Shaadi Mubaraak Vicky Kaushal & Katrina Kaif!

Friday, 10 December 2021

Happy bila tengok official wedding pictures dari Vicky dengan Katrina lepas rasmi jadi suami isteri semalam. Tak sangka betul marriage proposal dekat Screen Award tahun 2018 jadi kenyataan. Vicky memang dah lama crush dekat Katrina Kaif sejak zaman dia masuk acting class. Lagu Teri Ore, lagu favorite dia. 


Lepas tengok dia have fun usik Katrina dekat stage Screen Awards, banyak la interviewer suka petik nama Katrina, sama juga dengan Kat bila KJo tanya pendapat dia tentang Vicky Kaushal dekat Koffee With Karan. Masa ni nama Vicky baru nak naik dalam industry then Vicky berlakon under Dharma dalam movie Uri. 

Lagi bertambah mesra bila Film Companion set-up satu interview bila Katrina dengan Vicky sembang with each other berdasarkan soalan-soalan yang disediakan. Dekat situ boleh nampak lah masing-masing shy shy cat lepastu Vicky follow instagram account Katrina  and actively engage with her. 



Sejak dari tu selalu lah nampak Vicky dengan Kat dalam satu event tapi tak ada gambar bersama. Ada nampak diorang berbual tapi kena zoom dari gambar orang lain. Macam gambar perayaan Holi di rumah Priyanka, gambar diorang dekat movie screening Sunny Kaushal ataupun dekat wedding ceremony saudara Vicky. 

Makin bertambah kuat spekulasi Vicky dengan Katrina bercinta bila Katrina kantoi pakai baju Vicky dekat airport ataupun pergi gym. Masa lockdown pulak Vicky update gambar penyapu sama dengan penyapu Katrina. Penyapu dia lain sikit tau, bukan jenis yang biasa jual dekat kedai tapi ala vintage / bohemian. Lepastu both of them kena covid sama-sama. 




Tup tup bulan 11 dah kecoh Vicky dengan Kat nak kahwin padahal baru je dengar spekulasi bercinta. Both sides denied the rumours sampai lah kenyataan rasmi keluar dari kedua-dua keluarga yang Vicky dengan Katrina akan berkahwin di Sixth Sense Barwara Fort, Rajashtan. Special codes akan diberikan kepada tetamu yang datang. 

Antara rakan dari industri yang dijemput ialah kawan baik Katrina sendiri, Anushka Sharma, Anaita Shroff Adajania, Neha Dhupia dan Angad Bedi, Kabir Khan, kawan baik Vicky, Malavika Mohanan.  

Semua ahli keluarga dan tetamu tak dibenarkan rakam atau ambil gambar dekat majlis ni sebab perkahwinan ni terikat dalam kontrak bersama Amazon Prime Video bila hak tayangan eksklusif dijual sebanyak Rs80crore. Tak pernah lagi mana-mana streaming platform dapat tayangan eksklusif ni, kira Amazon paling bertuah lah. 



Sementara nak tunggu gambar rasmi keluar, dapat la jenguk sikit gambar dari pihak media. Dari jauh boleh nampak Kat senyum lebar. Dua minggu sebelum perkahwinan ni dok main guessing games, Vicky dengan Katrina akan pakai busana dari pereka mana. Masa nampak staff Falguni Shane & Peacock bawa baju untuk Katrina tu dah excited dah rupanya baju tu untuk majlis lain. Untuk wedding, Katrina pakai lehenga merah dengan sulaman emas dari pereka terkenal, Sabyasachi. 


Kalira berwarna emas yang dipakai oleh Katrina pula mencuri perhatian kerana kreativiti pereka barang kemas. Kalira 24kt emas ni adalah 100% handmade dengan menggunakan besi terpakai yang terdapat di Lucknow dan Jaipur. Menggunakan idea untuk menyimpan kenangan manis pada kalira tersebut, corak burung merpati digunakan dan memegang coin charm ornaments dengan mesej yang ditulis oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Sesuai lah idea burung merpati yang melambangkan penyampai mesej pada zaman dahulu. 

Dekat coins tu ada several words kesukaan Katrina macam Elysian yang bermaksud syurga, Alpaca, Cleep, Mitter dan 15 Jun. Boleh jadi tarikh 15 Jun tu tarikh Vicky propose Kat sebab birth date diorang bukan pada tarikh tu. Awwwdorable!


Happy sangat tengok gambar rasmi perkahwinan Vicky dengan Katrina ni sebab banyak happy moments dekat majlis tu. Muka happy Vicky dengan Katrina tak payah cakap lah, memang jelas terserlah sangat kebahagiaan tu. Bila close up nampak eyeliner Kat dah smudgy sebab dia menangis. 

For Katrina's fans like me, this wedding is quite a blessing indeed. Sebelum ni banyak sangat cerita buruk pasal Katrina dengan Salman Khan ataupun Ranbir Kapoor. Of course yang paling teruk bila keluarga Kapoor layan Katrina dengan teruk padahal anak diorang tak lah precious mana pun. Baik fans atau non-fans, layanan tu bagi gambaran buruk terhadap keluarga Kapoor sendiri. Cara Ranbir tinggalkan Katrina pun kejam, tak cukup dengan tu siap sebarkan cerita padahal Kat lebih kepada berdiam diri. 


Bila Vicky datang dalam hidup Katrina sebagai peminat, kenalan ataupun life partner, boleh nampak cara dia hormat dengan Katrina. Keluarga Vicky pun happy dengan Katrina even adik Vicky pun selalu sebut nama Katrina dalam interview. He's such a gentleman and a humble person. I paling suka gambar masa 7 Pheras ni sebab Vicky pegang tangan Katrina sepanjang perjanjian mereka berdua untuk hidup susah senang bersama. 

Dah banyak kali Katrina bagitahu dalam interview yang dia nak hidup dalam keluarga yang harmoni, dia nak anak-anak dia ada ayah yang supportive sebab zaman dia kecil dia membesar tanpa ayah dan perlu travel ke banyak negara. Even dia bercinta dengan Salman pun dia tak dapat berkahwin sebab Salman tak ready. Sama juga dengan Ranbir yang susah nak setia, family Ranbir pun tak suka. 

❝Only love and gratitude in our hearts for everything that brought us to this moment . Seeking all your love and blessings as we begin this new journey together.❞— Katrina Kaif 


Bila tengok gambar kahwin Katrina ni baru perasan yang semua girl crush and superstar actress zaman 2000 dulu dah berkahwin dah. Bebo, Priyanka dengan Katrina masing-masing ada jatuh bangun dalam industri, ada bad relationships dengan exes tapi end up jumpa dengan cinta sejati. 


Their journey makes me believe in happy endings. Have a happy and blessed marriage life Vicky & Katrina. 

Segment Bloglist 2022 Mamapipie

Thursday, 9 December 2021

Klik banner untuk join

 Syarat penyertaan mudah aje:

  • Terbuka lepada semua blogger yang ada blog.
  • Buat blog post bertajuk "Segment Bloglist 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
  • Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
  • Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
  • Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..

Klik gambar untuk baca artikel kesihatan lain

Ketuat! Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat. Selain prosedur seperti pembedahan laser atau pembekuan sejuk, ada satu lagi cara membuang ketuat yang mungkin kurang kos dan tidak sakit iaitu dengan asid salisilik.

Persoalannya, adakah krim buang ketuat ini efektif atau mempunyai kesan negatif ekoran terdapat impak sampingan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Ketuat berpunca akibat jangkitan virus?

Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil ini akan muncul akibat pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang berpunca akibat jangkitan virus. Ia dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh muncul pada seluruh kulit badan dan disebabkan oleh salah satu daripada 100 jenis Human Papillomavirus (HPV).

Selain itu juga, ia mungkin boleh terjadi pada alat sulit apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit atau melalui hubungan seksual bersama dengan individu lain. Ini dinamakan ketuat kelamin dan akan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sementara kutil yang biasa adalah tidak berkaitan.

Meskipun ia mungkin tidak berbahaya, ramai orang cenderung untuk membuangnya di atas faktor kebersihan dan kecantikan kulit dengan mencuba pelbagai jenis kaedah.

Cara buang ketuat guna krim buang ketuat

Antara cara membuang ketuat yang paling popular adalah dengan menggunakan krim yang terkandung asid salisilik yang boleh diperoleh daripada klinik, hospital atau farmasi. Asid ini adalah sejenis bahan kimia daripada keluarga asid beta hidroksi dan berfungsi menguraikan liang pori kulit yang mempengaruhi sel kulit mati serta hidup.

Selain digunakan untuk membuang kutil pada kulit, asid salisilik juga biasa ditemui di dalam produk kulit yang lain untuk tujuan yang berbeza termasuklah:

  • Sabun muka untuk rawat masalah jerawat
  • Syampu rambut untuk rawat masalah kelemumur
  • Losen kulit untuk rawat masalah penuaan

Para doktor juga telah melabelkan asid ini sebagai sejenis ‘keratolitik’ ekoran kesannya yang mungkin mampu untuk mengelupas serta membuang sel kulit rosak.

Adakah cara buang ketuat ini alternatif yang efektif?

Sekiranya anda mahu cuba menggunakan krim buang ketuat dengan asid salisilik, anda mungkin perlu bersabar memandangkan ia bersifat jangka masa panjang. Kebanyakan daripada individu yang mencuba krim ini telah berjaya untuk membuang kutil pada kulit badan mereka namun tidak semuanya sukses kerana ada juga yang gagal.

Dalam pada itu juga, wujud kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi kepada individu seperti kerengsaan, keradangan, kegatalan, kesakitan serta perubahan pada warna kulit. Ini bermakna cara buang ketuat dengan krim terkandung asid salisilik mungkin adalah alternatif yang efektif namun masih ada kesan negatif di sebaliknya.

Jadi lebih baik untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang cara untuk membuang kutil pada kulit badan.

Ia bergantung kepada jenis ketuat pada kulit?

Sebenarnya, salah satu daripada punca krim buang ketuat ini tidak berjaya adalah anda mungkin tidak tahu akan jenis-jenis kutil pada kulit yang sedang dirawat. Ada beberapa jenis ketuat dan tidak semua mampu untuk dibuang menggunakan krim iaitu:

  • Ketuat plamar – muncul di tangan
  • Ketuat plantar – muncul di kaki
  • Ketuat datar – muncul di dahi dan muka
  • Ketuat kelamin – muncul di sekitar alat sulit
  • Ketuat subungual dan periungual – muncul di bawah kuku

Krim dengan asid salisilik mungkin adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi ketuat jenis plamar serta plantar, namun tidak bagi jenis yang lain. Lebih-lebih lagi bahagian kulit yang sensitif seperti di dahi, muka dan sekitar alat sulit yang mungkin memerlukan alternatif lain sebagai cara buang ketuat.

Ini adalah apa yang anda mungkin boleh buat!


Tahukah anda bagi masalah kutil yang agak kurang serius, ia mungkin boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan semula jadi di rumah sendiri?

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh cuba amalkan sebagai cara buang ketuat yakni:

  • Cuka epal
  • Bawang putih
  • Kulit oren
  • Lidah buaya

Cara penggunaan ramuan semula jadi ini adalah sama iaitu dengan mengekstraknya ke dalam bentuk cecair dan kemudian menyapunya pada kawasan kutil. Jika ia masih tidak menimbulkan hasil setelah sekian lama mencuba, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan yang memerlukan kos belanja lebih besar.