Berbuka Dengan Smoothie Strawberry HouzFruits Subang Bestari

Wednesday 27 April 2022

Sejak masuk musim panas ni rasa craving nak makan buah strawberry sebab dah lamaaaa sangat tak makan. Cari dekat pasaraya pun tak banyak stok ada. Pasaraya area Subang Bestari lah, area dekat tempat korang tak tahu lah ada ke tidak. 

Sebab susah sangat nak dapat, belek jugak lah dekat HouzFruits ni sebab buah dia banyak pilihan jugak. Bila tengok Grab masa tu pun, out of stock jugak. Hmmm nasib baik ada smoothies. Tapi macam kelakar kan, buah tak ada tapi smoothies ada. Mungkin tak fresh untuk dijual harga buah. Faham tak? Hshshs


Kitorang order dua smoothies masa tu, satu buah naga, satu lagi buah strawberry. Dalam smoothies ni ada potongan buah naga dan kiwi, cornflakes, pecahan biskut Oreos perisa original dengan cincau dipotong dadu. 


Cawan dia besar lah jugak untuk harga RM16 secawan. Jadi mahal sebab ada topping dengan bahan lain tu lah kot. Rasa dia tak lah manis sangat sebab dah request tak nak gula sebab buah kan dah ada gula dia sendiri. 

Mine is strawberry smoothies tapi tak rasa sangat lah strawberry tu, mungkin sebab susu lagi banyak kot. Entahlah, tapi sedap je lah minum masa berbuka tu. Ke sedap sebab lapar hmmm questionable jugak tu. Minum smoothies ni yang tak bestnya kena minum laju-laju sebab toppings dia ada biskut Oreo dengan cornflakes cereal. Lagi satu hal bila dia cair rasa macam mehhh sikit dekat tekak. 

4 comments

  1. Berbaloi tu. Banyak topping termasuk buah segar.

    ReplyDelete
  2. Smoothie buah tidak pernah mengecewakan. Yes bagus tak mintak gula sebab buah dah ada gula tersendiri!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.