Movie Review | Irish Wish (2024)

Sunday 24 March 2024


Director: Janeen Damian
Writer: Kirsten Hansen
Cast: Lindsay Lohan, Ed Speleers, Alexander Vlahos, Ayesha Curry, Elizabeth Tan, Jane Seymour
Production Companies: Motion Picture Corporation of America, Riviera Films, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Fantasy
Running Time: 94 minutes
Release Date: 15  March 2024
Trailer :


Maddie Kelly (Lindsya Lohan), seorang editor buku simpan perasaan terhadap Paul Kennedy (Alexander Vlahos), penulis yang kacak dan popular. Tak ramai editor mampu bertahan bekerja dengan Paul Kennedy kecuali Maddie dan kerana itu juga Maddie rasa hubungan mereka adalah Istimewa walaupun ibunya, Rosemary Kelly (Jane Seymour) nasihatkan supaya luahkan perasaan dia terhadap Paul. 

Maddie sangka perbuatan dan perlakuan dia sudah cukup menjadi hint kepada Paul, malangnya Paul jatuh cinta pandang pertama dengan rakan baik Maddie iaitu Emma Taylor (Elizabeth Tan). Sejak berjumpa di parti pelancaran buku sehingga lah setahun kemudiannya, mereka putuskan untuk berkahwin di rumah agam milik keluarga Paul di Ireland. Maddie dan Heather (Ayesha Curry) dijemput menjadi pengapit kepada Emma untuk majlis tersebut. 


Bukan saja mempunyai persamaan dan minat yang kuat dengan Paul, Emma malah mudah mesra dan rapat dengan Olivia Kennedy (Jacinta Mulcahy) dan Kory Kennedy (Matty McCabe), kedua orang tua Paul. Patah hati dan menyesal, Maddie buat hajat untuk berkahwin dengan Paul Kennedy di kerusi ajaib kepunyaan Saint Brigid (Dawn Bradfield). Hajatnya ditunaikan namun bahagiakah dia dengan hajat tersebut? 

Penulis skrip filem Irish Wish asalnya ingin menggunakan negara Eropah sebagai latar tempat untuk naskhah romantik komedi tapi semuanya dirombak selepas Lindsya Lohan setuju untuk berlakon sebagai watak utama. Kenapa Ireland? sebab Lindsay berasal dari Ireland dan bagi idea untuk beberapa tempat menarik di negara tersebut. Bukan saja tukar lokasi penggambaran malah judul filem juga ditukar. 



Tak hairan lah kalau penulis setuju untuk tukar dari Eropah ke Ireland sebab panorama beberapa tempat terlihat indah terutamanya Killruddery House, Cliffs of Moher dan Lough Tay menerusi lensa Graham Robbins. Macam mana James Thomas (Ed Speeleers) study subjek dia sebelum ambil gambar, macam tu la juga Graham yang tahu kekuatan dan kekurangan pelakon dan latar tempat supaya penceritaan mempunyai momen dan atmosfera romantik tersendiri. 

Kalau ikutkan filem Irish Wish ni mempunyai jalan cerita yang mudah dijangka dan cliché dengan dialog yang agak terhad. Barisan pelakon juga tak ada banyak ruang untuk berekspresi lebih dalam ruang yang diberikan sepanjang 94 minit tayangan. Sayang lah sebab tak ada dialog yang guna kekuatan magis luck clover dalam filem ni. Tak ada pun unsur-unsur atau budaya Ireland dimasukkan dalam perbualan beberapa watak walhal dah guna latar tempat yang kuat. 


Tapi menariknya filem romantik komedi tayangan rasmi Netflix ni mendapat olahan yang dan sentuhan yang bagus dari Janeen Damian. Dari awal cerita lagi dah nampak pengarah drop hints kenapa Maddie bukan pasangan yang sesuai untuk Paul Kennedy. Walaupun kedua-duanya selesa bekerja bersama tapi sebenarnya Maddie yang banyak mengalah dan berkompromi supaya hasil jadi bagus. 

Bila munculnya watak James, secara perlahan Maddie dapat hidup tenang, yakin dan jumpa semangat juga motivasi untuk hidup berdikari tanpa perlu bergantung pada nama penulis terkenal. Masa tengok Irish Wish ni rasa rimas bila Maddie dengan Paul dalam satu babak yang sama. Relationship tu tak seimbang walaupun hajat Maddie tercapai tapi bila Maddie dengan James, semuanya nampak manis, tenang dan selesa. I mean, that’s what you need in a relationship kan? Ketenangan. 


Watak Paul dengan Emma memang secocok sebagai life partner sebab sama-sama toksik dan opportunist, ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bukan setakat Paul tapi Emma dengan Heather pun bukan kawan yang baik untuk Maddie. Tak pasti macam mana diorang start berkawan sebab tak ada back story tentang trio ni. 

Tak faham juga kenapa Maddie boleh rasa insecure dan terjebak dengan circle macam tu sedangkan Rosemary adalah watak ibu yang bagus. Wanita berkarisma dan berjaya dalam karier. Nak kata sibuk sangat pun tak sebab dia selalu on call dengan Maddie even Maddie lega bila tahu Rosemary nak datang ke Ireland untuk majlis kahwin dia. 


But anyway, Irish wish is a light romantic comedy movie. Good to watch though got nothing much to offer. Glad Linsay is back to Hollywood with this type of genre since Hollywood currently on equal par with Bollywood, which has slowly ignored rom-com when both of the industries was once at peak with this genre. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Movie Review | Midnight FM (2010)


Director: Kim Sang-man
Writers: Kim Sang-man, Kim Hwi
Cast: Soo Ae, Yoo Ji-tae
Production Companies: Weekend Cinema, Hong Film
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 106 minutes
Release Date: 14 October 2010
Trailer :


Midnight FM mengisahkan tentang Ko Sun-young (Soo Ae) yang popular sebagai DJ radio untuk slot tengah malam. Walaupun mempunyai ramai peminat kerana suaranya yang lunak merdu dan cara dia menyampaikan cerita, Sun-young ingin bersara dan berpindah ke Amerika untuk rawatan anak perempuannya, Ko Eun-soo (Lee Joon-ha). 

Pada hari terakhir dia bertugas, Sun-young menerima panggilan dari Dong-su (Yoo Ji-tae) yang mengugut Sun-young untuk mainkan lagu yang telah difaks pada hari sebelumnya. Malangnya faks tersebut diterima oleh bos dia dan enggan melayan permintaan tersebut. Akibatnya, Dong-su mencederakan Ah-young (Shin Da-eun), adik perempuan Sun-young yang menawarkan diri untuk menjaga anak perempuan Sun-young. 


Sun-young meminta bantuan pihak polis namun usaha untuk menyelamatkan ahli keluarganya sia-sia kerana dua orang polis yang dihantar telah pun dibunuh dengan kejam oleh Dong-su. Cara yang tinggal hanya ikut saja permintaan Dong-su yang mengaku peminat setia kepada Sun-young sejak bertahun lamanya. 

Filem Midnight FM arahan serta penulisan Kim Sang-man yang ditayangkan secara perdana di Hawaii International Film Festival 2010, Brussels International Fantastic Film Festival 2010 dan Asian Film Festival of Dallas 2010 menggunakan tema pembunuh bersiri yang mempunyai masalah psikologi di mana berhalusinasi lantas mengangkat diri sebagai hero jalanan. 


Watak Dong-su dalam filem ni tersuntik semangat melalui kata-kata Ko Sun-young ketika menceritakan tentang hero idamannya yang membersihkan dosa jalanan terutamanya pelacur di bandar Seoul. Ramai perempuan menjadi mangsa Dong-su hanya kerana dia ingin mencipta fantasi supaya diiktiraf oleh Ko Sun-young sejak keluar dari penjara. 

Lakonan Soo Ae sebagai Sun-young yang keras hati dan berdedikasi dalam kariernya dipaparkan dengan cemerlang. Semua perasaan takut, gerun, sedih dan geram digambarkan dengan ekspresi yang tepat buatkan babak genting terasa mendebarkan. Kalau first half Midnight FM kita berdebar tengok Sun-young cari jalan selamatkan anak dan adik dia dari Dong-su tanpa pengetahuan sesiapa di konti tersebut, second half pula aksi kejar-mengejar antara Sun-young dengan Dong-su di luar konti. 


Tapi ada masanya geram juga dengan watak Sun-young yang berkasar dengan peminat dia, Son Deok-tae (Ma Dong-seok) yang hadir ke konti untuk jumpa dia buat kali terakhir. Walaupun banyak kali Deok-tae tolong dia, Sun-young tetap berkasar macam ada dendam lama. Watak Deok-tae digambarkan seperti sasaeng tapi dia punya karakter macam down syndrome. Kalau dia sasaeng, boleh faham lah kenapa Sun-young menyampah tapi kalau down syndrome, nampak jahat lah watak utama dalam filem ni. 

Penceritaan Midnight FM agak perlahan, mungkin untuk hidupkan rasa seram dan saspen terutamanya untuk babak Dong-su cari Eun-soo di rumah. Watak Eun-soo nampak bijak pada awalnya tapi bila Sun-young suruh sembunyi dalam almari, I rasa macam mehhhh sebab senang sangat kantoi. Walaupun Soo Ae menang anugerah dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Blue Dragon Film Awards 2010 tapi watak Sun-young bukan watak protagonis kegemaran lah. 


Sinematografi dari Kim Tae-gyeong banyak menggunakan close-up shot untuk paparkan ekspresi muka barisan pelakon baik utama ataupun sampingan kerana kebanyakan masanya lebih terarah pada ekspresi dan bahasa badan. Dialog yang digunakan terhad walaupun untuk watak sampingan yang perlu jelaskan situasi kepada penonton macam pihak polis, detektif, pembantu Sun-young ataupun bos dia yang baru pulang dari tempat pembunuhan pekerja bawahan dia. 

Filem Midnight FM ada elemen saspen dan thriller untuk naskhah crime thriller sepertimana dijanjikan oleh pengarah tapi kalau sembang secara logik, banyak babak yang menyakitkan hati walhal bermain dengan nyawa manusia lain. Permintaan Dong-su mudah sangat, mainkan lagu yang dia nak tapi Sun-young, boss dia dan produser semua gagal nak faham. Kalau jadi lawyer Sun-young pun susah nak defend client macam ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10

Movie Review | Damsel (2024)


Director: Juan Carlos Fresnadillo 
Writer: Dan Mazeau
Cast: Millie Bobby Brown, Ray Winstone, Nick Robinson, Shohreh Aghdashloo, Angela Bassett, Robin Wright
Production Company: Roth/Kirschenbaum Films
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy / Action / Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 08 March 2024
Trailer :


Projek terbaru Millie Bobby Brown berjudul Damsel arahan Juan Carlos Fresnadillo berlatarkan zaman purba di mana Puteri Elodie (Millie Bobby Brown) dijodohkan dengan Putera Henry (Nick Robinson) dari Kerajaan Aurea. 

Elodie tidak mempunyai angan-angan untuk fairytale wedding dan perkahwinan tersebut bersifat kepentingan kerajaannya semata apabila mereka memerlukan duit untuk memastikan kelansungan hidup rakyatnya. Dalam perjalanan ke Aurea, mereka disambut dengan arca naga yang terletak di pesisir laut. 

Tak ambil masa yang lama juga untuk Elodie jatuh suka dengan peribadi Henry yang kacak dan baik hati. Semakin mereka berbual, semakin Elodie yakin dia buat keputusan yang tepat untuk berkahwin walaupun majlis perkahwinan mereka serba sederhana. Ibu tirinya, Lady Bayford (Angela Bassett) cuba untuk nasihat Elodie supaya fikir masak-masak kerana dia tak dilayan dengan baik oleh Permaisuri Isabelle (Robin Wright). Tapi dengan cepat Lord Bayford (Ray Winstone) menegah kerana mereka sangat memerlukan duit hantaran dari Aurea. 

Majlis perkahwinan Elodie dan Henry berjalan seperti yang dirancang kemudiannya Elodie dibawa naik ke atas gunung batu untuk ritual Aurea. Di sana darah Elodie diiktiraf sebagai darah diraja kemudiannya Elodie dicampak masuk ke dalam gaung untuk dijadikan korban kepada naga (Shohreh Aghdashloo). 

‘There are many stories about chivalry where the heroic knight saves the damsel in distress. This is not one of them.’ - Elodie

Naskhah Damsel mempunyai kekuatan tersendiri melalui sinematografi yang dipaparkan menerusi lensa Larry Fong. Kebanyakan babak menggunakan panorama alam semulajadi seperti laut, gunung-ganang, kawasan hutan dan banyak lagi. Walaupun tak banyak kawasan istana yang dipaparkan dalam Damsel tapi cukup untuk menjadi salah satu latar tempat yang menarik buat momen romantik antara Puteri Elodie dan Putera Henry. 

Separuh masa kedua agak terbatas sebab watak Elodie bertarung dengan naga di dalam gua yang sempit dan gelap. Boleh kata keadaan di bawah tu bergantung dengan penggunaan CGI. Baik naga, ulat ajaib ataupun laluan kristal tampak meyakinkan untuk penceritaan Damsel yang bersifat fantasi. 

Alur cerita Damsel tampak menarik dan mendebarkan setiap kali naga cuba menyerang Elodie dalam gua untuk dijadikan korban. Idea untuk filem ni segar dan unik tapi ada kekurangannya bila plot tak dikembangkan dengan baik. Watak yang dimasukkan tak lah banyak tapi hampir kebanyakan watak tak cukup kuat untuk kita kenal dan ambil peduli. 

Macam watak Lord Bayford yang sanggup kahwinkan anak perempuan dia semata untuk selamatkan rakyat. Dari perspektif cerita ni mungkin keputusan dia nampak mulia tapi hakikatnya, dia yang nak kekal berkuasa. Jadi apa kurangnya dia dengan Permaisuri Isabelle yang korbankan ramai puteri supaya hutang keluarga dia langsai? 

Watak Putery Henry pula terbatas dan mengelirukan sebab dia sanggup berkahwin dengan seberapa ramai puteri yang terima lamaran Kerajaan Aurea. Dekat awal nampak dia macam terpaksa ikut arahan Permaisuri Isabelle tapi dekat hujung dia tak berganjak bila Elodie bagi amaran. Lakonan Nick tak membantu jelaskan screenplay untuk perasaan dia masa tu. Rasa bersalah? Takut? Redha? Entah, tak jelas. 

Editing filem Damsel memburukkan lagi keadaan sebab back story dah dijelaskan pada awal cerita jadi kita dah hilang elemen saspen. Plot utama pun dah diceritakan dalam trailer, ending pun dah boleh dijangka dari poster. Jadi apa yang tinggal dalam filem Damsel? Lakonan Millie Bobby Brown sebagai puteri yang tahan lasak dan berjiwa kental. 

Pertaruhan yang berani dari Netflix bila Millie adalah heroin untuk franchise series Stranger Things (2016) juga franchise Enola Holmes (2020) tapi penonton perlukan lebih dari itu untuk sesebuah cerita bergerak dengan cemerlang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Movie Review | Mohon Doa Restu (2023)


Pengarah: Ody C. Harahap
Penulis Skrip: Yayu Yuliani, Cassandra P. Cameron
Pelakon: Jefri Nichol, Syifa Hadju, Cut Mini, Sarah Sechan, Kiki Narendra 
Syarikat Produksi: Screenplay Films, Rapi Films, IFI Sinema
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2023
Trailer:


Widi (Cut Mini) dan teman baiknya, Ira (Sarah Sechan) masing-masing tidak berkenan dengan pasangan anak-anak mereka. Sedang mereka mengeluh tentang calon menantu, mereka dapat idea menarik di mana mereka berdua menjadi besan. Satya (Jefri Nichol) dan Mel (Syifa Hadju) tak ada masalah dengan idea tersebut kerana mereka juga sudah kenal sejak kecil. 

Widi dan suaminya Arief (Kiki Narendra) senang melihat anak perempuan mereka berkahwin secepatnya lantas memberi masa kepada Satya untuk meminang dalam masa 3 bulan. Ira pula buat keputusan untuk pindah saja di hadapan rumah Widi alang-alang anak mereka bakal berkahwin, apa salahnya tinggal berdekatan. 




Semuanya nampak indah dan bahagia pada awalnya namun Mel merasa terbeban kerana semuanya agak terburu-buru. Bahkan dia juga tak sempat kenal Satya dengan sebaiknya, apatah lagi dia baru saja putus cinta. Majlis perkahwinan idamannya juga musnah bila Widi dan Ira aturkan semuanya tanpa berbincang dahulu dengan Mel dan Satya. 

Bila Mel harapkan Satya untuk pertahankan majlis mereka, lelaki tersebut hanya menurut sahaja kata-kata ibunya seperti lembu dicucuk hidung. Akibatnya Mel minta supaya perkahwinan tersebut dibatalkan saja. 


Kalau ada yang fikir filem Mohon Doa Restu arahan Ody C. Harahap mengetengahkan Jefri Nichol dan Syifa Hadju sebagai watak utama, salah sama sekali sebab watak utamanya adalah dua ibu yang seronok bakal berbesan. Dari awal hingga ke pertengahan cerita seronok tengok perasaan excited dan keletah mereka berdua supaya Satya dan Mel berkahwin. 

Kekuatan Mohon Doa Restu semestinya terletak pada dinamik Cut Mini dan Sarah Sechan yang berkawan rapat sejak zaman muda lagi. Disebabkan karakter mereka yang extrovert, anak-anak jadi introvert dan lebih banyak menurut saja. Tapi bila kedua-duanya langar boundaries dan privacy, mula tercetus lah konflik dan drama antara dua orang sahabat baik dan juga dua keluarga. 


Tak ada masalah dengan lakonan Jefri Nichol dan Syifa Hadju kerana watak mereka juga tak banyak dikembangkan sebagai pasangan muda yang bakal berkahwin mengikut aturan keluarga. Sayangnya tak mudah untuk kita masuk dalam dunia mereka walaupun ada momen yang sweet dan romantik sebab chemistry tak ada. Watak Mel juga menjengkelkan sampaikan konflik yang dibawa masuk rasa terpaksa. Orang Kedah kata saja buat teruk. 

Tu belum masuk watak sampingan Astrid (Dea Panendra), kawan baik Mel yang sentiasa mabuk. Mungkin watak dia dibawa masuk untuk kuatkan elemen komedi tapi sepanjang masa belum ada satu momen pun yang dia berjaya hadirkan rasa kelakar tu. Pelik tengok dia menari kucing dekat tepi sofa sedangkan Widi, Ira, Satya dan Mel tengah berbincang perkara serius. 


Sama juga dengan watak Arief yang sepatutnya jadi watak yang sedarkan Mel tentang perkahwinan tapi timing tu tak kena. Solusi yang dia tawarkan pun makin mengelirukan jalan cerita. Sudahnya dekat second half tu layan untuk tahu ending sahaja. Ada lah momen yang menarik dalam filem ni tapi perjalanan tu tak seronok. Bila tengok ending pun macam stress juga lah sebab membazir. 

Sinematografi yang dibawakan oleh Muhammad Firdaus menguatkan filem komedi dua buah keluarga lantas diperkukuhkan lagi dengan music score oleh Ricky Lionardi menjadikan filem Mohon Doa Restu santai untuk ditonton bersama keluarga. 


Andai saja penulis fokus pada konflik ibu-ibu yang lebih sudu dari kuah sampai merosakkkan hubungan Satya dan Mel, mungkin lebih seronok untuk ditonton. Dialog yang diberikan oleh watak Widi dan Ira juga sudah cukup menghiburkan untuk filem Mohon Doa Restu. Sayang lah penulis masukkan terlampau banyak drama sedangkan filem ni boleh bergerak dengan satu konflik sahaja. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Memburu Sticker Treasure Hunt

Wednesday 20 March 2024

Sebelum puasa haritu cari barang office kejap dekat Lotus Mutiara Damansara sebab stok dekat Lotus Ara Damansara dah banyak habis. Dah settle dekat situ singgah kejap dekat Home Pro sebab nak cari baldi besar. 

Masa masuk dekat main entrance terdengar announcement staff dekat situ bagitahu ada peraduan tengah berlangsung. Home Pro dah sembunyikan sticker Treasure Hunt jadi sesiapa yang terjumpa boleh menang hadiah lumayan. 

Awal tu macam ignore je sebab nak singgah cari satu item je kan tiba-tiba rasa nak belek jugak kot-kot lah ada walaupun tahu tangan ni tak pernah ada ong. Masa buat pengumuman tu dia tak tunjuk pun bentuk atau rupa sticker Treasure Hunt tu macam mana. Bila tengok dekat semua shelf nampak lah sticker bear ni dekat beberapa tag harga barang dekat situ. Ada yang obvious macam ni, ada yang tersorok nampak kepala atau telinga maskot Home Pro je. 



Dari satu shelf, membawa ke section yang lain. Ada warna biru, warna hijau, putih dengan merah jambu. Sakan lah kitorang kumpul sticker tu. Mana yang tinggi je kitorang tak ambik sebab tak sampai. Adik sampai terpele'ot nak dapat hadiah punya pasal. 



Banyak lah kitorang kumpul sampai tak cukup genggaman tangan tu. Lepas dah puas hati, dah scan semua tempat, dah kumpul sticker banyak gila baru pergi ke kaunter Customer Service untuk redeem hadiah. Dalam kepala dah berangan boleh dapat air fryer tak pun vacuum cleaner. Dapat TV pun masyuk jugak. 

Sekali bila pergi dekat kaunter, dia kata tu bukan sticker Treasure Hunt yang dimaksudkan. Lahhhhh penat je kutip sampai satu jam dekat dalam tu rupanya salah sticker. Kitorang pun berlalu pergi dengan pengajaran hidup yang mengecewakan hshshs

Tak tahu lah sticker maskot Home Pro ni untuk apa, mungkin untuk restock barang dekat dalam kedai kot. Kesian lah staff yang kena masukkan balik tag ni. I mampu minta maaf je lah. 

Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan

Monday 18 March 2024

Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan | MyKasih, MYDIN dan Mondelēz International (Malaysia) jalin usahasama untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang memerlukan

Bantuan makanan dan barangan keperluan asas disifatkan sebagai sumbangan yang bermakna ketika bulan Ramadan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang kian dirasai oleh keluarga-keluarga daripada komuniti kurang berkemampuan.

Suryana, 47 yang merupakan ibu tunggal dari Bachok, Kelantan berkongsi kesyukuran atas bantuan yang diterima. Katanya, “Untuk menampung empat orang anak, termasuk seorang yang berkeperluan khas, bukanlah tugas yang mudah. Saya berasa amat bertuah kerana mendapat dipilih untuk menerima bantuan pembelian barangan runcit yang dapat meringankan beban keluarga saya. Walaupun dalam saat-saat yang paling sukar, wujudnya sinar harapan dan belas ihsan orang lain yang menyemarakkan semangat kami.”

Suryana ialah salah seorang penerima bantuan daripada program penglibatan komuniti Mondelēz Prihatin (#MDLZPrihatin). Program ini merupakan usahasama antara pengeluar jenama snek global dan tempatan ikonik, Mondelēz International, Malaysia (Mondelēz) dan organisasi tidak berasaskan keuntungan, MyKasih Foundation dalam satu inisiatif jangka panjang bagi menyokong dan memperkasakan keluarga yang memerlukan.

Program ini bermula dengan pengagihan tunai bantuan makanan kepada 100 keluarga B40 di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenalpasti oleh MyKasih. Setiap keluarga menerima sejumlah wang yang disalurkan ke dalam MyKad mereka untuk membeli bahan makanan asas menjelang musim Ramadan ini. Program itu dilancarkan menerusi satu sesi lawatan dan penglibatan komuniti di pasar raya besar MYDIN Kota Bharu, di mana waris dan ahli keluarga mereka dijemput untuk membeli barangan keperluan asas dengan bantuan yang disediakan.

“Kami melaksanakan matlamat syarikat iaitu ‘Snacking Made Right’ melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang dianjurkan oleh syarikat dan jenama-jenama kami. Kami komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti di mana kami beroperasi, dan telah terlibat dalam pelbagai inisiatif amal untuk menjana impak ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan. #MDLZPrihatin mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan,” kata Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan untuk Malaysia dan Singapura, MondelÄ“z International.

Selain menawarkan snek yang betul pada detik yang sesuai, kami didorong prinsip kami untuk berbuat baik terhadap komuniti di mana kami tinggal, bekerja dan memberi impak. Bermula daripada bantuan sederhana ini, semoga tindakan kolektif kami bersama MyKasih dapat membawa perubahan bermakna kepada kehidupan keluarga-keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan,” tambah beliau.

Turut melafazkan kesyukuran ialah Khairul, 42, seorang ayah dan penyara tunggal bagi dua cahaya mata. Ketika merenung cabaran hidupnya, beliau berkata, “Cabaran mengimbangi keperluan keluarga saya merupakan sesuatu yang berterusan. Bahkan kadang-kala, kami terpaksa mengorbankan makan untuk berjimat cermat. Jadi, bantuan yang diberikan ini telah menjadi talian hayat yang meringankan beban saya dan memastikan keluarga saya mempunyai makanan di atas meja. Saya amat menghargai MondelÄ“z Malaysia atas sokongan ini yang telah membawa kelegaan besar kepada kehidupan kami.”

Pengerusi dan Pengasas Bersama MyKasih Foundation, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, melahirkan penghargaan tinggi terhadap kerjasama itu. “Kami amat menghargai kemurahan hati dan komitmen MondelÄ“z Malaysia. Hari ini, kemiskinan kekal menjadi realiti bagi ramai keluarga dalam komuniti kami yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Justeru, menerusi #MDLZPrihatin, kami berhasrat bukan hanya untuk menyalurkan bantuan segera tetapi juga menyemarakkan sinar harapan dan daya tahan dalam komuniti ini,” demikian kata beliau.

Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih telah giat membantu keluarga berpendapatan rendah. Ia telah menghulurkan bantuan kepada lebih 750,000 keluarga di Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sokongan pendidikan, dan latihan kemahiran.

Menerusi program itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2024. Ia termasuk rancangan untuk melebarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memanfaatkan kepakaran dan bimbingan daripada MyKasih.

Sejak bertapak di Malaysia pada 1905, kami telah menghasilkan makanan ringan dan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia sehingga hari ini. Mondelēz International (Malaysia) mempunyai dua kemudahan pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor, serta Prai, Pulau Pinang. Selama ini, Mondelēz telah melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasa dan menaik taraf komuniti dengan pelbagai cara.

Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, MondelÄ“z telah melancarkan inisiatif ‘Flags of Generosity’ sebagai tindak balas kepada gerakan Bendera Putih. Menerusi kempen itu, bendera ungu telah diedarkan kepada rakyat Malaysia, yang boleh dikibar sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan bekalan berlebihan, yang kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga-keluarga memerlukan. Sejak menjalinkan kerjasama dengan National Food Aid Foundation pada 2018, MondelÄ“z telah menyumbangkan produk berjumlah lebih RM4 juta untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

Movie Review | Madame Web (2024)

Sunday 17 March 2024


Director: S. J. Clarkson
Writers: Kerem Sanga, Matt Sazama, Burk Sharpless, Claire Parker, S. J. Clarkson
Cast: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Isabela Merced, Celeste O'Connor, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Production Companies: Columbia Pictures, Di Bonaventura Pictures, Marvel Entertainment, TSG Entertainment
Distributor: Sony Pictures Releasing
Genre: Superhero
Running Time: 116 minutes
Release Dates: 12 February 2024 (Regency Village Theatre), 14 February 2024 (United States)
Trailer :


Kisah bermula dengan babak ekspedisi Constance Webb (Kerry Bishé) yang ingin mencari sejenis labah-labah yang mempunyai kebolehan untuk merawat. Constance ditemani oleh Ezekiel Sims (Tahar Rahim) sebagai penjaga ekspedisi di hutan Amazon, Peru. Kerana tamak, Ezekiel bunuh semua yang terlibat dalam ekspedisi tersebut termasuklah Constance setelah labah-labah yang dicari berjaya dijumpai. Constance sempat melahirkan anaknya, Cassandra Webb sebelum meninggal dunia dengan bantuan orang hutan. 

30 tahun kemudian, Cassandra bekerja sebagai paramedik di kota New York bersama rakan sekerjanya, Ben Parker (Adam Scott). Dalam operasi menyelamatkan mangsa kemalangan, Cassandra terjatuh dalam laut dan hampir mati namun berjaya diselamatkan oleh Ben. Selepas insiden tersebut, Cassie mula mengalami perkara aneh di mana dia mendapat bayangan tentang masa depan dan kebanyakannya adalah tragedi yang akan berlaku terhadap orang sekelilingnya. 


Awalnya Cassie menganggap perkara tersebut cuma déjà vu ketika berlaku di majlis baby shower Mary Parker (Emma Roberts) tapi setelah rakan sekerjanya meninggal seperti yang digambarkan dalam bayangan tersebut, Cassie tak boleh ambil ringan apabila mendapat bayangan tentang tiga orang remaja perempuan yang akan dibunuh oleh seorang lelaki dalam suit hitam. 

Anehnya, tiga orang remaja tersebut - Julia Cornwall (Sydney Sweeney), Anya Corazon (Isabela Merced) dan Mattie Franklin (Celeste O'Connor) pernah berjumpa dengan Cassie sebelum ini. Cassie mengambil keputusan untuk pergi ke Amazon untuk mencari tahu tentang keadaan dirinya dan pertalian lelaki misteri tersebut. 


Naskhah Madame Web arahan S. J. Clarkson adalah installment keempat dalam Sony's Spider-Man Universe (SSU) selepas Venom (2018), Venom: Let There Be Carnage (2021) dan Morbius (2022). Installment pertama untuk SSU di mana mempunyai watak wanita sebagai superheroes dan peran utama sepanjang 116 minit. 

Lakonan Dakota Johnson sebagai Cassie yang hidup sendirian dan tak pernah mendapat kasih sayang ibu sejak kecil tampak bagus. Dinamik yang kuat juga bila Dakota berkongsi screentime dengan Adam Scott sebab karakter yang chill dan kelakar, pairing tu nampak balance sebab tak semua babak Dakota mampu portray watak Cassie sebaiknya. 


Kalau personaliti Spiderman lebih relaks, spontan dan kelakar, berbeza dengan Madame Web yang serius dan sering teragak-agak untuk ke hadapan. It's a completely different experience when watching this movie. I tengok tanpa expectation sebab banyak dah negative review even masa Dakota promote filem Madame Web pun dia banyak roast filem ni. Tapi filem ni not bad lah untuk layan sebab seronok juga tengok perkembangan Cassie dari manusia biasa berubah kepada superhero. 

Kenapa I cakap pasal Spiderman bila sembang pasal Madame Web adalah sebab pertalian antara Cassandra Web dengan Ben Parker. Tak pasti lah kalau in future akan ada pertemuan antara Madame Web dengan Spiderman ataupun tidak memandangkan filem ni gagal mencuri perhatian sebab dalam komik Madame Web yang banyak membantu Spiderman dan Spider-woman nanti. Yang pastinya dalam filem ni, Cassie yang bantu Mary Parker lahirkan Peter Parker dengan selamat gara-gara bayangan yang dia dapat. 


Tak tahu kenapa barisan penulis Madame Web tak guna material utama iaitu pertalian Madame Web dengan Spiderman untuk filem ni tapi bergerak sebagai spin-off. You guys have something so powerful and strong to begin with. Dakota pun bagitahu skrip asal ada babak Madame Web berjumpa dengan The Amazing Spiderman tapi skrip kena rombak banyak. Jalan cerita Madame Web bergerak sebagai jalan cerita tipikal superhero dengan dialog dan watak antagonis yang lemah.

Sinematografi dari Mauro Fiore dan music score yang dimasukkan dalam Madame Web menjadi tarikan utama naskhah tayangan Sony Pictures Releasing. Tak ada perbezaan antara bayangan yang Cassie dapat dan dunia sebenar sekaligus buatkan kita faham kekeliruan dan perasaan rimas dan helpless yang dialami Cassie. 


Walaupun masa depan Madame Web tak terjamin lagi tapi I enjoy juga layan filem yang mengangkat realiti sebenar kehidupan paramedik di kotaraya. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Movie Review | Budak Flat (2023)


Pengarah: Eugene Lim, Woo Ming Jin, Faizal Ishak 
Penulis Skrip: Nazri Vovinski, June Tan
Pelakon: Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, A.R. Badul, Ku Faridah, Razak Ahmad, Aaron Aziz, Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Azri Sabri, Deen Maidin, Syanie Hisham, Li Yang Tan
Syarikat Produksi: Skop Productions, Jazzy Pictures, SECTION 5
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 16 November 2023
Trailer:


Budak Flat mengisahkan persengketaan antara dua beradik – Aman (Zahiril Adzim) dan abangnya, Riz (Pablo Amirul). Di flat tersebut, mereka dijaga oleh Chief (Deen Maidin) yang bukan saja bertindak sebagai ketua malah menghasilkan dadah di makmal kepunyaannya. Hasil jualan dadah menggunakan formula ciptaannya banyak membantu penduduk di situ. Ada yang membantu Chief seperti Mak Pidah (Syanie) dan ada juga yang mengecam seperti Mak Leha (Ku Faridah) namun tidak menghalang sepenuhnya. 

Aman baru sahaja keluar dari penjara dan mengetuai gang yang menjalankan bisnes haram seperti seludup dan menjual barangan ciplak. Sementara Riz pula ketua kepada gang yang lainnya dan juga tokan dadah kepunyaan Chief. Mereka berdua berlainan prinsip dan sering bertelagah tambahan pula selepas Jojo (Nabila Huda) yang dahulunya bercinta dengan Aman buat keputusan untuk kahwin dengan Riz. 


Konflik berlaku apabila Aman dituduh membunuh Chief kerana ingin merampas kuasa lalu Boss X (Aaron Aziz) mencadangkan agar Aman cari pembunuh sebenar jika betul dia tak bersalah. Jika dia gagal bawa bukti dalam masa 10 hari, Aman perlu bekerja dengan Riz selamanya. Satu hal yang tak mungkin akan berlaku dalam hidup Aman iaitu tunduk dengan arahan abangnya. 

Naskhah aksi thriller arahan pengarah trio - Eugene Lim, Woo Ming Jin dan Faizal Ishak memaparkan sisi gelap di rumah pangsapuri yang terletak di kotaraya. Sesuatu yang unik, segar dan mengejutkan bila production team berani ketengahkan suasana kehidupan penduduk flat. Sebelum ni kalau berlatarkan dunia gelap atau gangster mesti berlatarkan Kampung Baru tapi kali ni penulis keluar dari dunia tipikal tersebut. Siapa sangka penduduk flat guna duit haram untuk jaga kawasan tersebut sampai ada makmal dadah sendiri. 


Dalam filem ni ada ramai barisan pelakon untuk membawakan watak-watak yang wujud di kawasan rumah flat tersebut tapi tak susah pun untuk semua watak yang ada melekat dalam kepala. Mungkin sebab masing-masing berjaya deliver sampai meninggalkan impak yang kuat walaupun ruang yang diberikan agak terhad. 

Lagu tema berjudul Budak Flat dari Aman Ra mengukuhkan sinergi bersama sinematografi yang memaparkan realiti kehidupan di kawasan pangsapuri. Lif selalu rosak, terputus bekalan air atau baju yang tersangkut di piring Astro antara props dan latar yang tepat. 


Walaupun I suka dengan kualiti teknikal yang ada tapi jalan cerita filem Budak Flat terbitan Skop Productions macam mengelirukan juga sebab penduduk flat tak kisah ada makmal dadah atau urusan jual-beli sama ada secara tertutup atau terbuka di flat tersebut. Kalau betul pun hasil jualan dadah tu banyak membantu komuniti di situ, kenapa masalah lif dan air tak mampu dibendung? Nak kata komuniti dekat situ hidup mewah dan selesa pun tak juga, ada yang berantakan gara-gara dadah. 

Personally, I tak suka babak klimaks sehingga ke penghujung cerita sebab dari genre thriller tiba-tiba bertukar kepada drama. Itupun elemen drama tak buatkan kita beremosi sebab pengarah terus drop out watak dan babak tu. Tiba-tiba semua dah semangat nak berperang dan untuk babak tu juga mungkin akan muncul sekuel kepada filem Budak Flat sebab nak bertarung dengan musuh lebih besar. 


Plot tercetusnya konflik tu pun macam ehhh juga lah sebab kenapa Riz beria nak tuduh Aman bunuh Chief sebab nak rebut kuasa sedangkan Chief memang nak Aman jadi ketua pun. Betul lah Sotong (Balan Kash) cakap yang Riz ni akal cetek. Benda mudah pun tak boleh nak hadam. 

'Orang nak kau jadi ketua, kau taknak. Kalau flat kita ni ada ketua, takde lah kita pecah-belah. Ini tak, asyik bergaduh je.' - Chief


Anyway, Budak Flat is a good watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Movie Review | Merry Christmas (2024)

Monday 11 March 2024


Director: Sriram Raghavan
Writers: Sriram Raghavan, Arijit Biswas, Tamojit Das, Pooja Ladha Surti, Anukriti Pandey
Cast: Katrina Kaif, Vijay Sethupathi, Sanjay Kapoor
Production Companies: Tips Films, Matchbox Pictures
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, UFO Moviez (Hindi), Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 144 minutes
Release Date: 12 January 2024
Trailer:


Berlatarkan kota Bombay pada tahun 1980, Albert (Vijay Sethupathi) pulang semula ke rumahnya setelah 7 tahun berhijrah ke Dubai dan bekerja sebagai arkitek di sana. Jirannya (Tinnu Anand) memberitahu ibu Albert meninggal dengan mudah dan tenang, upacara pengebumian ibunya juga berjalan lancar. 

Pada malam menjelang Krismas, Albert pergi ke sebuah bar dan bertemu dengan Maria (Katrina Kaif) dan anak perempuannya, Annie (Pari Maheshwari Sharma) yang bisu selektif. Albert dan Maria kemudiannya pergi menonton filem The Adventure of Pinocchio bersama-sama. Gara-gara Annie tertidur semasa menontonfilem tersebut, Albert temankan Maria pulang ke apartmennya. 


Sementara menunggu Maria letak Annie di katil, Albert melihat-lihat kawasan ruang tamu apartment Maria yang kelihatan kemas dan rapi. Albert gantung hiasan sangkar burung di pokok Krismas Maria sebagai hadiah perkenalan mereka pada malam tersebut. Maria muncul dan mengajak Albert keluar bersiar-siar di luar. 

Dari perbualan mereka Albert dapat tahu Maria mempunyai suami yang baran bernama Jerome ( Luke Kenny) dan kerana perlakuan agresif suaminya, Annie mengalami trauma sehingga tidak mahu bercakap. Albert pula masih belum move on sejak putus cinta dengan kekasihnya, Rosie (Radhika Apte) yang merupakan isteri orang. Walaupun suka sama suka, Rosie tak rasa hubungan mereka boleh pergi jauh lalu pulang ke pangkuan suaminya. 


Sekembalinya mereka ke apartment Maria, Jerome kaku di kerusi kayu bersama pistol di tangan. Albert tak mahu menelefon polis kerana kisah silamnya. Apa rahsia yang disembunyikan oleh Albert, kena tengok lah dekat Netflix. 

Naskhah misteri thriller Merry Christmas, karya terbaru Sriram Raghavan merupakan adaptasi dari novel Perancis, karya nukilan Frederic Dard berjudul Le Monte-charge (Bird in Cage). Filem yang berlatarkan Hari Natal menggunakan sebaiknya suasana pada hari perayaan tersebut. Dengan berlatarkan kota Bombay pada tahun 1980-an, bandar tersebut tampak hidup dengan pelbagai latar budaya yang dipaparkan menerusi lensa Madhu Neelakandan. 


Personally, I ada expectation yang tinggi untuk Merry Christmas sebab filem Sriram sebelum ni, Andhadhun (2018) mempunyai jalan cerita yang unik dan segar, sarat juga dengan saspens dan teka-teki. Berbeza dengan Merry Christmas yang dibikin dalam pace yang perlahan, dialog yang minimal dan kurang menyengat penceritaannya. Tapi masih lagi seronok untuk ditonton sebab watak Maria dan albert sama-sama ada misteri tersendiri. Perbuatan masing-masing mengundang pertanyaan terutamanya selepas Jerome ditemui mati di apartment Maria. Bila masuk watak Ronnie (Sanjay Kapoor) yang miang, momentum Merry Christmas mula meningkat dan semakin menarik. 

Disebabkan Andhadhun juga, mata tak berhenti tengok hint yang disembunyikan oleh pengarah sama ada melalui pakaian yang dipakai oleh Maria ataupun props yang digunakan seperti swan origami ataupun lagu yang dipasang oleh Maria. 


Lakonan antara kekuatan utama dalam naskhah Merry Christmas di mana Vijay Sethupathi mendapat ruang yang banyak untuk melontarkan watak Albert yang cuba lari dari dosa silamnya. Fresh pairing bila Sriram pilih Katrina Kaif untuk melakonkan watak Maria yang tertarik dengan peribadi Albert. Chemistry Vijay dan Katrina tak lah kuat sangat tapi Sriram pandai sorok kelemahan tu dan hasilkan hubungan yang lebih natural. Music score dari Pritam makin menghangatkan lagi perasaan antara dua watak utama ni dengan lagu Raat Akheli Thi dendangan Arijit Singh. 



Kalau ikutkan, filem Merry Christmas ni mempunyai jalan cerita yang kuat sebab kalau dibikin dalam template romantic comedy pun menjadi. Walaupun dalam keadaan genting, bila Maria dapat tahu rahsia Albert, tergelak jugak tengok babak tu. Sama juga bila Maria endahkaan Albert bila Ronnie muncul hulurkan bantuan. 


Filem Merry Christmas mungkin bukan selera semua peminat filem atau penonton kasual tapi filem ni layak diberikan perhatian walaupun cuma sekali sahaja. Sesuatu yang lain dari kebiasaan dan percubaan berani dari Sriram Raghavan dan production team yang terlibat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Migration (2023)

Sunday 10 March 2024


Director: Benjamin Renner
Writers: Mike White, Benjamin Renner
Cast: Kumail Nanjiani, Elizabeth Banks, Keegan-Michael Key, Awkwafina, Danny DeVito
Production Companies: Universal Pictures, Illumination
Distributor: Universal Pictures
Genre: Comedy / Adventure
Running Time: 83 minutes
Release Date: 19 October 2023 (VIEW Conference), 22 December 2023 (United States)
Trailer:


Di sebuah tasik Moosehead, di sekitar New England, sebuah keluarga itik liar membuat persiapan untuk musim sejuk yang bakal tiba sementara sekumpulan itik yang lain berhijrah ke kawasan lain. Bagi Mack Mallard (Kumail Nanjiani), tak perlu berhijrah pun sebab belum tentu lagi keadaan tasik di tempat lain selamat dan selesa seperti di Moosehead. 

Isterinya, Pam (Elizabeth Banks) sudah lali dan biasa dengan sifat degil dan pendirian Mack yang beri pelbagai jenis alasan supaya mereka tinggal sahaja di situ. Tapi anak-anaknya, Dax (Caspar Jennings) dan Gwen (Tresi Gazal) teringin untuk keluar mengembara dan pergi ke Jamaica setelah mendengar cerita itik betina (Isabela Merced) yang menawan hati Dax.


Kerana tersentak dengan kata-kata dan keadaan Uncle Dan (Danny DeVito) yang menua dan bersendirian di tasik Moosehead, Mack beranikan diri menjadi ketua pengembaraan mereka sekeluarga ke Jamaica. Dalam perjalanan ke sana mereka berjumpa dengan burung merpati bernama Chump (Awkwafina) dan membawa mereka berjumpa dengan Delroy (Keegan-Michael Key), burung kakak tua yang terperangkap dalam sangkar kepunyaan chef. 

‘He's like a predator, but instead of eating you, he serves you to a bunch of lazier predators.’ – Chump


Naskhah yang bertemakan pengembaraan arahan dan penulisan Benjamin Renner mengetengahkan sebuah keluarga itik yang belum pernah keluar dari tasik Moosehead sejak kecil hanya kerana ketakutan melampau seorang ketua. Plot utama Migration ringkas saja tapi yang buatkan filem ni menghiburkan bila karakter watak dan konflik yang dimasukkan sehingga ke hujung cerita. 

Watak Mack Mallard yang awalnya penakut mempunyai perkembangan yang paling banyak sebagai ketua keluarga. Sama juga seperti Dax yang mula menginjak remaja bilamana penghijrahan tersebut bukan saja membuka mata tentang dunia luar malah explore juga positive traits dalam diri dia. Watak Gwen dan Chump antara favorite characters dalam Migration sebab banyak kerenah dan kelakar. 


Memandangkan filem Migration bersifat family-oriented jadi perbualan yang dimasukkan lebih terjaga dan bersifat santai. Bukan setakat golongan kanak-kanak boleh layan filem ni tapi juga orang dewasa sebab sarat dengan pengajaran melalui mesej-mesej sosial yang dimasukkan. Watak utama dan sampingan tak banyak dalam Migration jadi mudah sangat untuk ingat watak dan personaliti masing-masing. 

Tapi mungkin tak semua dewasa boleh terima beberapa babak yang dimasukkan sebab manusia digambarkan sebagai jahat menerusi watak chef yang sembelih itik untuk dimakan padahal tak ada masalah pun kita makan binatang yang halal dimakan. Sama juga lah bila chef tu ambil stok daging itik tapi digambarkan sebagai pemangsa yang kejam padahal dia dah bayar untuk pastikan restoran dia cukup stok supaya pelanggan tak lari. 


Bila sembang pasal filem animasi, visual adalah elemen utama dan Illumination menggunakan penggunaan warna yang cantik dan memukau. Pelbagai jenis burung yang cantik buat cameo dalam filem ni, sambil kita tengok sambil belajar jenis-jenis burung dan kenapa mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. 

Kudos to production team sebab berjaya hidupkan kehidupan yang indah di Jamaica sepertimana diceritakan oleh Delroy pada separuh masa pertama. Filem Migration juga berlatarkan musim luruh jadi panorama hutan tampak memukau dengan kombinasi warna pada musim tersebut.  Musik latar hasil kerja komposer John Powell yang terkenal dengan filem Happy Feet mengukuhkan lagi suasana riang yang digambarkan sepanjang pengembaraan keluarga Mallard. 


Keseluruhannya Migration adalah sebuah naskhah yang santai, ringan untuk ditonton bersama keluarga di hujung minggu. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10