Diary Planner Tahun 2022 Hadiah Dari Managing Partner

Sunday, 13 February 2022


Permulaan tahun 2022 ni kena tiup semangat sikit oleh managing partner sebab warga Ram Reza & Muhammad dapat diary planner yang cantik bermotifkan batik. Hadiah kecil ni ditaja sendiri oleh managing partner dengan harapan semua warga RRM akan bersemangat untuk bekerja lepas dua tahun terjejas akibat pandemik. 


This is mine!!! Obviously ambil warna purple because it's my fav colour.

 

Buka je diary planner tu terus nampak sticker RRM dan kata-kata dari managing partner. 


Dekat bahagian depan diary ni ada fun details walaupun I tak lah layan sangat benda ni. 


Bahagian diary planner more like this. I tak berapa suka diary sebab kena ikut tarikh haha. Lagi suka planner sebab dia ada ruang untuk 12 bulan lepastu ruang conteng dekat belakang. Bestnya diary planner ni ada side bar untuk cari tarikh atau bulan yang lebih spesifik. 


Selain motif batik, ada juga corak macam ni. Walaupun I suka dengan corak astronomi dan aurora tapi gabungan warna tak menarik hati sangat. Cantik lagi motif batik tu sebab jelas betul warna ungu dia. Ada yang suka boleh lah pilih yang ni. 

So far belum terisi lagi diary planner tu sebab belum all out guna lagi tapi rasa macam nak tulis to-do-list dalam tu setiap hari supaya tak mudah lupa task yang kena siapkan. Sekarang ni ada banyak nak kena buat kadang sampai terlupa nak siapkan. Bila ditanya baru lah teringat. Itupun kalau ingat. Masuk 30 memang macam ni eh? 

Shopee | Pen Holder Wooden Storage Box Organizer Multifunctional Stationery Shelf

Saturday, 12 February 2022

Bila tengok Ain ada stationery shelf, mula lah rasa nak beli jugak sebab stationery I dah makin banyak sampai dah tak cukup dah kalau nak tambah pen ataupun barang lain. 


Belek dekat Shopee cari wooden shelf warna hitam terus jumpa dengan harga RM13.90 exclude delivery. Cari yang area Selangor je sebab taknak lama sangat perjalanannya tapi tak jumpa warna hitam. Belek punya belek dapat lah yang berkenan di hati nun di Penang sana. Lama jugak lah nak sampai ke tangan sebab cuti raya cina. 


Parcel sampai je terus pasang sebab tak ambil masa yang lama pun memandangkan seller dah bagi manual bergambar dekat dalam tu. Walaupun macam susah nak tahu which is which sebab tak ada label dekat kayu tu, boleh agak lah yang mana yang manual tu maksudkan sebab setiap cutting tu berbeza. 


Konflik masa nak pasang shelf ni akan muncul bila nak cantumkan dan masukkan kayu dalam lubang yang dah ditebuk. Ada yang kena hentak kuat sikit sebab lubang hujung kayu tu besar tapi tak boleh kasar sangat sebab kayu dia tak lah tebal mana pun. Kalau patah macam mana? Rugi lah beli satu set kan?


Lepas dah berjaya cantumkan tu kena pasang getah yang seller bagi supaya kayu tak tertanggal. Nak pasang getah pun satu kegigihan juga. Entah berapa kali getah tu terpelanting sana sini. Boleh kata dalam masa setengah jam dah siap lah pasang rak alat tulis kayu ni. Saiz rak kayu ni 20cm so just nice je lah dekat bahagian CPU tu sebab bahagian atas ada magnet case berisi sticky notes. Nak tambah lagi magnet case tu, nak isi paper clips pulak hehe. 

Bila dah pasang tu ada banyak kosong pulak dekat ruang atas tu. Haaa mula lah gatal tangan nak tambah koleksi pen. Sekarang ni I suka beli pen dekat Star Avenue sebab dia ada jual pen yang dibuat dari negara India. Selesa betul bila menulis pakai pen tu sebab smooth je mata pen dia. Faber Castel who? 

Bila dah siap pasang nampak rak kayu ni macam kosong pulak. Mungkin boleh tempek sticker comel kot dekat sini kan? Dekat Shopee memang bersepah sticker comel singgit dua tu. Hiksss!

Sambal Uwok Ijo Ikan Bilis, Animen Food


Dalam entry Restoran Gamelan ada sembang pasal produk dekat shelf bahagian tepi kaunter tu kan, kali ni nak sembang pasal Sambal Uwok Ijo Ikan Bilis ni pulak. First time tahu pasal kewujudan sambal uwok ijo ni. Saja beli sebab malas nak buat sendiri satu hal, nak support bisnes peniaga tempatan pun satu hal jugak. 

Bila Google, kenapa nama dia sambal uwok rupanya uwok tu adalah cara memasak. Uwok maknanya kukus. Dah la pertama kali dapat tahu pasal sambal uwok ni, pertama kali juga dapat merasa sambal yang dikukus sebab kebanyakan sambal selalunya digoreng. 


Resipi Sambal Uwok Ijo ni datang dari Indonesia dan menu makanan orang Padang. Mungkin sebab tu lah kot tak pernah tahu tentang kewujudan dia. Belum dikomersialkan lagi ataupun sebab harga dia agak mahal dari sambal yang lain. 

For me RM20 tu kira berpatutan lah sebab proses pembuatan dia pun agak renyah. Nak kena rebus lepastu nak giling sampai bawang dengan cili hancur lagi. Kalau I nak buat sendiri memang berjanggut lah cerita dia. Risiko tangan pijar masa menggiling tu pun nak dipertimbangkan jugak. Dah lah tangan senang je nak pijar. Baik beli je lah senang. I tak tahu berapa gram dalam satu pek ni sebab packaging dia kosong je macam dalam gambar tu. 


Nampak macam sikit je kan dalam mangkuk ni? Memang sikit pun sebab sambal uwok ijo ni pedas. Calit sikit pun dah terasa di lidah. Sampai sekarang pun tak habis lagi sambal uwok ni walaupun makan berdua. Nak bawak ke office macam kurang sesuai pulak sebab ada petai. 

Petai dalam sambal ni tak lah banyak sangat tapi tak terasa pun petai tu sebab isi dia dah lembut macam jeli. Mungkin sebab proses pembuatan dia yang perlu dikukus? A bit disappointed lah dekat situ sebab kalau petai tu keras sikit mungkin boleh bertambah lagi sepinggan nasi sehingga hancur azam untuk diet. 

Lepas ni kalau craving boleh pergi ke Gamelan beli dekat sana ataupun order je dekat IG account Animen_Food. Selain sambal uwok ijo ikan bilis, ada juga rencah ikan masin. Produk lain pun ada jugak macam sambal acar ikan masin, sambal sotong kering. Kalau nak merasa boleh lah try order :)

Lunch di Restoran Gamelan, Dataran PHB

Dulu Restoran Gamelan ni buka dekat Oasis tapi lepas3 kali PKP dekat Selangor, owner pindah ke Dataran PHB sebab sewa lagi murah, ruang yang luas dan ramai orang boleh datang makan dekat sini. Dekat Oasis dulu ruang dia agak terhad jugak lah sebab ada 1 lot je itupun dekat tengah. Peak hour memang tapau je lah sebab tak muat nak makan dekat situ. 

Dataran PHB ni agak tersorok di kawasan hotel Saujana. Kalau Restoran Gamelan tak pindah sini sampai bila-bila lah agaknya tak jejak kaki ke kawasan ni sebab dok ingat elite residential area. Buat apa nak masuk kan kalau tak ada tujuan? 

Jumaat tu kitorang decide nak lunch dekat sini sebab nak makan nasi campur. Bosan lah asyik order Nasi Goreng Ali Muthu je. Dekat Gamelan ni ada kaunter nasi campur, kaunter makanan special macam laksa, laksam, nasi kerabu dengan nasi dagang. Dekat luar ada black board bagitahu makanan istimewa untuk hari tu - Nasi Goreng Thai dengan Kueyteow Kungfu. Tak pernah try lagi menu ala carte dekat restoran ni. 

Memandangkan kitorang lunch pukul 1, banyak lauk dah nak habis dah dekat kaunter tu. Ambik je lah apa yang ada. Lauk dah nak habis pun masih lagi konflik nak ambil lauk apa sebab kaunter dia lagi panjang dari Oasis haha

Dalam konflik tu pun penuh jugak pinggan ambil pelbagai lauk. Tempe goreng is a must, terung berlado favorite menu, pucuk paku masak lemak sebab tamak dan ikan patin masak lemak tempoyak sebab menu tu je yang masih banyak. Air haruslah order teh ais sebab teh ais dekat restoran Gamelan ni kaw. Harga lunch haritu around RM15 lebih. 

Lama jugak kitorang makan sambil menyembang pasal office dekat sini. Nak pulak dapat makan menu sedap sebab tukang masak dekat restoran ni memang pandai masak. Syok menyembang sampai tak sedar waktu makan tengahari dah habis tapi sebab hari Jumaat kitorang watlek je lah sebab boss kecik balik pukul 2.30. 


Masa beratur tunggu turn nak bayar dekat kaunter tu ternampak ada aneka produk di sebelah kiri. Ternampak sabal ijo petai terus sambar sekali sebab craving pulak nak makan sambal petai tapi malas nak masak. 


Mudahnya dekat sini boleh bayar guna MAE. I sekarang kalau nak pergi makan memang pilih restoran yang ada MAE je sebab senang nak bayar tak payah risau pasal cash tak cukup dah. 


Masa kitorang dekat kaunter tu menyembang pulak dengan owner restoran pasal ramai restoran dah tutup dekat Oasis tu sebab sewa mahal. Owner kata sebulan RM10k kena bayar tapi sale tak setinggi tu pun. Pernah dengar dalam radio ada owner restoran terpaksa keluar dari Oasis sebab tak mampu bayar sewa. Life is tough right now. 

Fun fact, Restoran Gamelan ni pernah dapat Anugerah Premis Bersih pada tahun 2018. Owner kata susah nak menang masa tu sebab banyak restoran yang tersenarai tapi diorang menang jugak. Memang diorang deserves pun sebab dari dulu memang Restoran Gamelan ni jaga kebersihan diorang. Kalau masuk tu selesa je lah nak makan tapi tu lah, dekat Oasis dulu sempit lepastu sesak. Dekat Dataran PHB ni lebih selesa lah. Interior dengan dekorasi pun cantik sebab berkonsepkan budaya pantai timur. 

DRAMA ADAPTASI POPULAR HOLLYWOOD, ‘GOSSIP GIRL’ VERSI INDONESIA KINI DI ASTRO

Friday, 11 February 2022


XOXO | Drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia dengan menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’ bakal temui penonton Malaysia buat pertama  kali  menerusi  platform  Astro. Drama  bersiri  9  episod  tersebut  telah  pun  memulakan tayangannya  pada  7 Februari lalu dan  boleh ditonton di  On Demand  serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. 

Versi asal Gossip Girl telah mendominasi 17 kemenangan sepanjang 4 tahun berturut-turut di Teen Choice  Awards.  Siri  tersebut  bukan  sahaja  berjaya  mencipta  fenomena  dan  menjadi  ikutan  trend dalam kalangan peminatnya, malah ia turut diadaptasi ke versi negara berbeza seperti di Turki (‘Kucuk Sirlar atau Little Secrets’, 2012), Tiongkok (‘China Girl’, 2012), Meksiko (‘Gossip Girl: Acapulco’, 2013), dan Thailand (‘Gossip Girl: Thailand’, 2015). 


Menariknya, versi Indonesia ini turut diselitkan dengan nilai dan budaya Nusantara, di samping dipadatkan lagi dengan elemen-elemen yang relevan untuk tontonan  masa  kini  seperti  gaya  fesyen  serta  teknologi,  yang  mana  versi  Hollywood  memaparkan penggunaan blog tetapi versi ini menggantikannya dengan platform Instagram.   

Gossip Girl Indonesia melibat gabungan bakat-bakat kreatif yang sering memberi sentuhan luar biasa pada karya-karya hebat. Menariknya, setiap 3 episod Gossip Girl Indonesia diarahkan oleh sutradara dan penulis berbeza. 


Antaranya pengarah filem ‘Berbagi Suami’ dan ‘Arisan!’, iaitu Nia Dinata yang bertindak sebagai showrunner, sutradara (episod 1, 2 dan 3) serta terlibat dalam penulisan skrip untuk semua episod. Lucky Kuswandi juga merupakan penulis skrip untuk episod 1, 2 dan 3.  Bagi episod 4, 5 dan 6 adalah di bawah arahan Pritagita Arianegara dan skrip oleh Melissa Karim dan Nia Dinata.  

Manakala episod 7, 8 dan 9 oleh pengarah Andri Cung dan skrip oleh Andri Cung sendiri bersama Nia Dinata.    Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi  peranan  ‘voice  over’  dalam  Gossip  Girl  Indonesia.  


Sementara  itu,  watak-watak  utama dibintangi  oleh  pelakon  muda  berbakat  besar,  seperti  Amanda  Rawles  (yang  sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim. 

Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi  peranan  ‘voice  over’  dalam  Gossip  Girl  Indonesia.  Sementara  itu,  watak-watak  utama dibintangi  oleh  pelakon  muda  berbakat  besar,  seperti  Amanda  Rawles  (yang  sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.  

Berbeza dengan siri asal yang menormalkan isu percubaan gangguan seksual menerusi watak Chuck Bass  terhadap  watak  Serena  dan  Jenny. Versi  Indonesia pula  memberi  fokus  lebih  mendalam tentang  isu kesihatan mental serta  kesan  kepada  mangsa  gangguan seksual. Selain itu,  babak  Sambutan  Hari Kesyukuran  atau  'Thanksgiving'  di  versi  asal,  telah  digantikan  dengan  acara  berbuka  puasa.  Secara keseluruhan jalan cerita dan emosi cukup relevan dengan kehidupan sehari-hari.  

“Drama  siri  terkenal  Amerika Syarikat, Gossip Girl masih relevan dan menjadi salah satu siri yang diminati  sehingga  kini.  Pihak  kami  berasa  teruja  berpeluang membawakan  versi  adaptasinya  untuk  dipersembahkan  kepada penonton Malaysia buat pertama kali di platform Astro. Meskipun ia adalah adaptasi, namun beberapa elemen telah diubah bagi menyesuaikan dengan era terkini serta menyerapkan identiti lokal seperti nama dan isu sosial. Kami percaya, kehadiran drama siri Gossip Girl Indonesia di Astro mampu memberi keterujaan kepada peminat siri asal, di samping mampu menarik penonton baru terutamanya dari Gen Z. Ini  adalah  kali  pertama  kami  membawakan  karya  dari  platform  strim  di  Indonesia,  GoPlay.  Kami harap  ini  adalah  permulaan  yang  baik  buat  Astro  untuk  membawakan  karya-karya  Malaysia  pula menembusi platform strim di Indonesia kelak”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja  Jastina  Raja  Arshad  

“Kami rasa amat berbesar hati apabila  Top  Drama  Series  2020  di  platform  kami  temui  penonton global.  Kemunculan  GoPlay  Original  Series,  Gossip  Girl  Indonesia  di negara-negara  Asia  Tenggara  juga  membuktikan  filem  industri Indonesia  dan  tenaga  kreatif  kandungan  mampu  berada  setanding dengan  konten  berkualiti  antarabangsa.  Kami  percaya  dengan sokongan pemasaran oleh pihak Astro, Gossip Girl Indonesia dapat dipersembahkan kepada penonton sasaran dan sekali gus menarik peminat baru. Dalam pada itu, sejajar dengan misi Gojek dan GoPlay dalam mendominasi industri kreatif Indonesia di peringkat global, kerjasama ini turut membolehkan industri  seni  serantau  terus  berada  di  landasan  yang  tepat  dalam  memacu  cita-cita  ke  arah memberikan pengalaman berbeza kepada penonton serta memperluaskan lagi hasil karya seni dari negara Asia ke tahap lebih tinggi”. - Edy Sulistyo, CEO GoPlay 

Gossip  Girl  Indonesia  membawakan  cerita  tentang  remaja  dari  keluarga  golongan  sosialit,  Serena Darsono  yang  bersahabat  baik  dengan  Denny  Hakim,  Jenny  Hakim,  Blair  Hadiningrat,  Vanessa, Nathaniel  Siregar,  dan  Chicco  Salim.  Serena  merupakan  gadis  popular  di  sekolahnya  dan  telah menghilangkan  diri  tanpa  khabar  berita.  Sejak  itu,  sahabat  baik  Serena  iaitu  Blair  telah  mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus  persengketaan.  Dalam  pada  itu,  gerak-geri  mereka  telah  diawasi  oleh  akaun  Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.  

Strim drama siri Gossip Girl Indonesia di On Demand atau Astro GO. Penonton juga boleh menonton di Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip  menarik  tentang  drama  ini  menerusi  akaun  Instagram,  Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.