Movie Review | Rajma Chawal (2018)

Friday 19 February 2021

Director : Leena Yadav

Writer : Vivek Anchalia

Cast : Rishi Kapoor, Anirudh Tanwar, Amyra Dastur, Sheeba Chaddha, Aparshakti Khurana, Diksha Juneja

Production Company : SaarthiE

Distributor : Netflix

Genre : Drama / Rmance / Musical

Running Time : 129 minutes

Release Date : 30 November 2018

Trailer :

Movie yang ditayangkan di BFI London Film Festival dan Mumbai Film Festival ke-20 ni mengisahkan tentang hubungan anak beranak mula retak selepas kematian si isteri atau si ibu. Raj Mathur (Rishi Kapoor) buat keputusan untuk pindah dari New Delhi ke Chandni Chowk. 

Belum hilang sakit hati ditipu oleh si ayah tentang sakit yang ditanggung ibunya sampai meninggal, Kabir Mathur (Anirudh Tanwar) bertambah geram bila dia hilang rumah yang mempunyai kenangan yang banyak dengan ibu dia. Dia hilang kawan padahal video band dia dah viral di Youtube dengan tontonan sebanyak sejuta. Rumah baru pula berkongsi dengan ramai orang, sempit, lama dan tandas yang tunggu masa nak roboh je. 

Dia selalu lepak dekat luar bermain gitar dan menyanyi sehinggalah dia terjumpa band yang berbakat tapi kehilangan vokalis. Dia ekspresikan kemarahan dan segala yang terpendam tentang kehidupan dia dalam lagu sehingga mencuri tumpuan ramai. Dalam masa yang sama dia jatuh cinta pada Tara (Amyra Dastur) yang dikenali melalui Facebook. 

Tanpa dia sedar Raj menggunakan akaun lama Seher (Amyra Dastur) dan ubah nama kepada Tara. Dia buat bukan sebab nak mainkan hati anak dia tapi cuma itu sahaja cara untuk dia tahu tentang anak dia sebab Kabir taknak langsung bercakap di rumah. Melalui akaun Tara ni dia dapat tahu banyak perkembangan Kabir dan slowly ubah perangai anak dia. 

Tapi bila Kabir berjumpa Tara yang sebenar di sebuah bar bersama Baljeet (Aparshakti Khurrana), Raj dah serabut sebab dia takut anak tunggal dia tahu hal yang sebenar. Apa dia nak buat untuk elak Kabir lari dari dia untuk selamanya tu kena tengok sendiri lah Rajma Chawal arahan Leena Yadav dekat Netflix. 

Walaupun tajuk movie bergenre drama di bawah syarikat produksi SaarthiE ni menggunakan nama Rajma Chawal (Nasi Kacang Merah) tapi cuma beberapa kali sahaja makanan ni wujud dalam movie untuk scene perayaan Diwali. Agak kecewa jugak lah sebab ambil nama makanan tapi tak fokus sangat dengan makanan tu pun. Mungkin sebagai metafora yang pergi akan datang kembali, yang jauh akan kembali erat sebab Rajma Chawal ni makanan masa perayaan besar macam Diwali so masa tu memang keluarga dan sanak saudara berkumpul, sama macam Hari Raya kita lah. 

Lakonan Rishi Kapoor yang menyelamatkan kebanyakan scene sebab jalan cerita simple dan lakonan hero agak kaku tambah pula pertama kali berlakon tapi dah kena carry watak berat. Fun fact, movie Rajma Chawal ni adalah movie pertama Rishi Kapoor yang ditayangkan di Netflix. Terkejut tengok lakonan Amyra Dastur sebab sebelum ni dia cuma jadi pasu bunga je tapi backstory dia bikin emosi dan tambah value kepada watak Seher. Scene dia biar Raj dengan Kabir perbetulkan balik hubungan diorang dekat stesen metro tu meninggalkan impak kuat. 

Dekat first half tak ditonjolkan sangat kecantikan Old Delhi tapi bila masuk second half dan watak Kabir stop marah dengan takdir hidup dia kemudiannya pandang bandar tu melalui mata mak dia, baru nampak banyak sangat bangunan dan suasana kehidupan masyarakat yang penyayang. Visual dari  Donald McAlpine menambah kehangatan suasana dengan tona warna musim panas. 

Didorong dengan music album olahan Hitesh Sonik yang sarat menceritakan perasaan Kabir juga rasa cinta pada Seher dan Old Delhi, movie Rajma Chawal nampak hidup. Perjalanan Kabir dalam mencari makna hidup juga layak diberikan perhatian walaupun cuma sekali.

 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6.5/10

2 comments

  1. nanti bila next movie , yg diorg ni sure dah pandai berlakon sbb baru kemunculan first dah pgg watak berat ...

    ReplyDelete
  2. Nampak tua dah Rishi Kapoor tu. Sebab you Pana, Aien macam nak tengok hindustan jer. Haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.