Bosan Dekat Office

By farhanna jafri - 07:29

Bila dah hujung projek ni rasa lemau yakmatttt sebab kerja dah tak banyak. Report je lah nak kena buat pun itu pun tak sekencang dulu kalau update. Dulu sampai OT tak sempat siapkan punya pasal. Nasib lepas OT pergi dating so tak la sedih sangat balik lambat sebab kerja banyak hihu.

Disebabkan dah ramai staff berhenti so dekat sini dah sunyi sikit lah. Kalau dulu rajin nau bergossip tapi sekarang nak gossip pun malas. Lemau tau lemau. Sudahnya menapak pergi ke site keluarkan peluh sikit.

Pergi main tampal-tampal sticker dekat pintu itupun dua aras je so cepatlah siapnya. Tampal sticker supaya nanti senang nak guna kunci yang mana untuk setiap pintu rumah dekat apartmen ni. Dulu masa datang tengah siapkan rangka. Sekarang dah siap dah satu bangunan. 



Dah habis tampal tu baru perasan ada plug socket dekat luar rumah. Entah apa tujuan entah siap ada cover lagi. Mungkin untuk pasang lampu lip lap untuk raya nanti kot. Ataupun saja letak sebab peruntukan ada baki banyak.


Bertuah siapa yang duduk dekat rumah tingkat 5 ni boleh nampak view cantik setiap pagi tau sebab ada padang golf dekat sebelah. Tapi kalau rumah paling hujung tu yang kesian sebab terlindung dengan pokok. Silap haribulan ada hantu bertenggek dekat dahan pokok tu. Kawasan bangunan ni keras sikit sebab ada hantu satu family. Masuk dalam meeting pun tak mampu nak settle kes ni. Bomoh pun tak nak ambik job buang hantu ni sebab takut kena kacau balik.



Anyway ada jugak pergi dekat bangunan hotel. Yang ni pun dah nak siap banyak dah tinggal lif dengan chandelier & furniture untuk tingkat atas. Kolam renang dia pun cantik sangat tapi nak mandi memang tak lah sebab 6 kaki. Kita yang ketot ni mampu perati je lah hihu.



Sepatutnya siap bulan 12 tahun lepas tapi anjak sampai bulan 3 tapi rasanya nanti anjak lagi sampai raya. Makin lemau lah dekat sini nampak gaya.

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. bertabahlahhhh. Fighting!! hehe

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat sis! In shaa Allah nanti penantian akan berakhir.. You can do it! :D

    ReplyDelete
  3. hahahha..sma la kita farhana...cikyan pon bosan ja duk office.. makin gemuk la nmpknya sbb xdak aktiviti sgt...hahahha

    ReplyDelete
  4. u can do this!!!
    pool dia!! hmmm bestnya klu rumah ada pool..boleh exercise

    ReplyDelete
  5. wow..ada swimming pool..seronok lah untuk yang kaki swimming

    ReplyDelete
  6. luas nampak office sis. mesti letih jalan2. haha

    ReplyDelete
  7. Cantiknya...pemandangan, Office dekat mana ni???

    ReplyDelete
  8. waa.. rasanya sama je bangunan mana2 pun keras. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)