Book Review : Kampus

Thursday 16 August 2018




Penulis : Syafiq Aizat
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 254 mukasurat/ 62 bab & 1 bab epilog
Genre : Misteri/Thriller
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2017
Harga : RM 19.90
Sinopsis :

 

Review :

The reason I read this book sebab review Ika! Kebetulan pulak buku ni ada dekat rak so lepas baca review Ika terus baca buku karya Shafiq Aizat ni. Satu hari je dah habis baca sebab rasa nak tahu siapa pembunuh di sebalik topeng Krampus di salah sebuah kolej.

Antara sebab lain boleh habis cepat baca sebab cerita yang diinspirasikan dari buku Gantung karya Kak Neddo. Ada beberapa resemblance dengan Gantung tapi cerita Kampus ni lebih kepada kisah pembunuhan bersiri meanwhile Gantung lebih kepada kehidupan 4 karakter yang berakhir dengan pembunuhan tragik.

Suka dengan jalan cerita yang thriller macam ni sebab rasa nak tahu siapa pembunuh sebenar, tambah pula boleh bermain dengan minda sendiri untuk buat wild theories based on hint given. Tapi penulis ni agak bijak lah sebab dia sembunyi pembunuh dan juga hint. Hint yang ada dari sudut Dani ataupun Haziq, dua karakter utama since kata hati bertukar di antara dua watak ni je.

Dah bab hujung baru tahu siapa pembunuh dan apa motifnya dan surprisingly orang tu adalah orang yang tak disangka-sangka langsung. Full of suprises lah plot cerita buku ni cuma yang tak sukanya bila penulis buat watak Haziq tu student lawyer yang average je.  Lebih suka dengan wild guess Dani sebab nampak berisi dan bukannya serkap jarang semata. Kalau dia gambarkan Haziq sebagai karakter yang clumsy ataupun memang biasa-biasa je mungkin okay lah kot. 

Since bertemakan kehidupan remaja, ada certain part yang masuk air, berdekah bila baca nak pula bila part Dean dengan Daud. Part Haziq baru keluar dari bilik Dani tapi terserempak dengan student lain kemudian disangkanya Haziq dan Dani gay couple. Part Dani putus cinta dengan Atiqah dan banyak lagi lah. Ada jugak beberapa loopholes dan boleh dipertikaikan tapi bak kata dia, suka hati dia lah nak tulis apa pun sebab susah nak puaskan hati semua orang.

So that’s the end of my review.

1. Author +0.5, 2. Accuracy 0.2, 3. Writing Style +0.7, 4.Plot +0.7, 5. Character +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0.2 = 4.9 /10

6 comments

  1. Yayy, awak dah baca dah ☺️ sep sikit hee. Betul, kata hati utk dua watak tu saja. sbb tu ika kata if mana skip baca and cm tk fokus haha dia msti lost. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul sebab wild guess dua watak ni berbeza sebab findings diorang berbeza.

      Delete
  2. Ala.. Ala.. dah dua review best nie.. Nantilah cari dan baca..

    ReplyDelete
  3. Menarik juga novel misteri yang penuh tanda tanya macam ni. Kena beli ni...

    ReplyDelete
  4. nampak menarik novel ni :)

    ReplyDelete
  5. macam menarik novel ni.Apabila melihat tajuk kampus tu.dah tahu dah mesti best novel ni kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.