Cabaran 25 Hari Blogging : Travel

By farhanna jafri - 08:56


Challenge hari ni kena sembang pasal travel tapi sayangnya I don't have much experience about travel. Don't have time nor money to go anywhere. But ermmm let me story about my experience at JB. 

Plan asalnya nak ke wedding ex-housemate, Kak Ira sebab JB dengan Segamat is quite near lah plus me and Junaiza can drive so we can take turns. 4 of us decided to go which me, Junaiza, Syida & Tika on that wedding trip. Yang lain ada hal, program, assignment and so on. Lucky for us masa tu duit belanja baru je masuk so boleh la go for holiday.

My definition of vacation, siang malam berjalan sampai lunyai. Kalau nak tidur baik tak payah holiday kan? Baik balik tidur dekat rumah je. Dari Segamat bertolak lepas solat Jumaat, lepas 4 jam lebih perjalanan sebab banyak berhenti sana sini, maka sampailah ke JB. Dari jauh lagi dah nampak Mahkota Johor sebagai mercu tanda. Memang ramai sangat yang bergambar dekat situ. Dalam perjalanan nampak the famous Villa Nabila dan sebagai manusia penakut, kitorang perati dari jauh je.

First stop dekat Country Garden, Danga Bay but not much pun yang boleh buat dekat situ just taking picture dekat area situ sampai malam sebab air laut surut.



Lepas puas bergambar kemudian pergi solat dekat Masjid Abu Bakar yang bersejarah dan terkenal dengan senibina ala Victoria tapi disebabkan period so tak boleh masuk dalam. Tunggu dekat luar je tambah pula dah gelap so nothing much to see pun. 


then cari hotel. Since kitorang pergi weekend, tak banyak la hotel murah yang available even cari dekat Agoda pun yillek. Paling murah RM100 lebih ke atas itu pun single room. So terpaksa lah jalan try our luck and malam tu dapat la bilik RM150 untuk kitorang berempat dan terletak dekat sangat dengan bandar JB.

Disebabkan mati kutu apa plan untuk esok, try contact kawan satu batch mana tahu dia boleh jadi tourist guide sebab rumah dia area JB jugak. Memang luck kitorang lah dia mereput je dekat bilik minggu tu. Awal pagi lagi dah keluar ambil dia dekat rumah lepastu breakfast dekat Kacang Pool Bomba which is quite famous for this JB's signature dish. 

Image result for kacang pool bomba


Awal pagi pun dah penuh kedai tu, kalau lambat sikit memang habis lah cerita dia. Memang sedap sangat kacang pool ni, dari ragu-ragu nak makan sampai jatuh cinta. Lepas dah makan tu pergi ke JPO sebab ada sale katanya. Sementara tunggu diorang shopping, Iolls bergambar je lepastu borak itu ini sebab sengkek dan shopping tak ada dalam to-do-list.



Cantik jugak design dekat JPO ni tapi agak sunyi mungkin sebab dekat kawasan terpencil jauh sikit dari bandar. Dah settle dekat situ, kitorang pergi ke Puteri Harbour pulak tengok yatch in real life macam mana rupa lepastu bergambar sampai rentung.

Image result for yacht puteri harbour


Tourist guide + photographer yang pemalu = Mai

Next place, kitorang menapak ke Legoland tapi disebabkan student sengkek yang berjaya, kitorang bergambar depan pintu gerbang dia pun jadi lah daripada tak ada kan?




Disebabkan ini cerita tahun 2015 without any journal or reference untuk jejak kaki kitorang dekat JB ni, maka I don't even remember dekat mana kitorang pergi makan atau lepak. Memang sepenuhnya ingat apa yang ada dalam folder gambar je. So bertabahlah you guys layan gambar bersepah je.

Last place untuk siang tu, kitorang pergi balik ke Tanjung Puteri tapi belah lain yang menghadap Singapore lepak sampai petang dekat sana. Yes of course bergambar sampai hangit.







Lepas habis bergambar, balik hantar Mai ke rumah, sembang dengan family dia kejap, main dengan Firash, anak buah Mai kejap, lepastu balik ke hotel. Malam tu mati kutu sebab tak tahu nak buat apa since tourist guide dah tak ada. Bosan dekat bilik, turun makan dekat kedai Zizan, Burgerbyte tak silap lepastu jalan-jalan layan busker dekat Pasar Karat. 

Esoknya baru menapak ke wedding Kak Ira, lucky for us ngam sampai ngam pengantin lelaki sampai kenduri. Memang kena sampai awal sebelum pengantin lelaki datang sebab nak tengok adat orang JB pengantin lelaki bayar 'tol' dekat keluarga pengantin perempuan. Its quite fun actually tengok pengantin lelaki kena usik.



Pengantin sekarang dah jadi parents anak lelaki comel dah sekarang, akan datang nak masuk dua orang dah. Time flies so fast kot. Tak lama pun dekat situ lepastu terus menghala balik ke Segamat takut nanti lambat sampai pulak. Isnin dah start kuliah. 

Tapi otw balik tu ada juga menyinggah dekat Tanjung Piai atas saranan touris guide Salam, saja tengok 'Penghujung Selatan Tanah Besar Asia'. Bukan setakat berjaya jejak kaki ke tanah penghujung selatan benua Asia tapi tahu juga sejarah Tanjung Piai ni. Nama Piai diambil dari paku-pakis, Paku Piai Raya yang tumbuh di kawasan paya bakau. 

Image result for penghujung selatan tanah besar asia



Lepas berjalan sepanjang jeti ke hujung sana untuk tengok laut lepastu patah balik ke jalan balik tapi guna route lain sebab nak tengok paya bakau. Psst perasan tak handbag berubah bentuk dan warna? Tu hasil tangkapan dekat JB City Square masa lunch dekat sana. Sorry, can't help it.


Dalam nak tengok paya bakau tu tiba-tiba ular jatuh dari atas pokok landing depan kitorang. Nasib ada hero masa tu, walaupun ular daun tapi memasing penakut. Sepanjang perjalanan ni walaupun penat sebab route ni agak panjang compared to another route, tapi best jugak lah nampak tempat semaian pokok bakau, buah bakau dan siput bakau. Dekat sini pun banyak juga monyet tapitak kacau orang. 



Image result for penghujung selatan tanah besar asia

Ini mercu tanda Tanjung Piai, tinggi 20 meter lebar 10 meter. Besar kemain and dipasang oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai tarikan pelancong. Dah habis berjalan dekat situ, otw balik tu cadangnya nak pekena Mee Racun tapi tutup pula kedainya. Balik tu memang terbongkang atas katil lah memasing sebab penat sangat. 

That was my first and last menapak ke JB sebab jauh dan JB tak la best sangat nak lepak ataupun habiskan duit untuk makan macam dekat Melaka yang kaya dengan makanan viral. But anyway, memang have fun jalan-jalan dekat JB. 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Kdg2 jln tanpa plan more fun😁

    ReplyDelete
  2. Jalan dalam negara pun kira travel juga. Tak pernah sampai JB lagi. Teringin nak pergi tapi tak tahu bila.

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya p jalan2 macam ni.

    done follow #379

    ReplyDelete
  4. teringin nak g legoland. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)