TV Show Currently Addicted To

Monday 30 April 2018

Nak sembang pasal TV show ni memang lemah sebab dah bertahun tak wujud TV dekat rumah ni. Tapi yang bestnya zaman sekarang ni bila tak ada TV kita boleh layan dekat Youtube. Kalau ada drama, cerekarama, rancangan realiti TV tertinggal search je dekat Youtube nanti keluar lah yang kita nak tu. Kadang tu bukak je Home nanti bersepah la suggestion video keluar based on trending chart. 

Tak tahu la kalau ada yang layan ke tak TV show ni, kalau ada kita geng! 

Ni haaa TV show yang sekarang gigih tunggu setiap minggu sebab nak tengok kehidupan anak-beranak ni 

Image result for oh abang kosmetik musim 2

Tadaaaaa! Haaa ada tak yang tengok rancangan ni jugak? Kalau ada kita geng sangat uolllssss

Rancangan Oh Abang Kosmetik Musim 2 ni setiap hari Isnin, jam 9 malam dekat Astro Ria tapi sebab takde TV apatah lagi Astro, so kita tengok dekat Youtube je dekat channel TV Terlajak Laris setiap minggu. 

Apa yang best sangat dengan rancangan ni sebab tengok gelagat Dato' Aliff je sebenarnya sebab mulut joyah sangat. Tabah sangat isteri dia, Datin Shahida nak layan perangai dia yang sama level dengan anak-anak dia. 

Related image

Dalam musim 1 Dato' tak lah laser sangat, tak kepoh sangat perangai dia tapi yang musim 2 ni dengan kita yang tengok sekali jadi kelam-kabut sebab life dia memang huru-hara sangat. Dari pagi sampai malam terkejar sana-sini.  Business, photoshoot, jaga family, event sana sini, yang datang minta bantuan pun ramai. 

Part orang datang minta bantuan ni pun macam-macam ragam. Ada yang mengandung datang minta bantuan suruh Dato' dengan Datin jagakan sebab nak anak famous kemain sangat uolls sanggup korbankan anak. No wonder Dato' ni jadi mulut laser sebab bila baik sangat, mula la datang nak ambik kesempatan. Tambah pulak jenis jutawan ternama macam dia. 

Tak sure rancangan ni ada berapa episod tapi kalau dah habis nanti harap ada Musim 3 pulak sebab suka sangat tengok terutamanya bila scene Dato' dengan Datin sebab both of them memang sweet dengan cara diorang sendiri. 

6 comments

  1. first season ok sikit kot, tapi yg season 2 ni macam banyak too much drama..lorh
    tak minat sgt this show tapi kadang layan je la sbb my mum suka tgk dan tv kat rumah pula memang my mum sorg yg conquer :(

    ReplyDelete
  2. tak pernah tgk lagi.. tp teringin pulak.

    ReplyDelete
  3. Aah suka juga tengok Dato' Alif dengan isterinya, sweet..

    ReplyDelete
  4. Siqah pernah tengok beberapa episod untuk Season 1. Season 2 ni tak tengok pun. Suka isteri Dato Alif :)

    ReplyDelete
  5. Aida ada tertgk 1 episod. Hmmm nape la kecoh kalut sgt ang kosmetik ni?! Sampainkat london pon buat kecoh ntah hape hape.
    Tak minat sebab dia riak sgt la, farhana. Tak jeles. Tapi nyampah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.