OXWHITE Memberi Baucer Tunai Bernilai Lebih RM60,000!

Thursday 25 June 2020

Oxwhite berusia dua tahun pada 30 Jun 2020. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.



Pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.

Pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.

Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja  antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.

Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.


Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah:

1. Kemeja T Asas Oxwhite

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.

2. Tuala Bambu

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.

Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang. 

Mengenai Oxwhite 

Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.


Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada 2018 dengan hanya satu produk iaitu kemeja T asas putih. Bermula dari situ, jenama ini telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia yang moden; dari pakaian kerja hingga kasual, dan untuk yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan kehidupan.

Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan. Untuk lebih maklumat sila layari www.oxwhite.com

12 comments

  1. oxwhite eh! menarik..nanti pi usha web depa :)

    ReplyDelete
  2. Apa nie? Asyik terserempak dengan pelbagai portal membeli belah online nie. Bahaya betul (sambil buka portal tersebut)

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! Lumayan nyer baucher dia. Berbaloi sesiapa yg dpt. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  4. Oxywhite ingt skincare.. Hehehe.. Ruipanya oxwhite.. Macam2 sekarang ye.. Ni voucher banyak juga

    ReplyDelete
  5. First tahu pasal OXwhite tu. Bertambah lagi portal edagagang yg memudahkan kerja pembelian. Mesti ada yang teruja ada portal utk pakaian lelaki ni

    ReplyDelete
  6. Perghh banyaknyaaa baucer dia nak bagi, gilee arr, ni kalau tak grab rugi sangat ni, mana tau ada rezeki kann...

    ReplyDelete
  7. Wow banyaknya baucer dia nak bagi sampai bernilai lebih RM60,000. Mesti ramai yang seronok nak gunakan baucer tu untuk membeli produk mereka kan

    ReplyDelete
  8. bestlah berbaloi kalau dapat voucher macam tu! boleh lah beli produk oxywhite nnt

    ReplyDelete
  9. Menarik ni , shopping sambil dpt pulangan. Rm60000 total banyak jugak. Nanti abam singgah tgk kot ada yg berkenan. Jarang melepas tgk sales ni

    ReplyDelete
  10. Wah menarik ni.. bila ada tawaran macam ni.terutama pada pengguna brand ni

    ReplyDelete
  11. Boleh beli jugak untuk suami ni, macam perfect timing lagi dengan discount semua. Bolehlah try jenama ni.

    ReplyDelete
  12. Nice.Nanti boleh beli sebab ika tgh mencari sesuatu untuk diberikan dkt husband hee. thanks farhana.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.