Hadiah Perpisahan Mengejut Dari Zahra

Thursday, 24 February 2022

Sumpah terkejut bila dapat tahu dari Nazryn yang Zahra nak berhenti lepastu merajuk sebab tahu dari orang lain. Sebab merajuk dapat lah farewell gift dari Zahra haha 


First time jumpa Zahra pun sebab Litigation HQ nak tumpang guna meeting room office sebab client diorang tinggal area Damansara dan taknak travel ke Setapak semata untuk attend meeting. Dari sembang kenal-kenal sampai jadi rapat. Tapi tak lah rapat gila sebab kitorang busy dengan kerja. Bila Zahra datang menyinggah Oasis, kitorang lunch atau dinner sama-sama lepastu berborak panjang (dibaca gossip). So that's why lah tak ada gambar sama-sama. Wait, actually ada masa kitorang buka puasa tahun lepas tapi dekat handphone lama T.T

So nak dijadikan cerita Zahra datang singgah Oasis untuk drop hadiah mengejut ni dengan harapan I suka. Pffttt orang bagi hadiah kot, siapa je tak suka :')

Masa birthday Zahra I pernah bagi hadiah scented candle supaya stress dia berkurang tapi cepat betul scented candle tu habis sebab Zahra selalu stress dengan kerja hshshs. I can't help dah beyond that. 



Dekat dalam gift box ni ada poskad tulisan tangan. Terharu tengok Zahra emphasize My Kak Anna awwww thanks Zahra. :')

Well this proved one thing, selain muka manis, perangai Zahra pun manis juga. I seriously can talk anything with Zahra. We even share secrets together. Bila Zahra berhenti rasa macam hmmm sedih sebab dah tak ada kawan macam dia dah. Yang layan Kpop sama-sama specifically fangirling over Jungkook BTS, yang menyampah dengan lelaki chauvinist and we do have our target to hate, yang layan kopi masa stress haihhh. 

Walaupun kenal setahun lebih je tapi dah boleh rapat and understand each other, kira susah la nak jumpa kawan macam ni kan? Haihhh malas lah sembang panjang kang sedih lagi :(


The reason Zahra left RRM, of course lah sebab dapat better offer and I'm happy she took it walaupun sedih tapi untuk benda baik kan, haruslah support. Tempat kerja baru Zahra pun area KL jugak so in future bila ada rezeki nak jumpa, Insya-Allah berjumpa jugak. I hope this friendship stays forever. Haengbok Haja Zahra 🤍

Movie Review | A Thursday (2022)

Wednesday, 23 February 2022

Director : Behzad Khambata

Writer : Behzad Khambata

Cast : Yami Gautam, Atul Kulkarni, Neha Dhupia, Dimple Kapadia, Karanvir Sharma

Production Companies : RSVP Movies, Blue Monkey Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 129 minutes

Release Date : 17 February 2022

Trailer:


Filem terbaru terbitan RSVP Movies mengisahkan tentang guru tadika, Naina Jaiswal (Yami Gautam) yang baru sahaja pulang selepas bercuti selama 3 minggu. Naina ambil alih untuk menjaga kesemua 16 orang pelajar di tadika Little Tots, Colaba, Mumbai untuk meraikan hari jadi Niharika. Sebaik sahaja driver sampai untuk hantar kek, Naina mulakan plan dia untuk jadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan agar pihak polis bersetuju dengan permintaan dia. 

ACP Catherine Alvarez (Neha Dhupia) yang sedang sarat mengandung ditugaskan untuk mmengawal keadaan sementara Naina minta pihak polis tunaikan permintaan pertama iaitu Inspektor Javed Khan (Atul Kulkarni). Permintaan kedua ialah bercakap dengan Perdana Menteri Maya Rajguru (Dimple Kapadia) yang baru sahaja tiba di Mumbai. Dalam masa yang sama, Naina minta pihak polis cari Rakesh Mathur dan Charan Kumar. Setiap kali permintaan dia ditunaikan, beberapa orang pelajar tadika dibebaskan. Jika mereka gagal, salah seorang dari kanak-kanak tersebut akan dibunuh. 

Dari trailer pun dah nampak Yami Gautam bertukar avatar dari seorang yang ayu dan penyayang kepada seorang yang mengerikan. Dia berbicara dengan tegas, dia tetap dengan pendirian dan permintaan dia. Sesuai lah persona sebagai bekas peguam korporat. Sikit demi sedikit pengarah kupas mengenai latar belakang dan kenapa dia bertindak sedemikian. Dari renungan mata dah cukup untuk menjelaskan perasaan marah, sedih, takut ataupun risau bila keadaan memerlukan. 

Bangga dengan Yami Gautam sebab tak pernah putus asa buktikan bakat lakonan dia dalam industri walaupun sering diendahkan. Pandemik covid-19 cipta peluang untuk pelakon seperti Yami dapat peluang berlakon dalam movie dengan skrip yang bagus. Sementara commercial actors tengah bergelut mencari job, pelakon berbakat dah mula raih perhatian dari juri dan penonton. 

Selain dari lakonan Yami Gautam yang mantap dengan watak Naina Jaswal, sinematografi dari Anuj Rakesh Dhawan banyak menggunakan close-up shot untuk menguatkan lagi aura seram dan misteri dari watak utama. Music score dari Rooshin Dalal dan Kaizad Gherda keluar dari kepompong latar musik tipikal dan hasilkan musik seram yang meninggalkan trauma setiap kali Yami muncul onscreen. 

Dalam babak Akash ditembak mati oleh Naina, walaupun I dalam keadaan tak percaya tapi masih lagi meremang sebab scene tersebut digambarkan dari point of view pengasuh tadika, Savitri (Kalyanee Mulay). Penceritaan juga tak buang masa dengan scene yang tak perlu. Watak sampingan seperti ACP Catherine dan Inspektor Javed ada konflik tersendiri dan paparkan perbezaan antara protokol dan pengalaman. Sama juga dengan watak Shalini (Maya Sarao) menggambarkan jurnalis yang mengejar rating dengan mantap. 

Walaupun ada beberapa babak yang menyimpang jauh dari realiti macam komando gagal untuk masuk ke dalam premis tadika ataupun babak Perdana Menteri turun untuk berjumpa sendiri dengan Yami namun kelompongan plot ini ditutup oleh kekuatan komentari sosial yang dibawakan oleh Naina Jaswal. Boleh kata semua wanita akan bersimpati dengan nasib Naina. Perubahan drastik yang sama ditonjolkan melalui Savitri bila mana watak dia masih dalam keadaan trauma tapi tersenyum lega lepas dia faham kenapa Naina bertindak sedemikian.  

Mungkin movie A Thursday ada beberapa kelemahan teknikal tapi filem ni berjaya tanam benih harapan untuk wanita hidup dalam keadaan yang selamat. Benar apa yang dikata PM Maya bila rang undang-undang susah untuk diluluskan tapi sebagai seorang yang ada kuasa untuk bawa suara mangsa, dia sendiri perlu faham keadaan dan trauma yang dialami. Satu tahun, sepuluh tahun waima dua puluh tahun sekalipun takkan mampu hilangkan trauma menjadi mangsa gangguan seksual. Tak kisah lah sebesar mana pun gangguan tersebut. 

Walaupun sekuel A Thursday tak setanding naskhah A Wednesday (2008) tapi boleh kata pengarah dan penulis Behzad Khambata berjaya hidupkan kembali aura genre thriller yang mula menghilang dari industri Bollywood. Kudos to the team! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Movie Review | Looop Lapeta (2022)

 

Director : Aakash Bhatia

Writer : Aakash Bhatia, Puneet Chadha, Vinay Chhawal

Cast : Taapsee Pannu, Tahir Raj Basin, Dibyendu Bhattacharya, Rajendra Chawla, Raghav, Sameer Kevin Roy

Production Company : Sony Pictures Releasing of India Ltd., Columbia Pictures, Ellipsis Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Comedy / Thriller

Running Time : 131 minutes

Release Date : 4 February 2022

Trailer:


Saviri (Taapsee Pannu) jatuh cinta dengan Satya (Tahir Raj Basin) setelah kakinya cedera semasa dalam perlawanan lumba lari trek wanita. Satya selamatkan dia sebelum terjun dari bangunan hospital kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpa. Walaupun Satya adalah orang penting dalam hidup Savitri tapi ayah dia membantah sebab lelaki tu tak ada masa hadapan. Selain cinta, hidup dia bergantung pada ketagihan berjudi. 

Jadi masalah bila Satya ditugaskan untuk hantar barang dan kutip duit sebanyak Rs5juta dalam masa 40 minit. Arahan dari Victor (Dibyendu Bhattacharya) tapi Satya come up dengan idea untuk pergi ke kasino dan bertaruh dengan harapan akan menang taruhan dan dapat duit lebih banyak dari wang asal. 

Malangnya duit dia dicuri dan Savitri perlu selamatkan Satya dari dibunuh oleh Victor. Sementara menunggu Savitri, Satya ambil keputusan untuk merompak kedai emas milik Shri Mamlesh Charan Chaddha (Rajendra Chawla). 

Movie Looop Lapeta yang bertemakan time loop arahan Aakash Bhatia adalah official remake kepada movie German, Run Lola Run (1998). Review ni bukan untuk bandingkan which is better sebab I tak tengok pun the original film. Tajuk Looop Lapeta sengaja diletakkan O tambahan untuk sesuaikan dengan bilangan time loop yang berlaku. 

Tema time loop ni menarik lah bila universe nak bagi peluang kedua atau ketiga kepada main character tapi kalau main character sejenis yang bodoh dalam membuat keputusan, I must ask WHY? Seious lah universe nak bantu tahi judi? Kalau ikutkan pada plot dia, Savitri tak boleh berlari tapi dalam movie ni dia berlari laju kot siap panjat tembok tinggi. Tendang barang sana sini. Amazed lah kaki dia langsung tak sakit sampai terenjut-enjut bila berjalan.

Diolah menggunakan template komedi, Loop Lapeta malangnya menghidangkan lawak hambar sepanjang 2 jam 30 minit. Ada beberapa scenes yang tak perlu ada pun macam discussion Gappu dan Appu untuk merompak. Neither funny nor impactful. Boleh kata semua watak tak function kecuali watak Julia (Shreya Dhanwanthary) dan Jacob (Sameer Kevin Roy) yang bawa subplot cinta terhalang. First half agak meleweh dengan cerita yang lemah tapi momentum mula naik bila time loop berlaku. 

Lakonan Tahir Raj Basin mantap sebagai Satya yang dungu, I mean watak tu memang teruk tapi Tahir deliver as the character demands him to be. Suka scene dia bercerita tentang kisah dongeng sebab dia betul-betul berpegang dengan kisah tu. Chemistry dia dengan Taapsee pun menarik plus fresh pairing onscreen. 

Personally I suka konsep time loop yang dimasukkan diolah sama dengan kisah dongeng di mana puteri Savitri jatuh cinta dengan Satyavan yang hanya boleh hidup selama 1 tahun sahaja kerana penyakit kronik.  Savitri buat perjanjian dengan Yamraj, Dewa Kematian and somehow trick dia berjaya bila Satyavan dapat peluang untuk hidup kembali. Sama lah dengan watak Satya dalam movie ni bila dia dapat hidup semula. 

Sinematografi yang berlatarkan kehidupan Goa disetkan dengan tona musim panas sesuai dengan situasi cerita yang genting dan terikat pada 40 minit – tempoh ayam belanda dibakar dalam oven. Kudos to art team yang berjaya menghidupkan suasana dan props mengikut citarasa orang Goa di mana lebih bersifat santai dan mempunyai citarasa amalgamasi India dan Portugis. Baik dari pakaian, hiasan mahupun props. 

Teknik visual yang digunakan dalam Looop Lapeta adalah kekuatan utama bila penceritaan terikat pada scene yang sama walaupun outcome berbeza. Walaupun spiral shot digunakan beberapa kali tapi impaknya masih kuat untuk menggambarkan situasi. Stylish editing for some scenes buatkan movie ni kelihatan seolah-olah gabungan animasi komik dan reel life.  Music score dengan vibe jazz dan funky yang digunakan menambahkan impak pada penceritaan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.3/10

Drama Review | Happiness (2021)

Sunday, 20 February 2022


Director : Ahn Gil-ho
Writer : Han Sang-woon
Cast : Han Hyo-joo, Park Hyung-sik, Jo Woo-jin
Production Company : Studio Dragon
Distributor : tvN, TVING, iQiyi, Viki, Viu
Genre : Supernatural / Thriller
Running Episodes :  12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 5 November 2021 – 11 December 2021
Trailer : 


Kemunculan pandemic Covid-19 dah cukup menyeksakan ditambah pula dengan Rita Virus yang berpunca dari pil Next. Pil suplemen Next diwujudkan dengan bertujuan untuk menyembuhkan manusia dari wabak Covid-19 namun gagal lantas menyebabkan manusia bertukar agresif dan menyebabkan manusia hauskan darah. 

Sama seperti wabak zombie, individu yang berubah menjadi zombie akan mencederakan manusia lain dan berupaya sembuhkan diri dengan cepat. Sekiranya individu yang berjangkiti gagal mengawal diri untuk bertukar kepada zombie, virus Next akan ambil alih otak dan badan dan mati dengan kadar yang cepat. 


Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo), polis dari skuad Special Operation Unit antara yang terawal berjangkit selepas dicakar oleh trainee. Namun dek kerana antibodi yang kuat, dia tak bertukar malah menjadi pelindung kepada penduduk kompleks apartment mewah, Seyang Forest Le Ciel juga. 

Dari awal episod membawa ke hujung episod menyampah dengan perangai penduduk blok 101 dan juga pelawat yang tanpa sengaja terperangkap lepas Leftenan Kolonel Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) arahkan untuk kuatkuasakan martial law di kawasan tersebut. 


Ikut perancangan asalnya, penduduk hanya perlu bertahan selama seminggu sahaja dan akan mendapat bekalan makanan juga minuman setiap hari. Tapi tu lah, kerajaan kan. Bab berjanji memang laju tapi perlaksanaannya kelaut dalam. Nasib baik lah Sae-bom dengan suami dia, Jung Ji-hyun (Park Hyung-sik) sama-sama anggota polis dan tinggi survival skill. 

Tak faham jugak kenapa pasangan suami isteri ni yakin sangat nak jaga semua penduduk blok tu sedangkan penduduk dekat situ bukannya baik sangat pun. Dari saat diorang berdua buat keputusan tu sampai lah ke hujung cerita mempadanmukakan Sae-bom dengan Ji-hyun setiap kali timbul masalah. Bukan sebab tak kesian tapi diorang berdua yang terpaling kuat judge tindakan-tindakan Leftenan Kolonel dekat kem rehabilitasi. 


Tapi nak marah sangat pun tak boleh jugak sebab nanti mana jadi cerita ye dak? Lagipun tu lah perbezaan utama dengan manusia jenis bertindak lebihkan rasional dengan manusia yang guna empati. Pandangan dua-dua tak ada salahnya dan dekat hujung cerita pun ketiga-tiga watak ni belajar perbezaan pendekatan ni. 

Berbeza tau feeling layan drama Happiness ni dengan feeling masa layan drama All Of Us Are Dead walhal kedua-duanya menggunakan tema yang sama dan berpunca dari virus yang diwujudkan atas alasan tersendiri. I tak pernah penat untuk kagum dan beri pujian kepada Studio Dragon untuk kehebatan karya yang diterbitkan di bawah production house mereka. Boleh jadi juga feeling berbeza sebab perspektif penulis lebih terarah pada perangai manusia dalam situasi genting. 


Rasanya Studio Dragon dah mula dapat perhatian dari streaming platform lain lepas beberapa kali rating tontonan drama mereka popular di Netflix. Memang selayaknya lah dapat peluang dan kejayaan macam tu sebab drama terbitan Studio Dragon selalu bawa sesuatu yang baru dan kebanyakannya menggunakan template edutainment. 


Sama macam naskhah yang lain, sinematografi Happiness dipaparkan dengan cantik menggunakan transition yang kemas. Lighting dan tona warna juga berubah mengikut kehendak situasi dalam babak tertentu. Make up yang digunakan untuk watak zombie nampak meyakinkan. Darah yang digunakan juga tampak asli. Music score banyak membantu menghidupkan elemen saspen sampai anxious setiap kali Sa-beom dengan Ji-hyun perlu buat sesuatu. 


Memandangkan watak-watak utama dalam drama Happiness adalah anggota polis, stunt yang dipaparkan pun menarik terutamanya dalam babak Ji-hyun nak halang Leftenan Kolonel bawa Sa-beom keluar tanpa izin dia. Masa tu memasing woaaaaa limited edition betul suami macam ni. Chemistry Han Hyo-joo dengan Park Hyung-sik antara taruhan drama Happiness. Kalau bukan sebab Sa-beom tak mungkin lah Ji-hyun nak stay dekat situ. 

Skrip dan olahan Happiness boleh kata bagus juga lah sebab pengarah Ahn Gil-ho adalah pengarah yang sama untuk drama Stranger (2017). Lee Kyu-hyung pun berlakon sebagai guest appearance dalam drama ni tapi screentime dia tak lama dan tak penting mana kalau nak dibandingkan dalam Stranger. 


Malangnya bagus macam mana pun drama Happiness dan macho atau romantik watak Ji-hyun tu tetap tak boleh ulang lagi sebab tekanan darah naik tinggi tengok perangai watak sampingan yang lain. I tak rasa ada kekuatan lagi untuk hadap konflik macam tu. Cukuplah sekali. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Movie Review | Rough Night (2017)

Director : Lucia Aniello

Writer : Lucia Aniello, Paul W. Downs

Cast : Scarlett Johansson, Kate McKinnon, Jillian Bell, Ilana Glazer, Zoë Kravitz, Paul W. Downs, Demi Moore

Production Company : Columbia Pictures, LStar Capital, Matt Tolmach Productions, Paulilu Productions

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Black Comedy

Running Time : 101 minutes

Release Date : 12 June 2017 (New York City), 16 June 2017 (United States)

Trailer :


Rough Night basically mengisahkan tentang a bachelorette party gone wrong. Jalan cerita yang tipikal dengan barisan pelakon ternama bila Scarlett Johanson pegang watak utama, Jess. Sebagai calon senator, Jess berusaha untuk jaga imej dan mengelak dari kawan universiti dia, Alice (Jillian Bell). Bachelorette party adalah alasan kukuh untuk Alice berjumpa dengan Jess jadi dia uruskan semua aktiviti di Miami supaya hujung minggu tersebut penuh dengan kenangan manis buat mereka berempat. 

Blair (Zoë Kravitz) dan Frankie (Ilana Glazer) satu geng dengan Jess dan Alice tapi selalu diendahkan seolah mereka tak wujud sebab Alice cuma tumpukan perhatian dia pada Jess. Creepy jugak lah bila tengok perangai Alice ni setiap masa nak menempel dengan Jess. Dah kena block dekat Facebook pun tak sedar lagi apa masalah dia. 

Tanpa pengetahuan Jess rupanya Alice jemput Pippa (Kate McKinnon) join bachelorette party tersebut. Jess mula dapat tahu Alice selalu berhubung dengan Pippa melalui Skype padahal Jess buat alasan tak suka Skype setiap kali Alice ajak video call. Frankie pula order stripper secara online untuk party tersebut tapi disebabkan masing-masing high akibat kokain, Alice tak sengaja bunuh stripper tersebut.

Walaupun setiap watak datang dengan latar belakang dan identiti yang berbeza tapi terserlah benar kebodohannya. Penulis cuba tutup kebodohan watak-watak yang diciptanya dengan pengaruh dadah tapi malagnya kebodohan tetap terserlah juga. Movie arahan Lucia Aniello sepatutnya sarat dengan elemen kelakar tapi semua babak mereka try hard kecuali watak Peter (Paul W. Downs) dan kawan-kawan dia. 

Menyampah tengok first half sebab masing-masing menggelejat lebih tambah pula Frankie si aktivis feminis yang suka cari pasal. Tak pasti kenapa penulis wujudkan watak Frankie. Mungkin sebagai satira untuk paparkan yang feminis adalah crackhead. Nasib baik second half ada banyak scene Peter yang betul-betul kelakar. Kalau tak, dah stop layan dah movie ni. Watak Pippa pun okay lah. Boleh nampak kenapa Jess lagi selesa berkawan rapat dengan Pippa walaupun ada part masuk air dia. 

Untuk menghidupkan jalan cerita yang kelakar haruslah kebanyakan babak nampak tak masuk akal. Macam babak Pippa buang mayat stripper dalam laut tapi tak jauh mana pun lepastu semua terkejut kenapa mayat tu datang balik. Sama juga dengan scene Pippa jumpa delivery boy tu. Tutup je lah pintu masa ambil pizza tu, bukannya dia nampak atau ambik port pun apa jadi dalam rumah asalkan bagi tips tinggi. Watak pakcik Blair pun tergantung sedangkan dia dah tahu mereka berlima terlibat dalam pembunuhan tanpa sengaja. 

Semua watak nampak canggung antara satu sama lain walaupun lakonan bagus. Tak ada chemistry langsung sesama mereka berempat. Mungkin pengarah sengaja sebab masing-masing dah lama tak berjumpa. Babak Jess, Alice, Blair dengan Frankie menari dekat atas stage tu nampak try hard dan hambar. Bila Jess confront Alice tu pun tak rasa nak emosi atau kesian sebab tak logik langsung Alice tak boleh move on dan cari kawan baru lepas diorang habis belajar. 

Rough Night boleh jadi menarik kalau penulis tambahkan konflik dan kembangkan watak mereka berlima dengan baik. Filem Rough Night bukan filem yang bertemakan bachelorette party gone wrong so banyak reference yang boleh penulis ambil sebagai rujukan dan kukuhkan penceritaan. Music score dengan visual quite okayish. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.4/10