Dah lama nak pergi nursery nak beli pokok basil sebab nak buat basil pesto ikut resipi Yunhyeong dalam Songchelin Guide Cooking tu tapi tak pernahnya lah sempat ke sana. Masa kirim dekat adik pun dia kata tak ada. Nursery dekat tepi jalan semua dah berpindah ke kawasan baru. Even worst, ada yang dah tutup sebab area tu nak buat highway DASH.
Alternatif kedua, beli terus je basil pesto dekat Shopee. Dah beli dengan harga RM28 tapi rasa dia mengecewakan sebab dia banyak sangat guna olive oil dan bawang putih. Kalau ikut resipi Yunhyeong tu dia letak beberapa sudu je lepastu letak kacang badam supaya rasa berlemak. Tengok basil pesto yang dibeli tu pun tak sama macam dalam gambar. Tengok warna pun dah tahu jauh beza dengan resipi Yunhyeong. Bazir 28 hengget sebab makan sekali dua je.
Sudahnya beli je benih dekat Mango Garden ni haaaa. Basil nak naik pun tak lama sebab Yunyeong tanam dalam sebulan tu dah boleh masak macam-macam. Disebabkan benih basil tu murah je, tangan pun gatal lah godek-godek biji benih yang lain jugak. Dah alang-alang kan nak membeli biarlah lebih dari harga shipping delivery.
Memandangkan dekat nursery tak pernah lagi jumpa bunga cosmos, beli lah benih dia sebab jealous tengok ID yang lain show off bunga cosmos diorang. Kalau tak naik bunga cosmos tu, beli yang fake je lah letak jadi hiasan sambil pasang lagu Cosmos.
Selain dua benih tu adik tumpang sekali beli benih bayam dengan lettuce. Gamble je lettuce tu sebab dari dulu tanam tak pernah naik pun. Tapi tak tau lah kalau kena scam dengan kedai ECO. Hopefully naik lah sebab dah malas nak beli dekat NSK. Harga sekarang mampu nangis di bucu katil je. Slow slow je NSK buang satu jambak dalam pek salad tu. Harga sama tapi kuantiti kurang lepastu sekejap je dah layu. Hmmmm maghoh teman!
Anyway thank you Mango Garden sebab fast delivery, wrap cantik, packaging untuk setiap benih pun cantik siap bagi free gift lagi. Tak try tanam lagi but once dah naik, I share dekat sini.
Production Company : Bhansali Productions, T-Series
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 136 minutes
Release Date : 5 July 2019
Trailer :
Remake kepada movie Telugu-Tamil berjudul 7G Rainbow Colony arahan Selvaraghavan, Malaal mengisahkan tentang Shiva (Meezaan Jafri), penganggur baran yang jatuh cinta dengan Astha (Sharmin Segal). Keluarga Astha baru saja berpindah ke kawasan perumahan tersebut dan berjiran sebelah rumah dengan keluarga Shiva.
Kedua-dua keluarga mempunyai cara hidup yang berbeza di mana keluarga Astha lebih berpelajaran dan beradab. Sebab utama mereka terpaksa berpindah ke kawasan tersebut bila ayah Astha rugi dalam pelaburan. Tinggi mana pelajaran keluarga Astha pun tetap juga berpegang dengan tradisi kahwin atur dan anak perempuan perlu berkahwin awal.
Astha dijodohkan dengan Aditya (Ishwak Singh) yang kacak tapi kasanova. Dia menurut kemahuan ibunya saja sebab dia masih bebas menggatal dengan perempuan lain. Shiva yang nampak perkara tu cuba untuk bagitahu Astha tapi disebabkan karakter dia yang tak semenggah, seharusnya lah dia gagal untuk meyakinkan.
Sebenarnya Astha dah lama suka dengan Shiva tapi terpaksa akur dengan kehendak keluarga bila ayah dia ada sakit jantung. Boleh saja dia pentingkan diri tapi apa nasib keluarga dia kalau ayah dia diserang sakit jantung kali ketiga? Lagipun Shiva jauh berbeza nak dibandingkan dengan Aditya. Seluruh kejiranan tahu Shiva kaki mabuk, perokok tegar, pemeras ugut dan penganggur. Berhutang sana sini untuk berseronok.
First half memang menyampah dengan watak Shiva ni sebab perangai dia memang tak layak dibuat suami. Aditya pun sama juga. Kalau movie ni berlatarkan zaman sekarang mungkin Astha dah jadi businesswoman yang mandiri tanpa perlukan life partner. Tapi disebabkan latar masanya hujung 90-an terpaksa lah Astha jadi watak yang sentiasa meraba dalam kegelapan.
Walaupun movie Malaal diterbitkan pada tahun 2019 namun Mangesh Hadawale masih menggunakan formula di mana watak heroin bertanggungjawab untuk ubah si hero. Dalam movie yang bersifat fantasi semestinya perkara ni nampak mudah tambah pula bila si hero obsess teramat dengan kecantikan heroin. Hakikatnya nak ubah perangai manusia bukannya mudah, baik lelaki mahupun perempuan.
Leading stars adalah produk nepotism yang menebal di Bollywood bila Meezan Jafri adalah anak kepada pelakon Jaaved Jaferi manakala Sharmin Segal pula anak saudara kepada pengarah terkenal, Sanjay Leela Bhansali. Tengok pada lakonan mereka berdua dah nampak masuk sebab kabel semata dan bukan kerana bakat.
Watak Astha mempunyai dialog yang minimal tapi tak pula ekspresif. Chemistry dengan Meezan pula kelihatan hambar sedangkan berlakon dalam naskhah romance drama. Tak romantik, tak juga dramatik. Menyampah setiap kali teringat scene Shiva nak hadiahkan rantai untuk Astha sebab rantai tu terjatuh dekat jalan. Rasa lagi bermakna kot kalau rantai tu hasil titik peluh dia bekerja.
Movie Malaal keluar dari konsep penceritaan yang terarah pada keindahan sinematografi seperti himpunan karya Bhansali yang sebelumnya untuk beri laluan kepada pengarah Mangesh berkarya. Ada tribute kepada Bhansali bila poster movie Hum Dil De Chuke Sanam dipasang di billboard. Ada kaitan jugak lah movie cinta terhalang tu dengan movie Malaal.
Music album yang dihasilkan oleh Sanjay Leela Bhansali menggunakan melodi yang bersifat 90-an untuk menghidupkan suasana juga penceritaan. Lagu Nadh Khula dan Udhal Ho not bad juga lah untuk dilayan. Sayangnya koreografi dalam lagu Udhal Ho tak mempamerkan bakat tarian Meezan Jafri bila steps agak mudah.
Tak faham apa perlunya launch Meezan di Bollywood bila lakonan hambar dan visual pula terhad. Tengok gaya penerimaan yang hambar untuk movie Malaal ni mungkin Meezan dan Sharmin boleh hentikan impian sebagai pelakon.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10
Cast : Jason Momoa, Garret Dillahunt, Jill Wagner, Stephen Lang
Production Company : Pride of Gypsies, Highland Film Group, Ingenious Media
Distributor : Saban Films
Genre : Action / Thriller
Running Time : 94 minutes
Release Date : 2 February 2018
Trailer :
Berlatarkan musim sejuk, movie Braven mengisahkan tentang Joe Braven (Jason Momoa) yang terpaksa berdepan dengan masalah keluarga bila ayah dia (Stephen Lang) mengalami dementia selepas kemalangan. Mereka berdua pergi ke kabin di bukit Mount Blue untuk berbincang hal ni sebab polis dah bagi amaran untuk masukkan dalam lokap kalau kes bertumbuk jadi lagi.
Tanpa pengetahuan Joe, pekerja dia sorokkan seguni dadah kokain di kabin tersebut selepas lori terbalik dalam perjalanan untuk merentas sempadan. Kassen (Garret Dillahunt) datang ke kabin bersama sekumpulan anak buahnya untuk mengambil dadah dan bunuh sesiapa sahaja di dalam kabin tersebut. Macam tak perlu pun sebenarnya sebab Joe dengan Linden dah nak balik ke rumah dah pun. Kalau Kassen reti bersabar, tak perlu pun bazirkan masa dan tenaga untuk bertarung. Buat apa bincang kalau boleh bergaduh ye dak?
Memandangkan naskhah Braven arahan Lin Oeding ni merupakan genre action jadi tak perlu lah dibahaskan lagi plot cerita dia walaupun kebanyakannya tak masuk akal. Contohnya macam watak Linden yang mengalami dementia dan habiskan sepanjang hari mencari lampu Krismas di bilik stor tapi bila watak dia perlu jadi sniper, dia elok lah pulak. Ingatkan dementia akan jadi cabaran kepada keluarga Braven ni rupanya tidak. Hilang rasa thrill dekat situ.
Tak pasti kenapa pengarah pilih untuk guna nama Braven, adakah sebab keluarga Braven ni semuanya mempunyai hunting skill yang tinggi termasuklah menantu dan cucu ataupun kerana watak utama dia berketurunan Braven jadi dia berani mengalahkan polis. Lebih menarik kalau Braven bersifat kekeluargaan di mana hunting skill keluarga Braven ni ditonjolkan dengan cemerlang sebab Linden padu sebagai sniper, Stephanie (Jill Wagner) pandai memanah sementara Joe hebat serba-serbi.
Watak Stephanie tak dikembangkan dengan baik bila dia muncul tak lama pun dengan set memanah dan kembali kepada watak tipikal si isteri – menjerit panggil suami. Apa salahnya kalau Stephanie muncul lebih awal dan mempunyai momen solo dan tumbangkan seorang dua penjahat. Watak Joe tak nampak lemah pun tapi boleh wujudkan aura duo yang hebat bila bergabung.
Sinematografi dari Brian Andrew Mendoza pula cuma bergantung pada keindahan lokasi Newfoundland, Kanada. Kalau nak tengok stunt tu rasanya cari dekat movie lain lah sebab dalam movie Braven ni lebih banyak menggunakan alat memburu. Masuk second half dah pelik dengan kabin tu samada kabin untuk beristirahat ataupun kabin senjata. Tak putus stok dia sampai habis cerita. Boleh je kot penulis bagi backstory untuk kabin tu supaya nampak lebih bermakna di hujung cerita. Aksi tak sampai, emosi apatah lagi.
Kecewa masa dapat tahu pengarah sebelum ni merupakan stunt coordinator tapi bila buat movie tak guna pun kelebihan dan pengalaman tu. Scene Joe Braven panjat pokok tu macam wow jugak lah sebab cekap dan kreatif. Watak polis memang tak function langsung dalam Braven ni walaupun datang awal. Kalau penulis buat polis stuck disebabkan salji tebal kira logik jugak lah. Tak lah rasa macam hmmm tipikal action movie nak highlight hero je.
Daripada tengok Braven rasanya syok lagi tengok movie Tiger Zinda Hai (2017) sebab cukup rencahnya walaupun plot lebih memihak kepada entertainment. Watak si isteri pun ada solo stunt yang padu walaupun watak si suami lebih mendominasi. Naskhah Braven ada props, pelakon bagus dan lokasi yang menarik tapi malangnya terasa cukup tawar dan hambar untuk menjadi santapan.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10