Lee Wah Florist, Petaling Street
Wednesday, 11 December 2019
Dah banyak kali nampak dekat Twitter ada yang post pasal bunga fresh yang cantik dan murah boleh dapat dekat Petaling Street je. Ros 20 kuntum boleh dapat RM20. Ada yang tweet beli dan gubah untuk tunang sebab bunga dia segar, tak terus layu macam bunga Cameron.
Kalau tengok review dekat Google pun memang rating untuk kedai bunga ni agak tinggi tapi ada la sikit komen yang negatif sebab tak kena layan elok dengan staff. Kalau you guys datang sini dan tengok macam mana busy staff diorang dari pagi sampai petang, boleh faham la kenapa tak dapat layanan bagus.
I pergi dua kali kedai ni. First time waktu pagi around 11 am then belah petang around 5pm. Dari pagi sampai petang memang tak berhenti staff dia buat kerja. Serious talk tak menang tangan and mostly customer layan diri je dekat sini.
Nak bunga yang mana cari la dekat mana ceruk yang diorang letak sebab kedai bunga ni kedai bunga borong so dari pagi dah dapat call untuk order banyak, untuk reservations dengan gubahan lagi. Yang jenis rush and expect top service memang tak dapat la. For me layanan dari staff dah kira bagus la untuk tempat yang busy macam ni.
Bunga dekat sini banyak jenis, ada rose pelbagai warna, carnation, lili, kekwa, orkid, hydrangea, bunga-bunga tak tahu nama, bunga yang dah kering untuk jadikan hiasan, indoor plants dan yang paling famous haruslah baby breath.
Baby breath dekat sini bukan macam dekat Cameron, yang dah kering tu. Yang dekat sini yang fresh lagi. Boleh tahan banyak jugak pilihan warna dia dan warna putih paling cepat sold out. Entah berapa kali diorang restock dalam sehari.
Masuk sini memang tak tahu nak pilih yang mana sebab rambang mata. Kalau nak pergi sini better jangan datang waktu peak hour ataupun weekend sebab kedai ni sesak sangat dengan orang. Lepas dah dua kali singgah, finally decide untuk beli baby breath warna fuschia, carnation warna pink pekat dengan bunga kering untuk hiasan.
Cost me RM46.50 for these 3 bouquet of flowers but absolutely worth it lah. Dah tak payah dah susah-susah nak naik Cameron lepas ni. Kalau bunga ni layu pun nanti tak la sakit hati sangat sebab dekat je nak beli. Murah pulak tu.
Next time datang sini nak beli bunga jenis lain pulak. Thank sangat untuk yang share location kedai bunga ni. Membantu manusia yang suka bunga ni hshshs




















































