Sushant Singh Rajput's Death Case : Rhea Chakraborthy

Wednesday 15 July 2020


Rhea Chakraborthy, orang yang paling rapat dengan Sushant sebelum dia meninggal since both of them menyewa sebuah apartment Mont Blanc bersama di Bandra. Tapi beberapa hari sebelum Sushant meninggal, rhea claimed yang Sushant halau dia keluar lepas bergaduh. That explains why she wasn't there on 14th June 2020. 

But still ramai yang blame dia atas kematian Sushant bila banyak perkara yang quite shady bukan sahaja pada hari kematian Sushant tapi sebelumnya lagi. 


Tahun 2018 tanpa segan silu Rhea keluarkan stateemnt depan media yang Mahesh Bhatt adalah baptized father dia bila dia dituduh ada affair dengan Mahesh Bhatt bila gambar mesra mereka berdua dimuatnaik di sosial media. 



Mahesh Bhatt juga antara yang pertama keluarkan statement pada media bagitahu Sushant depressed sampai tahap skizo dengar suara akan bunuh dia macam Parveen Babi dulu. Dia yang advise Rhea supaya tinggalkan Sushant. 



Bukan setakat Mahesh tapi isteri, anak-anak, adik dan staff dia pun up post berkenaan depression dan ulang naratif yang sama dikeluarkan oleh Mahesh Bhatt. Tak lama kemudian selepas netizen constantly trolled them, Mahesh bagitahu yang Sushant nak Rhea berlakon dalam Sadak 2 sebab tu dia reject Sushant sebab demand. 



Lagi teruk Mahesh Bhatt kena bash dan troll lepas artikel ni dikeluarkan sebab semua orang tahu Rhea 'anak' Mahesh, so kenapa Sushant pula yang beria nak selamatkan career Rhea. Tak perlu Sushant minta pun, Rhea cakap nak je pun Mahesh dah boleh bagi. Lagipun relationship Rhea-Sushant bermula Mac 2019 sedangkan Sushant kena approach untuk Sadak 2 pada Ogos 2018. 

2. Sara Ali Khan

Sebelum Rhea datang dalam hidup Sushant sebagai girlfriend, Sara Ali Khan antara yang rapat dengan Rhea. Kalau sebelum ni tak ramai pun yang kenal dengan Rhea tapi disebabkan friendship dia dengan Sara, nama dia mula muncul di media sebagai gym buddy atau new friendship in town bermula tahun 2017. 


Kebetulan masa tu Sara dengan Sushant agak rapat sebab bekerja dalam movie Kedarnath. Sara appreciate friendship dia dengan Sushant sebab banyak bantu dia hilangkan nervous sebagai debutante dalam Kedarnath dan improve Hindi language untuk hidupkan watak Mukku. Sara siap travel jauh sebab nak buat birthday surprise untuk Sushant dan selalu invite Sushant join family activities. 

Tapi bila Sushant dan Rhea mula bercinta, Sushant unfollow Sara di IG walaupun Sara still follow dia dan Rhea stop berkawan dengan Sara. 

3. Sidharth Pithani

Bila bercinta dengan Rhea, Sushant tukar PR agency satu company dengan Rhea dan lantik Sidharth Pithani sebagai creative manager dia. Sid Pithani pun antara yang disyaki bila dia pun tinggal serumah dengan Sushant dan Rhea tapi lebih rapat dengan Rhea. Sepanjang kuarantin, dia jadi photographer untuk Rhea baik gambar ataupun video. 


Hari kejadian, Sidharth Pithani ada dalam rumah tapi dia bangun lambat katanya. Selepas Rhea, dia dipanggil ke pejabat polis Bandra untuk disoal siasat. Strange thing is, kenapa polis bagi smartphone Sushant kepada Sidharth Pithani dan bukan pada family dia?

Image

4. Pindah rumah

April 2020 Rhea denied tebakan media yang dia dan Sushant bercinta sebab Rhea kata dia cuma kawan baik Sushant walaupun diorang tinggal sekali dan menyewa bersama. Sushant pindah dari apartment mewah dia bila jiran tak suka dengan bunyi bising bila Sushant berparti sampai tengah malam. 

Tapi Rhea pula bagitahu polis yang rumah Sushant berhantu, sebab tu mereka berdua pindah ke Mont Blanc. 

5. Property Broker

Surprisingly lepas kematian Sushant, ejen hartanah datang bagitahu media yang Sushant dengan Rhea dah book apartment untuk diorang tinggal bersama lepas berkahwin pada November 2020. Ejen hartanah tu merupakan kawan Rhea. Dalam interview tu pun statement dia macam tak kena dengan timeline bila dia campur adukkan tentang apartment mewah Sushant dan apartment di Mont Blanc.

Kenapa sebelum Sushant meninggal, dia beria deny rumours tu walhal Sushant dah post gambar diorang berdua siap letak caption 'My Jalebi' dekat gambar Rhea, tapi bila Sushant meninggal dia pulak sibuk suruh kawan dan kenalan dia bagitahu kisah cinta mereka berdua? 

6. Psikiatri - Dr. Kersi Chada

Rhea kata dia bawa Sushant jumpa dengan doktor bila Sushant mula depressed tapi perkaitan doktor yang Rhea bawa ni jadi persoalan kepada netizen bila Dr. Kersi Chada satu sekolah dengan Mahesh Bhatt.



Lagi pula dia memang suka diagnosed semua pesakit dia dengan bipolar disorder dan ubat dia buatkan pesakit dia makin depressed. 



Dan kita pun tahu siapa yang Rhea refer bila ada apa-apa masalah dalam hidup dia. 

7. Vividrage Rhealityx 

Lepas kematian Sushant, ada journalist yang buat carian tentang company Sushant sebab dia pernah bagitahu dalam interview yang dia tengah busy dengan startup companies dia. Bila buat carian, Sushant laburkan Rs100,000 sebagai modal company. 

Vividrage Rhealityx Partners

Tapi yang mencuri tumpuan bila nama director adalah Rhea dan abang dia, Showik Chakraborthy tanpa mengeluarkan sesen pun. Company Vividrage Rhealityx ni didaftarkan pada September 2019. Semasa disoalsiasat dengan polis, Rhea tak disclose any information langsung tentang company ni sampai kecoh di socmed, baru la polis keluarkan statement akan panggil Rhea balik untuk soal siasat semula. 

8. Bergaduh

Dengan semua kemewahan dan populariti dia dapat sejak bercinta dengan Sushant, jadi tanda tanya bila dia keluar dari rumah Sushant. Knowing Sushant, dia bukan jenis yang suka halau orang. Sebelum dia bercinta dengan Ankita, Sushant in relationship dan putus tapi dia yang keluar dari rumah tu. Dia biar ex-gf dia stay dan focus on acting career.

Sama juga bila dia putus dengan Ankita Lokhande lepas 6 tahun bersama dan beli rumah bersama di Malad. Dia yang keluar dari rumah tu walaupun rumah tu atas nama dia sebab dia taknak Ankita susah cari rumah lain. Even sampai sekarang rumah tu ada kenangan mereka berdua. So agak susah nak terima naratif penceritaan Rhea bila dia dihalau keluar. 

Sushant Singh Rajput Ankita Lokhande House Unseen Photos Where ...

Kalau dia dihalau keluar kenapa setiap malam Rhea akan on call dengan Sushant sampai dia tertidur even lepas dia keluar rumah? Macam tak logik juga dia dihalau sedangkan rumah tu disewa atas nama dia dengan Sushant. 

9. Unanswered Call

Polis bagitahu yang Sushant ada call Rhea jam 1 pagi pada 14/06/2020 kepada Rhea tapi tak diangkat. Even 14hb Rhea tak call balik sedangkan dia online dari pagi sampai 2 jam sebelum Sushant meninggal. Kalau dia on call dengan Sushant tiap malam kenapa malam tu dia skip? Rhea siap delete semua gambar dengan Sushant di IG account dia kemudian limitkan comment. 

Pelik bila dia ada masa untuk fikir untuk buat semua tu. Sepantas tangan #TheBhatts minta Subash K Jha keluarkan artikel Sushant depressed beberapa jam selepas dia meninggal. 

10. Family Sushant 

Dalam artikel #TheBhatts tu ada mentioned yang Rhea dah inform family Sushant bila dia tengok Sushant makin tak tentu arah dan stop makan ubat. Tapi family Sushant tak kenal pun siapa Rhea. 

11. IG post & Whatsapp profile picture

Lepas sebulan Sushant meninggal, Rhea buat karangan panjang di IG tentang perasaan dia pada Sushant dan takkan lupakan Sushant. Kemudian tukar profile picture Whatsapp kepada gambar dia dan Sushant. 



Ramai yang pertikai kenapa nak show off pasal Sushant kalau tak mengaku bercinta? Kenapa selama ni diam bila tahu keadaan Sushant makin teruk?

Image

Kenapa biarkan Mahesh Bhatt dan keluarga atau journalist keluarkan artikel negatif tentang Sushant? Kenapa post di IG lepas Ankita Lokhande post tentang Sushant? 

Kalau eternally connected kenapa pada tarikh 3 Jun 2020, masa Sushant post dekat IG yang dia rindukan mak dia, Rhea happy je dengan Sid post gambar macam biasa?


tv9gujarati on Twitter: "In last post by Sushant Singh Rajput on ...


12. Fake Troll


Rhea muncul di IG lepas sebulan dan post tentang Sushant kemudiannya update tentang rape and murder threats dia terima sepanjang sebulan. Dia screenshot satu private message di IG dan minta bantuan cyber crime helpline untuk siasat tapi acc yang didakwa adalah akaun palsu dan located in Nepal. 

Sendiri hantar ugutan untuk minta simpati, sendiri terperangkap dalam jerat sendiri. Makin bertambah orang benci dengan dia. 


13. Credit Card & Debit Card Sushant



Lepas sebulan siasatan, polis dedahkan Rhea Chakraborthy guna debit dan credit card Sushant untuk shopping dan pegang semua details account Sushant. Kalau bukan gold digger entah apa yang layak. Muka tebal pulak tu mintak CBI yang siasat sebab nak tahu apa punca Sushant stress sampai bunuh diri. Rhea akan dipanggil semula untuk soal siasat sebelum polis tutup kes ni. Kali pertama dia disoalsiasat makan masa selama 9 jam. 

Hopefully akan ada banyak lagi pencerahan bila kes ni bertukar tangan kepada lawyer Ishkaran. Hari ni surat dah pun dihantar ke pejabat kementerian Perdana Menteri, PM Narendra Modi untuk buka kes Sushant dan preserve semua bahan bukti daripada dikacau dan dimusnahkan. 
First time Dayang dengan Faizal Tahir bergabung and surprisingly suara diorang match perfectly together! Lepas ni boleh duet lagu untuk lagu balada ataupun pop pulak. Lagu genre pop kotemporari hasil buah tangan gabungan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii.


So far belum ada lagi music video untuk single track ni tapi tak sabar nak tunggu sebab lirik lagu ni relatable sangat. Dalam lyric video pun bagi hint stargaze which quite melancholic, sesuai dengan lirik dia merindukan someone. 

Yang  belum dengar lagi boleh play dekat video di bawah ni


LIRIK LAGU X MISSING U

Penyanyi : Dayang Nurfaizah ft Faizal Tahir, Tuju & Yonnyboii
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii
Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii
Studio : Faithful Music

Inikah penghujungnya
Kesudahan semua
Dan bukannya kupinta
Begini akhirnya
Tutup saja semua cerita

Lupakan saja semua
Semua janji yang tercipta
Cukup sudah kau mainkan
Perasaan dan hati

[Chorus]
Setiap kali kau pergi, kau kembali kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Dan tiap kali ku menjauh, kau tetap kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Setiap kali kau hilang, kau kembali kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Dan biar ku berterus terang sesungguhnya oh
I'm not missing you
I'm not missing you yeah

Tak kuasa aku melayan
Segala pujuk rayu darimu
Tak mahu lagi ku cuba untuk pertahan

Tak adakah rasa bersalah
Kau lakukan aku begini
Tak mampu lagi aku bertahan

Lupakan saja semua
Semua janji tercipta
Cukup sudah kau mainkan
Perasaan dan hati

Setiap kali kau pergi, kau kembali kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Dan tiap kali ku menjauh, kau tetap kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Setiap kali kau hilang kau kembali kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah

Dan biar ku berterus terang sessunguhnya oh
I'm not missing you
I'm not missing youu yeah

Setiap kali kau pergi berjauhan
Rindukan setiap detik perbualan
Ku sakit bila separuh ku dipisahkan
Bagaikan pungguk rindukan bulan

Kehilangan cahaya ku rindu
Kehilangan hingga hujung waktu (hujung waktu)
Tapi ku tetap percaya
Rindu di sebalik luka
Harapan kembali terbuka

Tolong kata jangan ini tentang rindu
Peluang terakhir menusuk kalbu
Apa lagi yang ku pinta
Tulus jiwaku untukmu
Hanya untukmu

Setiap kali kau pergi kau kembali kata
I, I'm missing you
I, I'm missing you yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah
Kembali kata
I'm not missing you
I'm not missing you yeah









As they always said "let the evidence speak to us" where you can always observe the crime scene rather than believing a cooked up story.....

Sebelum ni dah sembang pasal keadaan mayat Sushant Singh Rajput pada hari kejadian so dalam post ni nak sembang beberapa point yang menjadi tanda tanya untuk kes kematian Sushant. 


1. Stool

Bila polis putuskan Sushant meninggal disebabkan bunuh diri, ramai yang bertanya macam mana Sushant gantung diri dia? Macam mana dia panjat untuk ikat dupatta hijau dekat kipas dan gantung diri dia? Kalau ketinggian fizikal Sushant boleh sampai tahap kipas, then kenapa dupatta diikat rendah? 


Macam mana Sushant yang bijak dalam engineering tapi miscalculated ketinggian dia? 

2. Tensile Strength 

Bukan setakat miscalculated ketinggian tapi tak boleh nak agak dupatta yang nipis tu boleh menampung berat badan dia sampai boleh terkoyak. Bila ramai yang suarakan hal ni, lepas 3 minggu baru polis hantar dupatta tu untuk buat tensile strength. Kenapa tak buat dari awal? Dah seminggu hantar tapi sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. 

3. Kesan Tapak Kaki

Polis claimed Sushant dijumpai tergantung dekat kipas tapi kenapa katil dia kemas? Bukan sepatutnya ada kesan tapak kaki sebab ramai yang nak turunkan mayat dia? Badan Sushant dalam 80kg, masa nak letak atas stretcher pun kena 5 orang yang angkat. 

Image

4. Pintu Bilik


Pintu bilik mayat Sushant dijumpai bukan guna lock biasa tapi computerized. Kalau kena lock dari dalam, memang susah kalau tak ada kunci pendua. Maid tak jumpa kunci pendua sebab tu tunggu sampai sejam locksmith datang. Kenapa tak ada yang tendang? Kenapa tak ada yang call polis? 

Rumah tu kan Sushant sewa dengan girlfriend dia, Rhea so kenapa tak ada yang call Rhea minta datang ke rumah untuk buka pintu? Kalau call sekali taknak angkat then kenapa tak call beratus kali? Emergency kan? Rhea online awal pagi 14/06/2020 tu sampai 2 jam sebelum berita kematian Sushant keluar. 

5. Bilik

Kalau tengok dalam gambar dengan video yang leaked, timbul soalan kenapa bilik Sushant macam tu? Kosong! Taste Sushant sama macam Katrina Kaif, suka hias dengan barang vintage and yes, ada buku. Tapi bilik tu tak banyak barang, even dalam almari tak banyak baju sedangkan Sushant quite up to date with fashion style. 

Remembering Sushant Singh Rajput: Movies on OTT platforms that ...

Compare gambar atas dengan gambar dekat bawah. Berbeza sangat flavor kedua-dua ruang. 


Even badan Sushant tak muat atas katil dalam bilik yang dia dijumpai tu! Bilik ni kecil sangat untuk Sushant jadikan bilik tidur dia. Lagi satu Sushant suka tingkap yang luas supaya dia boleh tengok bintang. Tapi dalam bilik ni tak ada tingkap? Dia sewa condo ni dengan Rhea tapi kenapa bilik Rhea luas tapi bilik Sushant sempit macam ni?

6. Gelas Jus

Orang gaji keluarkan statement dia bagi segelas jus delima kepada Sushant pagi tu dan Sushant bawa masuk dalam bilik so mana gelas tu? 

7. 5 Buah Journal

Hari kedua selepas pemergian Sushant, polis keluarkan statement mereka jumpa 5 buah journal milik Sushant tapi polis tak pernah disclose apa  isi dalam journal tu. Kalau betul dia depressed, kita dah boleh tahu. Kalau dia ada masalah, kita dah boleh tahu dari situ. 

8. Smartphone

Polis bagitahu media yang Sushant google nama dia sendiri beberapa minit sebelum bunuh diri tapi smartphone milik Sushant ni kemudian diserahkan kepada creative manager Sushant, Sidharth Pathani. Kenapa tak bagi pada family? Beberapa hari lepas pemergian Sushant, kecoh bila followers dan following di socmed Sushant berubah. 

9. CCTV

Sushant Singh Rajput's ex-girlfriend Ankita Lokhande reaches his ...
Ankita & Sandeep Singh melawat family Sushant untuk ucap takziah

Hari pertama polis keluarkan statement CCTV dekat rumah Sushant kena tutup tapi tak lama lepastu ubah statement yang apartment Sushant tak ada CCTV then ubah lagi kepada CCTV working just fine bila netizen tunjuk bukti bangunan apartment Sushant ada CCTV. Duh?

10. Tampered Evidence

Bila tengok dalam video yang leaked tu sakit hati je tengok polis Mumbai buat kerja kumpul bukti. Berbeza sangat dengan CSI ataupun polis dalam movie buat kerja. Evidence longgok je dalam plastik sampah biasa. Dalam plastik tu boleh nampak dupatta hijau yang katanya Sushant guna untuk gantung diri tapi apa benda berwarna biru tu? Kenapa campur? 


Dalam video, polis guna selimut di katil tu untuk tutup mayat Sushant. Kenapa selimut tu tak dijadikan bahan bukti. Boleh je check in case ada kehadiran sebarang bahan kimia kan? Macam dalam post sebelum ni bila di baju Sushant ada white stain. Rumah Sushant tak kena sealed pun supaya tak diganggu. Sesiapa je boleh masuk dan pergi. Even keluarga Sushant diarahkan untuk kemas barang-barang Sushant lepas final rites. Kenapa? 

11. Sampah? 


Dalam video yang leaked tu boleh nampak orang gaji Sushant pegang bag plastik hitam besar dekat bilik Sushant. Apa yang dia pack? 


Dalam video jiran Sushant share, nampak orang gaji dia lari sambil bawa bag tu. Kalau sampah dalam rumah, kenapa bawa masuk dalam bilik tu? Kalau sampah dalam bilik tu, kenapa boleh bawa keluar? Bukan semua barang tak boleh kacau ke sampai penyiasatan selesai? 

12. Fudge

Sushant ada anjing nama Fudge tapi pada hari kejadian langsung tak ada yang mention pasal Fudge so di mana Fudge? Dua tiga hari lepas family Sushant balik ke Patna baru kakak dia post Fudge tak lalu makan sebab rindukan Sushant. 

Fact Check: Sushant Singh Rajput's dog Fudge is alive | The Scrbblr

13. Party 

Malam 13/06/2020, dekat rumah Sushant ada party sampai tengah malam dan jiran dia sahkan perkara ni tapi sampai sekarang tak tahu lagi siapa yang attend party tu. Bukan setakat tak tahu siapa, even tak dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat sedangkan mereka suspek utama. 

Polis kata semua bukti dah dikumpulkan dan polis akan umumkan dalam masa terdekat tapi dari cara polis handle kes ni dari awal, kita dah boleh agak dah apa keputusannya. Disappointed. 

Malangnya Nasib Bila Guard Citta Mall Ambil Kesempatan!

Tuesday 14 July 2020

Lepas dah lunch dekat Waroeng Penyet Citta Mall then pergi ke bakery beli tart dengan pastry sebab dah lama tak makan. Nak pulak bila bau dia mengancam yakmat. Padahal baru lepas makan tengahari. Memang kelaut lah diet kan kalau macamni gaya. 

Dah settle membeli, lepas Kak Nora settle bayar duit parking, kitorang pun dah mode nak balik office, habiskan sisa hari Jumaat. Tapi malang betul nasib bila parking ticket kitorang hilang!


Puas cari dalam handbag kak Nora, dalam kereta, dalam plastik barang-barang dia beli dan check jugak handbag kitorang kot kot lah termasuk secara ajaibnya kan tapi takde. Kitorang dah gelabah lah tapi tetap rasional mencari tempat yang sama. 

Tak lama kemudian guard datang dengan basikal tanya 'Tiket parking hilang ke?'

Kitorang tanpa syak apa-apa terus mengangguk jawab ye je lah. Lepastu dia suruh pergi management office bayar untuk tiket hilang tapi kitorang taknak lah bayar RM30 sebab tiket hilang sedangkan dah bayar dah pun RM2 untuk 2 jam dekat situ. 

Then Ain ajak Kak Nora pergi cari balik dekat laluan yang kitorang lalu tadi sampai lah ke mesin Autopay. Tetap takde. Kalau tertinggal dekat mesin, mesti abang dekat belakang Kak Nora tu dah tegur kan?

Guard tadi tu datang balik bagi tiket dekat kitorang tapi dia kata bayar RM50. Eh mahalnya lepastu Kak Nora bagi RM10 je sebab takde duit. Dia tak nak, dia nak RM20. 


Bila Kak Nora ambil tiket tu nampak macam kitorang punya sebab timestamp dia sama. Sebab dah malas nak argue dengan dia, Kak Nora bayar je RM20 lepastu blah. Of course kitorang tak puas hati sebab mana dia tahu tiket kitorang hilang sebab kitorang cari dalam kereta je masa tu. So Kak Nora contact kawan dia yang kerja dekat management Citta Mall bagitahu guard dia ambil kesempatan. 

Lucky for Kak Nora, dia dapat duit dia balik RM20 since kitorang dah bayar duit tiket RM2 tu. Guard tu kena denda sebab buat perangai macam tu. Memang bagi pengajaran sangat la supaya tak tercicirkan tiket parking dah sebab kalau orang jumpa tak mungkin dia nak bagi secara baik. What a day T.T

Lunch di Waroeng Penyet, Citta Mall


Hari Jumaat biasanya hari garu kepala fikir nak makan mana sebab hari lain makanan ditaja oleh our managing partner. Perks of working at Ram Reza & Muhammad Oasis kekekeke

So Jumaat lepas kitorang nak makan dekat tempat lain asalnya tapi sedihnya bila tahu kedai tu dah pun tutup. Makanan dia sedap kot. Belek punya belek, fikir punya fikir, makan je lah dekat Waroeng Penyet ni. 



Masing-masing ambil lunch set je senang sebab malas nak fikir depan kaunter lama-lama sebab dekat sini kena order then bayar dulu.
 

Walaupun ramai orang dekat sini  tapi tak lah lama sangat nak kena tunggu pun. See, table kitorang number 21. Ramai kan? 


While Kak Nora order set ayam penyet bahagian dada, Ain with ayam bakar penyet bahagian paha and me stick with my lele penyet. Lele penyet ftw!



Set lunch ni datang dengan air so I ambik pepsi, Ain air teh o ais and kak nora being kak nora, ambil air mineral je. Entah bila nak jumpa keteguhan iman yang kuat macam Kak Nora tak minum air manis. T.T


Yang bestnya kalau makan dekat Waroeng Penyet ni, tak payah nak risau bab sambal sikit sebab diorang dah letak sambal dengan kicap dekat station tepi dinding tu. Tinggal nak ambil je berapa banyak kita nak. Rasanya dkat Waroeng Penyet Nu Sentral ada lagi banyak choice. Dekat Citta Mall ada 3 je. 


Unik dekat outlet Citta Mall ni boleh lepak makan dekat luar but since kitorang bertiga je tak nak lah gedik bazirkan ruang orang lain yang lebih layak dekat meja ni :')


All in all I puas hati lunch dekat sini walaupun nasi tak masak sangat. Kalau I mintak baru pun berapa lama pulak nak tunggu kan? Bila makan dengan sup tak la rasa terasa sangat. Staff service is great. Worth the time and money spent here.