadikan Steve sebagai super-soldier menggunakan serum yang dihasilkan ketika bekerja dengan Johann Schmidt (Hugo Weaving) / Red Skull, ketua organisasi Hydra. Walaupun Kolonel Chester Phillips (Tommy Lee Jones) sarankan calon yang lain tapi Dr. Abraham tetap bertegas bahawa Steve adalah calon terbaik kerana mempunyai hati yang besar dan semangat berjuang yang tinggi. 


Setelah eksperimen mereka berjaya, Steve muncul sebagai lelaki yang sasa dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Namun Dr. Abraham dibunuh oleh ejen Hydra dan Steve kemudiannya fokus menjadi maskot tentera Amerika Syarikat. 

Setelah 6 bulan menyertai jelajah untuk promosikan bon perang, Steve mendapat khabar tentang rakan baiknya, James Bucky Barnes (Sebastian Stan) diserang ketika perang. Dengan bantuan Ejen Peggy Carter (Hayley Atwell) dan Howard Stark, Steve selamatkan platoon tentera Amerika dan pulang ke markas dengan selamat namun mula menjadi sasaran Hydra. 


Filem Captain America: The First Avenger arahan Joe Johnston dan penulisan dari Christopher Markus juga Stephen McFeely menggalas tanggungjawab yang agak berat selepas tayangan filem Iron Man (2008), The Incredible Hulk (2008), Iron Man 2 (2010) dan Thor (2011) untuk Marvel Cinematic Universe Fasa 1. Dalam fasa pertama ni, filem Captain America: The First Avenger dah mula dibikin panjang selama 2 jam lebih. 

Penceritaan filem Captain America: The First Avenger mempunyai plot yang ringkas dan kuat. Steve Rogers perlu menentang organisasi Hydra yang memiliki Tesseract, batu kuno dengan kuasa yang kuat. Tesseract digunakan untuk mencipta senjata maut bagi tentera Jerman. Johann Schmidt menjadi watak antagonis yang kejam tanpa belas, mengingatkan penonton pada Adolf Hitler juga Nazi sedangkan sentimen yang dimasukkan tak lah begitu kuat.


Walaupun filem Captain America: The First Avenger berlatarkan zaman perang dan watak Captain America sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi namun tak ada babak yang preachy tentang patriotism atau kenapa tentera Amerika perlu menang. 


Chris Evans menghidupkan pesona superhero Captain America dengan lakonan yang cemerlang didukung oleh face card dan screen presence yang kuat. He fits the role like gloves. Siapa je tak cair tengok Captain America? Sebelum Captain America, Chris Evans dah pernah berlakon dalam franchise Fantastic Four sebagai Johnny Storm / Human Torch, si kasanova. Jauh berbeza lah dengan Captain America yang polos dan skema. Tapi kedua-duanya meninggalkan impak. 

Sama macam Deadpool, Chris Evans pun muncul sebagai Johnny Storm untuk bunuh watak dia dalam filem Deadpool & Wolverine (2024) supaya tak berlanggar dengan susur masa semasa.  


Dalam filem Captain America: The First Avenger, watak Howard Stark yang pernah muncul dalam Iron Man 2 (2010) diperkembangkan lagi sebagai usahawan dan pakar teknologi yang terlibat secara langsung untuk program super soldier. Beza lah personaliti Howard dengan Tony sebab Howard ada lagak dia tapi disenangi. Howard juga yang bantu Captain America berjumpa dengan perisai besi yang diperbuat dari adamantium, gabungan material besi aloi dan vibranium. 


Selain babak aksi yang paparkan banyak hand combat atau dengan senjata, filem Captain America: The First Avenger juga ada babak saspens, thriller dan juga sisi romantik antara Steve Rogers dan Ejen Peggy Carter. Chemistry yang dipamerkan juga kuat sampaikan kita pun ikut sedih di penghujung filem. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Thor (2011)

Pengarah: Kenneth Branagh   
Penulis Skrip: Ashley Edward Miller, Zack Stentz, Don Payne   
Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan SkarsgÃ¥rd, Kat Dennings, Clark Gregg, Colm Feore, Ray Stevenson, Idris Elba, Jaimie Alexander, Rene Russo, Anthony Hopkins   
Syarikat Produksi: Marvel Studios   
Pengedar: Paramount Pictures 
Genre: Superhero 
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 17 April 2011 (Sydney), 6 Mei 2011 (United States)   
Trailer:


Pada 965 AD, Raja Asgard bernama Odin (Anthony Hopkins), berperang dengan Frost Giants bersama ketua mereka, Laufey (Colm Feore) di Jotunheim untuk menghalang makhluk tersebut menguasai Nine Realms yang bermula dengan Bumi. Askar Asgardian berjaya mengalahkan Jotunheim lalu menyekat segala sumber kuasa dengan mengambil Casket of Ancient Winters. 

Selepas pulang dari perang tersebut, Odin menyiapkan kedua-dua orang anaknya iaitu Thor dan Loki untuk menjadi penggantinya sebagai raja. Menginjak dewasa, Thor (Chris Hemsworth) menjadi perkasa dan mengetuai beberapa perang hingga dia yakin akan menggantikan Odin sebagai Raja Asgard. 


Thor cuba menyerang Jotunheim supaya Odin nampak dia layak dan sudah bersedia sebagai Raja Asgard, malangnya mereka hampir kalah. Odin mengamuk lalu menghukum Thor dan tukulnya, Mjölnir ke Bumi. Thor takkan mampu guna Mjölnir tanpa kuasa dan hanya yang layak sahaja akan diberikan kuasa tersebut. 

Loki (Tom Hiddleston) kemudiannya bertemu dengan Laufey untuk bagi laluan masuk ke Asgard supaya dia dapat menjadi raja sebelum abangnya pulang. 


Di Bumi, Thor bertemu dengan Dr. Jane Foster (Natalie Portman) bersama pembantunya Darcy Lewis (Kat Dennings) dan Dr. Erik Selvig (Stellan SkarsgÃ¥rd). Dalam masa yang sama, Ejen Phil Coulson (Clark Gregg) ditugaskan oleh S.H.I.E.L.D. pergi ke New Mexico untuk mengkaji Mjölnir di sana. 

Dekat penghujung filem Iron Man 2 (2010), Ejen Phil Coulson maklumkan pada Tony Stark yang dia perlu pergi ke New Mexico sekaligus memperkenalkan watak Thor secara tak langsung dalam filem tersebut. Filem Thor arahan Kenneth Branagh merupakan instalment keempat dalam Marvel Cinematic Universe Fasa 1 selepas Iron Man (2008), The Incredible Hulk (2008) dan Iron Man 2 (2010). 


Thor merupakan demigod yang menjaga keamanan Nine Realms termasuklah Bumi sementara Loki yang mengetahui identiti sebenar menjadi watak antagonis di samping Laufey. Di awal filem nampak watak Loki agak pasif di sisi Thor sebab fizikal masing-masing jauh berbeza tapi Loki berkembang selepas Thor jatuh ke Bumi. Walaupun Thor menghidangkan konflik peribadi dan pengkhianatan oleh keluarga namun sayangnya gagal diolah dan hadirkan emosi yang kuat. 

‘I never wanted the throne, I only ever wanted to be your equal!’ – Loki


Penceritaan Thor mempunyai banyak babak aksi memandangkan Thor sendiri suka memilih jalan yang ganas dan sebab tu juga Odin takut nak naikkan Thor sebagai Raja Asgard. Tahap egois dan bongkak dia lebih kurang dengan Tony Stark tapi bila dah hilang kuasa, behave lah sikit. Nak pula jatuh cinta dengan Dr. Jean Foster. 

Watak Dr. Jean tak dikembangkan sangat dan masuk sebagai pasu bunga semata sebab tak kenal pun dia siapa, apa pekerjaan dia, kenapa dia kejar ribut. Bukan watak Dr. Jean sahaja tapi banyak lagi watak sampingan yang lain cuma hidup untuk meriahkan komuniti Asgard, Jotunheim dan Bumi. 


Babak komedi pun diselitkan juga bila Thor cuba belajar untuk hidup sebagai manusia normal di Bumi. Latar tempat yang dimasukkan sepenuhnya direka oleh produksi jaid kebanyakan masanya memang nampak lah macam berjalan dalam set. Tak pasti kenapa laluan Asgard ke Bumi adalah di New Mexico sebab tiada penjelasan pun dalam filem. Hanya Marvel dan Hemdall (Idris Elba), penjaga Bifrost Bridge yang tahu kenapa. 

Sinematografi dari Haris Zambarloukos berjaya mewujudkan dunia Asgard yang mewah dan eksklusif. Kostum yang digunakan dalam filem Thor nampak berat dengan full-body suit yang Thor dan Loki pakai. Disebabkan berat tu juga lah dia nampak terletak elok pada kedua-dua watak utama walaupun Tom Hiddleston struggle bila kena pakai helmet sebab pemandangan dia terbatas. 


Mjölnir yang dimasukkan pun digambarkan sebagai tukul besi yang berat sebab diperbuat dari bintang yang dah mati di supernova lalau membentuk neutronium. Satu sudu neutronium dah mampu capai berat sebanyak billion tan. Tak hairan lah dalam filem Thor, satu kampung cuba tarik Mjölnir keluar dari tanah tapi tak berjaya. Loki dan Thor pun tak mampu bila tak ada kuasa dari Odin Allfather.  

Selain Thor dan Loki, pengarah masukkan juga watak Hawkeye (Clint Barton) yang handal memanah di separuh masa kedua filem Thor. Hawkeye juga antara watak superhero terawal bertugas dalam S.H.I.E.L.D di bawah Nick Fury (Samuel L. Jackson). 


Filem Thor mungkin mempunyai skrip yang lemah tapi kekuatan lakonan Chris Hemsworth dan Tom Hiddleston yang buatkan kita melekat sampai ke hujung cerita. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10

Dinner di Nippon Jo Dengan Teha

Monday, 24 August 2026

Hujung bulan lepas nak balik awal kononnya tapi jalan sesak lepastu hujan lebat maka terpaksa lah stay dekat office kejap sampai hujan reda sikit. Teha naik motor pergi kerja so dia pun sangkut sekali. Dalam banyak-banyak hari nak hujan, hari yang Teha bawak motor jugak lah yang nak lebat selebatnya 😂

Teha tak pernah makan lagi dekat Nippon Jo walaupun dah setahun dia kerja dekat sini. I mean, dekat RRM lah. Alang dah sangkut sebab hujan tu, I ajak lah pergi makan dekat Nippon Jo. Teha tak nak makan berat sebab dia dah makan nasi dagang. Dia nak merasa sushi dekat sini. 


Dia order Snow Crab with Mentai and Tobiko dengan gyoza pastu ambil cold green tea. I order set Beef Rice dengan Iced Latte. Silap order minuman sebab tengahari dah minum kopi dah pun pastu bukannya nak stay overtime pun buat kerja. Takat nak tunggu hujan je, risau balik nanti tak boleh tidur sebab latte dekat Nippon Jo ni kaw jugak. 

31.07.2026

Waiter Nippon Jo sugest untuk I ambil Beef Stone Bowl sebab harga dia lebih kurang je even yang dalam bowl lebih sedap tapi I tak nak sebab I tak nak. 


Ingatkan I ambil order yang sama dengan sebelum ni tapi rupanya bukan. Nampak macam sama tapi berbeza lah sebab set yang ni isi daging dia dihiris nipis. Yang Beef Teppanyaki Tenderloin Rice tu potongan dadu dan yang tu lagi sedap sebab daging dia juicy. Yang set ni kering sikit tapi still lembut lah. 

Side dishes dia kurang menarik sebab carrot dengan kacang hijau mayo, fish cake pedas dan tauhu rasanya. Tak ingat dah tapi I tak habiskan pun sebab tak kena dengan tekak. Nasib baik jugak lah pilih latte, boleh hilangkan rasa yang tak disukai tu dekat tekak. 


Masa tunggu order siap ni hujan dah sereyat dah tapi kitorang lepak lama sikit sebab vibe dekat Nippon Jo chill je. Husband Teha pun belum sampai dekat LRT Ara Damansara. Lepak Nippon Jo dengan Teha ni teringat pulak pernah lunch date dengan Yun masa dia baru habis chambering sembang pasal life. Sekarang Yun dah pindah duduk Seremban lepas kahwin. Teha pun nanti nak pindah ke Putrajaya tapi lagi lambat lagi bagus...

Lirik Lagu Takkan Pernah - Hussain


Masa tengok Big Stage x Rocketfuel, dah aim Adam Nazmie akan jadi juara tapi rezeki lebih memihak kepada Hussain sebab fan base dia lagi besar jadi undian paling tinggi antara semua peserta. Hussain antara peserta favorite jugak cuma dia tak sekreatif duo Adam Nazmi tapi boleh faham lah sebab Nazmie belajar dekat ASWARA dan duo juga dah banyak pengalaman dalam pertandingan. Nanti Hussain pun akan sampai ke tahap situ jugak bila dah banyak pengalaman. 



Lagu Takkan Pernah gubahan dan lirik dari Ahmed Faez bersama Johan John menggunakan genre balada yang sesuai dengan tona suara Hussain. Tapi terus-terang cakap, lagu ni tak berapa syok sebab pendek dan repetitive. Dekat bahagian verse awal pun suara Hussain terlampau perlahan. Chorus kedua yang dekat dengan bridge je I suka. 

Lagu ni OST material, tak hairanlah nanti bila Astro ada drama baru terus je grab lagu ni. 

LIRIK LAGU TAKKAN PERNAH
Penyanyi: Hussain
Komposer: Ahmed Faez, Johan John
Lirik: Ahmed Faez, Johan John
Studio: Rocketfuel Entertainment

Takkan pernah ku mungkiri
Takkan pernah ku mungkir janji
Bukankah kau tahu isi hatiku
Kau kata kau kenaliku

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta suciku

Takkan pernah ku khianati
Cinta kamu yang ku miliki
Walau jauh walau kelahi
Takkan bisa diusir pergi

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta cinta cinta

Takkan pernah menduakan diri kamu

[Chorus]
Ini cintaku cinta sampai mati
Genggam janjiku semat dalam hati
Tiada lewa dariku dalam meyakini
Cinta cinta cinta suciku

Lirik Lagu Terus Terang - Adam Nazmi


Dah habis Big Stage x Rocketfuel dan tahniah untuk duo Adam Nazmie berjaya jadi Naib Juara dan dapat bernaung di bawah Rocketfuel Entertainment. Hopefully lepas ni makin bersinar lah dengan lagu yang serlahkan signature style Adam Nazmie, harmoni dan bertenaga. 

Lagu Terus Terang yang digubah dan lirik oleh Justin Seow, Mohsein Kush, Naki tersangatlah sesuai dengan suara Adam Nazmie. Lagu pun tentang capai impian, senang sangat connect dengan pendengar. 




LIRIK LAGU TERUS TERANG
Penyanyi: Adam Malek & Nazmie Malek
Komposer: Justin Seow, Mohsein Kush, Naki 
Lirik: Justin Seow, Mohsein Kush, Naki 
Studio: Rocketfuel Entertainment

[Intro]
Langkah yang tak pernah sama
Kau berlari, ku bertanya
Di antara luka-luka yang membuat, membekas.

Perjalanan yang tak mudah
Aku hampir hilang arah
Di antara arus deras
Kau tetap ada

[Pre-chorus]
Beribu malam ku jatuh
Tenggelam dalam keluhan dan kemarahan
Ku genggam.....

[Chorus]
Harapan
Kucapai cahaya rembulan
Terus terang sinar bintang
Kembali ku pulang ke ruang khayalan
Terus terang sinar kita

[Bridge]
Perlahan waktu berganti
Yang retak mulai mengerti
Ku terima jalan ini yang kupilih

[Pre-chorus]
Beribu malam ku jatuh
Tenggelam dalam keluhan dan kemarahan
Ku genggam.....

[Chorus]
Harapan
Kucapai cahaya rembulan
Terus terang sinar bintang
Kembali ku pulang ke ruang khayalan
Terus terang sinar kita

Apa harus kulakukan untuk kekal terus berjalan?
Aku ingin tetap ingin tetap, bertahan


Apa harus kulakukan untuk kekal terus berjalan?
Aku ingin tetap ingin tetap, bertahan