Radio GEGAR Perkenal Suara-suara Baharu di GEGAR Petang dan Malam

Tuesday 16 August 2022

Radio GEGAR perkenal suara-suara baharu di GEGAR Petang dan Malam | Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK


Gandingan baharu di ‘GEGAR Petang’ dan Personaliti baharu di ‘GEGAR Malam’

Semua peminat GEGAR boleh berhibur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang, dihoskan oleh Ewan dan Rea, dari jam 3 petang hingga 7 malam, dan segmen GEGAR Malam bersama Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Pembaharuan ini dapat dinikmati sekarang, setiap hari Ahad hingga Khamis di udara dan juga menerusi aplikasi dan laman web SYOK.

Segmen ‘GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea’ menampilkan pelbagai pengisian terkini untuk hiburkan peminat, termasuk: 

i. FYP Ter, di mana Ewan dan Rea berkongsi info terkini serta perkara tular dalam kalangan Komuniti setempat.
ii. Jolo Ko Pak Dor, di mana Ewan menggayakan watak Pak Dor yang serba tahu dan berkongsi perkara yang menarik minatnya dalam topik gaya hidup, muzik dan makanan.
iii. Yee Dok?, di mana Ewan dan Rea berkongsi berita antarabangsa yang tular di media sosial. 
iv. Bbual Sek Kito, di mana peminat diberi peluang untuk berinteraksi bersama Ewan dan Rea tentang topik perbualan harian yang menarik.
v. Hello Pegawai Farmasi, perkongsian maklumat perubatan daripada tetamu jemputan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
vi. Gali Ilmu, di mana peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima perkongsian tentang topik kekeluargaan bersama Ustaz Ihsan dan Ustaz Hariri, dua pendakwah bebas di GEGAR. 


Di segmen ‘GEGAR Malam’, para peminat kini ditemani oleh Aswad Jalil, personaliti baharu GEGAR yang berasal dari Marang, Terengganu. Jejaka yang berbakat dalam bidang pengacaraan serta meminati motosikal besar, akan menemani dan berinterkasi bersama peminat dalam: 
  • Filem Soho Kita, di mana peminat diberi peluang untuk mengundi filem-filem terbaik di media sosial GEGAR dan Aswad akan mengupas lanjut tentang filem yang mendapat undian tertinggi dari pendengar.
  • Ngeteh Dulu, di mana Aswad akan membawa artis jemputan untuk perkongsian tentang drama dan filem menarik.  
“Kami teruja untuk memperkenalkan para peminat kami di Pantai Timur dengan gandingan baharu di segmen GEGAR Petang bersama Ewan dan Rea, dan berbesar hati mempelawa kehadiran personaliti baharu Aswad Jalil di segmen GEGAR Malam. Peminat akan terus berhibur dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya menepati pemintaan semua dan berharap mereka dapat menikmati pembaharuan ini. Kami juga berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan mereka untuk personaliti-personaliti dan jenama radio GEGAR.” - Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial. 

3 comments

  1. kalau radio gegar, akak pernah dgr yg pantai timur punya la bila balik kerteh... sbb sinar tak berapa dapat situ heheheh

    ReplyDelete
  2. Allahu.. rindu kat zaman Abby fana di thr mula² masok pantai timor dahulu kala.. pastu abg Andy Hakim,abg yeop,NASA Dan rezlynn ramli.. zaman tu iklan tak bnyk sangat.. seronok dengar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.