Terharu Dapat Disney Hotstar PR Kit Drama Soundtrack No. 1

Saturday 2 April 2022

Tak sangka langsung boleh dapat PR kit dari Disney Hotstar sebab jarang update review movie dekat Disney Hotstar. Yang banyak pun movie Hindustan itu pun masuk dekat Disney Hotstar India. Dekat Malaysia belum riki lagi movie atau drama apa yang famous. Tak tahu lah sebab rajin update review drama Korea ataupun sebab selalu update movie under Disney Hotstar. But whichever it is, wow I got it. 


Bulan Mac lepas dapat DM dekat Instagram dari Cassandra, PR Disney Hotstar bagitahu nak hantar something baked untuk meraikan tayangan drama baru, genre Romance Musical Drama berjudul Soundtrack No. 1 lakonan Park Hyung-sik dan Han So-hee. Of course I tak sempat nak tengok lagi sebab cadangnya nak biarkan drama tu habis running dulu then baru marathon layan sampai habis. 
Although I was told beforehand, Disney Hotstar nak hantar some baked goods, I tak expect pulak literally baked goods sebab masa tanya runner Lalamove tu dia kata ada kotak je. Kotak hitam dalam gambar dekat atas tu agak besar jugak. Cantik betul kotak hitam berbalut dengan reben hitam. Logo Disney Hotstar berkilau dari jauh sampai ada orang tegur masa I pegang kotak Disney tu

'Amoi ah, I bukan nak kepochi tau, tapi ni kotak Disney gimik je ke Disney betul-betul bagi?'
'Eh betul-betul bagi sebab ada drama Korea baru'
'Aiyooo cantik horr'


Bila buka dekat bahagian dalam ada kad dari Disney Hotstar cerita serba sedikit tentang drama Soundtrack No. 1 yang baru tayang dekat streaming platform Disney setiap hari Rabu bermula 23 Mac 2022. 

Part yang buat I macam awwww bila Disney tulis 'From your friends at Disney Hotstar'.


Dalam box dengan cover poster drama Soundtrack No. 1 tu ada kek coklat dengan lukisan watak Park Hyung-Sik dengan Han Sun-Woo. At first I ingatkan dalam box ni ada CD music album drama Soundtrack No. 1 rupanya kek coklat. Dia buat real sangat sampai I tak perasan lepastu tinggalkan dalam kereta since I was rushing nak pergi event. Bila balik rumah baru perasan tu kek sebab coklat dia mencair macam dalam gambar tu haha aigoooo T.T

Nasib baik lah kek dia masih sedap dimakan walaupun tak secantik yang Disney bagi awalnya. Sayang jugak nak makan sebab bukan senang nak dapat dan bukan selalu akan dapat. Faham tak perasaan tu? I simpan kenangan dekat blog dan galeri hp je lah. 


Berkenan betul dengan hand bouquet dia sebab setiap kuntum bunga tu dibuat dengan piano music sheets. I rasa semua not lagu tu lagu yang dicipta untuk drama soundtrack No. 1. Tak berani lah nak bukak setiap kuntum untuk pastikan betul ke tidak teori ni. Tangan I tak berseni untuk bentukkan balik jadi kuntum bunga ros cantik macam Disney Hotstar bagi ni. Yang I mampu, bergambar gedik cenggini je lah hehe.  

Anyway, terima kasih Disney Hotstar team sebab sudi hantar PR Kit Soundtrack No. 1 ❤️❤️

Penderaan  rumah  tangga  merupakan  tunjang  utama  kepada  penceritaan  siri  mini  terkini Astro  RIA  iaitu  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’.  Drama  yang  diterbitkan  oleh  Arisz  Ab. Rahman memaparkan  naratif  two  sides  to  every  story  mengenai  penderaan  domestik  yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita. 

Penceritaan menerusi 7 episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam.  Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya. Namun tanpa disedarinya, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi. 

Drama yang menyelit isu-isu rumah tangga yang begitu relevan di kalangan masyarakat kita serta merungkai isu penderaan terhadap suami yang jarang sekali menjadi topik penceritaan drama-drama mainstream mengangkat empat orang pelakon muda iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti  Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan. 

Drama  ‘Nusyuz  Berkiblat  Cinta’  akan  ditayangkan  pada  setiap  hari  Ahad,  jam  9.00  malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Norzeha Mohd Salleh 

Pengurus Saluran Astro Ria: 

“Apa jua bentuk kandungan yang ada di Astro, sudah pastinya kami  inginkan  kelainan  pada  penceritaannya.  Siri  mini  ‘Nusyuz Berkiblat  Cinta’  antara  drama  pertaruhan  di  Astro  RIA membawa  kisah  yang  jarang  sekali  menjadi  tumpuan masyarakat  kita  yakni  penderaan  terhadap  suami.  Penderaan dalam  sesebuah  rumah  tangga  seringkali  tertumpu  terhadap golongan wanita sebagai mangsa. Tetapi ada jua kisah di mana si suami menjadi mangsa penderaan.   

Selain daripada itu, keberanian penceritaan domestic violence di mana  lensa  ditumpukan  terhadap  hubungan  pasangan  suami isteri  yang  masing-masing  boleh  menjadi  mangsa  dan pemangsa penderaan.   Keberanian  yang  ditunjukkan  oleh  pengarah  serta  penerbit  harus  diberi  pujian  kerana membawa perspektif berlainan berbanding dengan drama-drama mahupun siri yang ada.   Oleh itu, tiada elemen cliché menerusi penceritaan ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’. 

Naratifnya bakal membuatkan  para  penonton  terkesan  dengan  jalan  cerita  dua  buah  rumah  tangga  yang sedang berkonflik, yang masing-masing ada mangsa serta pemangsa. Kisah seperti inilah yang kami carikan dan ingin menjadikan paparan untuk para penonton di platform kami. Kami berharap garapan serta lakonan hebat barisan pelakon muda yang ada mampu menarik minat lapisan-lapisan penonton baharu yang suka dicabar oleh penceritaan yang berani dan autentik.” 

Hadith Omar  

Pengarah Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ 

Terdapat banyak halangan untuk menghasilkan naskah ini. Antaranya adalah skrip yang masih dalam pembikinan ketika melakukan penggambaran kerana isu yang diketengahkan bukanlah isu biasa. Ia melibatkan fakta dan hukum.  

Selain itu, drama ini juga mencabar kreativiti saya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan pada bulan Ramadhan. Subjek yang dipaparkan juga bukanlah subjek kebiasaan atau boleh diambil lewa jadi saya juga perlu melakukan kajian dan banyak membaca mengenai alam perkahwinan.  

Drama ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai isu keganasan rumah tangga yang berlaku. Bukan sahaja keganasan terhadap wanita, tetapi juga penindasan terhadap kaum lelaki yang jarang diketengahkan. Drama ini juga mendidik penonton penderaan yang berlaku bukan sahaja melalui fizikal tetapi juga penderaan mental dan juga kata-kata lisan.

Drama ini diharap dapat memberikan pengajaran yang positif kepada penonton yang mengalami atau kenal sesiapa yang berada dalam situasi yang abusive supaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak dan mengambil langkah yang sepatutnya apabila berdepan dengan situasi sebegini. Drama inj juga diharap dapat menjelaskan lagi situasi dalam alam rumah tangga seperti apa yang dianggap pasangan yang nusyuz. Diharap drama ini dapat memberi manfaat dan pengajaran untuk semua yang menonton nanti.” 

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

1. Penggambaran dijalankan dalam masa 40 hari. Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. 

2. Penggambaran berjalan dengan lancar. Namun penelitian skrip amat dititikberatkan dengan kajian mendalam yang dilakukan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang turut melibatkan fakta keganasan rumah tangga serta hukum-hukum jika tersabit dengan kesalahan yang berkaitan.  Drama ini turut menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil.  

3. Lagu Mainan nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu tema utama untuk drama ini kerana liriknya yang sesuai dengan babak-babak yang dipaparkan dalam drama ini di mana watak utama Hawa lakonan Emma Maembong menjadikan perkahwinannya dengan Adam (Fikry Ibrahim) seperti satu permainan kehidupan. Lagu ini juga menyokong kisah Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang melayan Safiana lakonan Shaza Bae dengan dayus sekali. 

4. Drama ini diterajui pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim dan Emma Maembong. Turut didukung oleh pelakon yang semakin meningkat naik Nadhir Nasar dan Shaza Bae serta Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju, Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, Yaya Maembong dan ramai lagi. 

5. Chemistry di antara Fikry dan Emma terbentuk dengan mudah sekali kerana pengalaman serta sikap profesionalisme mereka. Emma mengakui wataknya kali ini agak sukar dan berat tetapi dia menyahut cabaran untuk menjayakan watak yang abusive ini sebaik mungkin. Sebelum ini, Emma memegang watak seorang isteri yang didera menerusi drama, I Promise. 

6. Bagi Shaza dan Nadhir pula, chemistry mereka berdua mudah kerana persahabatan yang sudah terjalin di antara mereka. Kedua-dua mereka di bawah syarikat pengurusan yang sama. Watak Safiana lakonan Shaza kali ini mencabar kebolehan lakonannya kerana watak ini menampilkan kehidupan seorang isteri yang terperangkap dalam rumah tangga yang dipenuhi penderaan fizikal dan seksual. 

7. Nadhir dan Shaza turut merupakan pemenang Hero Remaja dan Dewi Remaja.   

PECAHAN WATAK DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Emma Maembong sebagai Hawa 

Fikry Ibrahim sebagai Adam 

Nadhir Nasar sebagai Erfhan 

Shaza Bae sebagai Safiana 

Dayana Roza sebagai Khadijah 

Sabhi Sadhi sebagai Zarul 

Yaya Maembong sebagai Aisyah 

Ako Mustapha sebagai Arman 

Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah 

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris 

Mak Wan sebagai Puan Fatimah 

Tengku Malia sebagai TJ  

LOGLINE DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Tidak  mahu  dirinya  dikawal  oleh  lelaki,  Hawa  membuat  keputusan  untuk  mengawal sepenuhnya rumah tangganya bersama Adam dari segi  psikologi, sosial, fizikal, seksual dan kewangan. 

SINOPSIS DRAMA ‘‘NUSYUZ BERKIBLAT CINTA’’ 

Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi  mangsa keganasan rumah tangga,  dia  membuat  keputusan  untuk  mengawal  rumah  tangganya  sendiri  dan  bertegas untuk  tidak  tunduk  sedikitpun  pada  suaminya.  Hawa  menetapkan  syarat  dalam perkahwinannya  bersama  Adam  dan  Adam  hingga  Adam  sanggup  mengenepikan  keluarga dan  kawan-kawannya  demi  Hawa.  Tanpa  disedari,  Adam  dikawal  sepenuhnya  oleh  Hawa. Malang  sekali,  keadaan  tidak  berubah  untuk  Safiana  apabila  dia  seringkali  didera  dari  segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. 

Patutkah  Adam  dan  Safiana  terus  kekal  dalam  perkahwinan  masing-masing?  Adakah  Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik? 

WebTVAsia REALISASIKAN IMPIAN ELYANA

Friday 1 April 2022





WebTVAsia REALISASIKAN IMPIAN ELYANA | Melebihi dua dekad dalam industri hiburan tanah air, Elyana teroka bidang baharu. 

       WebTVAsia umumkan Elyana Emrizal sebagai bakat MCN baharu di bawah naungan mereka.

       Majlis sesi menandatangi kontrak telah berlangsung di pejabat HQ, WebTVAsia bertempat di Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail pada jam 2 petang.


Baru-baru ini, bertempat di pejabat urusan WebTVAsia di sekitar Jalan Sultan Ismail, pihak WebTVAsia dan Playground Asia telah menandatangani kontrak bersama seorang artis yang popular dengan lagu Niat, Kalis Rindu dan Tapak Sulaiman sebagai artis MCN terbaharu mereka. 


Elyana Emrizal atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lakonan selama lebih 21 tahun. Memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun, Elyana bakal meneruskan perjuangannya sebagai bekas pesakit kanser limfoma dengan memberikan inspirasi tentang kehidupan seharian beliau melalui projek bersama WebTVAsia.


Menurut Elyana, “Hari ini saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana pihak WebTVAsia memberikan peluang untuk saya berkarya dan merealisasikan impian saya. Sebenarnya memang sudah lama saya ingin aktif dalam YouTube sebab ada terlampau banyak yang saya ingin kongsikan kepada peminat saya. Harapan saya untuk projek ini, dapat memberi manfaat bukan untuk diri saya dan ‘team’ sahaja, malah untuk semua yang pernah melalui pengalaman seperti saya. Mungkin saya dapat memberi semangat dan inspirasi keceriaan dalam hidup bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Saya percaya, ramai lagi insan di dunia ini yang memerlukan semangat ini untuk meneruskan hidup mereka. 


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, Fred Chong pula berkata, 

“Saya amat berbangga dengan kejayaan Elyana selama berbelas tahun berjuang sebagai bekas pesakit kanser limfoma tahap empat. Walaupun Elyana sudah beberapa tahun berehat, saya percaya Elyana masih mampu memeriahkan lagi industri hiburan dan boleh berkongsi inspirasinya ke seluruh pelusuk dunia. Pihak kami juga percaya Elyana mampu menyuntik semangat dan inspirasi buat ramai lagi insan yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau. WebTVAsia juga turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan para creator seluruh Asia. 



WebTVAsia merupakan sebuah syarikat hiburan digital yang mempunyai lebih 3000 saluran YouTube seluruh Asia Tenggara (3 Diamond Button, lebih 100 Gold Button dan lebih 1000 Silver Button). Di masa akan datang, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkembangan Elyana dan WebTVAsia, boleh layari laman Facebook dan Instagram Playground Asia. 

Facebook: @PlaygroundAsia

No pranks flying around this April Fools as ShopeePay Day returns on 1 April 2022. For one-day only ShopeePay users can earn 12% coins cashback when they transact a minimum of RM25 offline with ShopeePay at various outlets such as Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, and many more.

Additionally, ShopeePay is also offering 1 Sen vouchers from brands such as Black Whale, Dunkin Donuts, Tiger Sugar. Eggette and Vivo. To redeem these 1 Sen vouchers, users may purchase it from the ShopeePay Near Me feature available on the Shopee app. 

Other than greater savings via vouchers, ShopeePay is also rewarding users with up to 48,484 Shopee coins when they top-up their mobile wallet with a minimum of RM30 on ShopeePay Day. 

There is a lot of love to share this ShopeePay Day. With ShopeeFood available in both Klang Valley and Johor Bahru, first time Shopee and ShopeeFood users are in for a treat when they make their first order with ShopeeFood. 

New Shopee users are eligible for 99% off their food order with no minimum spend (capped at RM25) and first time ShopeeFood users will be treated with RM7 off with RM0 minimum spend. For existing ShopeeFood users,  the not-to-be-missed Super Deals RM12.50 and RM7.50 vouchers are up for redemption when they spend a minimum spend of RM25. 

The discount does not end there as McCafé is also offering a great deal of RM1.99 for its Iced Latte with ShopeePay Deals vouchers. 

To find out more about the April 1 ShopeePay Day, visit https://shopee.com.my/m/shopeepayday.

Terms and conditions apply.  

Blog Performance Mac 2022

Cantik kan poster I bulan ni? Haaa letoppps! 

Sejak dah guna Canva pro ni kemain fefeeling poster designer uolls. Bulan Mac I happy lah tengok blog performance sebab banyak benda best nak simpan kat sini dan share dengan semua. 

1. PV


Untuk bulan Mac, boleh tahan tinggi lah PV untuk sebulan sebab mencecah sampai 200k bila ada hari yang cecah tinggi sampai 11k ke atas. Tak sangka lah boleh naik tinggi macam tu sebab bulan Februari dah jatuh. Unexpected betul pola dia, nak naik nak jatuh ikut suka dia. Actually bukan ikut suka lah sebenarnya, more to movie atau drama apa yang keluar bulan tu. Macam bulan 3 tengah hot dengan movie The Pirates 2 sampai berminggu trending dekat Netflix. 

Bila monthly PV meningkat banyak, haruslah meningkat juga dekat all time PV. Ada harapan ni hujung tahun naik ke 3 juta pulak. Hopefully bulan depan dapat cecah 2.5 juta hehe

2. Posts 


Berbeza dengan bulan lepas bila Popular Post bulan ni lebih banyak masuk entry baru macam movie A Thursday, drama The Fame Game, The Pirates, Love and Leashes, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali, drama Villa Kristal etc. Semua ni antara yang trending lah dekat socmed. So no wonder lah ramai yang mencari. 

3. Keywords


Kalau update movie atau drama Melayu mesti ada yang cari download movie dekat sini. Dekat sini ada review je lah, link download memang nan hado lah cerita dia. 

4. Bilangan Entri

Perform betul jumlah entry untuk bulan April sebab banyak dapat press release dari Astro. Masa kuarantin pulak dok layan Treasure Map, I hentam buat by episode so dapat lah free 29 entry haha. Habis kuarantin dapat email dari Yoodo sebab nampak blog bertemakan Kpop haaa penangan layan banyak sangat movie, drama dengan variety show Korea. Padahal blog ni dulu wujud sebab nak review movie Hindustan tapi sebab diorang pun tak perform, kita beralih angin ke Korea. 

Bulan Mac ni selain dari performance blog yang positif, I pun dihubungi oleh beberapa streaming platforms yang popular dekat Malaysia - Astro, WeTV, Disney Hotstar and I am soooo grateful for that. For that, I nak ucapkan terima kasih untuk semua yang tak putus berkunjung ke sini dan naikkan pageviews untuk mana-mana entry. Tak mampu nak extend the gratitude dengan hadiah grand tapi I akan cuba sehabis baik untuk balas kunjungan. Selamat berpuasa semua :)


ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’ | “Penerbit Filem Box Office, Astro Shaw & Skop Productions Terbitkan Drama Siri Premium Pertama Bersama”  

Astro  Originals  mempersembahkan  drama  siri  premium  terbaru, KUASA  dengan  mengetengahkan  buat  pertama  kali  kisah  fiksyen  sebuah  keluarga  berpengaruh dalam  dunia  hiburan  yang  hidup  penuh  dengan  glamor,  kemasyhuran,  kerakusan  kuasa  dan pengkhianatan.  KUASA  menceritakan  kehidupan  sebuah  keluarga  penerbit  terkemuka  yang  amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.  

Menariknya,  drama  siri  premium  ini  merupakan  hasil  kerjasama  dua  penerbit  filem  blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force,  Misteri  Dilaila.  Tidak  hanya  mendominasi  pentas  layar  perak,  keduanya  turut  meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

“Pihak  kami  berasa  sangat  gembira  apabila  dapat  berpeluang  sekali  lagi  bekerjasama dengan  rakan  penerbit  Skop  Productions.  Bezanya  kali  ini  dalam  penerbitan  drama  siri  premium. Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi  yang  tinggi,  mampu  memberi  kepuasan  berbeza  kepada  penonton.  Begitu  juga  dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran. Jadi,  kami  harap  KUASA  dapat  mencipta  kejayaan  tersendiri  dan  sekali  gus  menjadi  sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.”  - Naib  Presiden,  Perniagaan  Melayu  Nusantara  &  Ketua  Astro  Shaw,  Raja  Jastina  Raja  Arshad

Siri  genre  drama,  jenayah  dan  romantik  ini  telah  diarahkan  oleh  Kroll  Azry  yang  sebelum  ini mengarahkan  drama  bersiri  yang  tercalon  menerusi  Drama  Siri  Terbaik/Telefilem  Untuk  Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.    

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama  siri  premium  KUASA  akan  menemui  penonton  tidak  lama  lagi.  “Saya  dibesarkan  dalam keluarga  seni  dan  sering  didedahkan  khususnya  dengan  industri  perfileman  melalui  papa.  Tidak dinafikan  sedikit  sebanyak  ia  telah  memupuk  minat  yang  mendalam  untuk  mengikut  jejak  papa. Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih  berminat  dalam  selok  belok  penerbitan.  KUASA  adalah  idea  asal  pertama  saya  yang  akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya  yakin  ia  sesuatu  yang  menarik  untuk  dikongsikan  bersama  penonton.  Saya  juga  ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.”  

Kuasa  membariskan  gabungan  pelakon  senior  dan  baru  seperti  Nazim  Othman,  Nadia  Brian, Ridzuan  Hashim,  Ning  Baizura,  Dazrin  Kamarudin,  Izzy  Reef,  Nia  Atasha,  Alicia  Amin,  Syanie Hisham dan Azri Iskandar.  Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April  ini.  Anda  juga  boleh  strim  di  platform  Astro  GO  atau  On  Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

SINOPSIS KUASA 

Selama 35 tahun di dalam industri, Tan Sri Dhameer telah membina sebuah empayar terbesar  dalam industri hiburan  dengan syarikat Wira Entertainment. Bermula daripada menghasilkan filem-filem tempatan, musik kemudiannya platform pelaburan dan juga menubuhkan yayasan. Drama siri premium hasil kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions ini menceritakan tentang  kisah  keluarganya  dan  tiga  anaknya,  Darius,  Delilah,  dan  Dharma yang  merebut  untuk  menjadi  waris tunggal syarikatnya. 

Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang? 

TRAILER RASMI KUASA


Cinnamon Rolls Cinnabiscoff, SabbyIsBaking


Dah lama nampak Cinnamon Roll Cinnabiscoff dari SabbyIsBaking lalu dekat timeline Instagram sampai jadi teringin nak merasa. Kebetulan ada konsert percuma B.I untuk support warga Ukraine, I pun macam why not order something sweet sambil tengok masa konsert nanti kan?

Masa order ni memang stok cinnamon roll ada sebab Sabby tak busy dengan tempahan lain so yeayyy! Satu box ni RM20.00 untuk 4pcs cinnamon roll dan saiz dia sebesar tapak tangan. Nampak mcam kecil tapi bila makan rasa kenyang sebab bun dia mampat. Price-wise for me, I guess it's cheaper or maybe I can say affordable lah for a dessert. Sabby tambah RM5.00 untuk delivery charge sebab rumah dia dekat je dengan rumah I. Kalau guna Lalamove lagi mahal dari charge dia. 


Kalau close up nampak la melimpah milk frosting dekat bahagian atas tu. Presentation is everything and I love what Sabby did in here. Bila makan tu terasa gabungan roti yang lembut, salutan Lotus biscoff dengan milk frosting. Tapi memandangkan CinnaBiscoff ni adalah pencuci mulut, makan sebiji pun dah penuh perut. Nasib baik Sabby confirmkan nak berapa pcs sebab I punya lah tamak nak beli banyak masa tu. 

Anyway thanks Sabby for the buns! 

Pertama Kali Merasa Buah Kumquat

Wednesday 30 March 2022

 

Minggu lepas masa tunggu lunch siap ditapau, I dengan Ms Fisah pergi mencari buah dekat Fruit Lab. Kalau dekat Citta Mall, dekat sini je lah pilihan yang ada untuk beli buah potong. Masa tu ingatkan nak beli buah strawberry tapi bila potong nampak macam tak syok untuk dimakan je so I ambik lah Mixed Fruit ni. Satu cup RM5.00 dengan potongan buah epal fuji, epal hijau, buah lai, kiwi, oren, buah naga dengan dua biji buah kumquat. 

Ms Fisah : Yang warna oren tu buah apa?
Seller : Buah Kumquat dari China.
Ms Fisah : Hah? Kumat?


Awal tu kitorang ingat buah kundang tapi bentuk tak macam kundang sebab buah tu tak lah bulat dan berkulit keras macam ni. Bila Google rupanya kumquat. Seller tu insist supaya kitorang beli sebab dia kata buah kumquat ni bagus. Ramai orang China suka makan sebab khasiat dia banyak. Buah dia boleh makan sekali kulit. Dia macam buah limau tapi dekat dalam tak ada limau. 

Kitorang macam eh? jugak lah masa tu sebab tak faham. Sebab kitorang blur kemain lah dia suruh beli jugak untuk rasa. I makan satu, Ms Fisah makan satu. Bau dia macam buah limau tapi boleh makan dengan kulit lepastu dekat dalam tak ada pulp limau pun. Kalau ada pun sikit dan tersangat kecil. Rasa dia okay lah tapi kalau makan banyak mungkin macam kelat sikit kot. 

Khasiat buah kumquat ni lebih kurang macam buah oren lah sebab dia pun tergolong dalam buah citrus jugak. Tapi kalau makan sebiji je kekdahnya nak dapat benefit sama level macam orang lain ye dak? Lepas ni kalau jumpa boleh beli lagi. 


Bila scroll Twitter rajin betul aiskrim perisa baru dari La Cremeria ni lalu-lalang sampai I hilang pedoman. Tengah musim panas macam sekarang ni memang menggelupur lah tekak nak rasa. Nak pulak perisa baru ni perisa chocolate brownies sebab brownies antara fav desserts lah. Turun pergi 7E tak ada lagi. Hampa betul rasa. Lepas tu kawan bagitau ada dekat Family Mart terus pecut pergi sana. 



Masa tengok perkataan seasalt tu macam dah boleh agak akan kecewa sikit sebab I tak suka kemasinan yang dibawa tu tapi siapa tahu kombinasi ni akan jadi sedap kan? Tak cuba, tak tahu ye dak? Harga untuk sebatang aiskrim cantik dalam packaging berwarna ungu ni around RM4.00 macam tu tapi depends dekat mana dijual lah. Kalau mini mart have have naik lah sikit harga dia. Kalau beli dekat stesen minyak pun melebur lah sikit duitnya. 

Sembang pasal packaging dia, dah lah cantik warna ungu which is my favorite color haha so a bit bias lah ek, packaging dia pun mesra alam sebab diperbuat dari kertas. Coating luar aiskrim ni agak tebal which obviously you guys can see from the picture below. Lepastu dia ada benjolan brownies dengan taburan seasalt. Dekat bahagian dalam ada aiskrim coklat. Tu je lah nak cerita. 


Rasa dia mengecewakan, bukan sebab seasalt tapi sebab brownies fudge tu tak banyak. Sebelum ni I memang selalu beli aiskrim Wall's Selection Choco Almond Fudge sebab brownies dia terasa benar bila makan. Mahal pun tak kisah sebab sedap. Bila makan tu terasa aiskrim coklat, kacang dengan brownies dekat dalam mulut. Tapi bila makan Chocolate Brownies Fudge With Seasalt La Cremeria rasa macam makan coklat yang masin. 

Tak berbaloi masa, tenaga dan wang I untuk beli lagi lepas ni. First and last lah merasa perisa baru La Cremeria and I will stick with Wall's Selection Choco Almond Fudge until further notice. Dangggg!

Balinese Duck Indo Mee, Halaroastduck by Duckout @ kEATchen

Tuesday 29 March 2022

Sebelum ni dah pernah makan menu Balinese Duck Rice so kali ni nak merasa Balinese Duck Indo Mee pulak sebab tak nak makan berat sangat. Indo Mee just nice lah kan. Harga untuk satu set Balinese Duck Indo Mee dalam RM22.90 tak termasuk delivery charge. 


Lebih kurang sama dengan set nasi itik Bali, dalam set ni pun ada tauhu bergedil itik, tempe goreng pedas, itik BBQ, Indo Mee, sambal terasi, sambal kicap dengan sup lobak putih. Beza dekat bahan utama, sup dengan sambal je lah kot. Yang lain sama je. Beria lah cakap tak nak makan berat sangat padahal makan dua tauhu bergedil tu pun dah boleh kenyang. 

Terseksa lah jugak nak habiskan Indo Mee sebab mi dia dah terendam dalam kicap. Macam makan mee bodo pun ada. Tak syok betul takde sayur ni. Terasa benar kosongnya. Makan set ni kena hati-hati sebab tempe dia pedaas betul tapi yang sedapnya kali ni tak goreng garing sangat macam sebelum ni. 

Overall I happy lah dapat rasa menu ni tapi kalau lepas ni dah tak nak order dah sebab mi segera dia terasa kosong sebab tak ada sayur. Lepas ni nak try beli set tauhu bergedil itik dia pulak hehehe