Blog Performance July 2018

By farhanna jafri - 07:55

Tak sangka dah habis dah pun bulan Julai walaupun rasa terseksa sikit bila penat dengan kerja sampai lemau rasa nak blog but still curi masa hadap juga supaya cecah target. Tak sangka juga blog jadi sumber kebahagiaan untuk bulan Julai ni bila mampu capai target.


1) PV


All time PV dah cecah 100k bila daily PV maintain 1k setiap hari untuk bulan Julai ni. Walaupun tak rajin blogwalking sebab tak ada banyak masa tapi banyak juga entri yang menyumbang nak pula entri The Hantus dan beberapa drama review. Syok tengok live stats berapa pembaca yang ada di blog. Kalau dulu sorang je which means myself only tapi sekarang ada mencecah 10 orang pada satu masa. Sebelum ni tengok dekat blog orang lain, sekarang dah merasa sendiri dah.

Happy juga tengok monthly PV bila cecah 30k sedangkan target nak maintain 20k je. Bulan Ogos nak try pergi 40k pulak. 

2) Post


Like I've said earlier, Movie Review : The Hantus penyumbang utama PV mencanak bulan ni sampai masuk dalam Popular Post terus pecah rekod meroket sampai 2k terus. Bulan Julai meriah juga Popular Post bila ada 5 entri yang cecah 1k PV, jauh beza dengan performance bulan Jun cuma ada satu je entri cecah 1k


3) Keywords


Walaupun The Hantus mendominasi tapi keywords masih lagi meriah dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan beberapa drama Melayu yang ditayangkan sekarang ni. Tengah tunggu drama Jangan Benci Cintaku habis tayang je sebab dah ramai yang request nak review. Happy jugak tercapai impian sebab bulan lepas nak tengok keywords yang relate dengan tanaman, tup tup bulan Julai dah ada. 

4) Bilangan Entri


Bulan Julai sama je macam Jun, itupun sebab banyak segmen dan giveaway. Ogos ni nak naikkan balik sampai cecah 60 lebih. Banyak entri lagi banyak lah yang datang kan? Tapi penyakit malas tu rajin juga menjengah sekarang ni. Bahan ada je tapi malas ya tuhannnn. Target nak update 3 entri pun kelaut Antartika dah. 

5) Ranking Alexa


Tak mampu nak maintain belas ribu bila dia buat perangai naik balik cecah puluh ribu padahal statistik blog tunjuk peningkatan kemain kebabom. Perati kecik besar kecik besar je Alexa ni. 

6) Audience


Kalau bulan Jun cecah 11k, bulan Julai naik sampai 21k untuk Malaysia sahaja mungkin sebab penangan drama dan movie Melayu. Singapore pun jauh melompat dari ranking ke-6 naik tangga keempat, dari 300 cecah hampir seribu. 

Tak tau nak target apa dah untuk bulan Ogos ni sebab dah start kerja baru takut tak mampu nak jaga performance blog je. Nak improve cara penulisan target sekarang ni dan juga penulisan review sebab yang membaca dah makin ramai. Kalau dulu for fun sekarang nak olah bagi cantik lah sikit karang orang bosan pula baca bahasa ala kadar je ye dok? 

Terima kasih yang membaca, yang rajin bertandang, yang balas kunjungan dengan ikhlas, esok lusa kita terjah awak semua punya pulak ye. Yang mana tak berkesempatan tu, ampun ye. 

  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. Tingginya pageview sebulan.. Kalau bro 30k maunya setahun belum tentu dapat.

    ReplyDelete
  2. Congrats hana ,!,, keep it up ,, your contribution in blogging, ramai yang tengah tunggu nak baca tuu

    ReplyDelete
  3. Tahniah... seronok tgk PV blog naik..buat hati berbunga bunga

    ReplyDelete
  4. wow.. tahniah.. haha akk pon dah lama x update blog.. bz bebeno pon.
    teruskan usaha hehe..

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah Farhana! Akak punya blog tunggu lagi 8k PV nak sampai 100k. Tak sabaq. Tapi kan Alexa tu memang cenggitu kot. Blog naik PV tapi Alexa makin drop, entah pape la

    ReplyDelete
  6. Wow... Tahniah. Pembakar semangat ni... Kipidap

    ReplyDelete
  7. Tahniah Farhana.. Keep it up girl..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Farhana ... dah nampak di situ kekuatan blog ni untuk dapatkan trafik mencanak. Jadi, bolehlah tulis lagi banyak2 review ...:)

    Mana tahu nanti dapat undangan untuk dapatkan HOT SEAT bila ada movie baru nak keluar panggung. Silap2 leh tgk movie percuma sepanjang tahun ...

    ReplyDelete
  9. wahhh tahniah kak panaaa~! daebakk. akak memang hebat dalam meng-review movie/drama nihh. kagum KC hehehe. keep it up! :D

    ReplyDelete
  10. kalau rajin tulis entry, senang nak dpt pageview yg byk.. mcm blog awk ni, bulan july 55 post.. purata 2 entry dalam sehari.. huhu..

    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. kite nak cecah banyak tu jauh lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Tahniah.. consisten je writting. Btw, kalau boleh 'keywords' tu jgn ditunjuk (print screen) kat dalam blog, nanti akut ada yang tiru keywords utk SEO - ni pesanan dari blogger otai (bukan saya tau)..

    ReplyDelete
  13. Tahniah untuk Hana. Kak Feni singgah sini petang ni.

    ReplyDelete
  14. terbaek.. tahniah.. sama2 kita berjuang tingkatkan pageview :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah sebab blog performance makin improve :)

    ReplyDelete
  16. tahniah :)
    terus menaip utk beri manfaat pd org lain.
    good luck.

    ReplyDelete
  17. Wah, hebatnya. Semoga terus sukses k...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)