Resipi | Sandwich Inkigayo

Monday, 8 November 2021

Masa tengok Youtube channel Chanwoo ternampak pulak resipi sandwich Inkigayo ni sebab dia banyak kali prepare sandwich ni. Maknae iKON ni paling jarang masak sebab malas satu hal, kembar dia tukang masak satu hal lagi. Kalau dia prepare sandwich ni maknanya betul-betul sedap dan terpaling senang. Bobby dengan DK pun happy bila makan sandwich ni.


Bahan pun tak banyak, nak prepare pun terpaling senang lah pendek kata. Masa tahun 2018 Sandwich Inkigayo ni trending sebab sedap. Ramai la idol stars suka makan kalau buat performance dekat sana. Bak kata Chanwoo entah pukul berapa mak cik kantin tu bangun pagi untuk siapkan sandwich ni. 


Resipi ni edisi derhaka tau sebab resipi asal guna spam tapi disebabkan spam halal banyak yang habis stok, terpaksa lah I guna chicken slice je. Sebelum ni I pernah guna sosej tapi tak jadi. Sedap tapi tak sama macam yang diorang makan sebab isi sosej tu tebal. Sembang macam pernah pergi kantin Inkigayo je 

Bahan-bahan:

- Roti potong (I guna roti potong Gardenia sebab lembut)
- Jam strawberry
- Chicken Slice
- Butter


Cara penyediaan:

1. Goreng chicken slice dengan butter sampai masak dan garing.
2. Sapu strawberry jam dekat roti. Banyak mana nak sapu jam tu ikut tekak masing-masing. 
3. Letak chicken slice di bahagian jam strawberry.


Kalau ikut resipi asal kena letak telur goreng tapi I lagi suka macam ni sebab you boleh rasa masin dan masam manis strawberry jam tu. Kalau chicken slice you garing lagi sedap sebab rasa crunchy bila makan. 

Senang je kan nak buat Sandwich Inkigayo ni. Yang lecehnya bila nak defrost chicken slice je lah. Kalau spam tu buka tin terus masak je. Kepada yang berminat nak try, selamat mencuba :)

Movie Review | Doctor (2021)

Sunday, 7 November 2021

Director : Nelson Dilipkumar

Writer : Nelson Dilipkumar

Cast : Sivakarthikeyan, Priyanka Arul Mohan, Archana Chandhoke

Production Company : Sivakarthikeyan Productions, KJR Studios

Distributor : KJR Studios, Netflix

Genre : Action / Black Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 9 October 2021

Trailer:



Dr. Varun (Sivakarthikeyan) yang bertugas di kem tentera dapat mesej dari tunang dia, Padmini (Priyanka Mohan) supaya berjumpa untuk putuskan pertunangan mereka berdua. Alasannya, Padmini tak tahan dengan layanan seperti robot bila Dr. Varun seorang yang emotionless. Kalau dia perlukan doctor, dia boleh pergi ke klinik tapi dia perlukan seseorang yang romantik dan care dengan dia. 

Tak lama lepas tu keluarga Padmini dapat berita Chinnu (Zaara Vineet) hilang bila dia pulang lebih awal dari sekolah. Bila disiasat, kemungkinan besar Chinnu diculik untuk human trafficking yang bertapak di Goa. Dengan kemahiran dan sifat perikemanusiaan, Varun bantu keluarga Padmini menjejak Chinnu. 


Bukan sesuatu yang mudah untuk guide satu keluarga biasa dalam operasi yang luar biasa. Varun dapat pertolongan dari pembantu di balai polis, Bhagat (Redin Kingsley) yang sentiasa menanti peluang untuk menjadi polis. Juga bantuan dari Kolonel James Anderson (Milind Soman) walaupun kemunculan dia macam Chipsmore. Sepanjang operasi tersebut pelbagai muslihat dan teknik yang digunakan sampai lah mereka berjumpa dengan Terry (Vinay Rai), dealer dalam market human trafficking tersebut. 

Banyak kali nampak tweets pasal movie Doctor ni lalu di timeline sebab best dan mendapat kutipan yang tinggi di box office sebab tu pilih untuk layan. Judging dari poster dan trailer, movie Doctor arahan dan penulisan Nelson ni more to action thriller tapi sebenarnya action dan black comedy. I tak pasti lah kalau I’m the one yang tak terhibur dengan elemen komedi dia ataupun komedi jenis tu adalah selera audience Tamil. Tapi scene Padmini minta Prathap (Yogi Babu) alih position dekat tiang sebab nak tengok Varun tu kelakar. 


As for trailer pun, pengarah dah letak semua scene penting dekat situ tapi nasib baik lah movie dia banyak lagi scene yang menarik untuk ditonton. Movie Doctor ni patutnya boleh dipendekkan lagi tapi pengarah sengaja letak scene ada seorang lagi tertinggal supaya Sivakarthikeyan boleh buat solo action stunt. Ye lah, dia producer kan, kena lah tinggalkan mark dia dekat dalam movie ni walaupun semua watak dah kena tone down habis terutamanya watak Padmini yang sengaja diolah sebagai seorang yang cantik tapi bodoh. Bukan I yang cakap tau, penulis yang letak dalam dialog dia. Mungkin kelakar untuk sesetengah orang lah kot.


Dah la dia sengaja drag scene Varun lawan Terry dekat basement lepastu dia masukkan pulak scene bazooka. Over tau. Dah elok sinematografi dia cantik sepanjang movie ni tiba-tiba dekat hujung cerita, pengarah letak scene meletup guna vfx tapi lemah. Kan dah cacat kat situ. Buat apa nak tunjuk kelemahan kalau kita boleh focus dekat kekuatan kita, betul tak? Bab sinematografi dari Vijay Kartik Kannan memang memukau dengan penggunaan filter dan grading tone yang cantik. Beberapa shot dari sudut yang kreatif pun menguatkan visual Doctor. 

Lakonan Sivakarthikeyan sebagai seorang yang robotik sebenarnya menghiburkan dan justified sebab dalam bidang dia kalau dia seorang yang beremosi, banyak kerja tak jalan. Macam scene dia argue dengan orang atasan antara nak selamatkan anak Major ataupun terrorist. Sama juga dengan scene Padmini bagitahu tentang pakcik dia yang akan meninggal 12 jam lagi sebab keadaan dia kritikal. Walaupun tak banyak dialog tapi lakonan dia beri impak pada penceritaan.


‘We may think about a million things before performing a surgery. But once the blade touches the body without having second thoughts or wondering whether we’ll succeed or fail, we should keep doing our job like a robot. In a situation like this, emotion is your worst enemy.’ - Dr. Varun

Walaupun I tak berapa suka dengan olahan movie Doctor ni tapi jalan cerita dia segar dan banyak idea unik dan menarik untuk ditonton. Action stunt mungkin bukan sesuatu yang mengagumkan tapi boleh lah nak layan kalau dah memang suka layan movie Tamil. Mungkin Nelson boleh bawa movie ni pergi ke Bollywood. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Movie Review | Dignitate (2020)

Pengarah : Fajar Nugros

Penulis Skrip : Fajar Nugros

Pelakon : Al Ghazali, Caitlin Halderman, Giorgino Abraham, Teuku Ryzki, Sonia Alyssa, Lania Fira

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu

Genre : Rmantik / Drama

Durasi Tayangan : 109 minit

Tarikh Tayangan :  23 Januari 2020

Trailer :


Filem yang diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama, Dignitate (Bermartabat) karya Hana Margaretha berlatarkan kehidupan di sekolah menengah. Alfi (Al Ghazali) merupakan pelajar yang paling bijak di dalam kelasnya tapi tak suka dengan perhatian yang dia dapat dari pelajar wanita terutamanya Natasha (Sonia Alyssa). Bukan setakat crush dengan Alfi malah declare pelajar lelaki tersebut adalah bakal kekasih dia. 

Amaran dan statement yang sama dikeluarkan kepada Alana (Caitlin Halderman), pelajar baru yang berpindah ke sekolah pada pertengahan semester gara-gara kisah silam dia bersama Regan (Giorgino Abraham) yang panas baran dan tahi dadah. Di sekolah Alana dapat duduk di sebelah Alfi tapi perkara tu selalu buatkan mereka bertengkar sebab Alfi tak suka belajar dalam keadaan bising manakala Alana suka menyanyi dengan kuat. 

Lama-kelamaan mereka berdua makin rapat dan jatuh cinta tapi Alana dapat tahu Regan adalah abang kepada Alfi. Sejak dari tu Alana mula menjauhkan diri daripada Alfi tambah pula bila dia dapat tahu Sabitha (Lania Fira) adalah salah seorang mangsa yang diperkosa oleh Regan. 

Macam tak adil lah Sabitha dengan Alana hukum Alfi sedangkan yang buat dosa tu adalah abang dia. Alfi dah cukup sakit dengan kehilangan ayah dia, dekat sekolah pula kena hadap hukuman macam tu. Tapi cara Alfi selesaikan masalah keluarga dia pun macam kelakar jugak. Nak marah Alfi pun tak boleh jugak sebab dia muda lagi tapi owner bengkel tu pun dah kenapa sokong keputusan Alfi? 

First half movie ni best jugak lah layan sebab watak Keenan (Teuku Ryzki) tu kelakar walaupun dia kawan baik Alfi yang serius je sepanjang masa. Perjalanan kisah Alfi dengan Alana pun sweet jugak lah tapi most of the time dok syok tengok Al Ghazali sebab dia handsome dengan suara dalam macam tu. Macho betul. Muka dia ada iras Tengku Hassanal pulak tu. 

Bila masuk second half macam tak boleh hadam sebab keputusan kesemua watak macam pendek akal. Mungkin sebab diorang pelajar sekolah lagi so okay lah justified lah kan tapi tindakan dan keputusan watak sampingan dewasa pun sama level je buatkan kita jadi macam biar betul cerita ni? Kelakar bila cikgu sekolah dia mintak Alfi pergi cari Alana dengan Sabitha padahal tu tanggungjawab dia sebagai penjaga untuk lawatan tu? Patutnya dia pergi cari pelajar yang hilang tapi bagi autoriti pada Alfi untuk jaga pelajar yang ada dekat restoran supaya tak ada yang hilang juga. 

Memandangkan naskhah Dignitate ni terbitan MD Pictures, sinematografi dari Robie Taswin disunting dengan cantik bilamana penggunaan cahaya yang menguatkan babak kisah cinta Alfi dan Alana. Panorama di laut antara scene cuci mata sebab kawasan tu cantik walaupun para nelayan tengah mengadu nasib dekat pelajar yang datang untuk buat assignment pasal ekonomi. 

‘Berapa purata pendapatan dengan menjual ikan?’

‘Pendapatan, jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan.’

Berdekah betul tengok scene diorang pergi interview semua nelayan dekat situ sebab setiap soalan tu unexpected betul jawapan diorang. Student nak tulis dalam report pun takut tapi tu je lah hasil interview yang diorang dapat. Music score dari Andhika Triyadi membantu mood dan suasana dalam setiap babak sepanjang 109 minit. 

Walaupun movie Dignitate ni mempunyai tema maruah keluarga tapi takt ahu lah jalan cerita dia boleh beri pengajaran ataupun tidak. Nevertheless I suka tengok chemistry Al Ghazali dengan Caitlin, hopefully lepas ni ada projek dengan genre romantik yang mempunyai skrip bagus. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10