Movie Review | Love, Supermoon (2015)

Thursday, 16 September 2021

Pengarah :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Penulis Skrip :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pelakon : Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin, Razak Hamdan, Diana Johor

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar : Primeworks Studios, Netflix, MUBI

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015

Trailer :


Excited bila nampak Netflix masukkan movie Love Supermoon karya pengarah penulis Wan Hasliza Wan Zainuddin yang berkisarkan takdir pertemuan antara Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa). Pertemuan pertama mereka berdua semasa temankan Nina (Rita Rudaini) dan Sulayman (Zain Hamid) dating dekat kelas lepas habis sesi persekolahan.

Bosan menunggu Razak tanya Triz kalau dia sudi jadi adik angkat supaya tak lah nampak seperti tak laku sangat. Boleh brag dengan pelajar lain sebab Razak si playboy pernah pelawa jadi adik angkat. Triz yang menyampah dengan perangai Razak selalu bergosip dengan Nina tentang perkembangan Razak sejak sekolah sehingga lah mereka graduate dan bekerja. 

Sama juga dengan Razak dan Sulayman yang selalu bercerita tentang Triz setiap kali berjumpa memandangkan Nina dan Sulayman bercinta hingga ke jinjang pelamin. Lepas grad, Triz bekerja dengan syarikat automobile dan bercinta dengan pelajar Master UK, Fakrul (Zain Saidin). Dalam masa yang sama Triz kenenkan Tiha (Anne Ngasri), rakan serumahnya dengan Ayah Cu (Razak Hamdan).

Lepas patah hati dengan Fakrul, Triz terima cinta dari Azman (Azhar Sulaiman) yang poyo dan kaki kikis. Habis harta Triz dikerjakannya. Puas Tiha dan Nina nasihatkan Triz supaya tinggalkan Azman tapi dia tetap stay dengan toxic relationship sebab takut jadi andartu. Sementara Razak pula masih lagi dengan playboy walaupun dah berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri, Nora (Diana Johor) si pramugari cantik.

Sebelum ni dah pernah tengok movie Love, Supermoon sebab minat dengan Nadiya Nissa lepas tengok movie Cun (2011). Nasib baik lah genre movie romantik komedi ni ringan dan santai je jadi tak lah nampak sangat kelemahan lakonan Farid Kamil walaupun dia watak utama. Lagipun kebanyakan screentime dia dikongsi dengan watak lain terutamanya watak Sulayman dengan karakter dia yang kelakar. Padan sangat lah dia berkahwin dengan Nina tu, sama naik je bila bergosip. Dalam movie ni ada kemunculan Airit Rayyan Rizqin, anak sulung Rita Rudaini sebagai Daud. 

Pace movie ni laju dengan latar masa yang panjang tapi tak banyak lah prop yang berubah mengikut peredaran masa tu. Ada la beberapa props yang pengarah mention supaya nampak cerita ni ada peralihan. Sembang pasal props, sedih tengok props dalam rumah Razak sebab kosong sangat. Ketara betul team production sewa khas untuk shoot scene Razak je. 

Dialog dalam filem ni agak straight forward yang berkait dengan dunia rumah tangga macam gossip Nina tentang Razak yang stay dengan perkahwinan bersama Nora sebab dia cantik dan power. Rasanya movie terbitan Grand Brilliance ni untuk penonton dewasa. Bagus sebab realistik dan tahu target audience dia siapa since pengarah dah buat homework selama 2 tahun sebelum terbitkan movie Love Supermoon ni. Keunikan kisah cinta Razak dan Triz ni bila mereka terima each other lepas dah berjumpa dengan orang lain. Banyak kali takdir pertemukan tapi diorang tetap in denial sampai lah satu tahap diorang sedar. Perjalanan tu yang syok nak tengok. Sesuai lah dengan tagline movie ni - 'Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?'

Kekuatan naskhah romantik komedi ni pada barisan pelakonnya yang pandai menggunakan facial expression terutamanya Nadiya Nisaa, Rita Rudaini dan Anne Ngasri dalam beberapa babak membawang. Kita pun jadi syok nak layan gossip diorang bertiga sebab semangat betul bercerita. Dah la Rita tu bekas pelakon franchise Mami Jarum. Sebulan je diorang shooting movie yang menggunakan bandaraya Kuala Lumpur sebagai latar tempat utama sebab ketiga-tiga mereka mudah mesra dekat set. Sebab tu jugak la kot friendship diorang bertiga dalam movie ni nampak real. 

Walaupun movie ni menarik dan menghiburkan tapi jumlah kutipan masa tu tak balik modal sebab kos pembikinan dalam RM1 juta. Mungkin juga sebab terpaksa bersaing dengan Polis Evo (2015). Sayang lah sepatutnya penerbit cari waktu yang sesuai untuk tayang supaya tak clash dengan movie besar yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Nana Tanjung 2 (2007)

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Azad Jasmin, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah, Azean Irdawaty

Syarikat Produksi : NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar : Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2007

Trailer : N/A

Sekuel kepada movie Nana Tanjung (2006) terbitan Grand Brilliance kali ni menceritakan kesinambungan kisah cinta kesemua watak utama. Memandangkan Mami Jay (Azean Irdawaty) jenis bawa mulut canang yang bukan-bukan pasal Nana Tanjung (Piee) sekeluarga, terpaksa lah dia keluarkan amaran supaya Khairunnisa (Fasha Sandha) dan Balqis (Waheeda) tak boleh keluar berdating dengan Akbar Khan (Saiful Apek) dan Zul (Jehan Miskin) selagi mereka belum sah berkahwin. 

Amaran larangan tu juga digunapakai untuk Nana dan tunangnya, Mami Mumtaz (Sheila Mambo). Tak cukup dengan larangan tersebut, Akbar dengan Zul diminta untuk sediakan duit hantaran sebanyak RM50,000 kalau betul serius dengan anak-anak perempuan dia. Nana cuma nak test ja depa dua ni boleh ka tak boleh tahan sebelum betul-betul masuk ke dalam keluarga Nana. 

Anak bongsu, Siti Hajar (Ainul Aishah) pula masuk ke alam baru bila dia melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Walaupun scene dia tak sebanyak watak yang lain tapi dia ada plot tersendiri bila berjumpa dengan penyanyi kelab malam, Izad (Azad Jasmin) yang bersuara merdu. Tertarik dengan Siti Hajar, Izad mula cari nombor telefon untuk berkenalan. 

Memandangkan Akbar Khan dilarang untuk berjumpa dengan Khairunnisa maka dia pun bukan lagi pembantu peribadi Nana. Kusut dengan wang hantaran, staff dia tambah lagi dengan berita buruk bila ramai pelanggan agensi cari jodoh dia dah ramai yang lari. Pelik jugak lah dengan watak Akbar ni sebab dia ada syarikat tapi tak buat kerja pun. Macam mana dia boleh tinggalkan terus sampaikan gaji staff dah 3 bulan tak bayar? 

Nasib baik lah movie komedi maka dialog tak ada gaji sampai 3 bulan tu dianggap ringan atau kelakar walhal hakikatnya sesuatu yang serius. Kalau jadi staff syarikat Akbar Khan tu dah resign dah bila sebulan tak dapat gaji. Boss pun malas buat kerja, kita pulak dok kusut kena fikir macam mana nak cari pelanggan lepastu pujuk yang mana dah lari tu. Sama la dengan Zul yang suka keluar ikut plan Akbar supaya dapat berjumpa dengan marka masing-masing. 

Rasanya perangai Nana suka dok katok kepala orang tu jadi isu lepas Nana Tanjung 1 ditayangkan sebab ada dialog Khairunnisa tegur pasal ayah dia suka dok main tolak kepala padahal perbuatan tu tak baik. Babak Akbariah Masaud dengan Zulkarniah Masaud agak draggy lah sebab muka diorang mudah sangat nak cam walaupun makeup tebal. Takkan lah Nana tak perasan langsung diorang menyamar especially babak makan beriani udang tu. Sengaja pengarah buat watak Akbar terlupa buang shade lah, terlupa bukak apron lah. 

Sekuel Nana Tanjung ni agak draggy jalan cerita dan lawak yang try hard. Jalan cerita pun tak realistik tapi disebabkan genre komedi drama so boleh lah kalau nak layan secara santai. Watak Mami Jay sebagai mami jarum menjadi dan menghiburkan setiap kali muncul dengan gossip liar yang sengaja direka untuk porak-perandakan keluarga Nana Tanjung. Geram agaknya cinta kena tolak, melepas can dia nak menikah dengan orang kaya Penang. 

Ending Nana Tanjung 2 ni pun macam tiba-tiba je habis. Tak tergantung pun tapi ditamatkan tanpa proper ending. Ingatkan ada installment ketiga dalam franchise arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni tapi tak ada pun dalam senarai filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance. Apa punya turr!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Movie Review | Nana Tanjung (2006)

 

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Maidin Ibrahim, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah

Syarikat Produksi :  NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2006

Trailer :


Masa kecik dulu memang selalu layan franchise Nana Tanjung ni. Tak cukup dengan vcd, TV3 pun rajin dok ulang tayang. Filem komedi drama arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni mengisahkan tentang Nana Tanjung (Piee) yang mencari jodoh untuk anak-anak perempuannya terutama Khairunnisa (Fasha Sandha) si sulung dari 3 beradik. 

Sejak isterinya meninggal, Nana lah yang menjaga kesemua anaknya tanpa gagal sampaikan paranoid bila dia sentiasa mengintip pergerakan anak-anaknya dari siang hingga ke malam. Nak tengok wayang pun kena tengok dengan ayah sendiri. Tak fun langsung hidup diorang. Khairunnisa balik lewat malam sebab OT pun kena katok kepala. 

Dalam diam sebenarnya Khairunnisa bercinta dengan Akbar Khan (Saiful apek), pakar mencari jodoh di Pulau Pinang. Untuk mengelakkan daripada dikahwinkan dengan calon menantu pilihan yang dicadangkan oleh pak cik Maidin (Maidin Ibrahim), Akbar buat plan untuk ambil hati Nana. 

Plan dia berjaya seperti yang dirancang kemudiannya Nana ambil dia bekerja sebagai pembantu peribadi. Makin senang lah dia nak buang calon yang datang dan dating dengan Baby Girl dia. Balqis (Waheeda), anak kedua pun apa kurangnya bila bercinta dengan Zul (Jehan Miskin) yang bekerja sebagai coach di padang golf. 

Mengekek jugak lah bila tengok balik movie Nana Tanjung ni sebab Saiful Apek dengan Piee kelakar dengan watak masing-masing. Boleh jadi Apek improvise watak diorang sebab Apek ada buat beberapa tagline dan signature trademark dia dalam movie berdurasi selama 96 minit ni. 

Para pelakon pun tak ada masalah untuk bercakap dalam loghat utagha walaupun some of them bukan berasal dari sana pun terutamanya Saiful Apek yang berasal dari Gombak. Mungkin diorang dah practice dan prep roles before shooting supaya nampak real dengan avatar masing-masing. Dinamik duo Apek dan Piee pun nampak sentiasa high energy dengan lawak masing-masing. 

Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen pun banyak kali buat cameo dalam movie ni bila dia muncul sebagai watak coach silat untuk Siti Hajar (Ainul Aishah), anak bongsu Nana ataupun watak ahli kelab padang golf tempat Zul bekerja. Movie Nana Tanjung ni adalah debut platform untuk Ainul Aishah tapi dia langsung tak nampak kekok walaupun bekerja dengan barisan pelakon senior. 

Dari awal lagi pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen dah ketengahkan budaya orang Penang yang famous dengan joget boria tambah pula watak Nana Tanjung memang jurulatih kepada team boria di kawasan tersebut. Team wardrobe pun bagi perhatian penuh kepada wardrobe semua pelakon terutamanya pelakon wanita. Watak Mami Mumtaz (Sheila Mambo) pun sarat dengan aksesori terutamanya cucuk sanggul emas dekat rambut. 

Kebanyakan babak dalam movie Nana Tanjung ni di office Akbar Khan ataupun di kawasan rumah Nana je sebab anak-anak perempuan dia kena kurung jadi tak banyak lah lokasi famous Penang dipaparkan dalam movie ni. Masa lagu romantik Akbar, Khairunnisa, alqis dengan Zul pun diorang shoot dekat cruise dengan taman rekreasi biasa je. Lagu dia not bad lah sebab lirik sesuai dengan penceritaan dan mood kelakar. 

Movie Nana Tanjung ni bertemakan kekeluargaan jadi dialog dia memang banyak terarah pada mesej sosial tentang keluarga lah. Ada juga dialog dari Akbar Khan sembang pasal anak muda yang suka meminta daripada bekerja. Banyak lah pengajaran yang Prof Madya A. Razak Mohaideen selitkan untuk penonton. 

Dah 15 tahun NAJ Productions Sdn. Bhd. dengan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. terbitkan movie ni tapi feel bila layan movie ni masih lagi sama. Thanks Netflix sebab ambil movie-movie tempatan lama masuk ke platform. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10