Movie Review | Duyung (2008)

Sunday, 25 July 2021

Pengarah : A. Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Azhari Zain
Pelakon : Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Yassin, Awie, Rosnah Mat Aris, Hafidzuddin Fazil, Abu Bakar Omar, Raja Noor Baizura, Iqbal Mydin
Syarikat Produksi : KRU Studios
Pengedar : Digi, Astro
Genre : Sains fiksyen / Romantik / Komedi
Durasi Tayangan : 91 minit
Tarikh Tayangan : 6 Mac 2008
Trailer :


Sejak dari kecil Jimmy (Saiful Apek) dan beruk kesayangan dia, Orix (Yassin) kutip sampah di pulau tu supaya sentiasa kelihatan bersih. Bila pulau bersih, duyung akan munculkan diri sebab duyung suka kawasan laut yang bersih. Penduduk di situ anggap Jimmy sebagai orang yang pelik dan gila. Tapi mak Jimmy, Onah (Raja Noor Baizura) dan Aspalela (Yasmin Hani) serta Mak Tungkik (Rosnah Mat Aris) senang dengan sikap rajin Jimmy. 

Wak Pagek (Hafidzuddin Fazil) yang menyampah dengan Jimmy, cabar supaya sediakan tanah dengan rumah supaya anak dia tak hidup atas laut. Tak sangka Jimmy dengan Orix berjaya siapkan dalam masa dua hari saja. Wak Pagek terkejut tapi dia tetap nak tunangkan anak dia dengan si Kordi (Awie) sebab kaya dan berbadan sasa. 

Dek menyampah dengan perangai Jimmy, Kordi musnahkan sebahagian pulau tersebut sehinggakan ikan duyung yang bernama Puteri (Maya Karin) tersangkut dalam jala. Patutlah Orix selalu menjerit bagitau dia ada sesuatu dekat pulau tu. Dah lama Puteri perhatikan Jimmy tapi takut untuk berjumpa sebab hati manusia senang tergoda dengan kemewahan. Jimmy senang dengan kehadiran Puteri sampai Aspalela cemburu dengan kemesraan mereka berdua. 

‘Biarlah rahsia pertemuan kita. Kalau semua orang tahu kewujudan Puteri, hidup Puteri dalam bahaya. Ingat janji kita.’ - Puteri

Movie arahan A. Razak Mohaideen bertemakan haiwan dan alam sekitar yang diterbitkan oleh KRU Studios ni berlatarkan kehidupan Orang Laut Bajau di Pulau Sipadan, Sabah. Suasana dan budaya masyarakat di sana dipaparkan dengan baik. Tak pasti lah kalau pelakon utama ada pakai makeup tapi rasanya semua nampak natural lagipun shooting bawah matahari terik macam tu, kalau pakai makeup mesti tak selesa bila cair. 

Sinematografi yang cantik dari Erman Maharam menggunakan kelebihan panorama semulajadi di kawasan tersebut tapi CGI tak lah begitu bagus. Set rumah Puteri pun nampak tak begitu meyakinkan dengan longgokan buah-buahan dan harta karun dari lanun. Tak dijelaskan kenapa ikan duyung cuma ada Puteri seorang sahaja sampaikan dia kesunyian. Kalau Puteri pupus maka pupuslah ikan duyung di Malaysia. 

Music album movie Duyung banyak mengumpulkan lagu-lagu yang hit pada zaman tu macam lagu dengan melodi dan lirik yang fun dan santai, Aspalela nyanyian Saiful Apek sendiri. Masa lagu ni keluar memang famous la orang yang nama Lela. Pergi mana pun orang akan nyanyi lagu tu. Lagu balada Hampir Ke Situ oleh Mendua pun popular dan hit dalam carta. Lagu yang sarat dengan suara merdu dan harmoni digunakan dalam scene Jimmy dengan Puteri. 


Pace movie Duyung ni laju sesuai lah dengan genre dia romantik komedi supaya penonton tak bosan dengan mesej yang diketengahkan mengenai alam sekitar. Tapi ada part yang agak bercanggah dengan kehidupan normal baik di laut ataupun darat. Macam scene Jimmy marah Apai (Iqbal Mydin) pergi tangkap ikan di laut sedangkan dia bekerja sebagai nelayan. Sama juga dengan scene Jimmy tegur sekumpulan anak dara kampung yang mencuci baju dengan sabun. 

Lakonan Saiful Apek menghiburkan sebagai Jimmy dengan dialog yang kelakar dan natural. Chemistry Apek dengan Maya Karin pun antara kekuatan dalam movie Duyung bila mereka berdua berkongsi skrin yang sama. Watak Orix cuma mampu cakap Fuyoh sebab nak guna tagline Digi pada masa tu. Tak tahu lah macam mana Yassin boleh bertahan dalam kostum beruk tu walaupun cuma bulu bertampal di kulit. Sama juga dengan Maya Karin yang menggunakan kostum duyung dan sentiasa kelihatan natural dan cantik. 

Walaupun dah 13 tahun movie ni diterbitkan tapi tetap menarik untuk ditonton secara santai. Sekarang dah ada dekat Netflix, hopefully karya tempatan ni mendapat perhatian. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

Movie Review | Dil Se..

 

Director : Mani Ratnam

Writer : Mani Ratnam, Tigmanshu Dhulia

Cast : Shah Rukh Khan, Manisha Koirala, Preity Zinta

Production Company : Madras Talkies, Varma Corporation

Distributor : Eros International, Netflix

Genre : Crime / Drama / Romance

Running Time : 158 minutes

Release Date : 21 August 1998

Trailer :


Movie yang ditayangkan secara perdana di Era New Horizons Film Festival dan Helsinki International Film Festival mengisahkan tentang Amarkant Varma (Shah Rukh Khan) yang bekerja di All India Radio. Sebagai program executive, dia perlu pergi ke Assam, India. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan Meghna (Manisha Koirala) kemudiannya jatuh cinta dengan kecantikan wanita tersebut. 

Selepas beberapa kali pertemuan, Amar mula berani confess cinta dia tapi ditolak sebab Meghna dah pun berkahwin. Belum hilang rasa kecewa, Amar dibelasah oleh abang dan sepupu Meghna kemudian dibiarkan di dalam hutan. Lepas kejadian tersebut, Amar balik ke Delhi dan setuju untuk berkahwin dengan  Preeti Nair (Preity Zinta). 

Pada hari pertunangan Amar dan Preeti, secara tiba-tiba Meghna muncul dan minta bantuan Amar untuk dapatkan kerja juga tempat tinggal. Sikit pun Amar tak syak yang Meghna adalah ahli kumpulan pengganas yang akan letupkan Delhi pada Hari Kebangsaan nanti. Lepas CBI datang siasat baru dia faham apa tujuan Meghna datang balik. 

Walaupun rasa dipergunakan, dia tetap pujuk Meghna untuk batalkan rancangan dan lari hidup di tempat baru dengan dia. 

Movie arahan Mani Ratnam yang mengetengahkan unsur terrorism dan berlatarkan kehidupan di Assam dan beberapa kawasan yang dipenuhi kem militan ni dah pun mencecah 23 tahun. Walaupun movie ni lakonan Shah Rukh Khan tapi kurang mendapat sambutan kecuali lagu Chaiyya Chaiyya dengan cameo Malaika Arora Khan. SRK shoot lagu tu tanpa body double ataupun safety harness supaya nampak real. Koreografi hasil karya Farah Khan mengambil masa selama 4 hari untuk disiapkan. Sampai sekarang lagu ni antara lagu ikonik di Bollywood.


Penceritaan Dil Se.. juga agak draggy terutamanya pada second half bila watak Amar ketepikan pendirian dia untuk bantu Meghna. Kiranya dia rasa cinta sejati dia boleh mengubah dan padam trauma Meghna padahal perempuan tu dah hidup dalam ketakutan sejak kecil, dah beberapa kali berdepan dengan penipuan dan kematian. Pace yang perlahan juga melemahkan momentum movie Dil Se.. tambah pula tak dikembangkan dengan baik bila Amar sedar yang dia hidup selesa tanpa kenal sisi buruk Kerajaan India. Mungkin persepsi I pada movie ni macam tu sebab tengok pada zaman sekarang, zaman di mana sakit mental tak mampu dirawat dengan cinta dalam sekelip mata. 

Scene Meghna dengan Amar dekat padang pasir tinggalkan kesan yang mendalam dan Manisha did justice to that. Bila Amar tanya kenapa dia tak boleh bercakap sebab pengalaman ngeri tu sendiri tak mampu diungkapkan dengan kata-kata pun. Untuk lelaki yang hidup selesa seperti Amar, dia takkan faham pun penderitaan Meghna. 

Percintaan Amar dan Meghna dikatakan melalui 7 peringkat cinta – attraction, infactuation, love, reverence, worship, obsession and death. 7 peringkat ni diceritakan di dalam puisi purba Arab. Chemistry SRK dengan Manisha nampak canggung berbanding SRK dengan Preity Zinta. Sepatutnya Kajol yang berlakon watak Meghna tapi jadual shooting Dil Se.. clash dengan movie dia yang lain. 

Kekuatan Dil Se.. bukan pada penceritaan ataupun screenplay sebaliknya pada sinematografi yang memaparkan keindahan di beberapa lokasi. Music album dari music maestro A.R Rahman menambahkan lagi elemen drama dan romantik. Semua wardrobe dalam Dil Se.. adalah hasil karya Manish Malhotra di mana setiap watak diberikan sentuhan fesyen yang menjelaskan lagi karakter masing-masing. 

Dil Se.. adalah final installment dalam trologi yang bertemakan pengganas arahan Mani Ratnam selepas movie Roja dan Bombay. Cuma Dil Se.. sahaja yang menerima nasib buruk di box office, mungkin sebab popularity SRK dan plot twist. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.7/10

Drama Review | Projek: Anchor SPM

 

Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf

Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Ahmad Al Iqbal, Khor Tai Yieng, Danial Hakim, Amira Nasiruddin, Nadim Hisham

Pelakon : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot, Susan Lankester

Syarikat Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

Penyiaran : HBO, Astro Citra

Genre : Drama / Young Adult

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Trailer :


Drama yang dikatakan meniru idea filem popular Thailand, Bad Genius (2017) ni diinspirasikan dari kisah benar yang mengisahkan tentang satu batch tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands yang ingin mendapat markah tinggi dalam SPM. 

Bermula dengan idea Jaja (Shasha Abedul) supaya Aaidaa (Daiyan Trisha) guna bahasa isyarat OKU untuk bagi jawapan masa dalam peperiksaan percubaan SPM. Mengambil peluang yang ada, Aizat (Aedy Ashraf) juga meniru jawapan yang diberi oleh Aaidaa sebab dia pelajar nombor 1 di sekolah berasrama penuh tersebut. 

Jaja dengan Aaidaa setuju untuk meniru dalam peperiksaan akibat perangai ayah mereka berdua yang perfectionist dan tegas. Dato’ Zubir (Tony Eusoff) juga alumni dan penyumbang utama PIBG di STIA jadi imej amat penting. Bagi dia, tak ada makna kalau Aaidaa jadi top student tapi Jaja jauh tertinggal di belakang. Rakan sebilik Aizat, Hilmi (Nadhir Nasar) dan Botol (Chubb-E) terkejut dengan perubahan drastik Aizat sedangkan dia tak pulun belajar pun. 

Kegembiraan Aizat dengan Jaja tak lama pun bila kedudukan peperiksaan sebenar diubah dan Aizat dengan Jaja berada jauh di belakang. Aizat buat plan supaya lebih ramai yang join untuk jadi mirror tapi dari 10 orang, bilangan tersebut bertambah sehinggakan satu batch tahu plan mereka untuk SPM nanti. Menggunakan formasi game ragbi, Aizat namakan projek ni sebagai Projek Anchor SPM. 

Betul apa yang pengarah Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf bagitahu pada media yang Projek Anchor SPM tak sama pun dengan Bad Genius cuma scene dalam dewan peperiksaan tu je sama. Drama ni tetap berpijak pada dunia nyata dan akibat yang perlu ditanggung oleh semua pelajar bila melakukan perbuatan terkutuk. Mesej persahabatan pun kuat dalam drama ni. Betul lah kata Botol tu, SPM je bukannya kiamat pun sampai nak bergaduh, bertegang urat gara-gara peperiksaan ni. 

Selain dari pelakon utama, pelakon sampingan pun bagus lakonannya tambah pula bila watak dewasa dilakonkan oleh barisan pelakon yang bagus. Scene Tuan Awang (Adlin Aman Ramlie) yang menyampah dengan perangai Timbalan Menteri (Hasnul Rahmat) bila suka merendahkan dan pertikaikan kredibiliti dia sebagai pengetua STIA antara highlight scene dalam drama ni. Dua watak ni bermain push and pull sebab ada sejarah masa zaman sekolah dulu.  

Visual yang berlatarkan tahun 2003 diolah dengan tona warna yang menarik dan sesuai dengan cuaca di Cameron Highland. Make-up, wardrobe dan props menghidupkan suasana pada zaman tersebut kecuali scene dalam dewan peperiksaan bila camera fokus dekat meja Aaidaa. Boleh nampak IC dia dalam template baru sebab ada dua imej. 

Kelemahan dalam drama Projek Anchor SPM ni bila ada drama atau konflik yang dibuat-buat macam scene Puan Rokiah (Susan Lankester) pelik bila nampak ada jawapan dekat kertas soalan. Tak pasti lah kertas soalan masa zaman tu kena kumpul lepas habis exam ataupun tak sebab pengawas peperiksaan tak ambil balik Kertas 1. Sebab tu bad mood kalau balik hostel gara-gara check jawapan lepas habis exam. 

Lagipun takkan lah pengawas tak syak bila Aaidaa asyik jatuhkan pembaris besi dia lepas sejam jawab exam untuk semua kertas. Ada 10 subjek dalam SPM lepastu 10 kali jugak lah dewan tu bising. Questionable jugak lah dengan batch ni sebab kalau diorang boleh jawab Kertas 2, maknanya Kertas 1 pun boleh lah sebab memasing dah study.  Kenapa Aaidaa menggelupur sangat tak study untuk SPM walhal gap tak jauh pun dengan percubaan sampai dia sanggup nak ceroboh masuk bilik kebal. 

Scene Aaidaa stress dalam makmal sebab padang bising tu pun mehhh jugak lah sebab dia pun sedia maklum ada pertandingan. Kalau dia belajar dekat dorm atau library lain cerita lah. Masa dia pergi padang ragbi tu pun kelakar lah. Nak cari seat tapi pergi arah depan sedangkan laluan masuk ke tempat duduk ikut belakang. Scene Hilmi meroyan sebab Aaidaa reject dia pun agak draggy sebab dekat episod sebelumnya pun dah nampak relationship Aaidaa dengan Aizat macam mana. 

Nevertheless drama Projek: Anchor SPM yang dikarang dan dikembangkan oleh 7 penulis ni berbaloi ditonton sebab genre ni masih belum banyak lagi dalam industri. Drama yang keluar dari kebiasaan dan tak klise, sesuai dengan selera penonton remaja. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10