WANITA HARI INI TEROKA JALINAN BUDAYA KOREA SELATAN DAN MALAYSIA

Saturday, 14 November 2026

Kuala Lumpur, 14 November 2026 -  Budaya Korea Selatan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia, bukan sahaja menerusi drama dan muzik, malah melalui keunikan warisan tradisi yang membentuk identiti masyarakatnya. Menerusi segmen khas Wanita Hari Ini (WHI), penonton bakal dibawa meneroka persamaan budaya serta perkongsian pengalaman antara Malaysia dan Korea Selatan.

Diterajui penerbit eksekutif merangkap pengacara WHI, Fiza Sabjahan, segmen khas ini merangkumi pelbagai aspek budaya Korea Selatan, daripada kisah rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman tersendiri di negara tersebut hinggalah keunikan warisan tradisinya.

Antara yang diketengahkan ialah Nabila Ami Mohd Yusof yang mendalami bahasa dan kehidupan di Korea Selatan, serta Yana Azmi Tan yang mengembangkan minat terhadap makanan mereka sehingga menjadi sebuah perniagaan. Turut diteroka ialah tiga aspek utama budaya Korea Selatan, iaitu warisan kulinari, busana tradisional dan dunia kecantikan.

  • Warisan Kulinari: Makanan tradisional Korea Selatan seperti jang dan kimchi menjadi focus utama, termasuk pengalaman menyediakan kimchi bersama komuniti ASEAN di Korea Selatan. Menariknya, penggunaan bahan penapaian seperti kicap dan taucu dalam masakan Malaysia turut memperlihatkan persamaan dalam tradisi kulinari kedua-dua negara.
  • Busana Tradisional: Sejarah dan keunikan Hanbok diketengahkan menerusi kunjungan ke Pusat Kemajuan Hanbok di bawah Korea Craft & Design Foundation (KCDF). Penonton turut dibawa melihat perkembangan Hanbok melalui rekaan moden serta persamaannya dengan pakaian tradisional Malaysia seperti Baju Kurung.  
  • Dunia Kecantikan (K-Beauty): Amalan kecantikan tradisional Korea Selatan sejak zaman Dinasti Joseon turut dipaparkan, di samping perkembangan dunia K-Beauty yang terus menggabungkan warisan tradisi dengan pendekatan moden.

Menariknya, segmen khas ini turut mengetengahkan peranan Korean Cultural Center (KCC) Malaysia sebagai pusat pengenalan dan pertukaran budaya. Dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2026, KCC Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman kebudayaan kepada orang ramai yang ingin mendalami budaya Korea Selatan.

Saksikan segmen khas WHI pada Ahad ini, 15 November 2026, jam 2.00 petang menerusi TV3 dan Tonton. Ikuti perkongsian menarik tentang keunikan budaya Korea Selatan serta persamaan tradisi antara masyarakatnya dengan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai WHI, ikuti laman media sosial rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok, serta Wanita Hari Ini TV3 di Facebook, @whitv3 di Instagram dan @whitv3malaysia_official di TikTok.

KUALA LUMPUR, 14 November 2026 – Detik yang dinanti akhirnya tiba apabila penyanyi tanah air, Aina Abdul bakal membawa nama Malaysia dalam edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung malam ini di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand.

Sebagai penyiar rasmi Malaysia, TV3 bakal membawakan siaran langsung Eurovision Song Contest Asia 2026 kepada penonton di seluruh negara menerusi TV3 dan platform penstriman Tonton, bermula jam 9.30 malam. 

Pertandingan itu bakal menyaksikan Aina bersaing dengan wakil dari 10 negara lain iaitu Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal, dengan Aina dijadualkan membuat persembahan terakhir.

Sejak berangkat ke Bangkok pada 9 November lalu, Aina giat menjalani pelbagai persiapan merangkumi latihan vokal, sesi soundcheck dan persediaan teknikal bagi memastikan setiap aspek persembahannya berjalan lancar. Berbeza daripada persiapan kebiasaannya, Aina kali ini turutmendapat bimbingan daripada guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat yang membantu memantau aspek vokal dan kecergasan fizikalnya. 

Peluang beraksi di Eurovision turut merealisasikan impian lama Aina yang mengakui dirinya sebagai peminat tegar pertandingan tersebut, malah sudah mengikutinya sejak Celine Dion membuat persembahan.

“Apabila mendapat tahu Eurovision akhirnya datang ke Asia, saya terus memberitahu pasukan bahawa saya mahu membuat persembahan. Saya sangat gembira kerana impian itu menjadi kenyataan dan saya berpeluang mewakili negara sendiri,” katanya.

Membawa pertaruhan istimewa menerusi Bluest Sky, lagu ciptaan Aina sendiri dengan susunan muzik oleh Mac Chew itu diinspirasikan daripada kucing kesayangannya, Hiro. Merupakan genre power ballad, lagu berkenaan turut menggabungkan elemen muzik Nusantara dengan penggunaan gambus dan seruling.

Dari segi penampilan pentas, Aina bakal mengenakan busana rekaan Melinda Looi yang turut melengkapkan konsep persembahannya. Ketika berkongsi sedikit gambaran mengenai elemen visual yang bakal ditampilkan, Aina memberi bayangan bahawa persembahannya akan melibatkan penggunaan cecair dan sesuatu yang berkilauan, tanpa mendedahkan perincian lanjut.

Dalam pada itu, persiapan teknikal turut menguji dirinya apabila prop persembahannya tiba-tiba gagal bergerak ketika sesi soundcheck kedua terakhir, sehingga menyebabkan Aina terperangkap seketika di dalamnya. Bagaimanapun, Aina memilih untuk melihat kejadian tersebut dari sudut positif sebagai sebahagian daripada proses persiapan sebelum pertandingan sebenar.

“Bagi saya, itu membawa tuah kerana setiap kali menyertai AJL, biasanya ada sesuatu yang berlaku ketika sesi latihan atau soundcheck. Lebih baik perkara itu berlaku sekarang daripada pada hari pertandingan sebenar,” jelasnya.

Dengan segala persiapan yang telah dilakukan, Aina kini bersedia memberikan persembahan terbaik sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan berprestij itu. Penonton juga boleh mengikuti perkembangan eksklusif menjelang pertandingan menerusi Melodi Exclusive yang bersiaran di TV3 lebih awal, bermula jam 9.15 hingga 9.30 malam.

Maka Kami #MalaysiaBersamaAinaAbdul.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.



Sekitar Majlis TV3 Ramadan & Raya 2026: Jwanjih Kenyang, Banglo 289, Raja Chulan

Friday, 13 November 2026


Sebelum masuk bulan puasa tahun ni dah dapat jemputan dari TV3 untuk tayangan rancangan di TV3 dan Tonton sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Excited masa dapat undangan tu sebab TV3 buat dekat Banglo 289, Raja Chulan. Selama ni dengar orang menyembang pasal restoran ni tapi tak berkesempatan untuk pergi. Orang lain pergi sebab nak interview artis, I pergi sebab nak makan. 

Tapi tu sembang masa RSVP lah, pada hari kejadian I sakit perut sebab makan black pepper banyak sangat. Banyak sangat means, back-to-back makan menu yang ada black pepper. Baru tahu perut sensitif dengan rempah tu. Nasib baik lah masa hari kejadian ni dah berkurang banyak dah tapi perut masih tak selesa lah. 


Kitorang pergi ke Banglo 289 tu naik LRT sebab dekat je. Berjalan kaki pun tak jauh dalam 600 meter kot tapi tak mampu nak berjalan masa tak berapa nak sihat so order Grab je ke sana tapi azab jugak lah nak tunggu Grab sampai sebab masa tu waktu puncak sudahnya cancel. Lagi lama tunggu lagi lambat lah kitorang sampai ke event. Takde masalah pun sampai lambat tapi nanti dapat meja yang jauh dari stage. 


Tak tahu pun ada banyak tempat menarik sekitar MRT Bukit Bintang ni. Selalunya pergi belah depan menuju ke Pavillion KL rupanya belah belakang pun menarik juga cumanya a bit scary sebab sini ramai foreigners. Masa keluar dari MRT pun dah nampak warga asing tengah high. 

Part tak best bila berjalan menuju ke Banglo 289 ni ada kawasan berbukit. Pancit lah jugak bila mendaki. Nasib baik lepas bukit tu dah nampak dah signage Banglo 289. Jalan sikit lagi dah nampak dah restorannya. Cantik!!!


Lepas register kitorang cari meja untuk media. Rezeki lah dapat meja depan stage sebab ramai lagi yang belum datang ke majlis. 


Outfit of the day!

Bila sampai awal dekat event boleh lah tinjau kawasan sambil ambil gambar makanan untuk buat content dekat social media walaupun update dekat blog berbulan kemudiannya. Kebetulan masa event TV3 Ramadan & Raya 2026: Jwanjih Kenyang ni, restoran Banglo 289 tengah buat promosi untuk Buffet Ramadhan 2026 jadi ada banyak lah menu yang dihidangkan. Ramai juga staff Banglo 289 masa ni promote makanan. 


Terliur tengok semua menu dekat Banglo 289 ni especially masak lemak udang galah, masak lemah ketam dengan masak lemak siput sedut. Cantik betul warna kuah masak lemak dia. 




Menarik juga la menu Buffet Ramadhan Banglo 289 sebab ada rusa berlado. Bukan senang nak dapat daging rusa ni. Tak tahu lah kalau ada restoran yang letak as permanent menu. Rezeki lah orang dekat area tu. 


Masa ambil gambar ni I dah aim nak makan asam pedas dia. Masa menaip ni pun kecur liur sebab asam pedas favorite sayaaaaaa 😝


Pilihan kerabu pun memikat selera sebab ada kerabu pucuk paku kerang, kerabu mangga dengan kerabu perut. Kalau masa tu boleh makan banyak, I dah ambil semua kerabu. Nasib baik dia tak letak kerabu kaki ayam. 


Bahagian bakar-bakar ada beberapa jenis ikan sungai dan laut tapi I tak berminat nak makan ikan bakar masa tu. Staff Banglo 289 banyak kali promote ikan krai. Dia kata bukan selalu dapat makan ikan Raja Sungai, masa ni je ada peluang. Ikan Krai ni rupanya famous dekat Pahang. Termakan dengan cadangan staff Banglo 289, I pun ambil lah ikan krai ni sebab nak rasa. 

Tapiiiii tak ada rasa pun. Mungkin sebab overcooked sampai isi ikan jadi kering. Ke sebab saiz dia besar atau ikan krai tu dah tua? Entah lah tapi I lagi suka makan ikan siakap dengan talapia sebab manis. 


Bahagian pencuci mulut pun banyak pilihan tapi tak sempat nak rasa pun. Masa makan tu dah banyak yang habis. 


Sebelum start makan tu kitorang pergi solat Maghrib dulu sebab takut surau penuh. Surau dia dah la kecil lepastu open space. Renyah gila nak ambil wudhu sebab setiap penjuru orang boleh nampak. Surau ni depan residence building, kalau orang jenguk tingkap memang nampak lah cerita dia. Nak ambil wudhu dekat tandas pun tak selesa. Tandas kecil satu hal, dekat dengan tempat makan pun satu hal.

Masa berwudhu tu cover dengan telekung je supaya orang tak nampak tapi kalau ternampak pun apa je kita boleh buat kan. Dekat sini telekung dengan sejadah ada sikit je, tak ingat lah 2 ke 3 unit je. Kitorang bawa telekung sendiri so mudah lah lepas wudhu terus solat je. 


Dah habis solat, kitorang makan sambil majlis berjalan. I tak ambil gambar pun menu apa kitorang ambil tapi I makan sikit je sebab takut sakit perut. Yang penting ada nasi putih, ikan krai, masak lemak ketam, kuah asam pedas ikan kembung dengan masak lemak tempoyak. Combination ni padu kecuali ikan krai tapi sedih betul I tak boleh makan banyak. 


Dekat event ni Che Ta bawa Aisyah sekali sebab diorang ada rancangan masak-masak tapi tak sangka Aisyah pemalu depan orang. Tak terkeluar suara dia bila Che Ta suruh promote rancangan diorang. Bila orang nak bergambar pun dia malu-malu. I tak join interview mana-mana artis pun sebab memang datang nak makan je. Sebenarnya, I tak sedar pun media dah hilang pergi interview. Meja kitorang je semua media enjoy makan 😂


Selebriti yang datang masa ni bersilih ganti, lepas promote terus balik. Ada yang stay menyembang, ada yang stay untuk interview. Hujung majlis tu TV3 ajak bergambar dengan semua media lepastu kitorang buat video untuk socmed jugak tapi terlupa nak pergi kutip gambar-gambar tu dekat socmed TV3. 

Habis je berterima kasih dengan semua staff TV3 dan Banglo 289, kitorang pun minta diri untuk balik. Sebelum balik tu dapat satu bag besar goodies Indomie pelbagai perisa. Kitorang dapat juga ole-ole tiffin Banglo 289. Sampai sekarang simpan dekat dapur sebab sayang nak guna. 


Balik tu berjalan kaki semula ke MRT Bukit Bintang tapi seram sikit sebab banyak warga asing melepak dekat bar. Okay lah meriah so tak lah takut sangat berjalan. Balik rumah terus tidur sebab penat tapi happy sebab dah merasa makan dekat Banglo 289.

Tumpuan kini terarah ke Bangkok apabila penyanyi kebanggaan negara, Aina Abdul, bakal membawa nama Malaysia ke pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 esok! Edisi sulung yang menghimpunkan 11 peserta dari seluruh Asia ini bakal menyaksikan Aina bersaing dengan wakil dari Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal bagi merebut gelaran juara.

Di sebalik penyertaannya, Bluest Sky menjadi pertaruhan istimewa Aina apabila karya nukilan sendiri itu diinspirasikan oleh kucing kesayangannya, Hiro, yang menjadi pencetus idea lagu berkenaan, dengan gabungan elemen power ballad dan sentuhan muzik Nusantara. Aina juga bakal menutup tirai persembahan sebagai peserta ke-11 dan terakhir.

Apakah kejutan yang bakal dibawakannya nanti? Sama-sama kita saksikan!

Ikuti juga Melodi Exclusive yang akan bersiaran sebelum siaran langsung pertandingan bermula!

📅14 November 2026 (Sabtu)
🕘9.15 – 9.30 malam: Melodi Exclusive
🕤9.30 malam: Siaran langsung Eurovision Song Contest Asia 2026 di TV3 atau strim menerusi Tonton

Maka Kami #MalaysiaBersamaAinaAbdul