Movie Review : SIMMBA

Sunday 14 April 2019


Director : Rohit Shetty
Writer : Farhad Samji
Cast : Ranveer Singh, Sara Ali Khan, Sonu Sood, Ashutosh Rana, Siddhartha Jadhav, Vaidehi Parshurami
Production Company : Reliance Entertainment, Dharma Productions, Rohit Shetty Picturez
Distributor : Reliance Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 159 minutes
Release Date : 27 December 2018 (United Arab Emirates)
28 December 2018 (India)
Trailer :


SIMMBA [singa] spin-off movie kepada franchise Singham dan beberapa scenes inspired dari movie hit Telugu, Temper tahun 2015. Movie ni antara kejayaan besar untuk Ranveer Singh bila berjaya collect Rs400 crore di box office domestic & worldwide dengan budget Rs80 crore je.

Movie arahan Rohit Shetty mengisahkan tentang pegawai polis Sangram "Simmba" Bhalerao (Ranveer Singh) yang membesar di Shivgadh, kawasan yang sama Bajirao Singham (Ajay Devgn) membesar tapi disebabkan kesusahan Simmba, dia join polis untuk hidup mewah dengan hasil duit rasuah. Berbeza dengan Singham yang mati-matian menentang rasuah.



Dari Shivgadh, dia dipindahkan ke Marimar dan berjumpa dengan Shagun Sathe (Sara Ali Khan) yang bekalkan makanan tengahari dekat penduduk kawasan tu. Bertugas di tempat baru akan jumpa penjahat baru dengan jenayah yang baru. Di Miramar, kes seludup dadah guna budak sekolah berleluasa dan dikawal oleh Durva Yashwant Ranade (Sonu Sood).

Aakruti Dave (Vaidehi Parshurami), guru sukarelawan yang mengajar budak-budak di kawasan tu dalam kelas malam, dah syak yang anak-anak murid dia terlibat dengan kes dadah ni tapi dia tak jumpa bukti. Bila dia dapat trace dekat mana kilang dadah Durva, dia record guna phone tapi dia kena rogol dengan beradik Durva sampai terkoyak usus then mati.


Simmba yang rapat dengan Aakruti nak tuntut bela atas kematian adik angkat dia tapi Durva dah hapuskan semua bukti yang ada. Simmba kena gantung tugas sebab cari pasal dengan Durva sudahnya dia minta tolong dengan Singham selesaikan kes ni.

I’ve never watched Temper so tak tahu yang mana lagi best tapi tengok Simmba pun dah cukup enjoy dengan karakter Ranveer sebagai Simmba. Memang kena lah karakter dia dengan masala movies arahan Rohit Shetty cuma sayang Rohit tak prepare something yang boleh jadi trademark untuk Ranveer. Just spin-off dan remake and soon akan team up dengan Akshay Kumar untuk Sooryavanshi. Bila Ajay masuk, Ranveer dah tenggelam, imagine dengan Akshay nanti.


Lakonan debutante Sara sebagai Shagun pun tak membantu banyak mana pun dalam movie ni except dalam soundtracks, lebih kepada flower pot macam heroin-heroin movie Rohit Shetty yang lain. No wonder lah dia boleh berlakon Simmba dan Kedarnath dalam waktu yang sama. Senang sangat role dia but still dia tak boleh nak lawan Bebo dalam franchise Singham.

First half memang menarik dan kelakar tapi bila masuk second half, momentum dah mula jatuh bila Simmba tak mampu nak lawan Durva. Nama tajuk movie dah gah tapi villain picisan macam Durva pun tak boleh kalahkan. Even cara Simmba nak tuntut kematian Aakriti pun agak hambar. Simmba nak ketengahkan sexual assault tapi tenggelamkan watak-watak perempuan dalam movie ni.


The visual treats and cinematography memang top notch nak pula dengan soundtrack album yang best walaupun chemistry Ranveer-Sara tak menjadi sangat onscreen but yeahh boleh lah nak layan. Just don’t pair these two in other movies especially romantic genre. My fav song so far, Aankh Maarey even remake song tapi remake lagi best dari yang original. Sorry Arshad Warsi.


Movie Simmba kalau nak layan jangan guna logik akal sebab tersimpul terus fuse otak nanti, but it is totally fun to watch for some comedy and entertainment.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.