Movie Review : Rockstar (2011)

Friday 6 November 2020

Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Ranbir Kapoor, Nargis Fakhri, Shammi Kapoor, Shernaz Patel, Piyush Mishra, Aditi Rao Hydari

Production Company : Eros International, Shree Ashtavinayak Cine Vision Ltd

Distributor : Eros International

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 159 minutes

Release Date : 11 November 2011

Trailer :


‘Pain, sorrow, misery, tears… until a person doesn’t suffer, he can never make it big.’

First time tengok movie Rockstar ni I tak expect tinggi sangat pun and I’ve amazed with Ranbir’s performance dan juga jalan cerita dari pengarah-penulis, Imtiaz Ali. Then bila tengok sekali lagi dengan expectation yang tinggi gara-gara baca few great reviews pun I still get the same vibes. 

Tetap puas dengan lakonan Ranbir dalam menceritakan watak JJ yang bermula dari seorang yang naïf dan punya impian untuk ikut jejak langkah Jim Morrison hingga dia lelah dengan popularity yang dia dapat tapi tak mampu bahagia bersama Heer (Nargis Fakhri). As the saying goes…be careful what you wished for. Dia impikan patah hati dan dia berduka selamanya kerana Heer. 

‘I understand what are you trying to tell me Khatana Bhai. I don’t know why I act like this. I can’t seem to control myself. I don’t like it… I don’t even like myself. Shouldn’t I be happy right now? This is what I wanted. But happiness nowhere in sight. It doesn’t exist. It’s only as if bugs biting me from inside.’

Lakonan Ranbir Kapoor adalah kekuatan movie Rockstar bila dia berjaya portray kesedihan dan kekosongan yang dia terpaksa hadap lepas dia pilih jalan untuk hidup sebagai rockstar. Masa shooting dia betul-betul menyanyi walaupun suara dia sumbang sebab dia nak lip sync dan pergerakan semuanya nampak real. Kelemahan terbesar adalah lakonan Nargis Fakhri tapi Ranbir berjaya mencuri semua tumpuan hanya kepada dia. Kalau masa tu Imtiaz Ali jumpa Tripti Dimitri sebagai heroin rasanya impak Rockstar lebih mendalam kepada peminat genre musical drama dengan dialog yang padu untuk setiap scene. 

Dari awal movie boleh nampak betapa kusutnya hidup JJ selepas jadi rockstar dan banyak pihak cuba eksploit kehidupan dan populariti dia. Tak ada yang betul-betul sayang dan kisah dengan kehidupan dia kecuali Khatana Bhai (Kumud Mishra) dan Heer. Macam scene dia tegur fans dia supaya bercakap dengan dia ataupun scene Dhingra (Piyush Mishra) yang ambil kesempatan untuk kontroversi JJ dan berjaya kaut keuntungan. 

Music album Rockstar yang dipenuhi dengan 14 single karya A.R Rahman mainkan peranan penting untuk mewujudkan segala perasaan dan emosi yang ada dalam kisah cinta Jordan dengan muzik ataupun Heer. Lagu Naadan Parindey menggambarkan jiwa rebel dalam diri semua orang. Lagu romantic Tum Ho dengan lirik mendalam ataupun lagu Sadda Haq penuh dengan amarah terhadap isu dunia. Tapi yang paling dekat di hati haruslah lagu Kun Faya Kun bila Jordan sedar yang takdir hidup dia dah tertulis bersama muzik. Kalau Ranbir deliver yang terbaik dalam lakonan, Mohit Chauhan pula deliver semua lagu sarat dengan emosi sesuai dengan watak JJ pada moment tu. Perfect combination!

Imtiaz Ali bagitahu yang cebisan karakter dalam diri Jordan diambil dari kisah hidup A.R. Rahman dan jelas terserlah bila watak Jordan tak mampu nak follow beat yang mudah dalam studio tapi dia berjaya cipta muzik yang jadi ikutan hanya dari melodi yang dia dengar ataupun dari perasaan yang dia rasa masa tu. Especially lepas berjumpa dengan Heer. Sama juga dengan A.R Rahman yang tak pernah cipta lagu ikut selera market. Dia tetap dengan muzik dia dan sampai sekarang masih relevan dan menjadi pujaan. 

Dalam movie ni ada scene Jordan record single dengan Ustad Jameel Khan (Shammi Kapoor) and one of beautiful moment be it on reel or on real life sebab scene tu pertama kali Jordan bekerja dengan legend yang nampak bakat dia dari awal. Dan real life pula, Ranbir pertama kali berlakon dengan pakcik dia dalam movie juga buat kali terakhir. 

Skrip asal movie yang dikarang oleh Imtiaz Ali sebenarnya dah hilang and I’m so glad sebab hikmahnya movie ni tak dilakonkan oleh John Abraham sebaliknya skrip kedua dikarang melalui idea Ranbir Kapoor sendiri dan menjadi ikon dalam karier lakonan Ranbir dan juga arahan Imtiaz Ali. Fashion watak Jordan pun dilabelkan sebagai ikonik sama seperti fashion Geet dalam Jab We Met. Well, Kun Faya Kun….

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

13 comments

  1. Wah lagu kun faya kun tu unexpected

    ReplyDelete
  2. 9.8/10 high sngt ni! i have to watch it

    ReplyDelete
  3. Sounds like a cool movie to watch. Tengok trailer dia pun nampak menarik. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  4. I love Indian movies whose main theme is not plain love story. This one looks good.

    ReplyDelete
  5. Wow, this movie got a very high rating from you except from the casting.. Worth to add this into my Watch list then..

    ReplyDelete
  6. Sis rasa macam Sis pernah tengok filem ni, sebab dengar lagu tu Sis teringat... nanti nak view balik.. rasa memang yee pernah tengok ni.. sebab ada ketika dulu, kemaruk tgk gak filem india hahahaha

    ReplyDelete
  7. Thanks for introducing! Will watch this when I have extra time & I am excited.
    I heard many positive reviews!

    ReplyDelete
  8. Baru tahu ttg cerita ni.. lama x tgk citer ala Hindustan dan tamil. To tgk kesungguhan lead actor.mmg terbaik

    ReplyDelete
  9. Ok leh cari cerita ni. Ranbir Kqpoor sekarang makin menyerlah lakonan dia maklum la darah keturunan kot dari nak n ayah dia . Nnt nak cari la cte ni sbb sy mmg suka cte hindi gak

    ReplyDelete
  10. Tak tau pon ada movie ni. Tapi baca review kisah love story rockstar ni macam best je

    ReplyDelete
  11. Tak tengok lagi movie ni. Kenal hero je. Heroin tak kenal tapi cantik lah. Huhu. Tengok review nampak best lagi pon hero dia best

    ReplyDelete
  12. Rasa macam pernah dah tonton movie ni cuma tak berapa ingag jalan ceritanya. Tetiba rasa macam nak search dan tonton lagi

    ReplyDelete
  13. Iena tak pernah tengok cerita ni lagi, jalan cerita macam best..sedap lagu Kun Faya Kun tu..layan pulak dengar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.