ANTARA WARISAN DAN PILIHAN, KUDRAT 1968 : HIGH COUNCIL BAWA PERSOALAN SISTEM DAN JURANG DI ANTARA KELAS | ‘Manifestasi KUDRAT Bermula 11 September 2026’
Kuala Lumpur, 3 September 2026 – Teka-teki teraju utama filem KUDRAT 1968 : High Council terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai penyambung legasi francais popular High Council.
Ia telah mencetuskan gelombang spekulasi di kalangan penonton dan peminat apabila pelbagai teori mula muncul tentang bagaimana kisah ini akan membentuk permulaan dunia High Council serta merungkai hubungan di antara setiap watak.
Di bawah arahan Zulaikha Zakaria bersama pengarah muda Khairi Asyraff, kesemua persoalan bakal terjawab bermula 11 September menerusi siri premium Astro Originals dengan empat episod sebelum filem berada di pawagam di seluruh Malaysia tahun ini.
Pertama kali di Malaysia, penonton diperkenalkan dengan pendekatan baharu iaitu satu cerita dua format. Perancangan dan penggambaran siri, serta filem KUDRAT 1968 dilakukan dalam satu tempoh yang sama, begitu juga dengan tempoh tayangan yang berterusan.
Strategi ini bukan sahaja menawarkan pengalaman penceritaan yang lebih meluas kepada penonton, malah memperkenalkan satu rangka pemasaran baharu di mana siri berperanan sebagai medium untuk membina keterujaan, memperkenalkan dunia cerita serta mendekatkan penonton sebelum pengalaman sinematik filem KUDRAT 1968 : High Council di pawagam.
Bagi melangkah ke dunia High Council, barisan pelakon lain turut diperkenalkan seperti Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Rusdi Ramli, Muzayyin Mahyuddin, Johnny Gillett, Jebat Zulfar, Balkisyh Semundur Khan, Umar Shakur, Nix Wong, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee.
Menurut Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968 : High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Jenama High Council terus kukuh dengan kehadiran KUDRAT 1968 : High Council. Sejak kami mengumumkan enam nama pelakon utama serta video teaser dunia prekuel High Council ini, kami dapat melihat keterujaan yang luar biasa daripada penonton yang mula mengaitkan setiap watak dengan membina pelbagai teori.
KUDRAT 1968 : High Council bukan sekadar membawa penonton kembali kepada permulaan High Council, tetapi turut mengangkat naratif yang lebih dekat dengan realiti iaitu tentang jurang di antara kelas dalam sesebuah sistem. Kami percaya jurang ini wujud di mana-mana, dan melalui penceritaan ini, kami ingin membuka ruang refleksi terhadap bagaimana struktur sebegini membentuk identiti, pilihan dan konflik dalam kehidupan.
Di bawah teraju showrunner Zulaikha Zakaria bersama pengarah bersama, Khairi Asyraff serta pasukan kreatif dan semua yang terlibat, KUDRAT 1968: High Council akan dipersembahkan sebagai sebuah filem dan siri premium yang mengangkat kualiti penceritaan High Council ke tahap yang lebih berimpak sekali gus diharap mampu mengulangi fenomena High Council dan memperluaskan lagi naratif Astro Shaw Cinematic Universe.”
Sementara itu, Showrunner KUDRAT 1968 : High Council, Zulaikha Zakaria menyatakan, “KUDRAT 196ialah sebuah karya fiksyen yang mengutamakan hiburan, namun tetap membawa naratif yang mendalam dan dekat dengan realiti. Walaupun ceritanya fiksyen, kami banyak meminjam elemen sejarah dan suasana sosial Malaysia. Tahun 1968 dipilih kerana ia mencerminkan sebuah negara yang masih muda, sedang mencari identiti serta berdepan dengan pelbagai perubahan dan ketegangan. Jadi, latar ini membentuk sistem, budaya dan legasi dalam KUDRAT.
Dari segi hala tuju kreatif, kami ingin mengangkat skala KUDRAT ke tahap lebih tinggi melalui pendekatan visual yang lebih berani dan kreatif, tanpa mengorbankan emosi dan konflik yang dekat dengan penonton. Pada masa yang sama, DNA High Council tetap dikekalkan. Kami berharap KUDRAT bukan sekadar mengulang dunia High Council, tetapi berkembang dengan identiti dan bahasa tersendiri.”
Filem KUDRAT 1968: High Council diterbitkan oleh Astro Shaw bersama rakan penerbit ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures, HM Entertainment dan GSC. Manakala produksi oleh PASAL Productions.
KUDRAT 1968: High Council juga mencipta kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, yang memperkenalkan koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968 yang menampilkan beg dan stokin edisi khas terhad dengan menggabungkan elemen fesyen dan penceritaan dalam satu pengalaman gaya hidup. Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di kesemua store dan laman web Christy Ng.
KUDRAT 1968 : High Council turut menampilkan lagu tema bertajuk ‘Manifestasi’, nyanyian Sharul Kamal.
Saksikan sendiri bagaimana kewujudan High Council ini tercipta menerusi KUDRAT 1968: High Council yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 11 September. Pelanggan juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3, penawaran baharu berasaskan penstriman tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada RM39.99*. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Gunakan tanda pagar #KUDRAT1968 untuk merancakkan lagi perbincangan di platform media sosial. Ikuti perkembangan terkini dan klip menarik di semua akaun digital Astro Shaw.
MASA UNTUK MENEKAN! UNDIAN AMT2026 BERMULA MALAM INI, “POWER” DI TANGAN PEMINAT!
Thursday, 3 September 2026
Calon sudah diumumkan, sekarang masanya untuk memilih! Selepas barisan calon Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 diperkenalkan menerusi “Malam Start Menekan!,” undian rasmi AMT2026 kini dibuka mulai 9 malam ini, memberi peluang kepada peminat untuk mengangkat calon pilihan masing-masing merebut trofi “Terhangat” menerusi undian yang berlangsung selama enam minggu, dari 3 September hingga 8 Oktober 2026, di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.
Kuasa memilih kini milik anda. Undi dan sokong pilihan anda untuk tentukan siapa yang paling “Terhangat!” Enam minggu sahaja untuk anda mengeluarkan “Fan Power” dan melihat sejauh mana sokongan kepada calon pilihan mampu membawa mereka lebih dekat kepada kemenangan.
Nak gunakan “Fan Power” semaksimum mungkin? Inilah masanya! Akaun Tonton berdaftar menerima 5 undian, manakala pemegang langganan 3 bulan mendapat 2,500 undian dan langganan 12 bulan pula 10,000 undian. Gunakan setiap undian ANDA sebaik mungkin!
Edisi tahun ini turut memperkenalkan tujuh kategori baharu, menjadikan persaingan lebih terbuka dengan lebih banyak selebriti dan karya mendapat ruang untuk diraikan dalam keseluruhan 16 kategori yang dipertandingkan. Jangan tunggu lagi! Layari laman undian AMT2026 malam ini, pilih calon pilihan anda dan mula menekan undi.
Siapakah yang akhirnya akan menguasai pentas AMT2026 dengan gabungan “Star Power” dan “Fan Power” paling kuat? Jawapannya bakal diketahui apabila Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung menerusi TV3 dan strim juga melalui Tonton.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia, serta Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.



.png)
.png)
.png)






