Drama Review : The Duel

Friday 17 August 2018

Related image

Director : Lee Jong-jae (Ep. 1-16)
Choi Young-soo (Ep. 3-16)
Writer : Kim Yoon-joo
Cast :  Jung Jae-young, Kim Jung-eun, Yang Se-jong, Seo Eun-soo
Genre : Sci-fi/Thriller/Suspense/Crime
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : June 3 – July 23, 2017
Production Company : Chorokbaem Media
Distributor : OCN
Teaser/Trailer : 


Since rating drama Korea ni antara yang tertinggi tahun lepas, adik paksa tengok tapi sebenarnya dia nak bagitau hero tu crush terbaru dia. Mehhhhh

Jang Deuk-cheon (Jung Jae-young), seorang ketua detektif polis mencari penculik sebenar anak perempuannya, Jang Soo-yeon  (Lee Na-yoon) yang menghidap leukemia. Penculikan berlaku bila anaknya dipindahkan ke Hospital Sanyeoung untuk pemindahan stem cell yakni teknologi medik terbaru hasil kajian hospital ni.

Image result for the duel korean

Sebelum penculik berjaya melarikan Soo-yeon, Deuk-cheon sempat tengok muka penculik tapi akhirnya keliru bila Lee Sung-joon mempunyai kembar iaitu Lee Sung-hoon. Keduanya muncul di tempat yang sama tapi siapa dalang sebenar? Bertambah tertekan bila Sung-joon mengalami amnesia sementara.

Walaupun Sung-joon mempunyai kembar tapi hanya Deuk-cheon yang tahu kewujudan Sung-hoon malah DNA yang ada di tempat kejadian menunjukkan DNA Sung-joon. Dua manusia, satu DNA. Turns out they’re not twins but clones. Sung-joon dan Sung-hoon merupakan klon pertama yang dihasilkan dari Dr. Lee Yong-seob tapi telah mati dibunuh dan organnya dikeluarkan kemudian dijual.
 
Image result for the duel korean

Sung-hoon mempunyai motif untuk memburu semua organ Lee Yong-seob kerana organ klon membesar dua kali lebih cepat dari organ manusia biasa, antara kelemahan seorang klon yang diketengahkan dalam drama ni. Its great to watch a sci-fi drama ditambah dengan jenayah yang semakin meningkat di Asia, organ trafficking.

Cuma yang tak bestnya bila ada some part yang buat terjongket kening. I’m not really that good in science but ermmm kalau DNA Sung-joon dan Sung-hoon sama, kenapa DNA Sung-joon dan Sung-hoon tak sama dengan Lee Yong-seob sedangkan darah dan organ sama? Lagi satu hal dalam drama ni you guys macam susah nak percaya dengan stok tenaga karakter terutamanya Deuk-cheon bila dia tidur dua tiga jam dan tak makan tapi dia punya berlari berlawan sana sini serupa minum Red Bull 1 karton.

Image result for the duel korean

And the way they highlighted Sung-hoon character agak over lah bila satu gudang tu penuh dengan polis yang cekap dan rank agak tinggi tapi dengan jayanya Sung-hoon boleh terlepas. Prosecutor Choi dalam drama ni nampak sneaky and evil tapi nak bezakan Sung-hoon dengan Sung-joon pun tak mampu walaupun dah jumpa beberapa kali dalam tempat yang sama. Its obvious kot muka Sung-hoon flawless bak model tapi Sung-joon dengan muka sememeh siap ada luka lagi. Duhhhh!

Ada juga beberapa scene yang I geram sangat dalam drama ni since any emergencies happened, suka betul diorang park jauh dari tempat yang dituju. Macam scene Sung-joon sakit dada sesak nafas, boleh pulak Deuk-cheon park kereta jauh dari farmasi. Dah la tenaga dia sikit by logic lepastu dia lari dah makan masa. By time dia sampai, sesak nafas Sung-joon dah lega dah pun. Sama jugak bila Sung-joon pengsan, Mi-Rae (Seo Eun-soo) park kereta agak jauh and they have to carry Sung-joon yupp no stretchers needed. I feel sorry for Sung-joon in this drama. Ha’ah benda ni nampak kecil je tapi tetap boleh dipertikaikan.

Walaupun all negative rants above, I still enjoy layan drama ni sebab full of surprises. Ada je hint dekat hujung episod yang buat curiosity melonjak untuk next episode. Satu hari habiskan 8 episod so I just took 2 days untuk habiskan drama ni.  Sangat bahagia layan CGI drama ni sebab perfect tanpa cela. Lakonan barisan pelakon pun mantap terutamanya Yang Se-jong yang bawa dua watak dengan personality berbeza walaupun pelakon baru. I’m not sure I’m a fan but yeah I love his talent.


Emotion pun main peranan jugak dalam drama ni nak pula scene Soo-yeon  dengan Deuk-cheon sebagai anak dan bapa yang tinggal berdua harungi perjalanan hidup. Pengorbanan ayah ni sesuatu yang syahdu untuk ditonton, paling sedih bila skuad Deuk-cheon jumpa mayat kanak-kanak di hutan and some wild guesses popped up, is it Soo-yeon? Scene Sung-hoon dengan Dr. Han Yoo-ra (Uhm Soo-jung) pun sedih jugak bila diorang reunite balik.

Walaupun ada karakter Soo-yeon yang ceria dalam drama ni tapi tak semestinya drama ni child-friendly sebab banyak scene yang ganas dengan action stunt yang menarik, banyak juga scene yang gory and raw sebab modus operandi pembunuhan Sung-hoon agak kejam. Tembak kepala tu dah jadi perkara biasa dah untuk dia. Hopefully lepas ni drama Korea penuh dengan organ trafficking or sci-fi instead of cinta merapu sebab drama Korea ni banyak input. Sambil layan, sambil belajar benda baru.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

6 comments

  1. salam salam kenal dari sihijo.blogspot.com hehe
    jemput blogwalking kat blog saya juga leh tukar2 link

    ReplyDelete
  2. tengok drama ni sebab Yang Sejong tapi give up lepas first episode sebab annoying dengan Duk cheon dan prosecutor perempuan tu.

    ReplyDelete
  3. I watched this drama solely because of Yang Se Jong. Tengok pun laju-laju je.

    ReplyDelete
  4. enjoy tgk drama duel ni, lakonan yang se jong pun best

    ReplyDelete
  5. Akak tengok drama nie, tapi separuh jalan je.. Nantilah sambung tengok.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.