Movie Review | Love and Leashes (2022)

Friday, 18 February 2022

Director : Park Hyun-Jin

Writer : Gyeowool (webcomic)

Cast : Seohyun SNSD, Lee Jun-young, Kim Han-na, Lee Suk-hyeong, Kim Bo-ra

Production Company : Seed Film

Distributor : Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 117 minutes

Release Date : 11 February 2022

Trailer:


Diadaptasikan dari webtoon Moral Sense (The Sensual M) hasil karya Gyeoul (Winter) di mana naskhah ini mengisahkan tentang Jung Ji-Hoo (Lee Jun-Young), yang bekerja di syarikat animasi kanak-kanak. Di jabatan PR dia berjumpa dengan Jung Ji-Woo (Seohyun) yang cantik dan dilabel sebagai bossy. 

Tak ramai yang suka bekerja dengan Ji-woo tapi bagi Ji-hoo, karakter tersebut dah ketuk pintu hati dia. Ji-hoo agak popular di syarikat tersebut kerana rupa parasnya yang kacak dan sentiasa ringan tulang membantu staff lain. Namun dia tak seperti lelaki biasa bila dia fetish kepada BDSM di mana dia adalah male-sub. 

Ji-woo yang tak pernah tahu sisi fetish ni mula belajar sedikit demi sedikit tentang BDSM dan menjadi master kepada Ji-hoo. Dia sediakan kontrak selama 3 bulan untuk mereka berdua berlakon sebagai master dan sub. Sementara Jiwoo semakin jatuh hati dan nak hubungan mereka ke peringkat seterusnya, Jihoo pula terikat dengan trauma ditinggalkan Hana (Kim Bo-ra). 

Naskhah Love and Leashes arahan Park Hyun-Jin menggunakan genre romantic comedy dengan penceritaan yang ringan dan bertujuan untuk pecahkan stigma yang berkait dengan fetish ni. Jalan cerita mengenai BDSM ni tersangatlah jarang dipaparkan kerana bersifat taboo untuk masyarakat Asia. It’s a good thing bila Netflix encourage pembikin filem Korea Selatan buka mata tentang topik ni yang lebih bersifat kepada self-exploration dan penerimaan masyarakat. 

Personally for me, my knowledge on this matter memang sebijik sama macam Hana yang menganggap Jihoo ni ada childhood trauma ataupun masalah psikologi. Sebab bagi I cinta tu menenangkan, bukan menyakitkan macam golongan yang suka BDSM. Jangankan kecenderungan, nama BDSM tu sendiri dah kedengaran menggerunkan sebab BDSM stands for bondage, discipline (or domination), sadism (or submission). Sadism is a big nooooo! 

Bila I tengok movie Love and Leashes ni of course lah persoalan utama yang akan keluar ialah KENAPA? Macam mana Jiwoo persoalkan kenapa Jihoo suka diri dia luka sana sini, macam tu lah jugak I yang tengok ni. Movie ni mungkin tak boleh diterima oleh semua dan golongan tu dizahirkan melalui watak Hana. Tapi toksiknya watak dia bila dia tak nak Jihoo hidup bahagia dengan orang lain. Dah macam konsep 'aku tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat'.

Love and Leashes mungkin berjaya pecahkan stigma dan leraikan kekeliruan mengenai ‘Fake-Dom’ di mana perogol menyamar sebagai dominant sampai orang luar pandang serong terhadap fetish ni. Second half pun dipaparkan dengan baik bila leading pair tegaskan tentang karakter mereka yang fetish kepada BDSM bukan sesuatu yang salah atau melanggar mana-mana etika selagimana pasangan tersebut rela dan setuju untuk semua jenis play. 

Tapi macam yang I cakap sebelum ni Love and Leashes belum mampu jawab persoalan kenapa. Kalau ikutkan pada artikel Hello Doktor mengenai BDSM, festish ni lebih terarah pada gangguan mental. Dalam movie ni mungkin play tu fetish yang ringan dan luka yang sedikit jadi tampak tak berbahaya tapi macam mana kalau jadi ketagih dan nak yang lebih lagi dari tu? Mungkin lebih menarik kalau penulis terangkan melalui monolog Jihoo mengenai BDSM. Turns out ada kajian menunjukkan fetish ni kurangkan stress level dan menaikkan mood each other. 

Anyway sebagai naskhah yang berunsurkan entertainment, Love and Leashes dipaparkan dengan menarik bila chemistry Seohyun SNSD dan Lee Jun-young nampak serasi dan comel bersama. Sesuai lah Seohyun ambil watak Jiwoo yang dominant sebab dia ada bitchy face dan suara dalam. Team production play safe jugak lah sebab watak dominan dipegang oleh heroin jadi tak ada isu berkaitan feminism. 

Jun-young pula most of the time sentiasa nampak comel dan kebudak-budakan especially bila dia amazed dengan tingkah laku Jiwoo. Kekuatan movie ni lebih berpihak kepada watak Jihoo sebenarnya bila ada lengkungan karakter dan pelbagai emosi yang perlu dia deliver dengan baik. Watak dia confront Hana antara salah satunya. Untuk watak Jihoo dia banyak tengok video anjing golden retriever sebab dalam play dia kena jadi anjing yang dengar cakap tuan. Berbaloi lah effort dia sebab lakonan dia menjadi. 

Sinematografi dan music album dipaparkan dengan baik, menghidupkan suasana romantik untuk pasangan Jihoo dan Jiwoo. Props nampak tak realistik sangat sebab store dia kosong sedangkan store macam ni selalunya bersepah dengan alat permainan yang berkaitan. Mungkin nak minimalkan supaya movie ni boleh lulus untuk tontonan umum. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Astro Shaw & Visinema Pictures Jalin Kolaborasi Mega Dalam Menerbitkan Filem Blockbuster & Memperluas Filem Serantau | “Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah & Mencuri Raden Saleh Temui Penonton Malaysia Tidak Lama Lagi” 

Penerbit  dan  peneraju  filem  Malaysia,  Astro  Shaw  hari  ini mengumumkan  kerjasama  strategik  bersama  penerbit  terkemuka  dari  Indonesia  yang memenangi pelbagai anugerah berprestij, Visinema Pictures dalam membawakan dan menjadi penerbit bersama untuk empat filem hebat di Indonesia, Ben & Jody, Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh. Ini sekali gus mengukuhkan lagi peranan Astro Shaw selaku penerbit, pengedar dan pemasar filem terbaik Malaysia dalam mendominasi pasaran Asia. 

Tahun 2020,  Astro  Shaw  telah  bekerjasama  dengan  penerbit  Visinema  Pictures  dalam  memasarkan filem genre drama kekeluargaan no 1 paling laris di Indonesia, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’, untuk tontonan di Malaysia melalui platform Pawagam Rumah Anda, Astro First. Sambutan positif daripada penonton Malaysia serta menerima liputan meluas dari media tempatan, telah membuktikan  filem  dari  negara  jiran  juga  turut  menjadi  pilihan  penonton  tempatan  dalam menikmati hiburan filem. 


Lanjutan daripada kerjasama baik Astro Shaw dan Visinema Pictures, ia  telah  membawa  kedua-dua  penerbit  terkemuka  serantau  itu  ke  tahap  seterusnya  untuk meneroka lebih banyak peluang kolaborasi yang mampan. 

Selain mencipta kejayaan besar menerusi filem ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ sebagai Top 2 Filem  Tempatan  Paling  Laris  di  Indonesia  tahun  2020,  deretan  filem  lain  terbitan  Visinema Pictures  juga  turut  melakar  fenomema  tersendiri  seperti  ‘Cahaya  dari  Timur:  Beta  Maluku’ (2014), ‘Filosofi Kopi’ (2015), ‘Surat Dari Praha’ (2016), ‘Filosofi Kopi 2: Ben & Jody’ (2017), ‘Love For Sale’ (2018), Keluarga Cemara (2019), adaptasi daripada webtoon popular Indonesia, ‘Terlalu Tampan’  (2019)  dan  banyak  lagi.  


Visinema  Pictures  amat  dikenali  sebagai  penerbit  yang mengangkat bakat-bakat kreatif muda dan idea-idea progresif dalam menghasilkan filem-filem yang memberi nafas segar dan sekali gus mencetus impak kepada perubahan besar buat filem Indonesia.  Malah,  kredibiliti  Visinema  juga  diyakini  dengan  di  bawah  teraju  Pegawai  Eksekutif Visinema,  Angga  Dwimas  Sasongko  yang  juga  dikenali  sebagai  pengarah  berbakat  besar Indonesia  dan  menjadi  penerbit  paling  muda  yang  memenangi  Anugerah  Citra  untuk  Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia ketika usianya 29 tahun. 

Di bawah kepimpinan Angga Dwimas Sasongko,  Visinema  Pictures  telah  memenangi  pelbagai  anugerah  berprestij  di  festival  filem Indonesia serta turut merentasi peringkat antarabangsa apabila tercalon di Academy Awards bagi kategori  Best  Foreign  Language  Film melalui  filem  Surat  Dari  Praha.  Selain  itu  filem-filem terbitannya juga banyak terpilih di festival berprestij di negara-negara Asia seperti Jepun, China, India, Korea dan lain-lain lagi.  

Menerusi gabungan mega ini, Astro Shaw  berhasrat ia mampu meningkatkan lagi kualiti hiburan filem  buat  penonton  Malaysia.  Astro  Shaw  terkenal  dengan  pendekatan  inovatif  dalam mengetengahkan cerita segar yang menyentuh hati penonton, serta berjaya mencipta fenomena tersendiri dengan mengungguli carta filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem-filem terbaiknya iaitu Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Paskal, Abang Long Fadil  2,  Pusaka,  Sangkar  dan  banyak  lagi.  Melalui  salah  satu  filem  terbaru  terbitannya,    The Garden  of  Evening  Mists,  Astro  Shaw  telah  menjadi  tumpuan  di  pentas  antarabangsa  dengan memenangi pelbagai anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa. 


Mengulas  tentang  kolaborasi  tersebut,  Naib  Presiden,  Perniagaan Melayu  Nusantara  &  Ketua  Astro  Shaw,  Raja  Jastina  Raja  Arshad berkata  Astro  Shaw  rasa  berbesar  hati  apabila  dilihat  sebagai  penerbit filem utama di Malaysia yang mampu meyakinkan pengkarya dari negara luar  untuk  jalin  hubungan  kerjasama  dan  meneroka  potensi  yang  lebih besar.  

“Kami  berbangga  dapat  menjalin  kerjasama  strategik  sekali  lagi  bersama  Visinema Pictures  dalam  memperkukuhkan  jenama  kedua-dua  penerbit  di  peringkat  global.  Dengan berkongsi objektif yang sama, kerjasama ini melambangkan kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk memperkasa hasil filem Asia. Kolaborasi ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro  Shaw  dalam  mempamerkan  kredibiliti  dalam  menyediakan  platform  terbaik  untuk mengedar  dan  memasarkan  filem  dari  negara  luar,  di  samping  konsisten  dengan  komitmen berterusan  dalam  mempersembahkan  filem-filem  berkualiti  kepada  penonton  Malaysia.  Kami berharap  dapat  terus  berinovasi  bersama  Visinema  Pictures  dan  mengalu-alukan  kerjasama dengan  pelbagai  pihak  di  masa  akan  datang.  Sebagai  permulaan,  tahun  ini  kami  bakal membawakan filem Ben & Jody ke Malaysia yang dijangkakan pada bulan Mac hadapan.” 

Ketua Pegawai Eksekutif Visinema Pictures, Angga Dwimas Sasongko memberitahu bahawa, “Mewakili pihak Visinema, saya berasa sangat berbesar  hati  dapat  bekerjasama  dengan  Astro  Shaw,  salah  satu penerbit terbesar dan terbaik di Malaysia. Kerjasama ini dilihat sebagai salah  satu  usaha  kami  untuk  memperkenalkan  filem-filem  yang dihasilkan  oleh  Visinema  serta  Indonesia  kepada  penonton antarabangsa. Saya berharap kolaborasi strategik Visinema dan Astro Shaw ini mampu memberi impak serta sekali gus meluaskan industri filem serantau ke tahap lebih tinggi.”  

BEN  &  JODY  adalah  filem  sekuel  ketiga  daripada  francais  ‘Filosofi  Kopi’.  Filem  ini  telah  pun ditayangkan  di  bioskop  seluruh  Indonesia  sejak  27  Januari  lalu  dan  mendapat  reaksi  positif daripada penonton. Kali ini filem tersebut tampil dengan genre berbeza iaitu aksi, thriller, komedi dan  masih  mengekalkan  teraju  utama  Chicco  Jerikho  dan  Rio  Dewanto  di  samping  barisan pelakon  terkenal  di  peringkat  antarabangsa  Yayan  Ruhian,  Luna  Maya,  Rio  Dewanto,  Chicco Jerikho dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang dua sahabat baik terperangkap dalam tahanan pembalakan haram. Mereka cuba melepaskan diri dan dalam pada masa yang sama ketulusan persahabatan mereka diuji.  


Filem  JAGAT  ARWAH  adalah  sebuah  filem  seram,  pengembaraan  fantasi  yang  mengangkat elemen  hubungan  ayah,  anak,  persahabatan  serta  aksi.  Raga  ingin  berhijrah  bagi  mengejar impian  untuk  menjadi  pemuzik  bersama  rakan-rakannya.  Tetapi  ayahnya,  Sukmo  meninggal dunia dalam keadaan tragis. Kemudian Raga mendapat tahu keluarganya adalah berketurunan lagenda  dan  penjaga  kepada  Batu  Jagat,  batu  yang  mempunyai  kuasa  dan  akan  mengudang bahaya  jika  jatuh  ke  tangan  pihak  yang  salah.  Membariskan  bintang  muda  Ari  Irham,  pelakon popular Cinta Laura,  Oka Antara, Sheila Dara, Kiki Narendra dan Ganindra Bimo.  

Manakala,  filem  KELUARGA  CEMARA  2  adalah  skuel  kepada  Keluarga  Cemara.  Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti pelakon popular Nirina Zubir, Ringgo Agus Rahman, Adhisty Zara, Widuri Puteri, Asri Welas dan Abdurrahman Arif. Kali ini kisahnya memaparkan keluarga  Cemara  melalui  liku-liku  cabaran  kehidupan  selepas  wabak  pandemik.  Cemara  tidak mendapat perhatian daripada keluarga dan memulakan penggembaraan bersama ‘ayam neon’ dan cuba meyakinkan semua orang bahawa dia boleh berkomunikasi dengan ayam.   

Seterusnya  filem  MENCURI  RADEN  SALEH  yang  mengisahkan  6  pelajar  kolej  yang  mempunyai kepakaran berbeza, merancang untuk mencuri lukisan Raden Saleh atas arahan bekas presiden Indonesia, Permadi dengan ganjaran yang lumayan. Namun Permadi telah mengkhianati mereka dan mengakibatkan mereka diburu. Mereka merancang untuk mencuri semula lukisan tersebut daripada orang yang sangat berpengaruh di Indonesia. Filem genre heist action ini membariskan pelakon box office Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Rachel Amanda, Aghniny Haque, Umay Shahab dan Ari Irham.   

Istimewa  buat  penonton  Malaysia,  nantikan  filem-filem  Ben  &  Jody,  Keluarga  Cemara  2,  Jagat Arwah dan Mencuri Raden Saleh yang akan menemui anda tidak lama lagi.  Dapatkan info dan klip-klip  menarik  tentang  perkembangan  filem-filem  daripada  kolaborasi  ini  menerusi  akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.  

**************************

Mengenai Astro Shaw  

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro  Shaw  juga  giat  dalam  memasar  serta  mengedar  filem-filem  tempatan  dan  serantau  sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1996,  kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah  menerusi  filem  Polis  Evo,  Hantu  Kak  Limah,  Abang  Long  Fadil  2,  Paskal,  Dukun,The  Garden  of Evening Mists.  

Ikuti Astro Shaw di media sosial dan laman sesawang seperti berikut:  
Twitter: @AstroShaw 
Instagram: @astroshaw 
Facebook: Astro Shaw Sdn Bhd 
YouTube:  Astro Shaw  

Mengenai Visinema Pictures  

Visinema  Pictures  merupakan  penerbit  dan  produksi  Indonesia  dan  memegang  IP  (Harta  Intelek)  yang ditubuhkan  oleh  pengkarya  dan  bakat-bakat  kreatif  muda  yang  mengetengahkan  idea  yang  mampu memberi impak positif. Misi dan strategi Visinema Pictures tertumpu kepada menggabungkan idealisme, cabaran, kebebasan dan impian.   

Ikuti Visinema Pictures di media sosial dan laman sesawang seperti berikut: 
Twitter: @ visinemaid  
Instagram: @visinemaid  
LinkedIn: Visinema Pictures  
YouTube: Visinema Pictures  
Website: https://visinema.co/  


Guna Dialek Kelatan, Filem Seram Komedi ‘Hantu Mok Joh’ Gabungan Unsur Moden Dan Tradisional Dengan Gaya Kreatif | "Amerul Affendi Cabar Diri Bawa Watak Menari Mak Yong” 

Filem  mahupun  drama  yang  mengetengahkan  dialek  Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia, seperti filem No.1 terlaris Di Astro First, ‘Mael Totey The Movie’, telefilem yang pernah tular tahun 2018, ‘Pok Ya Cong Codei’, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, ‘Bunohan’ dan banyak lagi. Terbaru, sebuah lagi filem dengan dialek Kelantan yang mengetengahkan genre seram komedi, HANTU MOK JOH bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. 


Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.  Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh)  dan Aloy Paradoks (Heri)  sebagai  teraju  utama.  Menariknya,  Amerul  Affendi  sekali  lagi  mempertaruhkan  bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton.


Selain  itu,  filem  ini  turut  dibintangi  oleh  pelakon-pelakon  kelahiran  negeri  Cik  Siti  Wan  Kembang tersebut,  seperti  Aprena  Manrose,  Kamarool  Hj.  Yusoff,  Amir  Raja  Lawak,  Hushairi  Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.  

Tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton. Antaranya, menerusi watak-watak  masyarakat  komuniti  yang  mudah  percaya  pada  sesuatu  berita  tanpa  memeriksa kesahihan sumber; warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda; sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya; suka melepak serta membuang masa; dan banyak lagi. 


“Hantu Mok Joh merupakan  filem  pertama  terbitan  Kentang  Hijau  Universal  Production  dan idea  asal  oleh  pengarah  filem  ini  sendiri,  Asri  Baq’U.  Pihak  kami  cuba menampilkan  kelainan  dengan  menggabungkan  elemen  seni  moden  dan tradisional.  Tambah  menarik,  dialog  filem  ini  mengangkat  budaya  Kelantan dan  memaparkan  kisah  kehidupan  masyarakat  setempat  yang  amat  dekat dengan  kita.  Menerusi  filem  ini  juga,  kami  cuba  membariskan  gabungan  pelakon  berbakat  dan ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial bagi menjayakannya. Manakala skrip yang ditulis oleh Engku Seri  Kelantan  dan  Aloy  Paradoks  bukanlah  dialog  semata-mata,  tetapi  turut  menyelit  mesej-mesej tersirat dengan unsur pengajaran. Dengan kehadiran Hantu Mok Joh ini, kami mengharapkan filem ini bukan sahaja dapat menarik penonton di pantai timur sahaja, tetapi seluruh penonton Malaysia, dan terutamanya pencinta seni.” - Penerbit Eksekutif Filem Hantu Mok Joh, Udin Sham berkata, 


pula  menyatakan,  “Sebagai  sebuah  platform  yang mempersembahkan filem-filem tempatan kepada penonton Malaysia, kami bukan sahaja bertanggungjawab mengetengahkan karya yang mempunyai nilai hiburan dan jalan cerita yang baik, malah turut mengutamakan nilai budaya  dan  estetika.  Kelainan  Hantu  Mok  Joh  berbanding  filem  seram komedi  yang  lain  adalah  ia  diwarnai  dengan  unsur  seni  tradisional  seperti  Mak  Yong,  dikir  barat, patung  wayang  kulit,  dan  ini  sekali  gus  membuktikan  seni  warisan  boleh  dimartabatkan  menerusi filem  moden  dengan  gaya  kreatif.  Kami  harap  kehadiran  naskhah  ini  mampu  memperkasakan  lagi filem-filem yang menonjolkan  budaya lokal, di samping dapat menghiburkan penonton.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad  


Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu  makhluk  yang  dikatakan  sebagai  hantu  Mok  Joh.  Kedai  Kopi  Pok  Heng  yang  selama  ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.  


Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari)  secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.