Movie Review | Proksi (2021)

Monday, 29 November 2021

Pengarah :  Mohd Shaufe A. Wahib

Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah, Azril Hamzah

Pelakon :  Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Remy Ishak, Susan Lankester, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha

Syarikat Produksi : FEG Equipment

Pengedar : Astro First, Astro Go, Astro On Demand

Genre :  Siber / Thriller

Durasi Tayangan : 83 minit

Tarikh Tayangan :  18 November 2021

Trailer :


Kisah bermula dengan naratif Sam (Bront Palarae) yang menceritakan tentang plan dia dengan Aman (Ashraf Sinclair) untuk lari keluar dan hidup bebas dari Elle (Sangeeta Krishnasamy), owner kepada syarikat Cybersec Corporation. Aman secara senyap-senyap telah menggodam platform keselamatan data, MYSOIL tanpa pengetahuan Sam. 

Di Thailand, Aman cipta root file kemudian jual kepada CARRIE sebab data adalah benda yang paling bernilai di zaman sekarang. Tanpa pengetahuan Aqil (Remy Ishak), tentera upahan yang bekerja dengan CARRIE dan Cik Rose (Susan Lankester), editor yang menjaga wang syarikat telah ditipu dengan Aman bila pemacu pena yang diberikan mempunyai virus untuk mencuri wang CARRIE. 

Sam dapat tahu Aman bekerja dengan Elle selepas letak tracker pada smart phone Aman. Plan mereka berdua adalah curi wang CARRIE supaya dapat hentikan operasi untuk hancurkan negara sepertimana kejadian Arab Spring. Dalam masa yang sama, dua orang penyiasat bernama Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor) mencari Sam untuk disoal siasat demi mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Filem Proksi terbitan FEG Equipment adalah filem jenayah siber yang pertama dihasilkan dari industri tempatan malangnya penceritaan yang lemah dengan kecelaruan latar masa merupakan kelemahan utama sehingga menimbulkan banyak persoalan. 

Watak juga tak dikembangkan dengan baik bila penonton tertanya-tanya siapa Diana (Siti Saleha) dan kenapa dia meninggal? Diana bagi hint tapi tak dijelaskan pun. Matlamat FutureZero ni pula berdasarkan kes rumah mereka ditarik oleh pihak bank sebab tak mampu bayar hutang jadi Aman nak beat the system bila dunia akan bebas dari data jadi masalah kapitalis ni tak akan wujud. Tapi kalau kita tak ada data pun kita lost. Kenapa FutureZero tak terangkan apa kelebihan dunia tanpa data? Jadi orang yang bekerja tak perlu dibayar upah?  

Cita-cita dan impian tu tinggi tapi tak nampak dekat mana kelebihan hidup dalam dunia tanpa data. Mungkin doktrin dunia berdata tu dah terlalu kuat ditanam dalam kepala otak I sampai I langsung tak faham konsep dan matlamat FutureZero. 

Masuk pula kepada organisasi CARRIE yang mengumpul data untuk hancurkan Malaysia seperti Arab Spring. Cerita la apa peranan data dalam kejadian Arab Spring tu bukannya sebut je. Thrill tu langsung tak ada sebab tak dijelaskan. Macam kau pergi pasar lepastu ada orang kata Omicron dah ada dekat Malaysia pastu dia blah. Rasa nak ambik port ke kalau sekadar angin lalu macam tu? Mak Jah membawang lagi seram tau dari cerita Proksi ni. 

Kenapa pergi dekat Aman kalau nak beli data? Pergi la dekat Mark Zuckerberg ataupun Zhang Yiming sebab diorang ni yang pegang data seluruh rakyat Malaysia. Trump boleh beli data dekat Mark untuk menang election so kenapa CARRIE beli dekat Aman lepastu kena hack? CARRIE tak ada IT person ke untuk jaga? 

Siapa Aqil? Kenapa dia join CARRIE? Kenapa dia ada rencana dengan Elle? Siapa pula Elle? Kenapa dia invested sangat dengan Sam dan Aman? Dia boleh je upah orang lain yang bebas dari liabiliti. Kenapa penyiasat Roy dan Remy siasat Sam kalau diorang dah ada semua maklumat? Kalau Sam ada dekat balai polis, kenapa Aman boleh ada dengan Aqil? 

Dalam filem ni ada babak aksi antara team FutureZero dan CARRIE tapi tak lah heavy sangat pun sebab diorang bukannya pandai berlawan. Even babak Pakin dengan orang bawahan CARRIE dipotong supaya tak paparkan keganasan yang ekstrem. Sinematografi dalam filem Proksi nampak lemah bila kamera bergegar dalam beberapa babak. CGI pun tahap biasa je. 

Kenapa fokus dekat babak Remy tumbuk Sam kalau Rosyam Nor tak mampu nak deliver dengan bagus? Nampak sangat dia tak tumbuk pun Sam sebab tangan tak sampai dekat muka. Bunyi pun tak ada. Sepanjang babak Remy dengan Roy bersama, nampak tenggelam sangat lakonan Rosyam Nor especially untuk stunt. Music score memang out, dia main letak je lagu apa dia nak tak kisah lah sesuai ataupun tak dengan situasi.

Banyak betul kenapa dan siapa dalam review ni tapi tu lah, I pun pening. I tak tahu lah kalau ada tangan yang kacau masa proses editing untuk filem ni tapi sedih lah bila banyak kelemahan sampai teringat balik kata-kata Bront Palarae :

‘Masa kat sekolah dulu, kalau kau baca buku tak faham, buku bodoh ke kau bodoh?’

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

Movie Review | Take Off (2009)


Director : Kim Yong-hwa

Writer : Kim Yong-hwa

Cast : Ha Jung-woo, Kim Dong-wook, Kim Ji-seok, Choi Jae-hwan, Lee Jae-eung, Sung Dong-il, Lee Eun-sung, Ma Dong-seok

Production Company : KM Culture Co, DMZ Comics

Distributor : Showbox, Mediaplex, Netflix, MUBI

Genre : Sports / Comedy / Drama

Running Time : 137 minutes

Release Date : 30 July 2009

Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar di mana Coach Bang (Sung Dong-il) jurulatih sukan ski jump di Korea Selatan menubuhkan satu kumpulan atlet untuk dibawa bertanding ke Olimpik di Nagano, Jepun pada tahun 1998. Puas dia merayu pada Cha Heon-tae a.k.a Bob (Ha Jung-woo), American adoptee yang pulang ke Korea untuk mencari ibu kandung dia setelah bertahun lamanya terpisah. 

Bob adalah atlet sukan ski jump mewakili Amerika tapi lari keluar sebab masalah dengan rakan sekumpulan. Termakan dengan kata-kata Coach Bang untuk jadi kebanggan negara, Bob setuju untuk join dan berlatih bersama 4 lagi bekas atlet di Muju yang disenaraihitamkan akibat Choi Hong-cheol (Kim Dong-wook) terlebih makan pil Luminal. 

Di sana mereka berlatih menggunakan rel roller coaster di taman tema yang usang, berpaut pada dahan pokok ataupun di atas van kepunyaan coach. Banyak lagi lah teknik dan kemahiran yang dilatih oleh Coach Bang menggunakan bahan atau material yang dia rasa sesuai untuk sukan ski jump ni. 

Sebelum ni memang tak pernah tahu langsung kewujudan sukan ski jump. Sukan ski luncur tu tahu lah tapi ski jump ni agak bahaya sebab cuaca dan cara landing banyak mempengaruhi. Kalau angin salji datang sampai berkabus, atlet tak nampak landing port sampai boleh cedera teruk. Seram bila tengok kumpulan atlet ni berlatih ataupun pada pertandingan sebenar. 

Adat lah kalau sukan yang kurang mendapat perhatian ni mesti tak dapat peruntukan dari Kerajaan jadi sama lah dengan team di bawah Coach Bang ni menggunakan duit simpanan mereka sendiri untuk ke German. Atlet yang lain bersetuju untuk join Olimpik pun sebab tak nak pergi latihan ketenteraan sebab tu diorang pulun berlatih terutamanya pada hari hujan supaya boleh menang pingat emas. Masa tu Menteri Sukan janji akan bagi hadiah apartment kalau menang emas. 

Jalan cerita yang menarik bila naskhah penulisan dan arahan diadun Kim Yong-hwa dalam genre komedi. Of course lah babak mereka berlatih tu kelakar sebab coach pun tak cukup duit nak bagi fasiliti yang mahal. Teknik nak hilangkan gayat tu pun kelakar jugak sebab kita sendiri pun menjerit bila naik roller coaster atau slide yang tinggi tu. Scene Hong-cheol dengan Su-yeon (Lee Eun-sung) pun kelakar bila dia bagitahu pasal AIDS tu. Masalahnya nampak sangat perempuan tu kelentong je sebab masa hari pertama dia datang takde pun bitnik-bintik merah dekat lengan dia. Dah la kena scam pakai tilam jed. 

Sinematografi Take Off dari Park Hyun-cheol boleh tahan hebat sebab transition dan camera angle yang diambil menambahkan impak pada elemen saspen terutamanya pada pertandingan. Park Hyun-cheol paparkan kelajuan atlet ski jump yang berlepas dari garis mula sehingga landing. You guys kena tengok sendiri lah movie ni sebab susah nak gambarkan dengan ayat. Kawasan Muju pun banyak lokasi yang cantik walaupun cuma rumput lalang. 

Selain dari perjalanan para atlet sukan ski jump yang mengharumkan nama negara ni, diselitkan juga tentang penerimaan keluarga kelas bawahan yang menganggap sukan tersebut sebagai buang masa. Kebanyakan keluarga Asian zaman 90s memang susah nak sokong minat anak-anak yang masuk bidang sukan sebab pendapatan tak stabil. Elemen drama agak kuat dari sub-plot ni dengan kisah Bob dengan ibu kandung dia. 

Masa layan movie ni usha jugak lah kot kot ada wakil atlet dari Malaysia tapi tak ada haha rasanya Malaysia memang tak wujud sukan ni sebab negara kita tak bersalji. For those yang ada Netflix boleh la layan movie ni sebab Take Off tercalon dan menang dalam beberapa award events untuk kategori Best Film. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Movie Review | Extinct (2021)

Sunday, 28 November 2021

Director : David Silverman, Raymond S. Persi

Writer : Joel Cohen, John Frink, Rob LaZebnik

Cast : Adam DeVine, Rachel Bloom, Zazie Beetz, Ken Jeong, Reggie Watts, Catherine O'Hara, Jim Jefferies, Benedict Wong

Production Company : China Lion, HB Wink Animation, Huayi Tencent Entertainment Company, Tolerable Entertainment, Cinesite, Timeless Films

Distributor : Huayi Brothers (China), Mongrel Media (Canada), Netflix (Worldwide)

Genre : Adventure / Comedy

Running Time : 84 minutes

Release Date : 11 February 2021 (Russia), 3 October 2021 (China), 19 November 2021 (Worldwide)

Trailer :


Kisah bermula dengan naratif dari biologist terkenal, Charles Darwin buat catatan dalam jurnal tentang ekspedisi dia mengenai penemuan binatang bernama Flummels di Kepulauan Galapagos. Flummels dikatakan telah pupus akibat gunung berapi yang meletus dan menghapuskan semua populasi binatang yang menyerupai donut tersebut pada kurun ke-19. 

Ed (Adam DeVine) dan Op (Rachel Bloom) adalah Flummels yang dipinggirkan sebab selalu buat kekacauan gara-gara sifat periang dan tak berfikir panjang manakala Ed pula lebih kepada bersifat berhati-hati dan terlepas banyak perkara yang menggembirakan. 

Akibat salah signal yang diberikan kepada ikan paus, Op dengan Ed dilarang untuk menyertai festival bunga pada tahun tersebut. Op cadangkan supaya mereka kutip bunga di kawasan gunung supaya ketua mereka lembut hati untuk buang larangan tersebut. Di gunung tersebut mereka terjumpa bunga misteri berwarna ungu yang bawa mereka berdua ke masa hadapan, ke bandar Shanghai pada tahun 1835. 

Op dan Ed muncul di rumah Dr. Chung (Benedict Wong) yang mempunyai anjing peliharaan comel bernama Clarence (Ken Jeong). Anjing comel tersebut yang banyak membantu mereka berdua faham tentang time-travel dan projek Dr. Chung. Masa Clarence nak hantar mereka pulang ke Galapagos, portal meragam sampaikan habis semua benih bercampur dan Clarence terlepas ke Antartika. Bermula lah edisi pengembaraan Op dan Ed mencari Clarence sebelum gunung berapi meletup. 

Saja layan movie animasi dekat Netflix sebab trailer dia nampak comel. Entah berapa kali kagum dengan kecomelan flummels yang muncul dalam movie ni walaupun pelik dengan badan berlubang. Masa Clarence cerita pasal kewujudan flummels ni dah tertanya-tanya betul ke wujud binatang comel ni? Bila Google tak wujud pun, rekaan team production semata. 

Kalau movie animasi ni memang target audience dia adalah kanak-kanak jadi sinematografi dan visual dia kebanyakannya menggunakan tona warna yang cantik dan lembut. Alur cerita pun bersifat straightforward supaya penonton mudah faham. Enjoy tengok babak Op dan Ed bawa balik barang untuk team Extinct-ables (Dodo, Macrauchenia, Harimau Tasmania dan Triceratops) tentukan benih tersebut untuk zaman yang mana. 

Macam Op dan Ed bawa balik mentol lampu so kita tahu zaman tu zaman Thomas Edison ataupun zaman Wright Brothers cipta kapal terbang. Sambil menonton sambil belajar ilmu pengetahuan am. It’s fun! Dah excited masa Op dengan Ed nak pergi ke Melaka tapi diorang sebut je, tak tunjuk pun diorang pergi sana. Kalau tak dah boleh jumpa Parameswara haha

Klimaks movie Extinct ni mungkin nampak tak logik ataupun draggy tapi disebabkan movie ni untuk kanak-kanak jadi tak lah pandang sangat jalan cerita atau beberapa loopholes yang wujud. Macam contoh flummels jadi pilihan berbanding anjing sebab comel. Kucing dengan arnab pun comel jugak tapi anjing tetap jadi pilihan utama sebab kelebihan yang mereka ada. Boleh kata over lah sampai satu negara ketepikan anjing just because flummels lebih comel sebab rupa fizikal bukan sesuatu yang berguna dalam semua perkara. 

Untuk elemen komedi, ada part yang beria gelak, ada part yang just mehhh but overall I do enjoy watching this animated movie. Kalau tengok movie ni nanti please stay sampai credits tau. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10