Movie Review | Mekah, I’m Coming (2020)

Sunday, 31 October 2021

Pengarah : Jeihan Angga

Penulis Skrip  : Jeihan Angga

Pelakon : Rizky Nazar, Michelle Ziudith, Ephy Sekuriti, Totos Rasiti, Ria Irawan, Rasyid Karim

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Penerbit : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu

Genre : Satira / Komedi

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 21 November 2019 (JAFF), 5 March 2020 (Indonesia)

Trailer :


Sebelum ni pernah nampak blogger Tiara share pasal movie satira komedi arahan Jeihan Angga ni dekat blog dia. Masa scroll Netflix ternampak pulak movie ni terus tekan play sebab naskhah santai. Mengisahkan tentang Eddy (Rizky Nazar) yang ingin menunaikan haji di Mekah supaya dapat berkahwin dengan kekasihnya, Eni (Michelle Ziudith). 

Malangnya dia ditipu oleh ejen pelancongan tapi salah dia jugak sebab dengan mudah percaya dengan penjual tiket yang dia jumpa di tepi jalan. Watak Eddy ni seorang yang tak boleh diharap sebab buka bengkel pun gagal bila tak ada ilmu mengenai automotive pun. Mak dia selalu lemah jantung bila nampak ada kereta meletup dekat kampung tu. Dah tahu dah siapa punya angkara. 

Sama la jugak dalam kes nak pergi Haji ni bila dia tak buat research langsung tentang ejen tersebut. Kita yang tengok ni pun dah nampak that guy is shady. Tapi nak dijadikan cerita jugak kan, menangis lah Eddy dengan si Fajrul (Ephy Sekuriti) lepas tahu ditipu dengan ejen yang sama. Nak balik ke kampung, takut. Nak tak nak terpaksa lah bekerja dengan Pak Rojak (Rasyid Karim) dan tumpang tinggal di rumahnya. 

Nasib baik lah Eddy dengan Fajrul ni ada skills masing-masing sampai perniagaan Pak Rojak yang hampir melingkup boleh berkembang dengan baik. Dalam masa yang sama, Eddy minta bantuan Fajrul untuk edit gambar dia di Mekah untuk dihantar kepada Eni dan bapanya (Totos Rasiti). Cadangnya Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan pulang ke Jawa kemudian berkahwin dengan Eni. Berjaya tak plan tersebut kena tengok sendiri lah. 

First half movie ni memang I tak enjoy langsung sebab menyampah dengan watak Eddy dan juga beberapa babak yang try hard untuk buat lawak. Lagipun I tak boleh nak relate dengan keputusan Eddy untuk pergi ke Mekah sampai gadai aset yang dia ada. Tapi tu lah realiti masyarakat Muslim sekarang sampai berhutang sana-sini walhal pergi Haji tu untuk yang mampu. Masuk second half baru lah syok nak layan especially part Eddy balik ke kampung dia tu dengan scene Pak Soleh mute suara Eni dekat gunung tu. 

Memandangkan movie Mekah, I’m Coming ni terbitan MD Pictures jadi tak hairanlah kalau sinematografi hasil karya Robby Herbi memukau dengan keindahan kawasan pergunungan. Walaupun pengarah Jeihan Angga baru debut dengan movie ni tapi paparan visualnya diolah dengan bagus sekaligus menghidupkan babak kelakar dengan pergerakan kamera yang kreatif. Wardrobe dan art team juga menyerlah dengan busana yang cantik terutamanya pada kumpulan qasidah Eni.  

Lakonan Rizky Nazar sebagai Eddy yang loser tapi baik hati antara kekuatan movie satira ni. Dia tak berlebihan untuk buat komedi ataupun tak berlebihan dalam babak putus cinta dengan Eni. Scene dalam tempayan tu kelakar. Movie ni adalah movie terakhir untuk pelakon senior Ria Irawan. Nampak sesuai benar dia jadi ibu kepada Eddy. Cantik anak-beranak tapi kepala masuk air. 

Selain dari mesej untuk berwaspada dengan ejen travel haji yang pernah menjadi isu besar di negara Indonesia, mesej supaya jangan menghakimi seseorang pun diketengahkan beberapa kali di dalam naskhah ni. Betul lah apa yang Eddy cakap tu, dia cuma tipu dia berada di Mekah melalui beberapa gambar uang diedit tapi dia tak pernah mencuri duit sesiapa pun. 

Movie Mekah I’m Coming ni sesuai untuk tontonan keluarga secara santai supaya dapat ambil pengajaran yang dipaparkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8/10

Movie Review | Hum Do Hamare Do

Saturday, 30 October 2021

Director : Abhishek Jain

Writer : Prashant Jha

Cast : Rajkummar Rao, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Ratna Pathak Shah, Aparshakti Khurrana

Production Company : Maddock Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 129 minutes

Release Date : 29 October 2021

Trailer :


Selalunya konflik untuk pasangan yang nak berkahwin ni diorang akan susah cari tempat untuk majlis kahwin ataupun tarikh yang sesuai tapi movie terbaru dari Maddock Films arahan Abhishek Jain ni mempunyai masalah yang unik bila pengantin lelaki, Dhruv Shikhar (Rajkummar Rao) mencari ibu bapa palsu. 

Dhruv jatuh cinta dengan Anya Mehra (Kriti Sanon), freelance blogger yang datang untuk cover majlis perasmian peranti Jaadugar yang menggunakan VR untuk melawat keindahan destinasi pelancongan yang popular di India. Cinta berputik antara mereka berdua tapi masalah timbul bila Anya nak erkahwin dengan lelaki yang ada keluarga dan seekor anjing. 

Tak mungkin lah Dhruv nak berterus-terang tentang status anak yatim piatu dia dan kehilangan Anya. Overthinking buatkan dia tekad untuk cipta ibu bapa palsu dengan bantuan kawan baik dia, Shanty (Aparshakti Khurrana) melalui Shaadiram (Sanand Verma). Semuanya tak menepati cita rasa sehingga lah Dhruv termimpikan Premi (Paresh Rawal), penjaga dia masa kecil dulu. 

Awalnya Premi menolak tapi bila Deepti (Ratna Pathak Shah) setuju dengan plan tersebut, dia tak mungkin dapat tolak permintaan cinta mati dia. Semua plan Dhruv berjalan dengan lancar walaupun ada la hiccups sana sini tapi Deepti sempat pujuk supaya jujur saja dengan Anya tentang keluarga palsu ni. Macam mana kalau Anya dapat tahu? 

Kalau ikutkan betul lah apa yang watak Deepti risaukan tu, macam mana kalau Anya tahu? Sebelum kahwin mungkin lah boleh berlakon tapi lepas dah kahwin nanti macam mana? Masa majlis pertunangan tu takkan family Anya tak syak langsung kenapa saudara-mara Dhruv ni diam je dekat meja masing-masing? 

Cerita ni ada idea yang menarik tapi penceritaan tu merepek. Patutnya tak perlu pun masukkan saudara-mara tu sebab risky gila kot. Cakap je lah family diorang dah tak contact dengan saudara-mara lepas kes kahwin lari tu. Klimaks pun sengaja buat watak Dr. Sanjeev marah beria padahal tak ada lah sampai tahap scam pun. Lambat jugak untuk sampai ke klimaks ni tapi bila dah sampai, sekejap je dah reda balik sebab dah nak habis dah cerita dia. 

To be honest I dah jelak dah dengan jalan cerita movie terbitan Maddock Films sebab produser Dinesh Vijan guna template yang sama je. Hero dengan heroin bercinta lepastu si hero ada kawan baik yang setia susah dan senang tolong hero walaupun benda tu merepek – Luka Chuppi (2019), Arjun Patiala (2019), Roohi (2021).  Raj dengan Kriti pun macam dah terbiasa dengan template ni sebab setiap tahun ada movie diorang dengan Maddock. I tak kisah sangat dengan Kriti tapi sedihnya tengok talent Raj tersia dengan movie half baked macam ni. 

Bukan takat tak kelakar, elemen drama pun tak mendalam sedangkan watak Premi dan Deepti boleh dikembangkan lagi. In fact, pengarah boleh ubah highlight dari kisah cinta Anya-Dhruv kepada kisah cinta tak kesampaian Deepti-Premi. Chemistry diorang berdua lebih menyerlah dan lakonan yang dipersembahkan dari ekspresi muka dan pandangan mata. Konflik keluarga Anya pun terlampau singkat sedangkan masalah keluarga tu adalah babak pembuka mata kepada watak Anya dan penonton. 

Music album movie Hum Do Hamare Do karya composer duo Sachin–Jigar dengan lirik yang dikarang oleh Shelle ni biasa je except lagu Vedha Sajjeya masa majlis pertunangan Dhruv dengan Anya. Lagu tu bukan takat sarat dengan romantic vibe tapi syahdu jugak sebab relate dengan perasaan semua watak dekat majlis tu. 


Suka tengok dress warna krim yang Kriti Sanon pakai masa majlis pertunangan dia sebab ala princess. Terletak cantik pulak tu dekat Kriti yang tinggi lampai. Earrings warna ruby tu pun cantik sebab padan dengan dress dia. Decoration dekat majlis tu pun cantik sangat. Wardrobe team perform betul dalam movie ni sebab style Raj dengan Kriti cantik belaka. 

Movie Hum Do Hamare Do ni mungkin sesuai lah untuk tontonan santai sebab jalan cerita yang ringan yang dipaparkan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Movie Review | Bucket List (2018)

Director : Tejas Prabha Vijay, Deoskar

Writer : Tejas Prabha Vijay, Deoskar, Devashree Shivadekar

Cast : Madhuri Dixit, Sumedh Mudgalkar, Sumeet Raghavan, Vandana Gupte, Renuka Shahane, Ritika Shrotri

Production Company : Dark Horse Cinemas, DAR Motion Pictures, Blue Mustang Creations 

Distributor : Dharma Productions, AA Films

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 130 minutes

Release Date : 25 May 2018

Trailer :


‘Bucket list is my identity. Without it, my life holds no purpose.’ – Radhika (Ritika Shrotri)

Madhura Sane (Madhuri Dixit Nene) hanya seorang suri rumah biasa tapi mengalami masalah jantung. Disebabkan kemalangan jalan raya, Sai meninggal dunia dan keluarganya bersetuju untuk mendermakan jantung kepada Madhura. Terhutang budi dengan penderma jantungnya, Madhura buat keputusan untuk lunaskan semua impian Sai sebelum hari jadinya yang ke-21. 

Mohan (Sumeet Raghavan) tak ada masalah dengan keputusan Madhura asalkan isteri dia ingat tanggungjawab terhadap keluarga dan mertua. Tak mungkin juga Madhura mampu tunaikan semua impian yang ditulis dalam bucket list tersebut bila ada impian yang merepek seperti digari oleh pihak polis, going viral ataupun bergambar dengan pelakon terkenal, Ranbir Kapoor. 

Movie debut Madhuri Dixit di industri perfileman Marathi ni seakan sama dengan movie English Vinglish (2012) lakonan mendiang SriDevi. Bezanya, skrip movie tersebut lebih kemas dengan mesej sosial yang membuka mata dan bersifat women empowerment. Manakala Bucket List terbitan Dharma Productions ni lebih kepada hiburan yang menggunakan genre komedi supaya alur cerita tampak relevan. 

Sepanjang 130 minit kita cuma nampak keterujaan Madhura untuk lunaskan impian Sai tapi kita tak diceritakan macam mana bucket list Sai ni membantu Madhura sebagai individu ataupun sebagai si ibu. Lagi bertambah pelik bila Madhura bertegas untuk stay di India sedangkan Mohan perlu berpindah ke San Jose selepas naik pangkat. Bukan ke sepatutnya perubahan ni jadi peluang untuk dia hidup dengan nafas baru dengan keluarga kecil dia? 

Kenapa Madhura nak terkesan dengan pendirian Salil Deshpande (Sumedh Mudgalkar) sedangkan watak dia tak cuba nak faham pun situasi Madhura sebagai seorang ibu dan isteri? Dia tahu nak marah je setiap kali muncul. Penulis juga sengaja timbulkan elemen drama dengan wujudkan konflik dalam rumahtangga Madhura dan Mohan beberapa jam sebelum berlepas sedangkan boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya Madhura jadi lebih matang tapi dia pula bersikap keanakan lepas penuhi bucket list milik Sai. Baik penulis tambah momen Madhura dengan mak Sai sampai dia tersentuh kemudiannya karang puisi. 

Patutnya scene dekat Langkawi tu dah boleh tick satu wishlist Sai tapi pengarah sengaja je drag. Dah la movie ni tak lah kelakar mana, panjang pulak tu sampai 130 minit. Fans Madhuri mungkin akan kecewa lah dengan movie ni sebab tak ada pun dance performance dari Madhuri macam dalam movie dia yang lain.  Ingatkan babak dia jumpa Ranbir Kapoor tu diorang nak menari sama-sama sebab chemistry diorang cantik kot masa menari lagu Ghagra dalam movie Yeh Jawaani Hai Deewani (2015). Got excited for nothing tskkkk

Patutnya pengarah kurangkan babak Madhura dengan Mohan ataupun buat watak mereka ada masalah rumahtangga sebab Madhuri nampak canggung dengan Muneet. Lagu romantik tu pun macam tak perlu sebab draggy. Better kalau pengarah letak sebagai promo materials je dan buat Hindi version sebab lagu dia best. By the way saree yang Madhura pakai dekat Langkawi tu kemain panjang, bersih Langkawi dia sapu.


Sayang lah bila debut movie Madhuri tersia dengan skrip yang lemah dan cliché padahal Madhuri boleh buat lebih dari yang pengarah paparkan dari watak Madhura tu. Facepalm bila tengok trailer movie Bucket List ni sebab apa yang menarik dalam full movie semua dah ditayangkan dekat dalam trailer so what’s the point of watching? 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10