The Last TRIO Standing- Muzik Rentasi Jurang Generasi Paparkan Kolaborasi Nama-Nama Gah Dan Baharu Dalam Industri Muzik

Tuesday 13 December 2022

Bila muzik rentasi jurang generasi dan genre, bayangkan betapa hebatnya lagu-lagu yang bakal dihasilkan! Perkenalkan rancangan muzik realiti terbaharu Astro, ’The Last TRIO Standing’ yang bakal memaparkan gabungan trio yang terdiri daripada nama-nama tersohor industri muzik bersama nama-nama yang sedang meniti dunia populariti.

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari, serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.





Selain memaparkan barisan peserta-peserta yang hebat, ‘TLTS’ turut akan menampilkan panel juri terkemuka yang diketuai Ajai dan Jennifer Thompson sebagai juri tetap serta juri-juri undangan seperti Dato’ M.Nasir, Dato Siti Nurhaliza, Dato Hattan dan Dato Acis. Manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara.

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Astro merupakan perintis kepada rancangan-rancangan hiburan terbaik di Malaysia. Memegang reputasi sebagaipenggerak industri kreatif, kami sentiasa menjana idea-idea baharu untuk menyemarakkan industri hiburan tempatan. Lantas ‘The Last TRIO Standing’ dilahirkan dengan kepercayaan bahawa muzik mampu merapatkan jurang di antara generasi-generasi pemuzik yang ada di negara kita. 

‘TLTS’ memaparkan kombinasi komposer, pemuzik dan penyanyi yang terdiri daripada mereka yang sudah gah dalam industri ini bersama-sama dengan mereka yang baru mencari ruang untuk mengembang bakat-bakat mereka dalam pesada ini.

Astro merupakan medium yang ideal dalam membawa dan melunaskan idea menggabungkan mereka yang sudah menempa nama dengan mereka yang baharu mengorak langkah ke dalam industri ini. Dengan menggabungkan mereka dalam sebuah trio, bakat yang baharu boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada mereka yang sudah kecapisuksesserta mengambil peluang untuk mendapatkan komen- komen konstruktif daripada juri-juri profesional kami.

Konsep ‘TLTS’ turut melihat gabungan ini bekerjasama untuk mengolah semula lagu serta menggubah lagu baharu bersama-sama. Bayangkan hasil karya daripaada mereka yang pengalaman bertahun- tahun lamanya disulami dengan idea-idea fresh dan youthful yang disuntik oleh muka-muka baharu.

Trio-trio yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Bayangkan Altimet digabungkan dengan Malik Abdullah yang merupakan rapper muallaf yang boleh berbahasa dengan fasihnya dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis. Mereka pula digandingkan dengan Sophia Liana dari kumpulan DeFam. Manakala kepelbagaian genre turut menjadi nadi utama program ini. Penyanyi bersuarakan R&B, Lah Ahmad digandingkan pula dengan penyanyi baharu yang menyanyikan lagu-lagu dangdut, Erin CTJ serta penyanyi dan pengubah lagu, Asfan Shah.

Ada pula yang terus menukar bidang profesion secara langsung seperti Syahmi Irfan yang dahulunya seorang pemain badminton junior negara yang kini mengejar minatnya dalam bidang seni. Dia pula digandingkan dengan komposer popular, Hafiz Hamidun dan penyanyi Asmidar yang turut merupakan seorang guru dalam seni persembahan di ASWARA.

Inilah antara trio-trio yang bakal mewarnai hujung minggu para penonton Astro. ‘TLTS’ mampu merentasi jurang generasi segmen penonton kami dengan membawa yang baharu dan yang lama bersatu dalam sebuah rancangan realiti. Kami janji bahawa gandingan-gandingan mantap ini mampu menghiburkan semua. Malah, star power yang membarisi Squad Elite dan panel juri kami turut memperkukuhkan posisi ‘TLTS’ sebagai antara program realiti nyanyian terbaharu yang terbaik.”

FORMAT RANCANGAN ‘TLTS’

Sepuluh kumpulan trio bakal bertanding pada musim pertama ‘TLTS’. Setiap trio dianggotai seorang komposer, seorang penyanyi dan seorang pendatang baharu dalam industri. Penyanyi mahupun komposer boleh terdiri daripada kumpulan yang tersedia ada atau dipilih oleh mereka sendiri.

Setiap minggu, kumpulan trio ini dikehendaki untuk mengolah semula sebuah lagu popular yang akan dijadikan cover song, manakala menggubah sebuah lagu baharu bersama. Setiap tugasan yang diberikan adalah bersandarkan tema mingguan yang ditetapkan. Namun trio ini hanya perlu menyanyikan salah sebuah lagu yang disediakan oleh mereka.

Lagu yang bakal dinyanyikan akan ditentukan oleh sebuah kumpulan juri yang dipanggil Squad Elite yang akan menonton VT yang menunjukkan snippet lagu-lagu mereka. Dalam masa 30 saat, Squad Elite yang terdiri daripada personaliti-personaliti tersohor industri hiburan ini harus memilih lagu yang akan dinyanyikan. Antara muka-muka yang membarisi Squad Elite adalah Aina Abdul, Syamel, Datin Alyah, Norman Hakim, Hazama, Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Erra Fazira, Black dan ramai lagi.

Setiap persembahan akan diadili barisan juri yang terdiri daripada tiga individu ternama dari industri hiburan. Panel juri tetap terdiri daripada komposer and penggubah lagu terkenal, Ajai dan Jennifer Thompson dan disertai seorang juri undangan setiap minggu termasuk Dato’ M.Nasir, Datuk Syafinaz Selamat, Dato Yusry Abdul Halim, Dato Siti Nurhaliza, Dato Norman Abdul Halim, Dato Hattan, Dato Acis dan Misha Omar.

Trio yang memperoleh markah yang terendah akan disingkirkan. 

Trio juara akan menerima wang tunai RM100,000, trio naib juara pula menerima RM25,000 dan trio tempat ketiga akan menerima RM15,000. Manakala trio yang berada pada tempat keempat dan kelima akan menerima trofi. Pemenang trio mingguan akan menerima RM10,000.

SENARAI PENUH PESERTA-PESERTA ‘TLTS’


IKUTI INFO TERKINI ‘TLTS’ DI PLATFORM INI

#TheLastTRIOStanding

www.gempak.com

Youtube, FB, Twitter, Instagram RiaX

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.