Ejen Ali The Movie 2 sekali lagi menghidangkan aksi berintensiti tinggi dan emosi yang menggamit jiwa dengan pelancaran Treler Rasmi keduanya hari ini, susulan kemunculan poster utama yang mencetus perbualan hangat sejak semalam. Bersiap sedia untuk sebuah pengembaraan penuh aksi dan detik-detik dramatik di layar perak bermula 22 Mei 2025 ini. Ejen Ali kembali dalam misi baharu dengan pertaruhan yang lebih besar, ancaman yang lebih berani, dan babak aksi yang lebih mendebarkan!


Kali ini, kualiti animasi yang jauh lebih mengagumkan diperkayakan dengan visual memukau serta jalan cerita yang penuh emosi dan ketegangan pastinya bakal membuat penonton tidak sabar menanti ketibaan 22 Mei 2025. Gelombang sokongan daripada peminat sudah mula terasa sejak tayangan semula Ejen Ali The Movie pada Februari 2025 lalu, didorong lagi oleh pelbagai video treler dan lagu tema rasmi, Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, di platform striming digital, yang terus membangkitkan keterujaan untuk kepulangan Ejen Ali ke layar besar.

Treler kedua bermula dengan suara yang menyeru Ali untuk bangkit, disusuli ungkapan kata-kata “Kerja kita belum selesai…”  yang bergema. Senario ini mendedahkan perbicaraan penuh emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejen MATA yang muncul kembali dengan motif yang tersembunyi. Walaupun berdepan cabaran yang semakin rumit, Ali tekad bertarung menentang musuh lama yang menyimpan dendam kesuma, Neonimus, demi mempertahankan kota futuristik Cyberaya. Ali perlu menguasai sut Satria untuk menyelesaikan misi ini, sebuah ciptaan inovasi teknologi berasaskan kecerdasan buatan terkini oleh agensi perisik MATA yang masih cukup asing buat dirinya. Pelantikan Ketua Teras MATA baharu, Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) merubah dinamik pimpinan dan strategi dalam pertempuran ini. Sementara itu, kelibat Rizwan yang berganding bersama duo penjahat Dos dan Trez mengundang seribu persoalan. 

Alunan beat lagu latar yang menyerlah mencipta pengalaman menonton treler kedua yang membuatkan peminat meremang, sekali gus menyemarakkan keyakinan bahawa Ejen Ali The Movie 2 berpotensi menggegarkan dunia animasi tempatan dan antarabangsa sekali lagi. Kesinambungan kepada Ejen Ali The Movie (2019), sekuel ini mengangkat konspirasi yang semakin mendalam dan musuh yang lebih mengancam dalam rungkaian plot yang bakal menguji semangat pasukan Ali ke tahap tertinggi. Ketika Neonimus rancak menyusun langkah untuk menjerat Ali, setiap pilihan dan tindakan yang diambil Ali sangat kritikal.

Usamah Zaid Yasin, pengarah filem ini, dalam ulasan lanjut berkata, “Pelancaran treler rasmi kedua ini mencetus perasaan teruja buat golongan pengkarya seperti kami. Kami tidak sabar untuk menyambut para peminat di pawagam demi mempersembahkan naratif Ejen Ali pada skala besar dan berintensiti tinggi. Setiap detik dalam filem ini direncana rapi untuk membawa penonton menyelami dunia Ejen Ali dengan lebih mendalam. Jumpa anda di pawagam pada 22 Mei ini!”

Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Terus membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios.Film.

Tonton Treler Rasmi #2 di:

YouTube: www.youtube.com/ejenali

TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali

Facebook: www.facebook.com/ejenali

Instagram: www.instagram.com/ejen_ali

Twitter: www.twitter.com/ejen_ali

Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!

 #EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY 

*****************************

Mengenai Ejen Ali the Movie 2

Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia  oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.

Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di 

Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.

Mengenai Primeworks Studios

Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.

Mengenai WAU Animation

WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.

BARA NAGA MASIH PANAS! BLOOD BROTHERS KUTIP RM62 JUTA

Thursday, 1 May 2025

BARA NAGA MASIH PANAS! BLOOD BROTHERS KUTIP RM62 JUTA | BB GEGAR BB (BUKIT BINTANG), ORANG AWAM TERKESIMA DENGAN KEJUTAN TANPA HENTI!

Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut. Dengan pencapaian ini, Blood Brothers: Bara Naga kini tersenarai dalam kutipan tertinggi pecah panggung dunia perfileman di Malaysia dengan pencapaian RM 62 Juta dalam masa 20 hari tayangan dan tayangan awal. Ini merupakan satu kejayaan manis buat produksi tempatan, malah membuktikan bahawa filem bergenre aksi sentiasa mendapat tempat di hati penonton.

Bagi meraikan kejayaan luar biasa ini, satu acara gempak telah diadakan di Bukit Bintang, destinasi ikonik yang sentiasa dipenuhi pelancong dan warga kota, dengan pengumuman mengejut di papan LED gergasi yang memaparkan jumlah kutipan sebanyak RM 62 juta buat masa ini! Bukit Bintang telah dipilih sebagai lokasi utama kerana ia melambangkan semangat yang tidak pernah pudar, sejajar dengan jiwa Blood Brothers yang sentiasa membara. 

Acara malam ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Dr. Yusof Haslam, legenda perfileman tanah air, bersama pengarah Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Tidak ketinggalan pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis dan Razib Salimin turut memeriahkan suasana. 

Untuk menambahkan lagi elemen misteri dan eksklusif, seramai 30 orang individu yang berpakaian sut hitam, menyerupai pengawal peribadi, telah ‘menguasai’ kawasan tersebut, mencipta suasana yang penuh ketegangan dan dramatik. Kehadiran mereka bagaikan membawa dunia Blood Brothers hidup di hadapan mata khalayak ramai. Selain itu, persembahan akustik oleh Genji Busker yang mendendangkan lagu tema filem, Bara Jiwa, terus menambahkan kemeriahan dan menjadikan malam tersebut sarat dengan kegemilangan.

Sambutan di tengah-tengah kota ini bukan hanya sekadar promosi, tetapi merupakan satu pernyataan yang jelas: Blood Brothers:Bara Naga akan terus melangkah ke hadapan, terus menarik perhatian, dan semakin mencabar norma dengan caranya yang tersendiri. Sebagai tanda sokongan terhadap industri seni tempatan, WOLO Kuala Lumpur tampil sebagai penaja rasmi penginapan bagi para artis dan tetamu kehormat sepanjang berlangsungnya acara ini.

“Terima kasih di atas sambutan yang cukup memberangsangkan dan luar biasa. Segala yang baik daripada Allah dan segala kekurangan adalah dari kami.Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua penonton, yang sentiasa memberikan perhatian dan semangat terhadap industri perfileman tanah air. Jangan lupa untuk menonton filem-filem tempatan lain yang kini sedang hangat dan meriah ditayangkan di pawagam, yang turut memberikan impak besar dalam dunia perfileman tanah air. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini, serta pembaharuan yang terus dihasilkan untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air kita. Sokongan padu daripada penonton adalah sumber inspirasi yang besar untuk kami terus berkarya dan saya berharap karya-karya ini akan terus menghiburkan serta memberi kesan yang mendalam kepada semua. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terus setia menyokong industri perfileman tanah air. Semoga karya-karya anak tempatan terus sukses dan mampu menembusi pasaran global”, kata Datuk Dr. Yusof Haslam. 

Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan mampu mencipta gelombang besar dalam industri, sekal igus membuka jalan untuk lebih banyak karya berani dan berkualiti dihasilkan. Ia juga menjadi petanda bahawa penonton Malaysia kini lebih terbuka menerima filem tempatan yang menawarkan pengalaman sinematik bertaraf antarabangsa.

Jika anda belum saksikan filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers:Bara Naga! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang sedang menggegarkan layar perak dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa!

Blog Performance April 2025

 

Lama betul April bergerak sampai penat nak tengok kalendar bila nak masuk bulan Mei. Ada yang rasa macam tu jugak tak? Ke semua seronok beraya sampai tak perasan April dah habis? Anyway, bulan syawal dah habis sekarang dah boleh start ganti puasa dan diet balik. Lepas ni rasanya event pun dah start banyak balik sebab program realiti pun dah start buat sidang media. 

1. PV


Masa raya haritu rasa malas nak update blog sebab setiap minggu keluar pergi beraya so saja je lah update lirik lagu Nyam Nyam Ketupat. Tak sangka betul dapat views tinggi padahal lagu tu dah 14 hari keluar dekat Youtube sampai dah ada TikTok challenge dah. 

But still views menurun sedikit dari bulan Mac 2025 around 300k macam tu. Walaupun dapat banyak press release yang bantu keywords dekat blog tapi tak menjamin views tinggi. Kebanyakannya one-time readers je dan tak datang balik. Apapun all time views dah nak mencecah 7 juta dalam masa terdekat. Mungkin minggu pertama atau mungkin minggu kedua. Can't wait!

2. Posts


Penangan Nyam Nyam Ketupat sampai nak masuk 8k views tapi tak sebanyak lagu Nur Cinta. Haritu update lirik lagu Calar, ingatkan ramai yang cari rupanya tak pun. Susah eh nak agak selera orang Malaysia bab lagu ni hshshs

Haritu ada baca entri pasal algorithm baru Google dekat blog Sii Nurul so boleh nampak lah yang AI sekarang mencari entri yang recent dengan personal experience. Tapi perasan juga yang entri lama blog ni naik balik macam telemovie Esok Untuk Kita ataupun review filem-filem hindustan yang lama, yang I tak ingat dah pun I pernah update. 

So far, entry review masih selamat dekat Google sebab Gemini tak ambil data dekat entry macam entry resipi ataupun tutorial tapi tak tahu lah sampai bila sebab sekarang pun dah banyak website yang buat review jugak. Terkesan lah juga tapi niche I belum terganggu cuma movie Hindi yang dah berkurang penghasilannya. 

Harapnya algorithm baru Google ni tak mengganggu sangat Blogger sebab benda ni pengaruhi Adsense. Sekarang pun dah sendu, kalau ganggu rasanya dah berhabuk jadinya.

3. Bilangan Entri


Bulan April rancak kemain sebab dapat banyak press release, boleh kata setiap hari ada je email yang masuk. Ada banyak masa juga nak update review yang dah lama terperam. Bulan Mei ni tak boleh nak agak macam mana sebab tak banyak cuti sangat. Harapnya dapat lah update banyak sebab bulan ni akan ada Met Gala dan Cannes. Tahun lepas tak sempat nak update semua so I hope tahun ni akan dapat masa untuk update at least 80%? 

Terima kasih yang berkunjung ke sini secara kerap ataupun sekali lalu je. Hope my entries helps you guys. Have a nice May everyone! 

BUAT JULUNG KALINYA, ASTRO DAN TVS ANJUR ‘KONSERT MeleTOP TVS’ DI SARAWAK

Wednesday, 30 April 2025

BUAT JULUNG KALINYA, ASTRO DAN TVS ANJUR ‘KONSERT MeleTOP TVS’ DI SARAWAK | Gandingan barisan artis ternama mempersembahkan lagu-lagu popular dan kebudayaan

Astro dengan kerjasama TVS bakal membawakan ‘Konsert MeleTOP TVS’, konsert MeleTOP pertama yang julung kali dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia. Konsert dengan tagline “Nang Champiyen Nang Lagend” ini bakal bertemu para peminat pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), dan juga boleh disaksikan secara langsung di TVS (saluran 122), jam 9.00 malam, serta di Astro ONE dan sooka. Siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam. 

Mengangkat warisan kebudayaan Borneo sebagai tema, konsert ini menggabungkan kebudayaan tradisional tempatan dan juga budaya pop masa kini. Para penonton berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada selebriti ternama, antaranya Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020),  Hairee Francis, Wani Kayrie dan juga Noki. Konsert ini bakal diacarakan oleh gandingan pengacara MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana dan juga pengacara TVS, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.

Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata “Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP & TVS untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Stadium Bandaraya Miri pada satu malam yang tidak dapat dilupakan. Konsert ini bakal menyatukan artis seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya. Mewakili pihak Astro, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan Konsert ini - TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri dan seluruh warga Sarawak dan Sabah atas sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian.”

Konsert MeleTOP TVS juga turut dikuasakan oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio. 

Selain itu, Astro membawakan Hello Miri bermula 9 Mei hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, yang juga merupakan rakan penaja lokasi. Ini adalah inisiatif Astro untuk memberi peluang kepada pelanggan dan peminat bertemu dengan artis-artis terkenal serta menyertai pratonton kandungan Astro dan persembahan artis secara dekat sempena meraikan Konsert MeleTOP TVS. Antara artis yang bakal hadir adalah Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Shahrul Kamal, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, pelakon antarabangsa drama bersiri “Little Nyonya” iaitu Zhang Ze Tong, Tyler Ten, dan ramai lagi. Lebih menarik, pada 9 Mei akan berlangsung Uji bakat Kilauan Emas 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Peminat juga boleh mengunjungi booth Astro selama 3 hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaharu Astro. 

Strim MeleTOP TVS dengan Astro ONE atau aplikasi sooka. Pakej Astro ONE menawarkan lebih daripada 95+ saluran dan boleh strim sehingga 4 peranti. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan lagi pengalaman penstriman anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya RM90/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang.

PENAJA UTAMA: UMOBILE

Mengenai U Mobile
U Mobile beraspirasi untuk menjadi rakan perkhidmatan digital paling digemari di Malaysia dengan merealisasikan kemungkinan melalui inovasi berterusan. Sebagai penyedia rangkaian 5G generasi baharu, U Mobile komited memperkasa rakyat Malaysia dengan penyelesaian konvergen dan sambungan berkualiti, membolehkan mereka mengembangkan potensi dalam kehidupan peribadi dan perniagaan. Usaha syarikat ini telah diiktiraf secara meluas, termasuk menerima anugerah “Mobile Services Company of the Year” daripada Frost & Sullivan selama tujuh tahun berturut-turut. 

U Mobile percaya bahawa sambungan, produk, dan perkhidmatan mudah diakses memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi Malaysia ke arah ekonomi digital berpendapatan tinggi. Dengan sambungan berkualiti, U Mobile berusaha merapatkan jurang digital dan menyediakan rakyat Malaysia kemahiran serta alat untuk membebaskan potensi mereka sepenuhnya.

Astro Dan Sun NXT Bekerjasama Bawakan Hiburan India Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 29 April 2025

Astro Dan Sun NXT Bekerjasama Bawakan Hiburan India Terbaik Untuk Rakyat Malaysia | Daripada filem blokbuster India ke kandungan seram dan peluang memenangi jam tangan pintar Garmin bernilai sehingga RM5,000, barisan kandungan Astro untuk bulan Mei pasti menepati cita rasa semua

Astro terus komited untuk memberikan pengalaman tontonan yang komprehensif dan menghiburkan kepada semua rakyat Malaysia pada bulan Mei ini. Daripada dunia hiburan India yang meriah menerusi Sun NXT di Astro, ke kandungan seram penuh debaran menerusi SCREAM (saluran 100) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi serta fokus terhadap tanggungjawab alam sekitar sempena Hari Bumi Sedunia menerusi kempen Rimba Kita : Strim & Menang Giveaway.

Bermula hari ini, semua pelanggan Astro berpeluang untuk menambah Sun NXT, destinasi pilihan untuk hiburan India ke dalam langganan mereka. Menawarkan pelbagai pilihan filem, rancangan TV, dan siaran langsung dalam enam pilihan Bahasa India – Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali, dan Marathi, Sun NXT membawakan hiburan India yang menyeluruh kepada pelanggan Astro menerusi Ultra/Ulti box, laman web atau aplikasi pintar, bila-bila masa, di mana sahaja.

Sun NXT ditawarkan di Astro dalam dua pilihan:

  • Sun NXT Lite: Ditawarkan tanpa caj tambahan kepada pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja, Sun NXT Lite membawakan kandungan dari enam saluran popular Sun – Sun TV HD, Sun Music HD, Sun Life, Sun News, Adithya, dan KTV – berserta lebih 2,000 jam kandungan on-demand.
  • Sun NXT Premium: Ditawarkan kepada semua pelanggan Astro pada harga RM25/sebulan (RRP RM28), pelanggan boleh menikmati semua kandungan Sun NXT, termasuk akses kepada 34 saluran pelbagai bahasa, dan lebih 50,000 jam kandungan on-demand, memberikan pengalaman tontonan yang menyeluruh dan memuaskan .

Strim rancangan popular seperti Raayan, Ethir Neechal Thodargirathu, Kayal, Annam, Jailer, Anandha Ragam, Ilakkiya, Ranjani, dan banyak lagi. Untuk mengaktifkan atau melanggan Sun NXT, layari www.astro.com.my/sunnxt, gunakan aplikasi MyAstro App atau daftar terus melalui Ultra/Ulti box anda.

Siap sedia untuk SCREAM! Saluran khas SCREAM (saluran 100) tawar kandungan seram tanpa henti, percuma untuk semua pelanggan Astro.


Bermula 1 hingga 31 Mei 2025, peminat cerita seram boleh menonton SCREAM (saluran 100), saluran khas untuk kandungan seram dan thriller tanpa caj tambahan di TV, On Demand, dan Astro GO.

SCREAM (saluran 100) akan membawakan lebih 160 cerita seram menerusi lapan bahasa – Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Hindi, Bahasa Korea, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai – termasuk dua kandungan premiere iaitu Kingston (2025) & The Door (2025) serta kandungan kegemaran ramai seperti Histeria, Dukun, The Exorcism Part 1 & 2, The Eye, Bhoot, Mourning Grave, Aku Tahu Kapan Kamu Mati: Desa Bunuh Diri, Peen Nak, dan banyak lagi.

Raikan Hari Bumi Sedunia bersama Rimba Kita: Strim & Menang 


Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, Astro menjemput semua pelanggan untuk strim dokumentari Wild Sky dan menyertai kempen Rimba Kita: Strim & Menang. Dokumentari dari Love Nature yang ditayangkan di On Demand ini memaparkan bagaimana cuaca mempengaruhi kehidupan di Australia, Amerika Utara, Afrika, dan Amerika Selatan. Untuk setiap strim unik, Love Nature akan menyumbang RM1 ke dana Astro Rimba Kita untuk penanaman pokok. Dengan setiap tontonan, pelanggan bukan sahaja menyumbang kepada usaha penanaman semula, malah berpeluang untuk memenangi jam tangan pintar Garmin vivomove Sport hybrid bernilai sehingga RM5,000.

Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025 dan pelanggan boleh mendaftar untuk penyertaan menerusi aplikasi MyAstro. Untuk maklumat lanjut, layari Earth Day Rimba Kita – Strim & Win | Astro Promotions.

Pelanggan Astro boleh menyesuaikan pek langganan mereka dengan penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular, termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.

AMERUL AFFENDI SYUKUR BERPELUANG BERKARYA BERSAMA AZIZ M. OSMAN DAN SAIFUL APEK

Monday, 28 April 2025

Amerul Affendi, pelakon utama filem 6 Jilake, mengakui bahawa beliau tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam filem bergenre aksi. Namun, demi menyahut cabaran dan mengembangkan bakatnya, beliau mengambil keputusan berani untuk menerima tawaran ini. Genre aksi bukanlah sesuatu yang lazim baginya, tetapi keinginannya untuk meneroka pelbagai jenis watak mendorong beliau menyertai projek ini. Tambahan pula, peluang bekerja di bawah arahan sutradara legenda, Aziz M. Osman, merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Amerul, berbicara tentang pengalaman bekerjasama dengan Aziz M. Osman, beliau menggambarkan sutradara itu sebagai seorang storyteller sejati. “Dia seorang yang tegas, berpengalaman, dan penuh semangat di set penggambaran. Walaupun usianya semakin meningkat, energinya di lokasi seakan-akan seorang anak muda. Saya sangat terinspirasi dengan cara Aziz menyalurkan visi dan emosinya kepada para pelakon dengan begitu jelas dan berkesan.” ujar Amerul.

Amerul juga berkongsi tentang cabaran ketika menjayakan 6 Jilake, “Persediaan untuk filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pengalaman lama saya mempelajari silat ketika di bangku sekolah, serta latihan peribadi, menjadi aset penting dalam membawa watak ini. Ditambah pula dengan ilmu Muay Thai yang pernah saya pelajari untuk filem terdahulu, proses menguasai koreografi aksi menjadi lebih lancar. Latihan intensif selama dua minggu sebelum penggambaran bermula turut membuktikan komitmen kami sebagai pelakon demi memastikan mutu aksi yang dipersembahkan berada pada tahap terbaik.”

“Namun, cabaran terbesar bukan hanya terletak pada gerak silat atau koreografi semata-mata. Lokasi penggambaran yang panas terik, mencecah sehingga 37 darjah Celsius di musim kemarau, benar-benar menguji ketahanan fizikal semua yang terlibat. Berlakon di kawasan lapang tanpa perlindungan mencukupi menuntut disiplin yang tinggi bukan sahaja dari segi tenaga, tetapi juga dari aspek menjaga kesihatan diri sepanjang proses penggambaran.”

Di sebalik segala keletihan dan cabaran, semangat Amerul untuk terus beraksi dalam filem bergenre aksi tetap membara. Malah, beliau turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan Syafiq Yusof pada masa hadapan sebagai langkah seterusnya dalam mengukuhkan namanya dalam dunia filem aksi tempatan. "Kalau diberi peluang, saya memang nak lagi," katanya penuh semangat.

Tidak kurang juga pengalaman berharga apabila berpeluang bekerja bersama Saiful Apek, ikon filem komedi negara. Meskipun sebelum ini Amerul hanya mengenali beliau melalui karya-karya popular di layar perak, kesempatan untuk berlakon seiringan dengannya menjadi satu kenangan manis. Bagi Amerul, Apek merupakan seorang yang sangat menghiburkan, baik di dalam mahupun di luar set dan seorang "happy-go-lucky" sejati yang sentiasa menceriakan suasana di mana sahaja beliau berada.

Mengakhiri sesi, Amerul turut berkongsi impiannya suatu hari nanti untuk membintangi filem bertemakan cinta. Walaupun mengakui bahawa nyanyian bukan kekuatannya, lakonan tetap menjadi cintanya yang sejati. 6 Jilake bukan sekadar sebuah filem aksi, ia menjadi simbol keberanian seorang pelakon untuk keluar dari zon selesa, menghadapi cabaran, dan memperlihatkan jiwa sebenar seorang anak seni.


It's my third year join Program Raya Astro! Kalau tahun lepas dengan tahun sebelumnya buat dekat Le Meridien Petaling Jaya, tahun ni ada perubahan tempat ke One World Hotel, Bandar Utama. Happy la jugak dapat dekat sini sebab dekat dengan office. Settle half day, ambik adik dekat office dia pastu terus gerak ke sini. Datang awal pun tak menjamin sampai awal sebab sesat mencari hotel ni padahal selalu pergi OU. I was like apa bendaaaa? Hijab tertutup ke?
  

Lega bila jumpa tapi kaki dah lemah ye. Nasib baik dapat seat cantik depan stage. Kitorang duduk satu sbaris belakang Ellie Suriaty. At first segan nak tegur tapi dia yang tegur dulu tanya khabar apa semua. Sebelum ni dah pernah jumpa dekat event jugak tapi tak jumpa in person. Tak ingat dah event apa, yang penting before the controversy came out lah. Kak Ellie datang sebab dia main cast dalam iklan raya Astro. We had fun watching the ads together with her sempat lah gelak dan nangis bersama. 

Sebelum tayang iklan tu Astro introduce barisan duta Raya Astro - Zizan, Sherry, Mierul Aiman, Merqeen dengan Nadhir tapi Nadhir tak ada masa tu. Ada Qasrina, Bella Dowana dengan Evertts sebab diorang pun berlakon dalam iklan raya sebagai anak menantu Ellie Suriaty. 


Lepas selesai interview dan solat Asar, kitorang naik ke tingkat atas sebab hall untuk makan dekat situ. Since dah dapat nombor meja dari PR, terus masuk je ke dalam tapi tak ada seat. Bukan kitorang je tak dapat seat masa tu sebab ada yang main duduk je sebab Astro dah nak start untuk shoot MELETOP. Since tak ada seat, kitorang pergi bergambar dan interview 1:1 session dengan selebriti yang datang dekat luar dewan. 


Actually lepas Asar dah bergambar dekat bawah sebab nak test ootd ngam tak ngam 


😊: Hang kena ambik gambaq aku macam dekat surau tadi tau
😐: wehhhhh susahnya instruction
😊: yang penting nampak cantik
😐: kenapa lah tangan aku ambik gambaq perform tadi


Tak sama kan gambar dekat surau dengan dekat atas? Tapi redho je lah sebab malas dah nak adjust. Nak bergambar dekat sini pun kena berebut dengan orang. Spotlight straight ke mata pulak tu. 

Lepas dah bergambar, join interview 1:1 session dengan Khai Bahar tapi video tak cantik sebab terlindung dengan kepala orang so tak upload lah. Dia pun tak pakai mic kitorang jadi audio bising gila. Suara Khai dah lah soft je, memang tak dengar lah cerita dia. Lepas layan Studio Sembang, dapat lah tengok karakter baru Khai Bahar, sama lah macam apa dia kata tu bila dah bertukar personaliti ni asyik bercakap tak berhenti. 

Tahun lepas pernah jumpa Khai dalam satu event tapi tak berani nak tegur sebab dia nampak macam introvert. Senyum je lah mampu kemudian dia balas senyuman tu. Tak sangka dah bertukar kepada extrovert suka menyembang. Manager dia dah ajak masuk dalam sebab ada slot dengan MELETOP tapi dia dok melayan wartawan lagi dekat luar lepastu sambung ambil gambar T.T


Thompson Goh

Lepas interview Khai Bahar nampak Ubai dengan Shila buat shout-out dengan MELETOP, lepastu ternampak Siti Saleha interview dengan Gempak. Dari jauh dah nampak seri pengantin baru tu eh. Bila dekat apatah lagi. I malas nak interview dah masa ni sudahnya buat video random je lepastu update dekat TikTok. Masa ni Hawa Rizwana dengan Zahiril Adzim keluar dari hall. Baru tahu port Astro Gempak buat interview tu laluan keluar masuk untuk artis dan pengacara. Laluan ke tandas juga so boleh nampak Dato' AC Mizal dengan Namie keluar masuk dari pintu tu.

Siti Saleha

Anna Jobling


Bila nak masuk hall untuk tengok seat ada atau tak, ternampak pulak Cik B tengah interview dengan Kechik Astro Gempak. Ni first time jumpa Cik B, tahun sebelum-sebelum ni jumpa Dato' Vida je. Dekat tepi tu Alyssa, Cess dengan Ara tengah tunggu Cik B habis interview. Cantik betul Cess in real life, sama cantik macam Datin Shahida. 


Kitorang sangkut dekat sini sebab first time jumpa Lisa Surihani, sebelum ni jumpa Dato' Yusry je. Ada la few events yang Astro invite ada Lisa sekali tapi tak berkesempatan nak pergi. Cantik nau, dah la sweet je dengan husbaby dia. Dulu tengok Lisa dengan Yusry dekat Romantika now beromantik depan mata. 

Izzue Islam

Sebelum masuk ternampak Che Puan Sarimah Ibrahim, cantik teruk dia malam tu sebab warna baju dia pakai kena dengan skin tone dia. Wangi dia berbatu tapi jangan tanya perfume apa sebab tak tahu. Dia macam layer perfume pun ye jugak. 

Masa berbuka beratur belakang Sweet Qismina dengan Adam Lee ambil air lepastu terus pergi solat Maghrib sebelum surau penuh. Lepas dah habis solat surprisingly I jumpa Tun Laila tengah betulkan tudung. Masuk ni kali kedua lah I jumpa dia dekat depan cermin surau sambil dia tengah gigit jarum peniti. Sebelum ni dekat Auditorium MBSA untuk Gempak Most Wanted Awards. Nak tegur tapi kang tertelan pulak jarum tu, dah tak memasal dia buat content dalam kereta esoknya. 


Lepas solat Maghrib makin rancak lah interview dekat luar tapi malas nak cara sebab nak record performance Nadeera. Lepas perform lagu Bukan Lagi Kita, sambung pulak dengan Merian Lain Macam, duet bersama Hael Husaini. Full video ada dekat TikTok I hshshs



Walaupun tahun ni tak dapat seat tapi okay lah sebab most of the time pun kitorang kat luar ambik video. Tahun sebelum ni pun macam tu jugak, bila dah habis interview baru nak makan beria. Tahun ni je tak bergambar dengan artis sangat sebab dah banyak kali jumpa diorang hshshs ni rupanya media rasa bila jumpa artis. Kalau hari ni tak jumpa, esok lusa boleh jumpa lagi. 


Dah datang awal ke event ni tapi lupa jugak nak bawa tiffin atau container untuk tapau makanan. Bulan puasa kalau ada event iftar macam ni memang patut sangat bawa tiffin sebab bukannya habis pun makanan dekat event tu. Geng photographer lepas habis interview terus bawa keluar container nak tapau untuk menu sahur. Menyesal lah juga tak buat reminder sebab menu dekat One World Hotel ni sedap. Ikan Patin masak lemak tempoyak tu paling sedap sebab tak hanyir, tempoyak pun manis. Even dah pukul 9 malam pun pihak hotel refill lagi padahal orang dah berkurang. 



Sebelum balik terserempak pulak dengan Evertts lepastu ajak bergambar padahal tudung dah serebeh. Nasib baik rambut tak terkeluar masa ni. Lepas sembang sikit dengan Evertts pastu terus balik sebab dah nak dekat pukul 10. Park kereta dah la jauh dekat Rainforest. 





Sebelum balik sempat menyinggah dekat concourse OU sebab tema dia tahun ni cantik. Kalau dekat KLCC guna tema Maghribi, dekat OU guna tema Uzbekistan. Mata dah sepet teruk time ni sebab dah mengantuk. Energy cuma cukup untuk balik rumah and we safely arrived lah. Thank you Astro invite ke Majlis Tayangan Perdana Raya 2025. Thank you for the goodies and Minaz hijab 💗