Movie Review | Penunggang Agama (2021)

Tuesday, 23 November 2021

Pengarah :  Syafiq Yusof

Penulis Skrip : Nazri M. Annuar

Pelakon :  Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Jalaluddin Hassan, Salina Saibi, Puteri Qaseh, Johan As'ari

Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw  

Pengedar : Astro First

Genre : Seram / Thriller

Durasi Tayangan : 89 minit

Tarikh Tayangan :  25 Mac 2021 (Malaysia), 15 April 2021 (Singapura)

Trailer :


Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami isteri yang perlu selamatkan keluarga mereka dari musnah. Ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) mengalami gangguan makhluk halus yang menyeramkan. Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan) mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ yang digelar Tok Haji (Nasir Bilal Khan) juga isterinya Huda (Salina Saibi). 

Anna tak bersetuju dengan cara Tok Haji mengubat Datin Maria bila bacaannya tak jelas, menggunakan lidi dan banyak lagi perkara yang dirasakan janggal dan bercanggah dengan ajaran agama. Arwah ayah Anna adalah seorang ustaz yang sentiasa membantu orang mengusir gangguan makhluk halus jadi serba-sedikit dia tahu untuk bezakan siapa bomoh yang mengambil kesempatan dan yang benar-benar ikhlas membantu. 

Awalnya Amir malas nak layan sangat apa yang isteri dia khawatirkan tapi bila keadaan Datin Maria semakin teruk, duit upah yang diberikan oleh ayah dia kepada Tok Haji pun tebal, anaknya Sara pun diganggu, dia mula cari jalan untuk halang Tok Haji datang ke rumah. Malangnya dia pula yang dihalau keluar rumah tersebut. 

Jalan cerita Penunggang Agama ni tak lah berat mana pun dan mudah difahami. Boleh kata Penunggang agama adalah movie Munafik bila konsep seakan sama. Bezanya Munafik dibikin oleh Syamsul Yusof manakala Penunggang Agama olahan adiknya. Katanya movie ni berdasarkan kisah benar yang dialami oleh Syafiq sendiri jadi kalau dah adik-beradik duduk dalam satu rumah, mesti lah pengalamannya sama saja. 

Personally for me, movie Penunggang agama ni kelihatan lemah sebab bergantung dengan hantu untuk memberi pengajaran sedangkan filem dan drama Korea atau Hollywood yang menggunakan manusia sendiri sebagai antagonisnya. In real life pun dah banyak kes manusia yang menunggang agama demi kepentingan sendiri. It’s not that hard to find some examples and tells the story in a movie. 

Plot pada first half pun bercanggah dengan second half sampaikan rasa mehhh bila menonton pertembungan antara Tok Haji dan Amir. Ingatkan watak Anna yang akan selamatkan keluarga ni tapi pengarah nak juga Amir, lepasan Al-Azhar yang berlawan. Tak tahu lah kenapa masyarakat kita obsess sangat dengan lepasan Al-Azhar seolah-olah lepasan UIA tak mampu baca Al-Quran atau jadi imam di masjid. Amir kerja apa pun tak jelas dalam movie ni. Macam mana Datin Maria dapat cupcake pun tak diceritakan. 

Sinematografi dari Indra Che Muda agak mengecewakan terutamanya pada babak Huda dirasuk hantu yang dipuja oleh Tok Haji. Sebelum ni ramai yang puji transition movie Misteri Delaila (2019) yang kreatif tapi berbeza betul dalam movie Syafiq kali ni. Kebanyakan babak berlaku pada waktu malam jadi suasana agak suram dan gelap, sesuram poster dia juga. Belah siang nampak cantik sebab beberapa lokasi di Cameron Highlands dihias cantik dengan deretan bunga. 

Music score oleh Extreme Music over setiap kali hantu muncul. Hantu paling tak perlu muncul ialah hantu bertanduk. Merepek. Jumpscare memang banyak ya dalam movie ni, kalau lemah semangat tak payah lah tengok ataupun tengok berteman. 

Dalam semua kelemahan yang wujud dari movie ni, ada juga yang menjadi tarikannya bila lakonan Azira Shafinaz yang paling menyerlah antara semua watak yang wujud. Dialog dia jelas, meyakinkan malah dia pandai deliver emotion melalui facial expression. Renungan Anna masa Amir tolak pelawaan Datin Maria tu pun kita dah boleh baca dan rasa. Scene dia berlawan dengan hantu dan baca ayat al-Quran pun fasih, rasa sedap je dengar. Dah la suara dia memang sedap. 

Berbaloi lah Azira prep watak sebab hasil dia tu memang cemerlang. Hopefully Azira dapat peluang untuk lakonkan watak yang lebih kuat dalam movie yang kemas skripnya dan menyerlah setanding dengan barisan pelakon wanita hebat yang lain. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.1 = 3.6/10

Drama Review | The Devil Judge (2021)

Monday, 22 November 2021

Director : Choi Jung-Kyu

Writer : Moon Yoo-Seok

Cast :  Ji Sung, Kim Min-jung, Park Jin-young, Park Gyu-young, Baek Hyun-jin, Lee Seo-hwan, Jeong In-gyeom, Lee Ki-taek, Moon Woo-Jin

Production Company : Studio Dragon, Studio&NEW

Distributor : tvN, Bilibili, iQiyi, iflix, Viu

Genre : Mystery / Drama

Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)

Release Date : 3 July 2021 – 22 August 2021

Trailer : 


Berlatarkan dystopia di mana jurang kemiskinan semakin ketara sehinggakan semuanya bergantung harap pada Social Responsibility Foundation kepunyaan Chairman Seo Jung-Hak (Jung In-Gyeom). Sama juga dengan kerajaan dan badan kehakiman. Hakim Kang Yo-Han (Ji Sung) pula menggunakan kamar mahkamah dia untuk raih kepercayaan orang awam dengan mengadakan undian atas talian melalui aplikasi DIKE semasa live broadcast.


‘I am power. Me, me, me! I am power! I exercise the judicial power delegated to me by the sovereign Korean public. Who is above the people? The people are power.’ - Kang Yo-han

Kim Ga-On (Jin Young) membantah idea tersebut pada awalnya sebab dia takut Yo-han bebas untuk buat apa saja dengan kuasa dan kebebasan yang dia ada. Pandangan ni dikukuhkan lagi oleh ketua dia, Min Jung-Ho (Ahn Nae-Sang) yang dah lama perhatikan Yo-han yang rapat dengan Presiden Heo Joong-Se (Baek Hyun-Jin) bila mereka ditaja oleh Yayasan yang sama. 

“A system has no chance against power. Power can control a system however it likes.”

Detektif Yoon Soo-Hyun (Park Gyu-Young) banyak membantu Ga-on menyiasat beberapa perkara yang berkaitan dengan Yo-han dan Yayasan. Ketiga-tiga watak yang digambarkan sebagai protagonist dalam drama ni nampak lemah dan menjengkelkan sebab terlampau meragui tindakan Yo-han sedangkan teori, pandangan dan prasangka yang diutarakan bukanlah sesuatu yang berat pun. 

Belum apa-apa lagi dah menggelabah sebab dekat dalam kepala tu memang dah menyampah. Tambah pula bila watak So-hyun banyak kali ulang yang Kang Yo-han langgar undang-undang sedangkan undang-undang pun ada loopholes dia. Sistem yang digunakan pun dicabul oleh Presiden dan konco-konco dia untuk menindas rakyat. Kenapa tak fokus dekat situ? Kenapa attack Kang Yo-han? 

Macam scene Ga-on pergi berjumpa dengan rakan sekelas Yo-han yang tuduh dia sebagai makhluk jahat padahal dia tak sengaja bunuh burung dalam kelas. Sama juga bila Yo-han berdiri dari jauh sambil ajuk gaya mereka bermain. Banyak juga elemen misteri yang dimasukkan oleh penulis tapi semuanya mehhh bila didedahkan kecuali kebakaran di gereja Verena yang membunuh Isaac (Jin Young) dan isterinya. 

Tengok pada gaya drama ni berjalan sebanyak 16 episod, seolah-olah pengarah dan penulis invest pada watak Kang Yo-han. Dah dua drama I perasan pengarah suka fokus pada Ji Sung baik dari fizikal ataupun character development dia. As a fan, I’m happy sebab dia gunakan kelebihan dan peluang yang ada untuk berkembang tapi macam tak syok lah kalau protagonisnya lemah. 

Langkah Ga-On predictable dan berulang. Banyak kali dia kecewakan Yo-han padahal dah janji akan sokong dan sentiasa berpihak pada Yo-han tapi setiap kali Soon-Ah (Kim Min-Jung) tabur benih, mula lah dia goyang. Bila plot twist muncul, mesti keluar ayat padan muka Ga-on. Lagi satu hal masa bom meletup tu kemain eh Yo-han calar satu calit je dekat dahi dia tapi Ga-on sampai injured satu badan. Tskkk.

Sinematografi drama The Devil Judge not bad lah sebab hasil terbitan Studio Dragon tapi ada lah beberapa babak yang bergantung sangat dengan CGI dan VFX. Bab transition ataupun angle memang menambahkan impak pada penceritaan. Music album hasil karya komposer Jeong Se-rin menambahkan impak pada elemen misteri pada beberapa babak. 

Pandai casting director cari pelakon kanak-kanak untuk watak Yo-han dan Sun-ah masa kecil. Moon Woo-jin dah la handsome, pandai berlakon pulak tu sebab watak dia kebanyakan masanya guna renungan mata je. Dialog dia tak banyak tapi bila ada babak dengan Kim Ga-yoon boleh nampak chemistry diorang berdua. 

“Turned a crisis into opportunity. This is how the ones who conquer the world work…”

Drama The Devil Judge mungkin unik dan segar pada konsepnya dan mempunyai beberapa plot serta momen menarik tapi untuk 16 episod terasa betul panjangnya. Ada beberapa watak yang patut diberikan peluang untuk berkembang lagi selain Yo-han, Ga-on dan Sun-ah. Macam watak K (Lee Ki-taek), pembantu Kang Yo-han yang setia bertahun lamanya. 

Anyway, sebagai medium escapism, The Devil Judge mungkin salah satu drama terbaik dari Studio Dragon tahun ni. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

Movie Review | Mencari Rahmat (2021)

Pengarah : Al Jafree Md Yusop

Penulis Skrip : Al Jafree Md Yusop

Pelakon :  Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan, Eric Fuzi

Syarikat Produksi : AB Roll

Pengedar :  MUBI

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 29 Julai 2017, 31 Ogos 2021

Trailer :


‘Dari mula aku kenal kau, kau kata nama kau, Rahmat. Dan aku kenalkan kau pada semua orang dengan nama Rahmat dan kau menjawab dengan panggilan Rahmat. Dan muka kau, muka Rahmat! Hah, pelik aku sekarang bila kau katakan yang nama kau bukan Rahmat?’ – Azman (Amerul Affendi)

Razak, seorang peniaga berjaya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu untuk berseronok atau lebih tepatnya, mengejar cinta Roselina (Nadia Aqilah), anak Datin Azizah (Adibah Noor).

Manakala Azman pula adalah sepupu Roselina yang berpura baik di hadapan Datin tapi menggunakan watak rekaan Bunyamin yang sentiasa sakit di Pulau Pinang. Dia bosan terperuk di rumah dan perlu akur dengan kehendak Datin Azizah setiap kali jamuan atau acara diadakan bersama kenalannya. Azman dan Reza (Eric Fuzi) seronok grill Razak bila dia kantoi mempunyai identiti samaran iaitu Rahmat supaya Roselina jatuh cinta. Kata Rose, nama Rahmat seperti irama muzik yang menyentuh jiwa. 

Bila Azman dapat tahu Razak mempunyai anak buah bernama Ratna (Sharifah Amani), dia mencari peluang untuk menyamar sebagai Rahmat untuk berseronok sepertimana yang dilakukan oleh Razak terhadap Roselina. Tak sangka dia akan menemui cinta sejati dan ingin segera berkahwin dengan Ratna. Dilanda dilemma yang sama dengan Razak, Azman takut jika Ratna menolak lamaran sekiranya dia tahu Azman bukanlah Rahmat. 

Mencari Rahmat adalah naskhah kreatif hasil karya penulis juga pengarah Al Jafree Md Yusop kerana menggunakan konsep seperti teater yang mana dibikin semula dari teater The Importance of Being Earnest. Sepanjang 90 minit kesemua watak dalam movie Mencari Rahmat ni hanya menggunakan perbualan sama ada mengenai cinta, sosial, musik ataupun kehidupan peribadi. Yang menjadikan dialog ni menarik bila ada perdebatan sama ada ilmiah atau falsafah sampah. 

Yang kurang menariknya bila Bahasa Melayu baku yang digunakan bercampur-aduk dengan bahasa pasar buatkan dialog tu kedengaran jelik. Ada beberapa babak yang diselitkan bahasa makian yang kasar jadi movie ni tak sesuai untuk ditonton dengan keluarga. Penggunaan tona suara juga ada kalanya over bila sengaja ditinggikan terutamanya watak Razak. 

Dinamik antara Namron dan Amerul Affendi antara kekuatan dalam naskhah terbitan AB Roll Sdn Bhd. Disebabkan mereka berdua pun dah selalu bekerja bersama, memang tak ada masalah langsung nak cipta chemistry tu. Sama juga dengan lakona Nadia sebagai Rose, sudahlah cantik dan sofistikated orangnya, suara dia pun guna tona yang tepat untuk zahirkan emosi dia mengikut situasi.

'Oh tidak mengapa, orang Kuala Lumpur tidak menggunakan gula sebagai pemanis. Gula menggemukkan.' - Cik Roselina Shahira Mandalusia binti Zainal

Movie ni ada 3 plot utama dan plot ketiga – Haram Jadah dah boleh dijangka namun reaksi dari Azman bila tahu kisah sebenar tu kelakar. Rasanya dekat scene tu je terhibur sangat, mungkin sebab dah tahu movie ni dah habis kot. Nak kata movie ni bosan tu tak lah sangat sebab suka dengan konsep dan alur cerita Mencari Rahmat. Mungkin ada yang tak suka sebab pace dia terlampau perlahan. 

Sinematografi dari Madnor Kassim not bad sebab dia tahu angle mana yang menarik macam babak Rose dengan Razak di laman rumah ataupun pada babak solo Ratna masa merokok. Scene flashback yang guna animasi tu macam tak perlu sebab tak memberi impak pada penceritaan pun. Lagi terkesan kalau biar pelakon saja yang menceritakan situasinya sebab boleh nampak ekspresi muka dan bahasa badan. 

Music score dari Pacai sesuai dengan babak tu tapi masa Makcik Normah (Fauziah Nawi) bercerita dengan Datin Azizah tu suara dia tenggelam sebab musik latar terlampau kuat. Movie Mencari Rahmat ni dikarang skripnya pada tahun 1991 menggunakan typewriter tapi baru dapat difilemkan pada tahun 2017 guna duit simpanan EPF dia. Semua pelakon shoot dalam masa 7 hari saja dan hasilnya memuaskan lah untuk streaming platform tapi kalau di panggung wayang macam tak sesuai sebab tak semua akan suka dengan konsep ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10