encoriumⓇ Nekad Mengatasi Masalah Utama Kulit Masyarakat Tempatan dengan Rumusan Vitamin C dan Tokotrienols

Sunday 28 August 2022

encoriumⓇ nekad mengatasi masalah utama kulit masyarakat tempatan dengan rumusan Vitamin C dan Tokotrienols | Tocotrienols dari Malaysia 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa untuk mempertingkatkan prestasi Vitamin C dalam menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.

Hiperpigmentasi (noda-noda hitam di kulit) adalah masalah utama di kalangan pengguna penjagaan kulit Malaysia. Menurut encoriumⓇ jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan penggalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi.

encoriumⓇmelancarkan produk pertamanya CE3 Brightening Buffet pada hari Sabtu. Serum yang dirumus dengan rapi itu diperbuat dengan pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.

Pengasas jenama encoriumⓇ Cynthia Lee berkata bahawa penguji-penguji produk jenama tersebut melaporkan penampilan kulit yang lebih berseri dan pemudaran noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas dengan formulasi ini berbanding dengan serum vitamin C biasa.

“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” katanya.

Ditanya mengapa jenama tersebut memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu, Lee berkata tinjauan dengan kumpulan penguji menunjukkan bahawa 63.6 peratus pengguna penjagaan kulit sedang mencari penyelesaian untuk masalah hiperpigmentasi. Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kerutan halus (53.6 peratus) dan kekurangan hidrasi (50.8 peratus).

Menurut Lee, encoriumⓇ, berusaha membantu penggemar produk penjagaan kulit Malaysia dalam menangani tiga masalah kulit utama dengan rangkaian produk mereka bermula dengan CE3 Brightening Buffet.

Lee berkata, "Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.

"Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan Tokotrienol," katanya sambil menambah bahawa para penyelidikan keatas tokotrienol menunjukkan bahawa Vitamin E jenis ini 60 kali lebih cekap berbanding vitamin E konvensional, Tocoferol.

Dengan formulasi ini, Lee berkata bahawa jenama itu telah berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda.

encoriumⓇ mengambil langkah tambahan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan vitamin C dalam serum CE3 Brightening Buffet dengan mengasingkan serbuk asid L-askorbik daripada formulasi cecair utama. Dengan cara itu, pengguna produk boleh mencampurkan bahan-bahan serbuk dengan cecair untuk menikmati formulasi serum segar yang berkesan.

“Dengan cara ini, kami bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kestabilan produk, ini dapat menjamin bahawa pengguna dapat menikmati serum segar seolah-olah produk haharu dari makmal pembuatan, tetapi di rumah!” kata Lee.

Untuk mengatasi masalah lain seperti dehidrasi dan garis halus, gliserin, asid hyaluronik dan rumpai merah juga ditambah ke dalam encoriumⓇ CE3 Brightening Buffet dalam kadar yang mencukupi.

Menurut pegawai perubatan kesihatan keluarga Dr Amanda binti Elli, Asid L-askorbik adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling berkesan dalam penjagaan kulit topikal setakat ini.

Beliau berkata bahawa badan kita terdedah kepada radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari setiap hari dan tanda-tanda tersebut hadir pada kulit kita kerana kulit adalah organ terbesar dan barisan pertahanan pertama manusia.

Vitamin C adalah antioksidan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan radikal bebas ini. Namun, badan kita tidak menghasilkan vitamin C secara semulajadi.

“Kami mendapatkannya daripada makanan. Apabila ditelan, badan kita memproses nutrien dan menyebarkannya ke seluruh badan - dari sel darah ke otak ke kulit. Jumlah vitamin C yang diterima oleh kulit kita juga bergantung pada kualiti vitamin C yang kita makan dan keadaan kesihatan kita. Jadi, badan kita mungkin tidak menghantar vitamin C yang mencukupi ke kulit untuk menangani isu-isu kecantikan seperti kulit kusam dan noda-noda hitam. Dalam keadaan sedemikian, penyapuan asid L-askorbik adalah logik,” katanya sambil menambah bahawa kandungan asid L-askorbik dalam produk perlu antara lapan sehingga 20 peratus untuk mendapatkan kesan yang positif.

Memuji langkah encoriumⓇ dalam mencampurkan tokotrienol dengan Asid L-askorbik, Dr Amanda berkata, “ini adalah satu inovasi yang bijak. Tokotrienol mempunyai ekor molekul yang lebih kecil berbanding vitamin E konvensional. Saiznya yang lebih kecil menjadikannya lebih cekap dalam menjalankan peranannya sebagai antioksidan.

“Dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit, Asid L-askorbik adalah seperti seorang askar yang gagah perkasa tetapi tidak stamina tidak tinggi. Ia kuat tetapi tenaganya mudah hilang. Antioksidan lain seperti Vitamin E dan asid Ferulik boleh membantu asid L-askorbik menjana semula kekuatannya,” kata Dr Amanda.

Dr Amanda juga berkata bahawa Tokotrienol bukan sahaja penggalak yang berkesan untuk Vitamin C dalam penjagaan kulit, ia juga merupakan antioksidan yang sangat mujarab dalam menggalakkan penyembuhan kulit, pelembab, pemulihan dan penjanaan semula.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.