Movie Review | Hantu Ke Lima

Thursday 4 November 2021

Pengarah : Azhari Zain

Penulis Skrip : Azhari Zain

Pelakon : Raysha Rizrose, Izzue Islam, Elly Mazlein, PU Man, Aisar Khaled, Choki, Adibah Noor, Shiha Zikir

Syarikat Produksi : AT Movies

Pengedar : Astro First

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 7 Oktober 2021

Trailer :


Baru je lepas tengok movie Korea, Show Me The Ghost (2021) dah layan pulak movie Hantu Ke Lima yang menggunakan konsep yang sama apabila rumah yang didiami berhantu. Tapi kualiti kedua-dua movie jauh berbeza sampai termenung panjang fikirkan kenapa skrip dia teruk sangat.

Movie ni ada masalah utama pada skrip bila fakta bercanggah. Watak Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) pulang ke Puncak Mahligai miliknya selepas dituduh gelapkan duit syarikat oleh ibu tiri, Puan Sri Zaleha (Adibah Noor). Dia tak tahu yang ibu tiri dia nak jual rumah tersebut kepada hartawan dari negara India. Tak memasal dia kena maki dengan Cik Kam (Elly Mazlein) sebab jadi punca hilang tempat tinggal. First of all, Cik Kam tu cuma penjaga jadi kenapa dia beria nak emo? Lepastu dia ajak Ashman Shah (Choki) buat video hantu untuk viralkan supaya tak ada yang berani beli. 

Dalam masa yang sama, Puan Sri Zaleha lantik TKO Studio – Taufiq (Aisar Khaled), Dya (Shiha Zikir) dan videographer Kent (Izzue Islam) untuk buat video korporat supaya boleh viral dengan tujuan untuk buang persepsi negatif dan khabar angin tentang betapa puakanya rumah tersebut. Macam kelakar jugak kenapa Puan Sri Zaleha beria upah influencer dengan harga yang tinggi cecah ratus ribu sedangkan dia dah ada pembeli hartawan dari India? 

Sebab timeline dia macam ni tau :

Day 1 : TKO Studio sampai di Puncak Mahligai waktu petang

Day 2-6 : Shoot video, edit video

Day 7 : Puan Sri Zaleha sampai bersama hartawan India untuk tunjuk video yang viral. 

Tujuan utama pengarah Azhari Zain buat movie ni sebab nak perli influencer yang kejar content viral padahal Puan Sri Zaleha yang upah diorang buat kerja. Macam mana team production beria dengan objektif diorang untuk perli influencer sedangkan tak tahu pun prosedur influencer bekerja? Memang nampak sangat penulis skrip tak tahu sebab tak ada dialog, babak yang tunjuk step by step. Tak ada plan untuk story board ataupun persiapan sepanjang mereka bekerja, tahu-tahu dah siap. 

Ataupun watak-watak pekerja TKO Studio yang memang bodoh? Dah tahu rumah tu ada hantu tapi tak buat persiapan atau back-up plan langsung. Shoot video pun low quality masa present dekat client. Dah la tenaga kerja TKO Studio tu Aisar Khaled yang memang selalu viral dengan content bodoh. Macam perli diri sendiri je? Dah la berlakon pun over, buat lawak tapi hambar. Bukan Aisar sorang je tapi the whole cast try hard kemain. Diorang tak rasa merepek ke bila lontarkan dialog? 

Dah la movie ni tak ada hala tuju lepastu genre dia sekejap berubah tiba-tiba kelakar, tiba-tiba masuk drama. Elemen drama yang beria lah dia paksa untuk kita terima babak tu babak sedih. Dari awal sampai habis I tak boleh nak hadam watak Cik Iskandar (PU Man) sekeluarga yang marah sangat dengan Puan Sri Zaleha padahal diorang penjaga je. Rumah tu bukan diorang punya. Dah la suka hati je Cik Kam buat pemujaan dalam rumah tu tiba-tiba dekat hujung movie baru nak larang isteri puja syaitan? Auni pun bila tahu Cik Kam puja syaitan, dia pun join sekali bela Eyang. Apa benda ni? Mesej apa yang pengarah nak sampaikan ni? 

Bab sinematografi dia ada part yang cantik lah sebab lokasi rumah resort tu memang cantik tapi bila tengok gambar keluarga Auni dekat dinding tu aduhai nampak sangat lah edit pakai Photoscape. Selalu orang pakai Photoshop kan, haa ni tak sebab nampak sangat tempeknya asal siap. I mean look at the poster! Transition teruk. Dah la tu, yang berlakon jadi hantu pun sedih. Cik Iskandar jadi Dracula, Cik Kam jadi Valak, kalau buat video pun orang tahu lah hantu fake. Beli kostum masa Halloween ke apa? Gigi hantu pun pakai gigi palsu main tikam tu. 

Dah la tu, ada satu scene masa Taufiq pergi rakam video dekat belakang rumah, dia macam tak nampak ada kostum hantu bersidai dekat ampaian. Siap ada rambut palsu lagi. Tulisan dekat dinding tu pulak yang dia kisahkan padahal tulisan tu dah kabur dah. Dia tak boleh congak ke? Semalam dia kena kacau hantu 4 ekor lepastu ada kostum hantu 4 pasang dekat situ. Dalam rumah tu pun ada 4 orang. Dia main babi air banyak sangat ke? 

Pasal plan diorang tu lagi lah tah pape. Boleh je kot kalau diorang buat je video korporat tunjuk positive side dekat hartawan India lepastu collect payment. Sebelum hartawan tu nak sign SPA, baru lah 4 ekor hantu ni kacau diorang. TKO Studio dapat payment, rumah pun selamat. Ini tidak, buat plan bodoh serupa tak pergi sekolah. Memang sah-sah la kantoi busuk. 

Masa Kent tanya mana payment tu paling tak boleh brain. Kau buat video pun tidak, lepastu kau nak payment. Kau dah kenapa? Astaghfirullahalazim mengucap panjang sis tengok movie ni. Hantu kelima tu muncul tapi takde motif pun. Sama lah dengan movie ni, takde motif pun. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.1/10

Movie Review | Show Me the Ghost (2021)

Director : Kim Eun-kyoung

Writer : Kim Eun-kyoung

Cast : Han Seung-yeon, Kim Hyun-mok, Hong Seung-bum, Leem Chae-young

Production Company : Indy Story Co., Ltd

Distributor : Indy Story, IPTV

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 83 minutes

Release Date : 10 July 2021 (BIFAN), 9 September 2021 (South Korea)

Trailer :


Filem yang dapat tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25 mengisahkan tentang Yeji (Han Seung-yeon) dan Hodoo (Kim Hyun-mok) diganggu oleh hantu perempuan. Mereka baru sahaja berpindah ke rumah sewa tersebut dengan harga yang murah dan lengkap dengan perabot tanpa menyedari penyewa lepas telah membunuh diri. Jiran di blok sebelah pun terkejut dengan kehadiran mereka berdua. 

Setiap hari mereka diganggu dengan teruk sehinggakan terpaksa mencari jalan untuk menyewakan kepada orang lain. Malangnya usaha mereka tidak berjaya kerana roh hantu tersebut gagalkan rancangan mereka sebaik sahaja ada yang bersetuju untuk menyewa. Nak upah dukun untuk halau hantu tersebut, mereka berdua tak mampu dari segi kewangan sebab dah habis dah buat bayar deposit rumah. Nak beli barang untuk menghalau hantu pun mahal juga. Tabur kacang merah dengan garam pun tak menjadi. 

Sampai lah mereka bertemu dengan Kidoo (Hong Seung-bum) yang menawarkan harga diskaun untuk menghalau hantu di rumah. Kidoo merupakan cucu kepada bomoh tapi tak belajar ilmu menghalau hantu dengan baik sebab tu dia bagi harga diskaun je. Dia pun tengah struggle nak cari duit untuk bayar sewa rumah sama macam Yeji dengan Hodoo. 

Hantu perempuan (Leem Chae-young) dalam movie Show Me The Ghost ni menyeramkan jugak lah setiap kali dia muncul dengan suara creepy macam Ju-on tu rasa meremang je bila tengok. Jalan cerita dia cliché dan predictable tapi disebabkan olahan Kim Eun-kyoung menggunakan template komedi membuatkan movie ni menarik untuk ditonton.

Pace movie terbitan Indy Story Co., Ltd ni boleh tahan laju dan penulis kembangkan watak dengan baik pada first half movie. Boleh faham lah kenapa Yeji dengan Hodoo terbeban dengan masalah kewangan walaupun mereka berdua adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran. Dapat gred tinggi pun belum tentu ada jaminan dapat kerja lepas grad sebab Korea Selatan pandang tinggi dengan graduasi lepasan Seoul National University. 

‘It’s no big deal to fail? 4.24 GPA, proficient in English and Chinese, 6 licenses, 3 internships, 5 contest wins! What more do I have to do?! Is it a crime to be a graduate of a non-Seoul university? Is it a crime?!’ – Yeji

Sinematografi movie Show Me the Ghost menghadirkan rasa seram dan ngeri walaupun bila hantu berehat bak kata Hodoo, rumah tu nampak cantik interiornya dengan konsep retro dan vintage. Make-up pada hantu perempuan dan hantu-hantu lain biasa je sebab touch up bagi pucat dan apply eyeshadow hitam pada mata tapi setiap kali muncul tetap seram jugak sebab music background. 

Lakonan Han Seung-yeon dengan Kim Hyun-mok sebagai kawan baik dari kecil antara kekuatan movie Show Me The Ghost sebab masing-masing pun penakut walaupun awalnya acah berani sebab dah tak ada duit. Scene diorang menggeletar lepas kena kacau dengan hantu tu kelakar walaupun kesian juga pada masa yang sama. Sampaikan pakcik yang homeless tu pun kesian dengan nasib diorang. Ada rumah tapi lepak kedai serbaneka 24 jam macam dia jugak. 

Walaupun naskhah ni mempunyai cerita yang santai tapi mesej sosial yang diketengahkan sebenarnya berat juga bila masalah stalker yang berleluasa di Korea dipaparkan pada second half. Sama juga dengan masalah alam pekerjaan yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi sampaikan kes bunuh diri di Korea Selatan setiap hari adalah sebanyak 12 kes. Kelakar tapi menyedihkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Call My Agent: Bollywood

Director : Shaad Ali

Writer : Shaad Ali

Cast : Aahana Kumra, Ayush Mehra, Soni Razdan, Rajat Kapoor, Priyasha Bhardwaj, Anushka Sawhney, Rohan Joshi, Merenla Imsong, Suchitra Pillai, Farah Khan, Ali Fazal, Richa Chadha, Lara Dutta, Jackie Shroff, Dia Mirza, Akshara Haasan

Production Company : Applause Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Comedy / Drama

Running Episodes :  6 episodes 930 minutes per episode)

Release Date : 29 October 2021

Trailer :


Spin-off dari French drama, Call My Agent (2015) mengisahkan tentang 4 orang ejen yang bekerja dengan cara tersendiri di syarikat ART. Umum tahu industri perfileman Bollywood adalah salah satu industry terbesar selepas Hollywood dan UK. Sepanjang 6 episod memang kerap Hollywood, Cannes dan beberapa filem festival yang lain disebut oleh beberapa watak yang terlibat. 

I excited nak tengok Call My Agent: Bollywood sebab drama ni debut platform kepada Ayush Mehra dalam dunia Bollywood. Sebelum ni kenal Ayush dari Youtube channel je. Tak sangka I boleh tengok dia debut sebab lakonan dia memang bagus especially genre romantik komedi. Dah la comel. 

ART ada ramai pelakon dan pengarah yang menjadi klien mereka dalam Bollywood antaranya Farah Khan, Jackie Shroff, Dia Mirza, Ila Arun, Lillete Dubey, Lara Dutta, Disha Patani dan ramai lagi tapi semua nama ni tak lah power sebab kalau dalam dunia realiti pun nama-nama besar semuanya di bawah syarikat YRF, Dharma, Matrix ataupun KWAN. Sesuai lah dengan konflik dalaman ART bila syarikat ni hampir muflis dan semakin bergolak selepas kematian Somu (Tinnu Anand).

Ejen Monty Behl (Rajat Kapoor) dah mula tunjuk taring sebagai senior untuk ambil alih tempat Somu sebagai boss sebab dia selesaikan dengan mudah je masalah Dia Mirza yang kena buang dari projek Hollywood hanya kerana usia dia. Sama juga dengan masalah Lara Dutta yang berhutang dengan kerajaan bila terlupa bayar cukai pendapatan. 

Ejen Amal (Aahana Kumra) menyampah dengan perangai licik Monty walaupun mengaku dia ejen yang bagus dalam bidang mereka. Dalam masa yang sama Amal jatuh cinta dengan Jasleen (Anushka Sawhney), auditor yang ditugaskan untuk mengaudit akaun syarikat bila Meher (Ayush Mehra) lupa hantar dokumen kepada auditor panel ART. 

Selain dari menjadi platform kepada cinta kaum sejenis berkembang dengan banyak dalam drama ni, argument tentang feminist dan privilege mereka juga menjadi dialog perbahasan antara Amal dengan Meher. Dinamik dan chemistry mereka berdua antara kekuatan drama Call My Agent : Bollywood bila ada masa mereka mencuri skrip klien masing-masing ataupun mereka bekerjasama menghasilkan idea menarik untuk sesebuah filem. 

Love-hate relationship antara Amal dan Meher antara scene yang menghiburkan dari awal penceritaan. Nasib baik lah Amal tu lesbian, kalau dia straight, mungkin dah kahwin dengan Meher dah. Aahana Kumra memang menyerlah teruk bila watak dia seorang yang panas baran, mulut celupar dan lesbian. Tak semua orang sanggup jadi pembantu dia sampai lah Nia (Priyasha Bhardwaj) muncul. Scene Amal goda Jasleen tu pun kelakar. 

Alur cerita Call My Agent : Bollywood ni tak lah kemas sangat sebab ada episod yang best, ada pula yang hambar. Paling favorite episod 5 bila Richa Chadda dengan Ali Fazal bergaduh dekat set sebab menyampah dengan perangai kekwat masing-masing. Menjadi betul lakonan diorang berdua padahal dah nak kahwin dah tahun depan. 

Sinematografi yang perlu diberikan pujian bila panorama industri Bollywood dipaparkan sebaik mungkin. Kalau selalu kita tengok set lokasi yang cantik tapi dalam drama ni boleh tengok betapa serabutnya talent agency setiap hari. Walaupun vfx nampak lemah tapi interior dalam syarikat ART nampak cantik sangat dengan gabungan warna dan citarasa moden juga vintage digabungkan. 

Tak pasti lah akan ada Season 2 ataupun tak tapi drama ni layak diberikan perhatian dan dikembangkan lagi sebab season ni sarat dengan personal conflict setiap agent dan kurang drama dari dunia perfileman. Selain dari menceritakan struggle mereka dalam bidang perfileman, drama ni juga memperbetulkan tanggapan negatif terhadap talent agents yang sering dianggap sebagai lintah yang mencuri komisyen dari pelakon atau pengarah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Movie Review | Escape from Mogadishu

Director : Ryoo Seung-wan

Writer : Ryoo Seung-wan, Lee Gi-cheol

Cast : Kim Yoon-seok, Jo In-sung, Heo Joon-ho, Kim So-jin, Peter Kawa

Production Company : Dexter Studios, Filmmaker R&K

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Action / Drama

Running Time : 121 minutes

Release Date : 28 July 2021

Trailer :


Filem yang memenangi Best Film di Buil Film Awards ke-30 dan terpilih untuk kategori Best International Feature di Academy Awards ke-94 ni diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1991 ketika Somali Civil War. 

Naskhah action drama arahan dan tulisan terbaru Ryoo Seung-wan ni mengisahkan tentang bagaimana Korea Selatan dan Korea Utara bergabung tenaga dan skills untuk melepaskan diri untuk keluar dari negara Somalia dengan selamat. 

Bila sembang pasal negara Somalia, I jadi emosi sikit sebab my dad pernah kena hantar pergi berperang dekat sana. Bila tengok balik gambar dekat sana memang ngeri sebab ramai askar yang ditembak sehingga mati, ada yang cedera parah even my dad pun ada kesan peluru dekat badan dia. Antara momen paling mengerikan untuk keluarga bila dapat panggilan telefon dapat berita sedih dari pihak tentera. Apa yang jadi sepanjang dia dekat sana memang susah nak dapat updates tambah pulak zaman tu mana ada mobile phone lagi. 

Sama jugak lah yang diceritakan dalam movie ni bila kedua-dua kedutaan Korea terputus talian telefon dan telegram. Semua dokumen yang berkaitan antara Somalia dan Korea terpaksa dibakar untuk mengelakkan dibunuh ataupun rahsia kerajaan terbongkar. Semasa riot tercetus oleh rebels, kedua-dua pegawai kedutaan Korea berada di hotel bersama pembantu kanan Barre untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik. Sikit pun mereka tak jangka akan tercetusnya riot supaya Presiden Barre melepaskan ketua pejuang yang ditahan oleh kerajaan.

‘Anyone who captures Barre or his officials, will be rewarded by General Aidid. Those who have worked for the Barre regime, or his police force, if you surrender now, your families will be protected.’

Pengarah movie Escape From Mogadishu adalah pengarah yang sama menghasilkan karya Battleship Island (2017) yang juga bertemakan survival jadi kebanyakan scene digambarkan dengan cemerlang melalui lensa Choi Young-hwan yang menambahkan elemen saspen pada kebanyakan scene. Panorama negara Somalia yang terletak cantik di pinggir laut membiru ataupun keadaan ngeri ketika civil war berlaku dengan berlatarkan suasana zaman awal 90-an tampak hidup dan meyakinkan.

Antara scene yang memberi impak pada penceritaan bila Kang Dae-jin (Jo In-sung) pasang audio tape menerangkan kedamaian yang diidamkan oleh Korea Selatan dan Somalia tapi dalam masa yang sama di luar kedutaan askar Somalia tengah belasah rakyat dia sehingga mati. Ironi kehidupan yang dahulunya wujud sehingga sekarang. Watak Tae Joon-ki (Koo Kyo-hwan), pegawai kedutaan Korea Utara pun mengerikan juga bila tindak-tanduk dia yang sentiasa berjaga dengan helah Dae-jin atau pegawai Korea Selatan. 

Bukan senang untuk Korea Selatan dengan Korea Utara bergabung sebab kita pun tahu macam mana pergolakan dan permusuhan antara dua negara ni. Terdetik benda yang sama bila staff takut diserang oleh Korea Utara sebab budak kecil pun dah dilatih dengan latihan ketenteraan. Masa ni boleh nampak kebijaksanaan kedua-dua Ketua Pegawai Kedutaan untuk selamatkan keadaan. 

Dialog biasa yang dilontarkan oleh watak Han Sin-seong (Kim Yoon-seok) tentang bergabung tenaga pun boleh bagi impak mendalam sebab lontaran suara yang digunakan dan ekspresi pada scene tu seolah menggambarkan keadaan genting di padang periuk api. Salah pijak boleh bawa nahas. 

'Ambassador Rim, I know you're much more experienced and capable than I am. But still, you're not in a position to lecture me right now. It's just the two of us right now. Let's have a dialogue, not a lecture. Let's speak from the heart' - Ambassador Han 

Personally for me, sebagaimana pengarah Ryoo Seung-wan boleh tinggalkan trauma dan impak lepas menonton movie Battleship Island dengan kejahatan yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap rakyat Korea, sama juga lah trauma berada di kawasan rusuhan yang dirasakan sepanjang menonton Escape From Mogadishu. Kreatifnya pengarah ni bila dia pandai adun elemen komedi walaupun di saat genting macam dalam movie Veteran (2015) ataupun Exit (2019). Naskhah biasa tapi jadi menarik di tangan dia. 

Lemah jantung setiap kali tengok percubaan mereka semua untuk keluar dengan selamat dari Somalia. Even dah hujung movie pun tetap tak boleh bertenang selagi tak tengok semua watak betul-betul selamat sampai ke Kenya. Background music dari Bang Jun-seok mainkan peranan dengan cemerlang dalam naskhah ni. Pendek kata, naskhah Escape From Mogadishu adalah movie terbaik Korea untuk tahun 2021. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Mystic Pop-up Bar

Tuesday 2 November 2021

Director : Jeon Chang-geun

Writer : Ha Yoon-ah

Cast :  Hwang Jung-eum, Yook Sung-jae, Choi Won-young, Lee Joon-Hyuk, Jung Da-Eun, Yum Hye-Ran, Oh Young-Sil, Ahn Tae-Hwan, Na Seung-Ho, Park Si-Eun, Song Geon-Hee, Park Eun-Hye, Na In-Woo

Production Company : Drama House, JTBC, Samhwa Networks

Distributor : JTBC, Netflix

Genre : Fiction / Supernatural

Running Episodes : 12 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 20 May 2020 – 25 June 2020

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon Twin Tops Bar hasil karya Bae Hye-soo, drama Mystic Pop-up Bar mengisahkan tentang Weol-ju (Hwang Jung-eum), pemilik bar yang membantu menyelesaikan dendam manusia menggunakan alam mimpi. 

500 tahun yang lepas Weol-ju bunuh diri di Sacred Tree dan tanpa sedar dia membunuh anak di dalam kandungannya sekali. Disebabkan perbuatan dia, pegawai di Afterlife (Yum Hye-Ran) jatuhkan hukuman di mana dia perlu selesaikan sebanyak 100,000 dendam manusia untuk hilangkan sumpahan pada anaknya setiap kali dilahirkan semula. 

Di Mystic Pop-up Bar, Weol-ju dibantu oleh Chief Gwi (Choi Won-young) yang merupakan anggota polis di alam akhirat. Sambil memburu roh jahat yang mengganggu kehidupan manusia, sambil bantu Weol-ju potong bawang atau promote bar tersebut. 

Makin lama makin susah untuk Weol-ju capai target sebab manusia makin susah untuk cerita masalah mereka. Lebih baik pendam saja daripada ceritakan pada stranger. Dah mabuk minum arak pun tetap tak nak cerita masalah sebab takut. Kebetulan Kang-bae (Yook Sung-jae) datang untuk membantu mereka berdua. 

Lelaki muda tersebut mempunyai kelebihan untuk buat manusia ceritakan masalah mereka setiap kali disentuh. Kelebihan buat Mystic Pop-up Bar tapi sumpahan buat Kang-bae bila tak ada yang berani berkawan dengan dia sejak kecil lagi. 

Mystic Pop-up Bar diolah dengan genre yang ringan dan santai walaupun mempunyai tema yang berat iaitu dendam yang disimpan beratus tahun lamanya dan menggunakan konsep alam akhirat. Banyak kali ditekankan oleh beberapa watak bahawa kebaikan yang dilakukan di dunia akan memberi kesan di akhirat dan juga kelahiran semula. Kalau baik orangnya dapatlah dilahirkan sebagai manusia yang kaya. Kalau buat jahat sikit, masuk kategori B. Dapat lahir tapi hidup melarat atau banyak masalah. Paling teruk bila masuk kategori C yang dilahirkan sebagai serangga makan tahi sebab buat jahat banyak sangat. 

Penulis Ha Yoon-ah pandai seimbangkan antara dua latar masa, zaman moden dan zaman 500 tahun sebelumnya dengan cerita yang menarik dan watak-watak saling terkait. Makin nak ke hujung episod, makin banyak hint yang diberi oleh penulis siapa dan kenapa watak sekian sekian berkait dengan sekian sekian. Sebab tu jadi curious nak tahu dekat next episode. Paling best bila dah tahu siapa sebenarnya putera raja (Song Geon-Hee) di zaman moden dan apa pertalian Kang-Bae dengan Weol-ju ataupun Yeo-rin (Jung Da-eun). 

Kalau dah drama tayangan khas di Netflix ni memang tak perlu disangkal lagi lah kecantikan visual dan sinematografinya. Transition yang menarik menambahkan lagi keindahan set Mystic Pop-up Bar. Selalunya alam akhirat digambarkan sebagai tempat yang ngeri tapi dalam drama ni jadi tempat yang cantik dan tak jauh beza pun dengan dunia. Tapi part Steve Job dengan charge handphone tu macam merepek lah. Wardrobe dan art team pun beri perhatian kepada busana yang dipakai oleh kesemua watak dan props yang digunakan sepanjang 12 episod. 

Walaupun ada dua kisah cinta terhalang dalam drama ni tapi lagi tertarik dengan chemistry Hwang Jung-eum, Yook Sung-jae dan Choi Won-young sebagai satu kumpulan. Happy bila tengok diorang have fun tambah pulak watak Kang-bae sejenis yang naif dan manja. Masa tengok episod 12 dah start bergenang air mata sebab Kang-bae kena berpisah dengan Weol-ju dan Chief Gwi sebab diorang dah berjaya 100,000 dendam dan akan dilahirkan semula. Rasa happy dengan dua watak tu tapi rasa sedih jugak bila Kang-bae tak boleh spend time together dengan diorang dah. 

Nevertheless I have fun watching this Mystic Pop-up Bar and hopefully Netflix setuju untuk buat Season 2 sebab rating drama ni agak tinggi jugak lah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.2/10

Marrybrown Tower Burger Set & Bubur Pedas


Dok nak pergi nak pergi tapi tak pergi pergi redeem voucher RM20 dari Marrybrown sudahnya dua hari sebelum berakhir bulan Oktober baru kitorang terhegeh pergi ke Citta Mall. Disebabkan jarang pergi ke Marrybrown so both of us macam tak reti lah nak order yang mana satu. 

Beza Marrybrown dengan KFC atau McDonalds ni bila kita masuk franchise restaurant dia, kita tak disambut dengan aroma yang melaparkan. Lagi bertambah buntu nak pilih yang mana. Sebab ayam dia macam tak menarik so I pilih set Tower Burger dengan set Bubur Pedas. Ambik bubur sebab blogger Sally selalu cakap bubur dia sedap. 

Dah la jarang datang, dapat pulak staff yang layan nak tak nak. I cakap nak order terus dia blah buat-buat busy padahal I dengar dia cakap dengan kawan dia yang dia tak pandai nak redeem voucher. Kalau tak pandai, mintak maaf dulu pastu suruh I tunggu sekejap sementara dia panggil orang yang pandai. Bukannya I nak marah pun sebab I pernah jugak kerja cashier dekat KFC dulu so I tau proses dia berbeza dari biasa. 

Bila dah siap order I boleh pulak dia datang peluk kawan dia dekat kaunter. Macam tak professional je nak bersantai macam tu. Nak peluk ke nak bergurau ke apa tunggu sampai kerja siap boleh tak? Cashier yang layan I pun biadap jugak sebab cara dia kasar. Sabar je lah hadap orang macam ni. Nak marah sebab I guna voucher ke apa benda entah? Kalau tak bagi I guna then bagitau je lah tak boleh guna. Kan senang. Rasa menyampah pulak nak tolong promote lepas ni. I dapat voucher tu pun sebab paid review dekat Marrybrown. Bila nak claim kena layan kasar pulak. 

Tiberrr kau dah jadi entry meroyan padahal nak sembang pasal makanan. 


Berbalik kepada set Bubur Pedas dia, dalam semangkuk bubur ni ada bubur nasi, sebiji telur rebus yang dipotong 8, sambal kering dan ayam goreng yang dipotong kecil. Disebabkan ada ayam goreng dalam bubur ni memang tak boleh tunggu lama lah kalau nak makan. Makan panas-panas memang sedap lah bubur ni. Tapi yang tak syoknya bila kena makan telur rebus sebab telur dia memang masak betul. Kalau telur rebus 3 suku mungkin lagi sedap sebab lembut. 


Set Tower Burger dia agak mengecewakan dari segi rupa sebab dalam iklan kemain besar bila ada kepingan filet ayam yang digoreng rangup dan patty ayam. Realitinya burger dia bersaiz biasa je, jauh beza lah dengan dalam iklan atau gambar dekat website. Nama dia Tower Burger so expect saiz dia besar lah tapi terma dan syarat pun kata ilustrasi semata so yupp...

Bab rasa memuaskan hati sebab ayam dia rangup walaupun tak pedas sangat. Patty ayam dia pulak juicy. Bila makan filet dengan patty tu rasa ayam berganda lah dekat dalam satu gigitan. Lepas makan terus jatuh cinta dengan set Burger Tower ni. Berbaloi lah dengan harga dia RM17 satu set sebab burger dekat McD sekarang dah makin teruk kualitinya padahal harga mahal. Sayur dengan jeruk pun kedekut nak letak. 

Lepas ni kalau nak beli lagi I akan guna khidmat Grab atau Foodpanda je sebab tak kuasa nak hadap perangai staff dekat sana haha

Menikmati Hi-Tea Di Honzu Citta Mall

Kelassss betei tajuk entry ni haha. 

Dah lama I nak try makan croissant dekat Honzu ni sebab dari jauh nampak sedap. Pastu nak makan dekat bakery dia sebab makan panas-panas mesti sedap. Dah la bakery dia cantik dengan konsep minimalis warna putih dan emas. Honzu adalah nama bakery untuk jenama minuman Chizu. Dekat Citta Mall ni ada jugak kiosk Chizu tapi I tak minat sangat dengan drinks dia sebab manis. 


Dah alang-alang datang lepastu tak ada rushing nak pergi tempat lain, kitorang singgah la dekat Honzu ni konon-konon nak hi-tea. Kalau beli croissant dekat Honzu ni ada promosi. Beli 5, dapat percuma 1. Tak pasti lah dekat bakery lain ada buat ke tak promosi tu tapi yang pasti dekat Citta Mall ni ada. 


I nak beli sampai 5 macam over pulak sebab kitorang baru je nak try makan croissant dia. Kang tak sedap menyesal pulak. Pilihan dia tak lah banyak sangat tapi I happy lah sebab flavor yang kena dengan tekak ada dijual. Croissant yang comel ada mata tu flavor Oreo. Haritu macam nak pilih Oreo tapi takut comot pulak. Kalau take away sesuai lah nak makan. 


So I pilih Croissant Almond Hazelnut and my sister pilih Croissant Marshamellow Strawberry. For drinks kitorang share je Super Season Fruit Tea. Ikutkan nak minum Latte tapi bosan lah asyik minum latte je. Dah alang-alang datang kan, beli la signature drinks ye dak? Yang penting bukan drinks yang ada cheese pudding. Horror!


Bangga betul berjaya ambik gambar cantik cenggini. Thanks FIMO!

Gambar ni kabur on purpose tau sebab tak nak nampak jerawat gedabak tu. Bulan ni memang semangat muka I menternak jerawat. Nasib baik ada facial mask untuk cover. 


Croissant Honzu ni bukan setakat indah di mata, sedap juga di lidah dan tekak sebab bahagian luar rangup. Bahagian dalam gebu dan sarat dengan inti. Untuk croissant hazelnut tu dekat dalam ada fillings chocolate yang tak manis dan tak pahit sangat. Just nice je dekat tekak I. Tak menyesal lah beli flavor ni. Croissant yang adik I makan pun sedap sebab kepingan strawberry tu segar dan sejuk. 

Super Season Fruit Tea dia sedap tapi kena minum masa tu jugak sebab dekat dalam teh tu ada limau dengan lemon. Kalau rendam lama, teh tu jadi pahit, sepahit kehidupan di dunia ni. Lepas ni memang I beli 5 jenis croissant dekat situ tapi hopefully Honzu Citta Mall tambah lagi flavor dekat situ. Dekat bakery lain kemain meriah pilihan flavor dia. 

“Boleh ke makan makanan ini?”

Salah satu persoalan biasa bagi pesakit kencing manis bila memerlukan barangan dapur. Usah bimbang, artikel ini akan membantu menyediakan senarai barang dapur yang boleh dibeli. Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Pesakit kencing manis

Apabila didiagnosis menghidap diabetes jenis 2, mesti bingung fikir makanan apa yang boleh dan sesuai diambil. Kalau sebelum ini boleh makan apa sahaja, tapi sekarang garis panduan diet pemakanan jadi lebih ketat, secara tak langsung menjadikan pilihan barangan runcit anda semakin terhad.

Hakikatnya anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat banyak pilihan makanan boleh dibeli.

Senarai barang dapur mesra diabetes


Secara amnya, menguruskan penyakit diabetes yang dialami bermaksud berwaspada terhadap pengambilan karbohidrat, saiz hidangan dan memilih makanan penuh nutrien.

Berikut adalah senarai barang dapur yang dikategorikan sebagai mesra diabetes bagi membantu anda membuat pilihan sihat semasa membeli-belah.

i. Sayuran

Bagi mana-mana individu terutamanya pesakit kencing manis, sayuran adalah asas diet yang sihat – kaya nutrien dan rendah karbohidrat. Berikut antara beberapa pilihan sayur yang boleh dibeli:

Sayuran tidak berkanji:

  • Sayuran salad seperti kale atau salad romaine
  • Cendawan
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Brussel sprouts
  • Zucchini
  • Terung
  • Asparagus
  • Saderi

Sayuran berkanji:

Berikut adalah pilihan sayuran bagi barangan dapur mesra pesakit diabetes dengan kandungan gula lebih tinggi. Anda disarankan untuk mengambilnya dalam saiz hidangan kecil atau dicampurkan bersama pilihan sayuran tidak berkanji.

  • Lobak merah
  • Jagung
  • Kentang
  • Ubi keledek
  • Kacang pis
  • Kacang buncis
  • Labu
  • Keladi

ii. Buah-buahan

Buah, walaupun manis tetapi mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan pilihan makanan sihat untuk pemanis mulut. Tinggi serat bermakna saluran pencernaan akan menyerap kurang karbohidrat berbanding makanan rendah serat serta tinggi karbohidrat.
  • Buah beri
  • Epal
  • Oren
  • Pisang
  • Tembikai
  • Pir
  • Avokado
  • Tomato

iii. Minyak, kuah salad & sapuan roti

Dalam senarai barangan dapur mesra diabetes, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli bahan tambahan bagi menambah rasa pada makanan, cuma perlu mengehadkan kandungan lemak tepu. Berikut antara pilihan lebih sihat:
  • Minyak canola
  • Mentega kacang
  • Mentega badam
  • Jem sapuan buah – pastikan tiada gula tambahan
  • Mustard
  • Minyak kelapa dara
  • Mentega mentah
  • Kuah salad tanpa gula berasaskan minyak zaitun
  • Sos barbeku rendah kandungan garam
  • Kicap rendah kandungan garam
  • Madu tempatan
  • Minyak zaitun
  • Mayones berasaskan minyak zaitun – hadkan kepada 1 hidangan sehari

iv. Kekacang dan legum 

Kekacang dan legum adalah sumber protein dan serat yang sangat baik. Ia juga kaya vitamin, mineral dan antioksidan. Bagi pesakit diabetes, ia dianggap makanan super.
  • Kacang ginjal
  • Kacang Pinto
  • Lentil
  • Kacang hitam
  • Quinoa
  • Oat

v. Daging, makanan laut & telur
  • Ikan berlemak termasuk ikan salmon dan tuna
  • Ayam
  • Bahagian dadad ayam turki
  • Daging tanpa lemak
  • Telur – hadkan 3-4 biji telur setiap minggu, lebihkan jika anda hanya memakan putih telur sahaja

vi. Bijirin penuh
  • Gandum bulgur
  • Barli
  • Quinoa
  • Roti gandum penuh
  • Pasta gandum
  • Bijirin gandum penuh
  • Mil oat – disaran untuk menukar gula merah dan kismis kepada kayu manis dan buah beri

vii. Produk tenusu

Walaupun secara teknikal ia tinggi karbohidrat, namun produk tenusu boleh diambil pesakit diabetes kerana ia merupakan sumber utama kalsium dan vitamin D. Sebaiknya pilih:
  • Susu tanpa lemak atau rendah lemak
  • Keju kotej rendah lemak
  • Yogurt tanpa gula
  • Keju rendah garam seperti mozarella
Hati-hati dengan kandungan gula tambahan dalam produk tenusu ya! Anda juga boleh mencuba produk alternatif bukan tenusu seperti yang dihasilkan daripada badan dan soya.


viii. Makanan dalam tin & sejuk beku

Makanan dalam tin dikatakan masih dapat membekalkan nutrien dan khasiat yang diperlukan tubuh. Kelebihan pada makanan dalam tin adalah ia biasanya lebih murah dan boleh disimpan lama serta mempunyai pilihan anggaran sesuai untuk menjaga diet sihat. Antara senarai pilihan makanan dalam tin yang boleh dibeli pesakit kencing manis adalah:
  • Kacang kuda, tomato, cendawan, lentil, labu, santan, zaitun dan lain-lain
  • Daging, sayuran dan buah-buahan sejuk beku seperti buah beri dan lain-lain
Jangan lupa bilas kemudian keringkan makanan dalam tin untuk kurangkan kandungan garam!

ix. Snek 

Pengambilan saiz hidangan kecil dan kerap antara 4-6 kali sehari adalah lebih baik bagi individu dengan kencing manis. Memilih makanan ringan tinggi serat, protein dan lemak sihat akan membantu mengawal kadar gula dalam darah anda, seperti:
  • Badam
  • Keju dan kraker bijirin penuh
  • Bertih jagung
  • Puding biji Chia
  • Trail mix
  • Edamame
  • Jejari sayuran seperti lobak atau saderi

x.Pencuci mulut

Bagi pesakit kencing manis, anda memang perlu mengehadkan pengambilan makanan bergula tetapi masih ada pilihan pencuci mulut. Namun penting untuk berwaspada dengan kandungan gula dan saiz hidangannya.
  • 100% popsicle buah-buahan
  • Aiskrim dengan stevia atau pemanis rendah kalori lain
  • Biskut rendah kandungan gula

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Blog Performance Oktober 2021

Monday 1 November 2021

 

Bulan lepas kecoh betul kan pasal Blogger dengan Google ting tong. Ada yang PV jatuh lah, komen masuk spam lah, gambar tak load, blog loading lama sangat. Banyak betul masalahnya. Blog I pun terkesan jugak tapi sebab ada goal nak kena achieve terpaksa lah rajinkan diri update jugak walaupun menyampah tengok statistik. 

1) PV

Bab PV tak payah sembang banyak lah sebab semua pun sedia maklum PV menjunam haha so I redho je lah berapa dapat pun. Nasib baik la dapat jugak 1.8 juta macam I target bulan lepas. Entah boleh achieve target 2 juta entah tidak hujung tahun nanti. Kalau achieve, I happy. Kalau tak achieve, kita berhuhu je lah di bucu katil. Hidup ni bukan sentiasa panas, tiba-tiba taufan datang gittewww. 

2) Posts


Sama macam bulan September, bulan Oktober pun banyak yang cari AR Post dengan Registered Post sebab ada urusan dengan pejabat kerajaan. Rasanya dekat Astro ulang tayang franchise Bini Aku Dari... sebab galak benar dia masuk dalam Popular Post. Movie Hindustan ada dua dekat popular post bulanan tu kira dah boleh senyum lega lah hehe

3) Keywords


Happy tengok keywords sebab banyak relate dengan movie Hindi. Dulu memang susah nak nampak orang cari movie Hindi. Ada movie Hindi zaman 2000 ke atas pulak tu. Masa update tak expect langsung ada yang nak cari movie ni tapi saja la nak simpan dekat blog lepastu masa update boleh meroyan sekali. Selagi tak update, selagi tu lah rasa nak emo. 

4) Audience


Before this I ingatkan kalau ada reader dari negara pelik-pelik tu spammers ataupun Google bot tapi baru tahu yang sekarang dah ramai guna browser DuckDuckGo. Kalau pakai yang ni dia boleh hide IP address user tu, kadang-kadang sampai ke lautan dalam. Bila dah tahu rasa tak lah cuak sangat kalau tengok negara yang memusykilkan. 

5) Bilangan Entri


Kalau ikutkan bulan ni memang malas sangat nak update tambah pulak murung tengok PV tak cun macam tu tapi terpaksa jugak update sebab entry yang kita update hari ni, minggu depan ada yang nampaknya. Lagipun personal target I kena update 60 entry sebulan walaupun kadang achieve kadang tidak. Korang pun boleh nampak dari Januari sampai Oktober macam mana haha. Untuk bulan Oktober gigih jugak lah update sampai 50 entry. Nasib baik berjaya jugak hihi

Anyway thanks untuk semua readers blog ni. Mana yang belum terbalas kunjungannya, diharap bersabar ye sebab komen-komen awak mungkin masuk spam. Nasib baik blogger NaSa update entry pasal tu, kalau tak entah bila nak perasan.