TV Show Review | The Game Caterers YG Family Episode 7 & 8

Saturday, 23 April 2022


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Na PD, Eun Jiwon SECHSKIES, Lee Chan Hyuk AKMU, song Mino WINNER, Kim Jinu WINNER, Kim Seunghyun WINNER, Kim Jinhwan iKON, Song Yunhyeong iKON, Jenny BLACKPINK, Choi Hyunsuk Treasure, Park Jihoon Treasure
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 12 episodes (25 minutes per episode) 
Release Date : 25 February 2022 - 18 March 2022
Video : 

 

Terkejut bila nampak iKON update pasal The Game Caterers Season 2 bila Jinhwan dengan Yunhyeong join program ni. Ramai yang kecoh dekat Twitter sebab rancangan ni antara yang famous lah dekat Korea. Boleh kata siapa yang join program Na PD boleh dapat audience lebih tinggi. Masa ni baru perasan Treasure ni crack jugak ek walaupun kecoh kenapa official account TikTok account guna lagu Treasure. Mungkin sebab YG nak promote lagu Jikjin. 


Semua yang datang join The Game Caterers ni semuanya I kenal tapi tengok gitu gitu je sebab main focus haruslah dekat iKON. Dekat teaser iKON, Treasure dengan WINNER buat YG Family chant. Terus boleh tangkap ada agenda YG Family ye dekat sini. Dekat sini boleh nampak lah interactions semua talents under YG ni macam mana. Ada yang baru first time jumpa macam iKON dengan Blackpink sebab sebelum ni YG ban interaction antara dua group idk for whatever nonsense reasons they had in their mind padahal masa Blackpink trainee, iKON yang evaluate diorang. 


iKON dengan Treasure memang rapatlah sebab iKON selalu jenguk junior diorang. Nak pula bila ramai ahli Treasure adalah iKONIC. Jiwon SECHKIES pun dah pernah jumpa Treasure masa buat audition dalam Treasure Map Season 2 (2021). Jennie dah memang rapat dengan Mino dengan Jinu sejak trainee lagi. Chan Hyuk AKMU je yang kekok sikit sebab dia tak pernah jumpa dengan semua. Dia mesra dengan Bobby iKON sebab diorang berjumpa dekat set MV I’m Different (2015). 


Na PD minta semua tetamu jemputan duduk mengikut tahun debut – SECHSKIES, AKMU, WINNER, iKON, Blackpink dan terakhirnya Treasure. Tapi disebabkan Jennie seorang je perempuan yang ada masa tu, Na PD suruh dia duduk dekat tengah sebagai visual. 

"Why is everyone getting up? How highly ranked is Jennie in this group?" – Na PD


Jinhwan bagitau masa dekat waiting room Treasure dongsaeng practice main game supaya team YG tak kalah. Hyunsuk dah prepare awal-awal sebelum datang ke bangunan YG Entertainment dengan tengok program 'New Journey To The West'. The Game Caterers ni kira jadi tempat reunion untuk Jiwon SECHSKIES, Mino WINNER dengan Na PD lah sebab diorang cast utama dalam program tu. Park Jihoon dengan Hyunsuk pulak terkejut sebab dapat jumpa Na PD dengan Daeju dari program 2Days1Night. Siapa sangka masa kecik tengok program tu, bila besar dapat join program under Na PD pulak. 


Program The Game Caterers ni merupakan program di mana tetamu jemputan kena main game yang disediakan oleh Na PD dan team dia. Sebelum memulakan sesi permainan tu staff akan tayang semua hadiah yang tetamu jemputan boleh menang. Setiap kali tetamu jemputan kalah permainan, satu hadiah akan dipilih untuk dibuang. 

Ada hadiah yang biasa macam beras, lukisan gambar animasi, ekstrak bunga, ada hadiah pula yang menarik perhatian macam coffee truck, eyewear Gentle Monster milik Jennie dan set daging premium. Treasure happy tengok eyewear Gentle Monster sebab sponsor Treasure Map Season 2 tapi mata diorang dekat voucher coffee truck. Jennie pulak suka set Shin Myohan dari program  New Journey to the West. 


The Game Caterers Season 2 Episode 7 dan 8 ni masing-masing ada 2 part shooting dekat YG Entertainment. Simple je team production shoot program ni. Letak kerusi untuk tetamu jemputan lepastu krew program berdiri atau bersila dekat bahagian depan. Tak perlukan set beria pun dah boleh buat program menarik untuk hiburkan penonton di rumah dan online platform. 

Sakit perut masa tengok episod ni sebab idol under YG memang jenis masuk air belaka sampai Na PD pun lost. Nak pula bila Mino dengan Treasure trick dia semata nak menang punya pasal. Jinu agak diam masa ni sebab dia baru habis latihan ketenteraan jadi banyak yang dia kena catch up. Jinhwan pula sopan je sebab baru lepas cabut gigi bongsu. Gusi bengkak pun tetap comel :’)


Masa main game teka lagu haruslah Park Jihoon paling kedepan sekali kutip markah sebab dia MC Inkigayo. Yang kedua pula Yunhyeong iKON sebab dia suka semua lagu girls group yang popular. Tak kisah lah team dia ataupun team lawan yang dapat teka, bab dance performance dia yang terpaling mantul. 

Kelakar tengok reaction WINNER dengan iKON masa Treasure cerita pasal dorm diorang. Masa diorang dulu kena berhimpit dalam satu dorm sampai lah debut. WINNER okay lagi sebab 4 orang je masa program WIN : Who Is Next (2013) tu. iKON lah sakit sebab 7 orang lepastu masa program Mix & Match (2014) berhimpit sampai 9 orang satu rumah. Treasure belum debut lagi dah dapat bilik seorang satu. Blackpink pun sama tapi Jennie diam je kat belakang supaya tak kantoi haha. 


Since YG Entertainment dah bertukar management ni boleh nampak lah semua idol dijaga dengan lebih baik instead of kena peram especially iKON dengan WINNER. Tahun 2022 pun YG all out promote semua idol dan bagi ramai release solo. Boleh nampak iKON akan renew contract jugak tahun ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


GANDINGAN ROMANTIK MK K-CLIQUE & AZIRA SHAFINAZ DALAM ‘BUNGA DAN KAYU’ SYAWAL INI
| Filem Raya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First

Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem ini. 

Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ia merupakan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem ‘Hantu Kak Limah’, ‘Sangkar’, ‘J Revolusi’, Infinitus Gold. Filem di bawah arahan Wann Hafiz ini turut memperlihatkan sinematografi menarik dan sesi penggambaran telah dijalankan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Kehebatan Pengarah Wann Hafiz dalam mengarahkan filem romantik komedi kekeluargaan tidak perlu disangkal lagi kerana pengalaman beliau yang banyak terlibat sebagai pengarah (filem Surf This Love: Gelora Juara, Mat Tudung), penyunting (Magika, Dunia Baru : The Movie) dan pembantu pengarah (29 Februari).

Bunga Dan Kayu dipadatkan lagi dengan elemen cinta. Kisah bermula apabila Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga. 


“Pertama sekali, saya mewakili Infinitus Gold Sdn Bhd, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First kerana memberi peluang kepada kami untuk menayangkan “Bunga Dan Kayu” di platform Astro First. Saya amat  teruja kerana ini merupakan filem kedua kami hasilkan selepas “Saya Jual Ya Bang!”. Dalam pada itu, kami juga gembira apabila saudara Waan Hafiz bersetuju untuk mengarahkan filem ini. Pengalaman beliau menghasilkan karya-karya genre komedi dan penuh variasi ternyata berhasil dengan “Bunga dan Kayu. Selain dari itu, pemilihan kedua-dua tonggak utama, MK K-Clique dan Azira Shafinaz ternyata sangat serasi, seterusnya memudahkan lagi perjalanan penggambaran filem ini. Zalif Sidek, Yazmin Aziz, Elly Ariffin, Azad Jazmin, Kazar dan setiap mereka yang terlibat baik di hadapan mahupun di belakang kamera telah memberikan persembahan terbaik! Syabas diucapkan kepada mereka semua. “Bunga dan Kayu” merupakan sebuah naskhah romantik komedi yang sesuai untuk tontonan semua. Justeru, jangan lepaskan peluang menontonnya  di saluran Astro First pada 3 Mei 2022 ini.” - Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai 


“Astro Shaw pernah menjalinkan kerjasama baik bersama Penerbit Infinitus Gold sebelum ini menerusi filem  box office Hantu Kak Limah, Sangkar dan akan datang Tablis Iblis. Kami rasa amat berbesar hati apabila Infinitus Gold sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pihak Astro untuk mempersembahkan filem terbarunya di platform Astro First. Filem Bunga Dan Kayu mengetengahkan elemen romantik, komedi dan kekeluargaan, jadi melalui jalan ceritanya yang santai dan menghiburkan, kami yakin ia sesuai ditonton seisi keluarga, lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang di mana semua ahli keluarga berkumpul. Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage, Yazmin Aziz.  

Langgan dan saksikan Bunga Dan Kayu Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula Syawal ini, 3 May 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Tajuk :  Bunga & Kayu
Genre :  Romantik Komedi
Pengarah  :  Waan Hafiz
Produksi :  Infinitus Gold Sdn. Bhd
Bahasa :  Bahasa Melayu
Durasi Filem : 100 minit 
Jumlah Hari Penggambaran: 12 days
Tarikh Penggambaran :  13 – 24 October 2021
Lokasi Penggambaran:  Berjaya Hills Bukit Tinggi & Janda Baik
Tarikh Tayangan di Astro First : 3 Mei 2022


BARISAN PELAKON
MK K-Clique sbg Noah
Azira Shafinaz        sbg Bunga
Zalif Sidek sbg Farhan
Yazmin Aziz sbg Pretty
Elly Arifin sbg Zara Iman
Kazar sbg Hameed
Azad Jasmin sbg Encik Badri


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Penerbit Eksekutif : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit  : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit Penyelaras: Norhasmimie Mohd Salim
Pengarah  : Waan Hafiz
Skrip : Fairul Nizam & Modee
Cerita Asal : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Pengurus Produksi : Norfitrine binti Abas
Pengarah Fotografi : Mohd Razali Bin Ismail
Penyunting : Nik Johan 
Muzik Skor: Zaidi Abd Rahman
Pereka Busana : Ameen Mustajab
Penata Tatarias: Ameen Mustajab
Jurugambar: Mahyu


SINOPSIS

Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan Ini

Friday, 22 April 2022

#ShopeeDeliversLove, sebuah kempen oleh Shopee untuk menghargai rakan kongsi penghantaran, kembali pada Ramadan ini. Kempen ini berlangsung dari 11 April - 22 April di mana rakan penghantaran Shopee dan ShopeeFood boleh mengambil makanan berbuka puasa mereka dari Hab Penghantaran Shopee terpilih.

Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan ShopeeFood Malaysia mengulas, “Kami mahu memastikan rakan penghantaran kami dapat berbuka puasa dengan selesa semasa bekerja. Rakan penghantaran adalah rakan kongsi yang dihargai kerana mereka membantu kami menyokong pendigitalan industri F&B di Malaysia. Semasa Ramadan, sesetengah rakan penghantar perlu membuat perubahan pada jadual penghantaran mereka. Kami berharap usaha ini membantu mereka pada masa yang sama menyampaikan mesej kepada rakan penghantaran kami bahawa mereka dihargai."

Mendengar secara langsung daripada rakan penghantar ShopeeFood tentang pengalamannya, kami bercakap dengan Ahmad Fikri Tajuddin, 28 tahun dari Ampang. “Saya telah bersama ShopeeFood selama lebih setahun dan ini adalah Ramadan pertama saya sebagai rakan penghantaran makanan. Saya memilih untuk menjadi rakan penghantaran makanan berbanding pekerjaan lain semasa pandemik kerana sebagai rakan penghantar saya mempunyai kebebasan dan fleksibiliti untuk merancang waktu kerja saya. Sebagai contoh, untuk menyambut Hari Raya tahun ini, saya dapat merancang untuk lebih banyak penghantaran dan tambahan waktu bekerja untuk mendapatkan lebih banyak belanja untuk Hari Raya.

Mengenai sama ada terdapat cabaran tambahan semasa menghantar makanan pada bulan Ramadan, Fikri berkata, “Menghantar makanan pada bulan Ramadan mempunyai cabaran yang sama seperti hari-hari biasa. Cuaca Malaysia yang mencabar, kesesakan lalu lintas serta keadaan jalan yang buruk seperti jalan berlubang, serpihan dan papan tanda jalan yang hilang adalah antara cabaran yang kami hadapi setiap hari sebagai rakan penghantar makanan.” Tambah Fikri, setakat ini tiada halangan besar untuk menyempurnakan penghantarannya tetapi memenuhi tempahan dalam cuaca buruk agak mencabar kerana penunggang perlu lebih berhati-hati di jalan raya.

Bagi memastikan dia mempunyai masa berbuka puasa sambil menyiapkan tempahan, Fikri merancang jadualnya dan menyediakan juadah dari rumah. “Sepanjang Ramadan saya mengubah sedikit rutin saya supaya saya mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat di antara penghantaran. Saya juga memperuntukkan sedikit masa untuk berbuka puasa dengan membawa minuman dan makanan ringan sendiri seperti roti. Jika tiada penghantaran pada pukul 6:30 petang, saya akan berhenti berbuka puasa dahulu sebelum meneruskan penghantaran,”

Mengulas tentang #ShopeeDeliversLove, Fikri menghargai usaha tersebut. “Memandangkan rakan penghantar biasanya bergerak, mendapat makanan bungkus akan membantu kami memberi tumpuan kepada penghantaran dan berbuka puasa tepat pada masanya.”

Di samping itu, pengguna Shopee juga boleh mendapat tawaran hebat apabila mereka membeli Domino’s Pizza dari 12 April - 12 Jun. Peminat piza boleh membeli pizza Domino’s bersaiz peribadi pada harga RM5 di kedai dengan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran. Untuk setiap pembelian piza peribadi, pengguna layak mendapat pulangan tunai RM1 daripada ShopeePay.

Bagi pengguna yang menempah di laman web Domino’s Pizza, mereka boleh mendapatkan Domino’s Pizza bersaiz besar pada harga RM20.90 sahaja. Untuk menebus harga istimewa, beli baucar RM1 Sen daripada ShopeePay pada aplikasi dan tebus kod semasa pembayaran di laman web Domino’s Pizza. Pembelian yang berjaya akan melayakkan pengguna mendapat pulangan tunai RM1.10 apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.