Movie Review : Crook

Friday 24 July 2020


Director : Mohit Suri
Cast : Emraan Hashmi, Neha Sharma, Arjan Bajwa, Dane Merrick, Francis Chouler, Shella Allen, Smiley Suri
Production Company : Reliance Studio
Distributor : Vishesh Films
Genre : Action / Thriller 
Running Time : 121 minutes
Release Date : 8 October 2010
Trailer :


Dah lama nak layan movie ni sebab soundtrack dia best lagipun sebab Emraan Hashmi comel. Movie Crook arahan Mohit Suri ni berkisar tentang serangan perkauman rakyat Australia terhadap kaum India pada tahun 2009 terutamanya di kawasan bandar besar seperti Melbourne dan Sydney. 

Jai Dixit (Emraan Hashmi)ambil jalan haram untuk dapat duit poket untuk sara hidup tanpa perlu bergantung kepada Joseph (Gulshan Grover), kawan kepada mendiang ayah dia yang ditembak mati oleh polis gara-gara kes seludup senapang. Joseph berazam untuk besarkan Jai supaya jadi manusia yang baik dan tak pilih jalan sama seperti kawan baik dia.


Tapi malangnya tak ada yang nak terima Jai bila ramai yang tahu kisah silam dia, anak kepada penjenayah. Dia mampu habiskan pelajaran tapi tak mampu nak bekerja disebabkan identiti lama dia sampaikan dia ambil keputusan untuk buat kerja-kerja haram.


Joseph cucuk semangat dalam diri Jai dan hantar dia ke Australia dengan identity baru sebagai Suraj Bhardwaj dan tinggal juga bekerja dengan Goldie (Mashhoor Amrohi). Jai sehabis boleh cuba lari dari apa-apa masalah di sana tapi nasib dia malang bila serangan perkauman tengah memuncak. Walaupun dia jatuh cinta dengan Suhani (Neha Sharma), hubungan mereka terhalang dek kerana abang Suhani, Samarth's (Arjan Bajwa) dah ada calon pilihan dia sendiri.


Suhani pula aktivis yang perjuangkan nasib kaum India di Australia. Besar risiko kalau Jai teruskan hubungan dia dengan Suhani. Lebih baik dia bercinta dengan Nicole 'Nikki' (Shella Allen) dan dapatkan status PR lepas berkahwin. Tapi Jai tak mampu nak lupakan Suhani tambah pula bila Suhani perlukan pertolongan dia lepas Samarth kena attack dengan Russell (Francis Chouler) dan geng dia.


Jalan cerita movie ni agak tak masuk akal dan ironi bila watak Joseph menentang sekeras-kerasnya bila Jai hasilkan movie cetak rompak dan nak Jai jadi manusia bagus tapi sudahnya dia hantar Jai ke Melbourne, Australia guna passport dan identiti palsu. Awkward moment sangat. Better kalau Joseph sekeluarga pergi bercuti untuk wedding kemudian diganggu Australian yang racist.


Sayang bila plot Crook ni hilang punca bila kita tahu kenapa Samarth benci sangat dengan Australian walaupun dia pilih untuk menetap dan bekerja di situ. Rasanya lagi meninggalkan impak kalau Russel nak balas dendam tapi disalah anggap sebagai serangan perkauman. Di awal movie kita nampak dia attack semua migrants tapi berubah karakter kepada seorang yang berhati lembut bila director dedahkan siapa dia sebenarnya.


Tapi perubahan tu nampak kelakar sebab tak justify pun kekejaman yang dia buat pada orang lain. Plot twist movie Crook ni cuma menunjukkan siapa yang lebih jahat dari siapa dan dah boleh agak dah pun bila watak Sheena (Smiley Suri) muncul. Nasib baik niat asal nak tengok movie ni sebab Emraan Hashmi comel je. Kalau sebab jalan cerita, dah terbalik meja dibuatnya sebab banyak sangat lompong dan cacat cela. Dengan tagline ‘It’s good to be bad’, duh??!


Tapi hanya pada jalan cerita dan dialog lah sebab visual dan sinematografi dari Vishnu Rao bagus. Begitu juga dengan music score hasil buah tangan Pritam dapat review dan rating yang positif sampai tercalon dalam Apsara Guild Award dalam kategori Best Music. Walaupun diterbitkan pada tahun 2010 tapi lagu Challa, Kya dan Mere Bina still best nak layan.


Sayangnya bila Neha Sharma pilih movie Crook sebagai movie debut dia di Bollywood sebab watak dia cuma penyeri movie je dan tak diberi ruang untuk menyerlah sebagai aktivis pun. Setiap kali dia nak tonjolkan something, watak dia dihalang oleh watak Jai atau Samarth. But still she looks cute with Emraan dan lakonan dia nampak natural dan bersahaja. Overall, Crook is bad but the album is worth to be in your playlist. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Craving Satisfied! Thanks Dave's Deli

Masa scroll Twitter ternampak pulak Chili Cheese Fries dekat cafe tu tapi tak nak order dekat situ sebab dah tahu dah level masakan dia cuma indah khabar dari rupa walhal hakikatnya jauh panggang dari api. 

Tapi malangnya bila cari menu Chili Cheese Fries ni tak ada pun yang jual. Kenapa la McD dengan KFC tak letak menu ni padahal both restaurants ada fries dengan cheese. Bukan susah pun. Lepas belek semua restaurant dekat dalam Grab tu finally jumpa jugak Cheesy Fries dekat Dave's Deli. Walaupun craving dengan chili cheese fries tapi dapat cheese fries pun dah nikmat. 


I tak pernah try lagi menu dekat Dave's Deli ni but since dekat sini je yang ada, lantak lah rasa dia macam mana. Yang tu belakang kira, yang penting kita order dulu. Tapi sayang la delivery charge kalau order satu menu je so kita pasangkan dengan cold pressed detox - apple, cucumber, romain lettuce dengan celery. 


Lepas 20 minit menunggu Grab sampai dekat office, and tadaaa dapat la merasa cheesy fries! Cheesy fries dekat Dave's Deli ni memang berbaloi lah duit tu sebab bekas dia besar. Kentang dia pun kena potong besar tak macam fries biasa. Selain dari cheese, dalam cheesy fries ni ada tomaty gravy dengan daging cincang. 

Memang sedap lah makan panas-panas masa hujan. Tak habis pun makan sorang so kongsi berdua dengan adik. Eh salah, kongsi berempat bila Bella dengan Loki pun menumpang sekali. Cheesy Fries ni around RM12 tak silap. 


For cold pressed detox juice ni at first macam ngeri jugak tengok warna dia sebab banyak sayur. Disebabkan taknak kembang tekak, sebelum minum masukkan dulu dalam freezer supaya dia sejuk kaw. Bila minum eh sedap pulak. Walaupun rasa macam minum sayur tapi manis apple tu dah potong rasa sayur. 

Bila dah sedap minum yang ni rasa macam nak buat sendiri pulak sebab harga sebotol RM8.90. Kenyang pulak tu bila minum juice ni. 

By the way, lepas ni kalau craving lagi dah tahu dah dekat mana nak cari. Menu lain dekat Dave's Deli pun macam menarik jugak. Cun jugak ni kalau lunch dekat sana. Hehehe

Purchase Surprise Birthday Gift With Give Gift Boutique Hong Kong!

Wednesday 22 July 2020

Our way of celebrating some events and parties now has changed after Covid-19 pandemic hit the world. I have missed a lot of birthday parties during lockdown since we can gather to avoid any dangerous virus spread. 

But thank God, courier service still operating and businesses also can operate just from home and their units but with some conditions restricted. The culture and thoughts of giving hasn’t change throughout the years. In fact, it will be best gestures as reminder of love and sincerity.

Since my Hong Kong pal’s birthday is coming up soon and her business really doing great during pandemic, I really want to give some exclusive and beautiful surprise birthday gift for her. I try to Google and scrolling here and there and found Give Gift Boutique, Hong Kong


Give Gift Boutique is a leading Hong Kong florist and gift shop established on 2008 and have business clients including Disneyland Hong Kong, Citibank, Marriott, Chanel, P&G, FedEx, ING, HSBC, and Prudential. With their experience and list of trusted and professional clients, I guess this birthday gift will boost her up. 

Since she will turn 30 soon and being 30 means being old enough to be comfortable and stable but still young enough so I have decided to order Crabtree and Evelyn Body Care Set. 


This birthday gift include 1 C&E Citron, Honey & Coriander Bath & Shower Gel 250ml, C&E Citron, Honey & Coriander Body Lotion 250ml, C&E Citron, Honey & Coriander Hand Therapy 100g, C&E Tea & Biscuit Set, artistic floral arrangement and the best part is the gift basket which have vintage vibe which suits her preferences as well. 

And this gift comes with the exclusive British Metalic card booklet!


There are a lot of various choices for birthday gifts with 3000 designs crafted in European or Japanese style which quite trendy and premium design to choose. You guys can also choose birthday gift for him as well. Tough this birthday gift quite pricey but I think it is worth the price for a premium product and great customer service. 


I love the fact Give Gift Boutique care for the environment when they chose to use environmentally friendly packaging material and regularly support donation program. So my money will be used for a great cause. 


Since I’m in Malaysia, Give Gift Boutique already have years of experiences of handling international customers so I have no worries when purchasing their product. All payment can be made online since they has setup Payme, Apple Pay, Alipay, Wechat Pay and Fast Payment System FPS for international customer. Convenience much!

Finger crossed Melissa will love this birthday gift as much as I am! 





About Hong Kong Give.Gift.Boutique Flower Shop

- Give.Gift.Boutique. is a leading Hong Kong florist and gift shop serving corporate and individual clients. Stationed with top expat florists from the Netherland and Toronto, GiveGift delivers top quality gifts and bouquets with the latest European/Japanese designs, and friendly professional services. Weekend Weekly and Oriental Sunday magazine, ATV news, TVB program "Living Up", icable, SCMP all have coverage on GiveGift products and services. Top circulation newspaper in HK, Apple Daily, also named GiveGift as a "top 3 flower shop in Hong Kong".


- Give Gift Boutique flower shop is a top online florist in Hong Kong, we concentrate on needs of clients who order flower and send flower online to loved ones in Hong Kong. Close to half of our clients are international, who buy flower and gift to their friends, family or business clients in HK. Our Hong Kong online florist is managed with modernized computer system and all orders and production stages are tracked by barcode, minimizing the chance for mixups and errors in traditional florists. Our florist also features a professional product studio, so photos are taken of all flower and gifts orders, then uploaded online for our clients to see, so they can be assured of the gift quality.

Flower delivery/ Same day delivery in Hong Kong, the most convenient flower shop choice
- Give Gift Boutique florist works non-stop around the year, around the clock, where you can order flower anytime 24 hours. Our friendly staff responds within 30 business minutes, to confirm flower order details. Customers are welcomed to call our Hong Kong flower shop at the HK hotline number (852) 2736 6670 from 9am to 10pm each day. Our HK florist hotline extends to 24 hours during peak seasons. We send flower and gift to all commercial, office, residential districts in Hong Kong, at only $40 delivery charge for most urban districts. We also have pickup service available from any MTR stations, so you can personally deliver the flower and care to your loved ones. We also deliver flower and gifts to restaurants, theme park, bars and other venues in Hong Kong. Same day and urgent flower orders welcomed, our professional flower shop can finish flower production and delivery within 3 hours in many cases. Flower delivery service is available.

Hong Kong Give.Gift.Boutique florist and gift shop:  www.givegift.com.hk 

Wordless Wednesday : Digital Protest

Movie Review : The Captain

Sunday 19 July 2020


Director : Andrew Lau
Writer : Yu Yonggan
Cast : Zhang Hanyu, Oho Ou, Du Jiang, Yuan Quan, Zhang Tian'ai, Li Qin, Zhang Yamei, Yang Qiru
Production Company : Bona Film Group Limited, Alibaba Pictures, Huaxia Film Distribution
Distributor : Bona Film Group Limited
Genre : Drama
Running Time : 111 minutes
Release Date : 30 September 2019 (China), 17 October, 2019 (Hong Kong)
Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar tentang tragedy yang menimpa Sichuan Airlines, pesawat 3U8633 pada 14 Mei 2018, Andrew Lau dan Yu Yonggan  come up dengan movie The Captain sebagai tanda mengingati dan menghargai jasa kapten dan crew yang berjaya membawa pulang 119 orang penumpang dengan selamat. 


Kejadian bermula bila penerbangan dari Chongquin ke Lhasa yang diketuai oleh Kapten Liu Changjian (Zhang Hanyu) dan dibantu oleh co-pilot Xu Yichen (Oho Ou ) dengan Liang Dong (Du Jiang) mula bermasalah bila kapal terbang Airbus A319 mencecah ketinggian 32,000 kaki. Disebabkan tekanan udara, wind shield di bahagian kokpit mula retak dan kemudiannya pecah.


Nasib Xu Yichen baik bila Kapten Liu Changjian sempat tahan dia dari terpelanting keluar walaupun dia cedera teruk di bahagian kepala dan muka. Bi Nan (Yuan Quan), ketua stewardess di bahagian penumpang mula perasan gegaran pesawat dan minta penumpang bertenang dan ambil langkah keselamatan. Bertambah teruk bila pesawat 3U8633 terputus hubungan dengan menara komunikasi. Masan i boleh tengok macam mana menara komunikasi bekerja dan macam mana pesawat lain boleh membantu.


Walaupun kita dah tahu macam mana tragedi ni bermula dan pengakhirannya bagaimana tapi tetap menarik untuk ditonton sebab drama dan intipati yang penuh emosi dan mendebarkan. Tambahan pula bila ada penumpang kecil seperti bayi dan kanak-kanak. For sure kita mudah sangat kesian bila baby menangis ketakutan.


Dalam situasi genting macam ni dekat mana-mana pun kita akan jumpa manusia yang selfish dan bahayakan nyawa orang lain serta menyusahkan kerja petugas. ClichĂ© tapi penting untuk tambahkan drama. Sama juga dengan dialog yang terselamat dek kerana jalan cerita dan lakonan pelakon yang mantap. 

Semua pelakon dan team production dah minta tunjuk ajar dan train dengan beratus staff dari pelbagai department Civil Aviation Administration of China untuk nampak terlatih dan mahir dalam bidang penerbangan supaya watak dan suasana tampak hidup.


Andrew tunjuk macam mana semua airline staff lakukan perbincangan dan rutin kerja setiap kali sebelum terbang dan kenapa semua prosedur tu penting walaupun cabin crew bergurau ayat penenang kepada penumpang tu tak pernah guna sepanjang mereka bekerja. Malang tak berbau kan so kena la beringat sebelum terkena. Dalam masa yang sama nak bagitahu kepada public yang kemalangan ni bukan disebabkan kecuaian dari pihak penerbangan.


Bukan setakat tercalon dalam Hong Kong Film Award for Best Sound Design tapi The Captain turut tercalon dalam Hong Kong Film Award for Best Visual Effects bilamana penggunaan CGI yang sederhana sesuai dengan situasi bencana alam yang dialami pesawat 3U8633. Ada la beberapa scene yang nampak sangat kehadiran CGI tu tapi boleh tutup mata je.




Fun fact, producer film, Bona Film Company invested nearly 30 million yuan untuk bina simulator Airbus A319 dengan khidmat team Hollywood yang berpengalaman dalam VFX untuk movie "Star Wars" and "Captain America" dan "Thor 3" supaya nampak real onscreen. Hasilnya memang memuaskan!

Mesej sosial yang dipaparkan dalam movie The Captain tambahkan rencah kepada jalan cerita dengan tema kemalangan. Walaupun cedera tapi keselamatan penumpang jadi keutamaan dan buat yang terbaik dalam menjalankan tugas. Pengorbanan tu nampak remeh tapi menjaga nyawa memang tanggungjawab besar.


Since movie ni dibikin untuk tribute kepada crew pesawat 3U8633, dekat credit scene team production letak footage asal pesawat 3U8633 sebelum berlepas ke Lhasa dan selfie dengan semua pelakon yang menjayakan watak yang terlibat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

It's been a month since Sushant Singh Rajput's demise. Semua hint dan evidence dah buat dalam entry sebelum ni supaya senang for those yang nak tahu siapa yang etrlibat, apa yang jadi dan kenapa ramai yang demand CBI ambil alih siasatan kes ni walaupun polis conclude kes ni  sebagai bunuh diri. 


Tapi betul ke bunuh diri bila banyak bukti tunjuk sebaliknya. Kronologi yang dikeluarkan pihak polis pada awalnya : 

Malam 13/06/2020 - Sushant buat party dengan kawan-kawan dia tapi polis belum dedahkan siapa yang attend party malam tu. Jiran sahkan ada party malam tu sebab bunyi bising. 

Pagi 14/06/2020 - Sushant bangun seperti biasa keluar workout dan bertegur dengan jiran. 

Jam 9 pagi - Sushant on call dengan family dia. Tukang masak buatkan jus delima untuk Sushant

Jam 9.30 pagi - Sushant main game dan menang 2 trofi

Jam 10 pagi - Sushant google nama dia dan baca several news tentang dia. Around that time, kebanyakan news adalah negatif bila dia dikatakan ada masalah kewangan bila tak dapat job dan berperangai buruk. 

Jam 10.30 pagi - Tukang masak ketuk pintu untuk tanya menu lunch sebab ada kawan-kawan dia yang stay dekat rumah tapi polis tak disclose siapa kawan-kawan dia. Tak ada jawapan, tunggu sampai sejam sebab kunci pendua hilang. 

Jam 11.30 pagi - Lepas sejam tunggu locksmith datang buka pintu, Sushant ditemui tergantung di kipas bilik dia. Polis datang dan jumpa dokumen dan ubat kemudian sahkan Sushant depressed. 

Jam 3.30 petang - Disahkan meninggal dunia sebab bunuh diri. Dibawa ke Cooper Hospital untuk autopsy. 

15/06/2020 - Final rites

Tapi sebelum polis dapat tutup kes, beberapa orang ahli keluarga dan ahli politik minta buat siasatan untuk cari punca kenapa Sushant bunuh diri. 3 keping gambar mayat Sushant dimuatnaik di social media. So dekat bawah ni ada beberapa links untuk kes Sushant. Bukti baru atau anything related dengan kes ni semuanya akan ditambah di sini. 


Sushant dibuli dalam Bollywood fraternity - Pressed Till Depressed

Badan Sushant tak match dengan keputusan autopsy - The Body

Bila ada banyak percanggahan tentang keadaan bilik Sushant - Crime Scene


Cubaan Mahesh Bhatt lindungi Rhea - #TheBhatts

Creative team Sushant yang ada dengan Sushant -  PROteam 

Flatmate & creative manager Sushant - Siddharth Pithani


Bukti 2 ambulans di tempat kejadian

As for now semua bukti yang ada dekat sini dah pun dihantar kepada lawyer Ishkaran dan Swami untuk appeal kes bunuh diri ni ditukar angle kepada kes pembunuhan. For now, kena tunggu polis Mumbai tutup kes kemudian buka kes dekat High Court. 

Sushant Singh Rajput's Death Case : PROteam

Saturday 18 July 2020

Every star ada team diorang tersendiri whether it is for personal team ataupun creative team while Sushant tubuhkan PROteam - Siddharth Gupta, Kushal Zaveri, Dipesh Sawant, Samuel Haokip, Abbas Khalooi and Sushant Singh Rajput. 

Masa promo event Sonchiriya, ada klip dari PROteam wish SSR and he looks damn happy when he saw the video.


1. PROteam



Kalau ikutkan dari caption gambar atau short video ahli PROteam masing-masing ada kepakaran masing-masing. Kalau tak pun boleh get along dengan Sushant dan sama aktif dengan dia. Banyak aktiviti diorang bersama - sports [tennis, ping pong, cricket], religious activities, jamming, rifle shooting, movies, travel, exploring, astronomy etc. So far yang I tahu Samuel seorang lawyer. 

‘Sushant, we all know you are a great actor. Today we want to address Sushant the person, the human being that you are. Probably people just know the tip of the iceberg, we know what you are and we know where you’re going. I personally would say you’re a gem of person and I think we all agree on that and there’s so much more to come in life. Since we can see all that happening we sincerely wish you good luck for all of that. I believe in you and always gonna be by your side and I feel lucky just to be around you every day and to learn from you. At times it’s difficult to keep up since you’re so efficient with your work but I guess that’s the learning curve. I’m happy with all your movies so far. You’re such emotional person and you know that and I can see through. We are always there, we loves you, we genuinely care for you.’ - Sidharth Gupta & PROteam

Langkau ke minit ke-11.50 untuk tengok ucapan PROteam kepada Sushant. 


2. Capri Heights 

Image

Sebelum ni Sushant ada post home tour video di apartment mewah dia di Little Heights kemudian mereka semua pindah ke Capri Heights tingkat 12. Sushant bagitahu rumah dia level berapa sebab dia invite photographer pergi rumah dia kalau nak tengok bintang guna teleskop canggih dia. 

Banyak aktiviti team PROteam buat sama-sama di dua buah rumah ni selain aktiviti luar. Kebiasaannya setiap pagi Sushant akan main ping pong dengan Samuel. Jamming session di waktu petang atau tengok movie bersama. Kakak Sushant datang buat upacara pooja di rumah Sushant. 

3. Replaced



Tapi semua video post atau gambar stop pada May 2019 dan Sushant pindah keluar dari Capri Height kemudian menyewa dengan Rhea di Mount Blanc apartment. Dan masa tu juga ada blind yang keluar yang Sushant in relationship dengan Rhea Chakraborthy bila masing-masing update gambar pergi travel sama-sama. 


4. Stays 

Yang confirm stay ialah Samuel Haokip dan Dipesh. Masa ni juga Sid Pithani datang dari Jaipur dan jadi rapat dengan Rhea. Dipesh pun ada sampai hari kejadian dan keluar berlari buang beg plastik hitam dari bilik Sushant. 

Image

Lepas kematian Sushant, fans atau non-fans try in touch dengan PROteam untuk dapat any insight and mostly dapat jawapan dari Samuel Haokip sementara Siddharth Pithani tutup akaun dan katanya balik ke Hyderabad untuk stay dengan keluarga dan mengelak dari media. 


5. Siddharth Pithani

Ikut laporan media, Siddharth Pithani pun keluar dari rumah Sushant around Oktober 2019 sebab depressed tapi Sushant panggil stay sama-sama balik masa Jan 2020 sebab ada skrip baru untuk discuss. Polis jumpa draft script dalam rumah tu.

Tapi kalau ikutkan, Sushant dengan Rhea pergi bercuti di Europe crossed out some wishlist dia pada 10 Oktober 2019 bila movie Chichhore masuk 100cr club dan balik India pada 29 Oktober 2019.


Kemudian 16 November 2019, Sushant kena demam denggi so dia kena cancel banyak komitmen supaya dapat rehat. Sepatutnya Sushant ada seminar engineering tapi terpaksa cancel. And during that time, Rhea dengan abang dia yang jaga Sushant. Bila demam denggi memang seminggu dekat wad.


Tapi media report yang Sushant masuk wad sebab dia depressed. So far, Rhea, Sid Pithani dengan #TheBhatts yang suka bermain dengan naratif depressed meanwhile PROteam denied.

Even Mukesh Chabra, kawan baik Sushant bagitahu yang Sushant happy 27 Mei 2020, Kamal Jain keluarkan statement Sushant excited untuk 4 movie project lepas lockdown dan contact fitness trainer 5 Jun 2020 yang dia tak sabar nak turun gym balik. Yang dah lama kenal Sushant memang tahu dia seorang yang positif tapi yang baru kenal dan mula rapat yang bermain dengan naratif suicidal depression.

6. Funeral 

None of PROteam members datang ke final rites Sushant. Samuel ada dekat luar negara meanwhile the rest not sure why sedangkan Dipesh ada sepanjang hari pada 14 Jun 2020. Even girlfriend dia pun tak pergi. Cuma singgah sekejap dekat Cooper Hospital. Some of them post dekat IG tak sangka yang Sushant pergi.

7. Cryptic Comments

Some of them stop post tentang Sushant atau their daily life lepas 14 Jun 2020. Siddharth Gupta post dua kali dengan caption dia rindukan Sushant. Meanwhile Samuel paling aktif dekat IG tapi akaun dia ada waktu dia tukar kepada private then public kemudian private and keeps changing privacy status. Ada masa dia akan reply soalan fans, ada masa dia emo. 



Samuel ada bagitahu yang dia nak buat live cerita pasal Sushant tapi dia tak bagitahu secara details dia nak sembang pasal apa. 



So far Samuel tegaskan yang Sushant tak ada depression. Dipesh hilang, Sidharth Pithani pun hilang dari radar and the rest keep silence on this issue. Belum ada yang request CBI enquiry ataupun demand justice untuk Sushant walaupun kakak, pakcik dan Rhea dah mula bagi hint foul play. 


Makin hari makin banyak yang netizen perasan banyak benda pelik semasa 'kematian' Sushant Singh Rajput. At first nak include pasal ambulans ni dalam entry yang lain je tapi bila ada beberapa point tentang ambulans so I think better buat satu entry khas. 

1. 3 Ambulans

Image

Image

Selalunya dalam mana-mana kes pun, cuma 1 ambulans je digunapakai tapi dalam kes Sushant ni sampai 3 ambulans digunakan. Awalnya tak ada yang bangkitkan isu ni sebab ramai yang menyangka 1 ambulans datang ke rumah Sushant kemudian bertukar ambulans di JJ hospital untuk viscera test dan tukar lagi di Cooper Hospital untuk autopsy dan kemudiannya bawa ke Vile Parle untuk final rites.

Tapi ternyata salah! 

Masa hari kejadian, 14 Jun 2020, dua ambulans datang ke rumah Sushant. Satu ambulans dari hospital Sanjyoti dengan langsir berwarna merah. Tapi Sushant dibawa pergi ke hospital dengan ambulans dengan langsir berwarna hijau. 



As you guys can see dalam video ni ambulans Sanjyoti Hospital yang datang dan yang drive ambulans tu lelaki pakai baju warna hitam bercorak kuning. Tapi kenapa yang di dalam kawasan apartment Sushant adalah ambulans berwarna hijau? 

Image

Aktor India, Sushant Singh Rajput, Meninggal Dunia karena Bunuh ...

2. Tukar Hospital 

Dalam video lepas mayat Sushant masuk dalam ambulans, nampak lelaki berbaju biru menjerit bawa ke Lilavati Hospital yang berjarak 7 minit sahaja dari rumah Sushant tapi kenapa Sushant dihantar ke Cooper Hospital? 

3. Nombor Telefon Hospital 

Image

Kalau tengok dekat badan ambulans tu ada tertera beberapa nombor telefon tapi bila ada yang cuba call untuk tanya hal Sushant, panggilan dimatikan serta-merta. Ada yang call, dijawab Hospital Bhabha di mana hospital ni berdekatan dengan rumah Sushant berjarak 5 minit sahaja. Ada pula yang call dijawab Kokilabehen Hospital. 

Kedua-duanya sama matikan talian bila ditanya tentang Sushant. 

4. Mystery Guy

Image

Profile picture whatsapp contact number di badan hospital menunjukkan gambar lelaki berbadan besar dan tinggi ni yang memakai baju berwarna biru dan menjerit Lilavati Hospital. Masa nampak dia dalam video yang leaked dalam bilik Sushant tu, ingatkan dia pembantu polis tapi ada yang kata medical expert rupanya bukan. 

Image

Kalau dia yang pandu ambulans hijau ni, so siapa yang pandu ambulans dengan Dipesh, orang gaji Sushant yang pakai topi pink dekat seat co-driver tu?

Ada teori tentang stretcher yang bawa mayat Sushant masuk ke dalam ambulans berubah kepada warna hitam bila sampai ke Cooper Hospital but I think it was just due to bad lighting. But if it's turns out to be true, then I'll just add that in here. 

Sushant Singh Rajput's Death Case : Sandeep Singh

Thursday 16 July 2020


Sandeep Singh antara kawan baik Sushant dan uruskan semua dari awal mayat Sushant dijumpai di bilik sehingga lah final rites di Pawan Hans crematorium di Vile Parle.

1) Hospital

Belum pasti lagi sama ada Sandeep Singh antara yang hadir ke party Sushant pada malam 13 Jun tapi Sandeep antara yang terawal ada di tempat kejadian. Dia yang in charge bagi arahan kepada polis dan ambulans untuk hantar mayat Sushant ke JJ Hospital untuk viscera test dan buat post-mortem di Cooper Hospital.

RIP Sushant Singh Rajput: The actor's sister Neetu, Mukesh Chhabra ...

Kenapa bagi arahan untuk pergi ke dua hospital ni berjarak 20 minit sedangkan ada hospital kerajaan yang buat post-mortem dan lebih dekat dengan rumah Sushant dalam masa 5 minit je. Makin bertambah pelik bila 3 ambulans bertukar untuk bawa mayat Sushant.

2) Autopsy

Tak pasti prosedur handle kes bunuh diri macam mana tapi kenapa Sandeep Singh boleh bagi kelulusan untuk buat autopsy sedangkan dia bukan ahli keluarga Sushant? Dia juga yang tunggu autopsy habis sampai jam 2 pagi. Walhal boleh tunggu sampai ahli keluarga datang. 

'That night when I finished post mortem in Cooper hospital....' - Sandeep Singh

Siap je autopsy pada awal pagi 15 Jun 2020, mayat Sushant terus dihantar ke Pawan Hans crematorium di Vile Parle Mumbai. Masa Sridevi dan Rishi Kapoor meninggal, ahli keluarga akan release gambar dalam kain kafan untuk peminat tengok buat kali terakhir tapi Sushant tak ada langsung. 

3) IG Post

Dalam kesibukan Sandeep mengatur dan menguruskan pihak polis dan ambulans, jam 2.30 petang pada 14 Jun 2020, Sandeep sempat curi masa untuk korek gambar lama dia dengan Sushant. 



4) Interview
Lepas kematian Sushant, Sandeep busy pula dengan interview dari pelbagai news channel sampaikan kawan kepada ayah Sushant, Nilotpal Mrinal luahkan rasa tidak puas hati kepada Sandeep Singh yang dituduh sebagai ambil kesempatan. 


Tak cukup dengan lepaskan marah di socmed, dia hantar email kepada pihak polis Mumbai yang sedang jalankan siasatan untuk kes Sushant. 



Walaupun Sandeep beria post tentang Sushant dan claim diri dia best friend Sushant tapi bila fans stalk akaun IG dia, tak ada pun post tentang Sushant sebelum ni. Even Sushant tak follow acc dia sedangkan Sushant jenis follow semua orang even fans. Jadi kenapa baru sekarang dia muncul lepas beberapa tahun menghilang? 

5) Messy Track Records

Sandeep Singh antara Bollywood movie producer tapi dia pernah dibuang dari Radio Mirchi sebab mencuri duit company. Sebagai journalist di Navbharat Times pula, Sandeep buat artikel mengenai Sushant yang mengalami depression. 

Image

Later on, dia terlibat dengan kes sexual assault terhadap seorang budak lelaki di Mauritius semasa buat penggambaran dekat sana. 

I remember that, in an interview,... - Speak Up For Sushant Singh ...

Beberapa hari lepas kematian Sushant, Sandeep up video minta supaya fans tak blame sesiapa dalam Bollywood industry sebab Sushant sendiri bunuh diri sedangkan kes masih berjalan, kenapa dia nak keluarkan statement macam tu? 

Sampai sekarang polis Mumbai belum panggil Sandeep Singh untuk record statement sedangkan dia yang in charge untuk bawa mayat Sushant ke Cooper Hospital, siapkan list 20 orang kenalan Sushant untuk pergi ke Vile Parle dan penglibatan Sushant dalam Bollywood industry.


Update 010820 :

6) Mumbai Police Tak Record Statement

Selepas upacara terakhir Sushant, Sandeep Singh dipanggil oleh pihak polis Mumbai untuk soal siasat bila dia antara yang uruskan mayat Sushant. Dalam interview bersama Arnab di Republic TV, Sandeep bagitahu tiada written statement ataupun video record yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang sesi soal siasat berlangsung.

Berita ni agak mengejutkan sebab sepatutnya dalam mana-mana sesi soal siasat perlu ada bukti. Which only means one thing, Mumbai police nak cover something big.