Realiti Tersirat Menerusi ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’

Saturday 2 April 2022

Penderaan  rumah  tangga  merupakan  tunjang  utama  kepada  penceritaan  siri  mini  terkini Astro  RIA  iaitu  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’.  Drama  yang  diterbitkan  oleh  Arisz  Ab. Rahman memaparkan  naratif  two  sides  to  every  story  mengenai  penderaan  domestik  yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. 

Penceritaan menerusi 7 episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam.  Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya. Namun tanpa disedarinya, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi. 

Drama yang menyelit isu-isu rumah tangga yang begitu relevan di kalangan masyarakat kita serta merungkai isu penderaan terhadap suami yang jarang sekali menjadi topik penceritaan drama-drama mainstream mengangkat empat orang pelakon muda iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti  Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan. 

Drama  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’  akan  ditayangkan  pada  setiap  hari  Ahad,  jam  9.00  malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Norzeha Mohd Salleh 

Pengurus Saluran Astro Ria: 

“Apa jua bentuk kandungan yang ada di Astro, sudah pastinya kami  inginkan  kelainan  pada  penceritaannya.  Siri  mini  ‘Nusyuz Berkiblat  Cinta’  antara  drama  pertaruhan  di  Astro  RIA membawa  kisah  yang  jarang  sekali  menjadi  tumpuan masyarakat  kita  yakni  penderaan  terhadap  suami.  Penderaan dalam  sesebuah  rumah  tangga  seringkali  tertumpu  terhadap golongan wanita sebagai mangsa. Tetapi ada jua kisah di mana si suami menjadi mangsa penderaan.   

Selain daripada itu, keberanian penceritaan domestic violence di mana  lensa  ditumpukan  terhadap  hubungan  pasangan  suami isteri  yang  masing-masing  boleh  menjadi  mangsa  dan pemangsa penderaan.   Keberanian  yang  ditunjukkan  oleh  pengarah  serta  penerbit  harus  diberi  pujian  kerana membawa perspektif berlainan berbanding dengan drama-drama mahupun siri yang ada.   Oleh itu, tiada elemen cliché menerusi penceritaan ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’. 

Naratifnya bakal membuatkan  para  penonton  terkesan  dengan  jalan  cerita  dua  buah  rumah  tangga  yang sedang berkonflik, yang masing-masing ada mangsa serta pemangsa. Kisah seperti inilah yang kami carikan dan ingin menjadikan paparan untuk para penonton di platform kami. Kami berharap garapan serta lakonan hebat barisan pelakon muda yang ada mampu menarik minat lapisan-lapisan penonton baharu yang suka dicabar oleh penceritaan yang berani dan autentik.” 

Hadith Omar  

Pengarah Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ 

Terdapat banyak halangan untuk menghasilkan naskah ini. Antaranya adalah skrip yang masih dalam pembikinan ketika melakukan penggambaran kerana isu yang diketengahkan bukanlah isu biasa. Ia melibatkan fakta dan hukum.  

Selain itu, drama ini juga mencabar kreativiti saya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan pada bulan Ramadhan. Subjek yang dipaparkan juga bukanlah subjek kebiasaan atau boleh diambil lewa jadi saya juga perlu melakukan kajian dan banyak membaca mengenai alam perkahwinan.  

Drama ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai isu keganasan rumah tangga yang berlaku. Bukan sahaja keganasan terhadap wanita, tetapi juga penindasan terhadap kaum lelaki yang jarang diketengahkan. Drama ini juga mendidik penonton penderaan yang berlaku bukan sahaja melalui fizikal tetapi juga penderaan mental dan juga kata-kata lisan.

Drama ini diharap dapat memberikan pengajaran yang positif kepada penonton yang mengalami atau kenal sesiapa yang berada dalam situasi yang abusive supaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak dan mengambil langkah yang sepatutnya apabila berdepan dengan situasi sebegini. Drama inj juga diharap dapat menjelaskan lagi situasi dalam alam rumah tangga seperti apa yang dianggap pasangan yang nusyuz. Diharap drama ini dapat memberi manfaat dan pengajaran untuk semua yang menonton nanti.” 

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

1. Penggambaran dijalankan dalam masa 40 hari. Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. 

2. Penggambaran berjalan dengan lancar. Namun penelitian skrip amat dititikberatkan dengan kajian mendalam yang dilakukan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang turut melibatkan fakta keganasan rumah tangga serta hukum-hukum jika tersabit dengan kesalahan yang berkaitan.  Drama ini turut menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil.  

3. Lagu Mainan nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu tema utama untuk drama ini kerana liriknya yang sesuai dengan babak-babak yang dipaparkan dalam drama ini di mana watak utama Hawa lakonan Emma Maembong menjadikan perkahwinannya dengan Adam (Fikry Ibrahim) seperti satu permainan kehidupan. Lagu ini juga menyokong kisah Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang melayan Safiana lakonan Shaza Bae dengan dayus sekali. 

4. Drama ini diterajui pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim dan Emma Maembong. Turut didukung oleh pelakon yang semakin meningkat naik Nadhir Nasar dan Shaza Bae serta Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju, Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, Yaya Maembong dan ramai lagi. 

5. Chemistry di antara Fikry dan Emma terbentuk dengan mudah sekali kerana pengalaman serta sikap profesionalisme mereka. Emma mengakui wataknya kali ini agak sukar dan berat tetapi dia menyahut cabaran untuk menjayakan watak yang abusive ini sebaik mungkin. Sebelum ini, Emma memegang watak seorang isteri yang didera menerusi drama, I Promise. 

6. Bagi Shaza dan Nadhir pula, chemistry mereka berdua mudah kerana persahabatan yang sudah terjalin di antara mereka. Kedua-dua mereka di bawah syarikat pengurusan yang sama. Watak Safiana lakonan Shaza kali ini mencabar kebolehan lakonannya kerana watak ini menampilkan kehidupan seorang isteri yang terperangkap dalam rumah tangga yang dipenuhi penderaan fizikal dan seksual. 

7. Nadhir dan Shaza turut merupakan pemenang Hero Remaja dan Dewi Remaja.   

PECAHAN WATAK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Emma Maembong sebagai Hawa 

Fikry Ibrahim sebagai Adam 

Nadhir Nasar sebagai Erfhan 

Shaza Bae sebagai Safiana 

Dayana Roza sebagai Khadijah 

Sabhi Sadhi sebagai Zarul 

Yaya Maembong sebagai Aisyah 

Ako Mustapha sebagai Arman 

Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah 

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris 

Mak Wan sebagai Puan Fatimah 

Tengku Malia sebagai TJ  

LOGLINE DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Tidak  mahu  dirinya  dikawal  oleh  lelaki,  Hawa  membuat  keputusan  untuk  mengawal sepenuhnya rumah tangganya bersama Adam dari segi  psikologi, sosial, fizikal, seksual dan kewangan. 

SINOPSIS DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi  mangsa keganasan rumah tangga,  dia  membuat  keputusan  untuk  mengawal  rumah  tangganya  sendiri  dan  bertegas untuk  tidak  tunduk  sedikitpun  pada  suaminya.  Hawa  menetapkan  syarat  dalam perkahwinannya  bersama  Adam  dan  Adam  hingga  Adam  sanggup  mengenepikan  keluarga dan  kawan-kawannya  demi  Hawa.  Tanpa  disedari,  Adam  dikawal  sepenuhnya  oleh  Hawa. Malang  sekali,  keadaan  tidak  berubah  untuk  Safiana  apabila  dia  seringkali  didera  dari  segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. 

Patutkah  Adam  dan  Safiana  terus  kekal  dalam  perkahwinan  masing-masing?  Adakah  Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik? 

4 comments

  1. terkejut tengok Emma jerit tu

    ReplyDelete
  2. Dah tengok promo dia.. memang nampak best

    ReplyDelete
  3. Jarang jumpa dama yang membawakan tema macam nie.. Menarik untuk ditonton nie..

    ReplyDelete
  4. Belum sempat tengok lagi drama ni. Jarang Emma bawa watak antagonis. Gandingan pelakon yang best jugak. Dua dua hebat berlakon.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.