Movie Review : Kaali Khuhi

Sunday 1 November 2020

Director : Terrie Samundra

Writer : Terrie Samundra, David Walter Lech, Rupinder Inderjit (dialogue)

Cast : Riva Arora, Shabana Azmi, Leela Samson, Sanjeeda Sheikh, Satyadeep Mishra, Hetvi Bhanushali

Production Company : Manomay Motion Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Drama

Running Time : 95 minutes

Release Date : 30 October 2020

Trailer :

Nampak trailer movie Kaali Khuli (Telaga Hitam) bulan lepas and I’ve decided to watch this today untuk ambil mood Halloween. Mengisahkan tentang keluarga kecil Shivangi (Riva Arora) yang terima panggilan untuk balik ke kampung bila nenek (Leela Samson) dia jatuh sakit. Ayah dia, Darshan (Satyadeep Mishra) dan ibu dia, Priya (Sanjeeda Shaikh) dah mula bergaduh sebab nenek dia tak suka menantu yang tak mampu bagi cucu lelaki. 

Walaupun sakit teruk tetap tak menghalang mulut nenek dia menghina kelemahan menantu walhal silap tu pada chromosome anak lelaki dia sendiri. But yeah, why blame her when she didn’t go to school and learn science. Basically movie ni agak predictable lah dengan jumpscare semua but throughout the movie agak terkesima dengan kebodohan yang berulang kali untuk mewujudkan rasa seram. 

Antaranya scene Darshan sangkakan Shivangi keluar rumah sebab dia terdengar bunyi loceng kaki walhal anak dia cuma pakai pajama dengan kasut converse merah. Dua kali dia tertipu dengan bunyi loceng tu. Facepalm. 

Sepanjang penceritaan dan scene horror berlaku, mangsa akan muntah darah pekat berwarna hitam so I assumed for scientific reason, maybe diorang terkena wabak sebab buang mayat dalam telaga tapi tak, cerita ni masih lagi berpegang dengan konsep sumpahan. Walaupun ada satu scene dekat farmasi bila ada penduduk kampung yang tanya diorang terkena wabak ke sebab semua pun dapat symptom yang sama, - demam, muntah, lenguh badan macam tu. Director pulak asyik tunjuk scene air. 

Tak dikembangkan kenapa ‘The Elders’ buat ritual buang bayi perempuan dalam telaga tapi yang pastinya hantu Sakshi (Hetvi Bhanushali), adik perempuan kepada Darshan datang untuk balas dendam. Sebab tu mak dia jatuh sakit dan terjaga bila Shivangi jumpa tangkal berloceng. Somehow Darshan tahu rahsia mak dia dan tegaskan supaya keluarga dia stay. Which is stupid sebab Maasi (Shabana Azmi) suggest untuk keluar dari tempat tu. Dari awal movie sampai habis movie, satu benda yang constant adalah kebodohan Darshan. 

Of course Shivangi yang perlu selamatkan kampung tu walaupun dia tak tahu menahu apa kejahatan lampau diorang. Maasi yakinkan dia yang dia perlu buat sebab dia adalah Gen Z yang ada pemikiran baru dan cara hidup yang urban. Yang buat salah tu dia, tapi yang kena hadap dan selesaikan adalah millenials. Duh, boomers….

Hari ni dua kali tengok lakonan Sanjeeda Sheikh, either dalam web series Taish ataupun movie Kaali Khuli, watak dia agak mengecewakan. Kalau jadi cantik tu adalah lakonan yang bagus then just take it.  Riva Arora did pretty great job walaupun watak dia tak dikarang dengan baik. Instead of buat movie ni slow pace, baik director dan penulis kembangkan lebih banyak scene dan sub plot supaya kita lebih faham dengan cerita dan misteri kampung daif ni. 

Visual tone lebih kepada berwarna gelap untuk menghidupkan mood dan suasana seram tapi lebih kepada menjelaskan kampung yang penuh dengan dosa pembunuh. Music score okayish but the script is bad even they have great lineup cast. Tak pasti kalau movie ni boleh consider good for one time watch sebab kita sebagai orang perempuan macam sakit hati pula diingatkan berkali-kali tentang penindasan ketidaksamarataan layanan mengikut jantina ni. Tapi pemangsa dalam movie ni perempuan jugak so hmm backstabbers? 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5/10

5 comments

  1. tak boleh la nak tengok horror movie... sejenis penakut

    ReplyDelete
  2. Baru nak tengok hari ni.. Skip dulu baca review. Hahah..

    ReplyDelete
  3. klu kat india,, mak mentua mmg scaryyyy... sbb dia tak penah nmpk menantu tu baik kan...tambah2 klu bukan menantu plhn

    ReplyDelete
  4. Menarik jalan cerita macam cerita Thai

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.