Movie Review | Drop (2025)

Sunday, 15 June 2025


Director: Christopher Landon
Writers: Jillian Jacobs, Chris Roach
Cast: Meghann Fahy, Brandon Sklenar, Violett Beane, Jacob Robinson, Reed Diamond, Gabrielle Ryan, Jeffery Self, Ed Weeks, Travis Nelson
Production Companies: Blumhouse Productions, Platinum Dunes, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Universal Pictures 
Genre: Thriller
Running Time: 95 minutes
Release Dates: 9 March 2025 (SXSW), 11 April 2025 (United States)
Trailer:


Violet Gates (Meghann Fahy) merupakan seorang ahli terapi dan mempunyai kisah silam yang menghantui selepas tersalah berkahwin dengan seorang lelaki bersifat panas baran. Yakin traumanya semakin menghilang dan anak tunggalnya, Toby (Jacob Robinson) semakin membesar, Violet beranikan diri untuk mencari pasangan hidup yang baru. 

Violet bertemu dengan seorang jurugambar bernama Henry Campbell (Brandon Sklenar) melalui dating apps dan setuju untuk bertemu di sebuah fine dining restaurant. Sementara menunggu Henry sampai, Violet berbual dengan bartender yang mesra bernama Cara (Gabrielle Ryan), pemain piano bernama Phil (Ed Weeks) dan juga lelaki berusia bernama Richard (Reed Diamond). Sama seperti Violet, Richard juga berada di situ untuk blind date. 


Tak lama kemudian Violet diganggu oleh Digi-Drops dari nombor yang tak dikenali. Dari meme biasa hingga menjadi meme berbaur ugutan. Violet risaukan keselamatan Toby dan adiknya, Jen Gates (Violett Beane) yang menjaga di rumah kerana lelaki bersenjata berkeliaran di dalam rumah sekiranya Violet enggan patuh dengan arahan yang bakal diberikan. 

Naskhah Drop arahan Christopher Landon mengetengahkan kecanggihan teknologi sebagai tema utama dan menggunakan orang awam sebagai watak utama dalam genre thriller. Dari cara Violet diganggu boleh agak dah yang pelakunya ada dalam restoran tu juga cuma tak boleh nak teka siapa orangnya sebab semua di situ pun adalah orang asing kepada Violet kecuali Henry. 


First half Drop memang berteka-teki kenapa sasarannya ialah Violet dan siapa yang mengganggu Violet sampai ancam untuk bunuh ahli keluarga Violet. Yang pastinya orang tersebut dah buat background check sebab dia juga tahu kisah silam Violet dengan bekas suami yang baran. Berdebar nak tahu macam mana Violet nak selesaikan maslaah tanpa mencederakan orang tersayang termasuklah Henry. 

Seronok bila bermain teka-teki dengan misteri yang disimpan oleh penulis dan pengarah sepanjang waktu tersebut. Lakonan Meghann Fahy menghidupkan lagi suasana genting dalam situasi tersebut tapi Brandon Sklenar dengan mudahnya menjadi eye candy dan tenangkan keadaan. Perbualan biasa pun jadi menarik I mean for my age this type of conversation yang buatkan conversation jadi seronok. Chemistry antara dua pelakon utama menambahkan lagi rencah dan hidupkan suasana romantik sebagai sub-genre Drop. 


‘I really hate these apps. And uh… I was really close to deleting my profile. I feel like everybody’s trying to present this version of themselves that they’re not. A version that they think other people want to see. And then I saw you. You just seem kind. Genuine.’ – Henry Campbell

Marc Spicer bermain dengan sinematografi yang stylish, elegan dan menarik dengan mewujudkan ruang restoran eksklusif. Background music mewujudkan sinergi tatkala mendukung visual dengan beberapa runut bunyi yang saspens dan menakutkan. Walaupun perbualan Violet dan Henry kedengaran tenang dan comel tapi situasi tegang masih kuat terasa sebab kita tahu ada orang ketiga yang setia mendengar dan menunggu langkah Violet. 


Masuk second half Drop terutamanya bila Violet jumpa pelaku sebenar dah mula hilang momentum filem thriller ni. Banyak kelompongan muncul dan hilang segala logik hanya untuk pastikan watak Violet jadi heroin dalam misi menyelamatkan keluarga. Rasa saspens dan berdebar dekat awal cerita terus hilang bila tengok watak antagonis kalah dengan mudah. Tak sangka organisasi tu hantar orang yang paling lemah turun padang buat kerja. 

Pengarah Christopher Landon baru saja debut dengan filem Drop yang diterbitkan oleh Blumhouse Productions tapi boleh kata dia buat kerja dengan bagus lah sebab berjaya deliver karya thriller yang setanding seperti filem Blumhouse Productions yang lain. Kalau belum tengok Drop boleh layan sebagai filem santai di hujung minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

5 Komposer Hebat Berentap Cipta Lagu Terbaik Dalam Program Nyanyian Terbaharu ‘Raise The Star Malaysia’ | Finalis Terpilih Bakal Persembah Karya Ciptaan Komposer Di Pentas Akhir

Astro selaku peneraju industri hiburan dan kandungan di Malaysia membawakan program nyanyian terbaharu ‘Raise The Star Malaysia’ untuk para pencinta rancangan realiti nyanyian. Program terbaharu Astro, ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahkan lagu baru hasil gubahan mereka di pentas akhir ‘Raise The Star Malaysia’. Siri ini bakal menemui penonton bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Membawakan format baharu untuk pencinta program nyanyian, ‘Raise The Star Malaysia’ memaparkan pertandingan realiti nyanyian dari perspektif para komposer. Kelima-lima komposer ini, Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna akan menggunakan pengalaman, kreativiti dan pengetahuan mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik untuk mencari, membimbing bakat baharu dan dalam masa yang sama menggunakan kebolehan mereka untuk mencipta lagu sebagai taruhan buat bintang pilihan mereka di pentas dan sebagai persediaan mereka dalam menghadapi industri di masa akan datang. Diinspirasikan daripada program nyanyian global, keseluruhan aturan rancangan ini akan tertumpu kepada pencaturan para komposer dalam mencari bintang pilihan mereka di sebuah platform produksi tempatan bertaraf antarabangsa.

Rancangan ini akan dihoskan oleh dua gandingan pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan juga Sherry Alhadad pastinya akan membuat penonton terhibur dengan tenaga, dan juga karakter bersahaja mereka di atas pentas. 

‘Raise The Star Malaysia’ membawakan 30 bintang yang telah berjaya melepasi saringan ujibakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Kesemua mereka telah melalui 2 sesi uji bakat secara digital dan juga fizikal dimana mereka telah membuktikan kepada para juri dengan memberikan lantunan vokal yang mengagumkan. Mereka telah disaring oleh juri-juri berbakat, terdiri dari guru-guru vokal, komposer jemputan dan pihak produksi dengan teliti sebelum berjaya melayakkan diri sebagai peserta di peringkat seterusnya.


Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro ingin membawakan satu kelainan baharu dalam format rancangan realiti dengan mengangkat karya ciptaan komposer tempatan. ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menampilkan komposer yang akan memilih antara bakat-bakat baharu untuk diangkat dengan memberi karya muzik mereka. Ini bermakna, peserta perlu merebut peluang untuk melayakkan diri bagi mendapatkan lagu khas ciptaan komposer di pentas akhir. Kami berharap program ‘Raise The Star Malaysia’ dapat memberikan inspirasi serta nafas baharu kepada pencinta dan peminat dunia muzik di luar sana agar lebih menghargai sesebuah karya seni.”

Setiap minggu, para peserta akan diuji dengan tugasan berbeza sehingga ke tahap maksimum melalui beberapa siri tugasan seperti persembahan solo, duet dan sebagainya. Mereka akan dinilai oleh para komposer yang turut berperanan sebagai juri rancangan bagi menentukan siapa yang akan layak untuk mara ke setiap peringkat seterusnya sehingga ke pentas final, untuk menjadi fenomena muzik seterusnya di Malaysia.


Para penonton boleh menyaksikan ‘Raise The Star Malaysia’ untuk mengikuti perjalanan para komposer dan bintang baharu dalam merealisasikan impian mereka menjadi penyanyi di Malaysia yang seterusnya melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak, dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

INFO PROGRAM & PENJURIAN RAISE THE STAR
  • Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.
  •  Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%. 
  • ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.
  • ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.
  • Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan. 

KONSERT RAISE THE STAR MALAYSIA

Mulai 22 Jun 2025, setiap Ahad, jam 9 malam. Berlangsung selama 8 minggu, konsert utama program ‘Raise The Star Malaysia’ akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.  

PENAJA UTAMA

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd 
QSR Brands ialah sebuah syarikat Malaysia yang dimiliki secara majoriti oleh Johor Corporation (JCorp) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memegang kepentingan besar dalam syarikat ini. QSR Brands mengendalikan restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Kemboja, serta restoran konsep Pizza Hut dan perkhidmatan penghantaran di Malaysia dan Singapura.

Di Malaysia, daripada  keseluruhan 17,000 pekerja, 80% daripadanya adalah Muslim. QSR Brands merupakan syarikat Halal yang berintegrasi sepenuhnya dan mematuhi prinsip Syariah dalam semua aspek perniagaan, berpegang teguh kepada peraturan makanan yang ketat. Syarikat ini terus memperoleh tahap pensijilan tertinggi yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikan QSR Brands sebagai perintis dalam industri halal.

Sebagai entiti perniagaan yang menegakkan nilai-nilai teras Islam, QSR Brands berpegang kepada konsep sadaqah dan sehingga kini telah menyumbang lebih daripada RM62 juta dalam zakat perniagaan, yang kemudiannya disalurkan kepada golongan Muslim yang layak di seluruh Malaysia melalui pusat zakat negeri.

Selain zakat, QSR Brands turut aktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat. Aktiviti kemasyarakatan syarikat ini termasuk sumbangan lebih RM32.4 juta sepanjang 14 tahun menerusi KFC Add Hope dan lebih RM300,000 bagi pemulihan kanser menerusi program Hut to Heart oleh Pizza Hut.

‘BIG STAGE ALPHA’ LAKAR DETIK BERSEJARAH SEBAGAI KUMPULAN LELAKI PROGRAM REALITI TEMPATAN PERTAMA BERAKSI DI PAVILION KL | Showcase istimewa bersama alumni Big Stage dan artis ternama berjaya tarik lebih 6,000 peminat

Astro memanaskan lagi debaran menuju pentas akhir Big Stage Alpha dengan sebuah showcase istimewa dan penuh meriah di Pavilion Kuala Lumpur. Lebih daripada 6,000 peminat membanjiri pintu utama pusat beli-belah ikonik itu untuk menyaksikan persembahan tujuh finalis terbaik yang turut mencipta sejarah sebagai kumpulan lelaki tempatan pertama tampil di pentas Pavilion KL.

Showcase ini dianjurkan sebagai satu inisiatif istimewa oleh Astro untuk menghadirkan pengalaman realiti secara langsung kepada para peminat – tanpa sebarang juri dan latihan – hanya persembahan tulen yang mencerminkan bakat dan keaslian finalis. Ia juga menandakan kali pertama peminat dapat menyaksikan dan berinteraksi secara dekat dengan peserta Big Stage Alpha, sekali gus memberi mereka peluang eksklusif melihat sendiri perkembangan dan transformasi tujuh finalis menjelang malam kemuncak. Selain merapatkan jurang antara peserta dan peminat, momen ini turut menjadi medan penting untuk menguji kebersediaan mereka dalam memulakan gelombang dominasi sebagai kumpulan lelaki generasi baharu.

Malam penuh gemilang ini turut diserikan dengan penampilan daripada nama-nama besar industri seperti Akim Ahmad, Amir Masdi, Shila Amzah, Wani Kayrie dan juri tetap program Hael Husaini, menjadikannya satu sambutan luar biasa terhadap bakat baharu, sekali gus membina keterujaan menjelang malam kemuncak pentas akhir program pada 15 Jun kelak.

Showcase istimewa ini juga menyaksikan kehadiran empat peserta Malaysia dari CHUANG Asia 2025 iaitu Jackson, Tzi Xuan, Hong Jin dan Sunny, bersama alumni Big Stage seperti Nadeera Zaini, Isaac Voo, serta kumpulan wanita COEX.

Para peminat dan pengunjung dihiburkan dengan rangkaian persembahan bertenaga oleh finalis Big Stage Alpha termasuk Ariel Fesol, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Rizal Rasid, Izat Ibrahim dan Afiq Sky, serta persembahan menarik daripada artis dan alumni yang hadir. Peminat bertuah yang juga merupakan pelanggan Astro turut menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama finalis Big Stage Alpha dan membawa pulang cenderahati istimewa daripada Astro sebagai kenangan manis.

Saksikan debaran terakhir Big Stage Alpha secara langsung pada 15 Jun 2025, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat


KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”
| 8TV dan Jasmine Food Raikan Penutup Musim Ini dengan Majlis Penghargaan Penuh Makna

Jasmine Project Love Musim Kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan penuh emosi menerusi sebuah majlis penghargaan istimewa yang menghimpunkan peserta program, pertubuhan kebajikan, barisan hos, rakan kongsi dan wakil media. Lebih daripada sekadar penutup musim, majlis ini diraikan sebagai penghormatan kepada semua paparan kisah yang telah menyentuh hati penonton.

Sekali lagi, musim ini menekankan kekuatan sokongan komuniti yang luar biasa. Sumbangan kepada 8TV Project Love Fund, sebuah inisiatif di bawah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, berjaya mengumpulkan hampir RM200,000 sumbangan orang ramai, memberikan kelegaan yang amat diperlukan kepada keluarga yang dipaparkan dalam program tersebut. Dokumentari popular berbahasa Cina, Jasmine Project Love, terus mendekati khalayak yang luas, termasuk golongan belia negara, sambil menyerlahkan kekuatan penceritaan yang malar segar merentas generasi.


Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food dan rakan penaja Kawan Food, musim ini memaparkan 24 episod dengan barisan lapan hos iaitu Owen Yap, Chan Wei Wei, Desmond Tey, Tan Chia Yong, Ong Ching Yee, Jan Chin, Soh Chin Chuan dan Charlotte Seow. Mereka menjelajah ke pelbagai pelosok negara untuk mengangkat kisah-kisah penuh nilai kemanusiaan yang mencerminkan cabaran hidup serta ketabahan rakyat Malaysia dalam menghadapi dugaan harian.

Kali ini, pengisian program tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, malah diperluaskan ke Negeri Sembilan, Perak dan Melaka bagi mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat yang jarang mendapat perhatian. Daripada kisah kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit jarang jumpa hinggalah ke keluarga yang bergelut dengan beban hidup, setiap episod membawa penonton menelusuri pengalaman yang menyentuh hati, sekali gus menyemai empati dan semangat keprihatinan.


Sebagai tanda penghargaan atas sokongan di sebalik tabir, satu sesi penyampaian sijil turut diadakan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program ini. Antaranya termasuklah Persatuan Penyakit Motor Neuron Malaysia, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, Kelab Kebun Komuniti Anak Istimewa P3KU, Prader-Willi Syndrome Association Malaysia, Persatuan Amal Indah, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, National Stroke Association of Malaysia (NASAM), Cleft Lips and Palate Association of Malaysia, Beacon Life Training Centre, dan Suriana Welfare Society Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Puan Nini Yusof, menzahirkan penghargaan kepada semua yang menjayakan musim ini. “Kami di Media Prima amat bersyukur dengan sambutan luar biasa terhadap 8TV Jasmine Project Love yang kini memasuki musim kedua. Program ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah menyentuh hati, malah menyemai rasa empati serta kesedaran dalam kalangan penonton mengenai cabaran sebenar yang dihadapi oleh keluarga-keluarga ini. Terima kasih kepada Jasmine Food selaku penaja utama dan Kawan Food sebagai penaja bersama atas kepercayaan terhadap misi kami. Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak sokongan untuk komuniti yang memerlukan.”

Ketua Pegawai Kewangan Jasmine Food, Encik Alan Kwong berkongsi, “Ini adalah tahun kedua berturut-turut pihak Jasmine Food menyokong program Project Love, kami rasa amat besar hati atas kerjasama yang terjalin bersama 8TV. Melihat kesan positif kepada begitu banyak keluarga mengukuhkan lagi kepercayaan kami. Dengan kerjasama daripada pihak perniagaan, organisasi dan individu, kami percaya ia boleh membawa impak yang lebih mendalam dan berjangka panjang.” 





Majlis yang berlangsung penuh ceria dan bermakna di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad; Encik Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad; Encik Rosli Sabarudin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Media Prima Berhad; Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios; Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi, Big Tree dan Media Prima Omnia, Agency Solutions; Puan Crystal Lee, Pengarah Perkongsian Jualan, Rangkaian Televisyen Media Prima; Encik Kevin Foo, Ketua Pegawai Operasi, 8TV, Filem dan Pengedaran Kandungan; Encik Dennis Foo, Chief Ketua Pegawai Eksekutif, Jasmine Food; Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Kewangan, Jasmine Food; dan Cik Aster Tan, Pengurus Kanan Pemasaran Kawan Food.

Bagi yang ingin mengimbas semula kisah-kisah menyentuh hati daripada musim ini, anda boleh strim Jasmine Project Love Musim Kedua di platform Tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program menarik 8TV, layari Facebook rasmi kami: 8TVbadukongjian dan laman Instagram @8tvmalaysia atau lihat kami di Tonton, myFreeview CH108, Astro CH148, unifi CH108.

Sebagai pelengkap kepada kejayaan runut bunyi utama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), dua track tersembunyi terbaru kini mula menarik perhatian pendengar serta menunjukkan peningkatan dalam carta penstriman digital. Dihasilkan menerusi gabungan tenaga kreatif antara komposer dan penyanyi generasi baru yang penuh ekspresi, kedua-dua lagu ini menyerlahkan kekuatan serta keunikan produksi muzik tempatan.

🎶 Some Other Day 🎶

Penyanyi : FUGO

Produser: Hakim Kamal & Fai HK

Komposer: Hakim Kamal

Lirik: Hakim Kamal, Kayrol Ami, Fai HK, Rezavebrian

Tonton Lirik Video “Some Other Day” di Saluran YouTube Rasmi Ejen Ali


Some Other Day” ibarat sebuah penghargaan penuh emosi tentang suka duka dalam persahabatan, yang merupakan tema utama dalam filem EATM2 ini. Dengan lirik yang nostalgik dan alunan melodi yang santai, lagu ini membangkitkan kenangan masa remaja yang penuh keceriaan — detik-detik indah yang kita percaya akan kekal selamanya. Apabila korus beralih ke nada yang lebih melankolik dan dibalut lirik “Dan kita akan okay, and we will be alright”, ia mencerminkan perubahan dalam persahabatan, namun tetap menyampaikan rasa tenang melalui ikatan yang kekal abadi.


🎶 Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode 🎶

Penyanyi: Puteri Khareeza & Kai Deva

Produser: Omar K & Raja Syafiq

Komposer Asal: Azri Yunus

Lirik Asal: Azri Yunus, M.Nasir & LunaAyla

Strim Lagu “Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode” di YouTube Music

“Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode” pula merupakan versi cover remix olahan Omar K dan Raja yang menonjolkan sisi baru lagu epik yang asalnya dibawa oleh Dato’ M. Nasir. Lagu ini hasil nyanyian Puteri Khareeza dan Kai Deva yang dipilih dari barisan artis Alternate Records & Talents, sebuah anak syarikat Media Prima, sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan bakat baru ke massa. Bait-bait lirik asal digubah dalam versi remix ini khas untuk menampilkan gabungan suara lunak mereka dengan susunan muzik yang lebih mellow dan penuh chill out vibes, sesuai untuk melayan mood santai sambil berehat di kala lewat malam.

Kedua-dua lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital utama, sesuai untuk sesi sing-along, throwback emosi atau sekadar mengimbau sisi berbeza dunia EATM2.

🎧 Dengarkan sekarang dan alami sendiri kehebatannya!

Misi masih aktif - unlock fasa seterusnya dan terus menyokong Ejen Ali the Movie 2 di pawagam sekarang!

#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY

RM50.7 JUTA! EJEN ALI THE MOVIE 2 UNGGULI CARTA FILEM ANIMASI TEMPATAN

Monday, 9 June 2025

RM50.7 JUTA! EJEN ALI THE MOVIE 2 UNGGULI CARTA FILEM ANIMASI TEMPATAN | Memperkukuhkan Kedudukan Sebagai Pemacu Utama Industri Animasi Malaysia

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang telahpun meraih status sebagai filem animasi tempatan nombor satu sejak kutipan mencecah RM40 juta minggu lalu, kini meneruskan prestasi cemerlang dengan kutipan terkini sebanyak RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan. Pencapaian ini membuktikan bahawa animasi tempatan semakin mendapat pengiktirafan dan tempat di hati penonton, sekali gus membuka peluang lebih luas bagi karya animasi Malaysia (AniMY) untuk terus berkembang dan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi!

Sejak tayangan bermula pada 22 Mei 2025, filem ini menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan penonton, yang merangkumi seisi keluarga, remaja hinggalah peminat setia francais. Mereka memuji mutu produksi teknikal yang bertaraf antarabangsa, naratif yang menyentuh hati serta pengalaman sinematik mengujakan yang mendorong ramai untuk menontonnya berulang kali.

Menurut pengarah filem ini, Encik Usamah Zaid Yasin, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada sokongan luar biasa para peminat dan kepercayaan mereka terhadap karya tempatan. “Alhamdulillah, saya bersyukur filem EATM2 mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Saya juga sangat berterima kasih kepada semua ahli pasukan dari Primeworks Studios dan WAU Animation yang saban hari berusaha keras untuk mempromosikan filem ini sejak tayangan bermula. Mereka berani mencuba pelbagai cara promosi baharu untuk memenangi hati penonton dan bagi saya ia komponen yang amat penting yang melengkapkan lagi strategi pemasaran filem yang telah kami hasilkan. Tidak lupa juga pada peminat-peminat tegar yang memberikan sokongan dan dorongan terus menerus, terima kasih kerana memilih filem kami untuk anda sekeluarga.”

Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Kejayaan ini benar-benar menunjukkan bahawa animasi tempatan mampu mencipta impak besar apabila mendapat sokongan padu daripada penonton. Lebih daripada sekadar kutipan box office, pencapaian EATM2 membuktikan keyakinan terhadap kualiti kandungan buatan Malaysia dan memberi semangat baharu untuk kami terus melabur dalam industri animasi tempatan serta melebarkan sayap Ejen Ali ke peringkat antarabangsa bersama rakan-rakan strategik terpilih.”

Selain kejayaan di Malaysia dan Brunei, EATM2 turut berjaya menembusi pasaran Singapura bermula 5 Jun lalu dan dijadualkan untuk tayangan di Indonesia pada 27 Jun. Pembukaan tayangan baharu ini satu langkah penting dalam membawa animasi Malaysia ke pentas serantau, dan diharap akan membuka peluang perniagaan baharu dalam sektor pelesenan & pembarangan (licensing & merchandising) melalui penjualan produk berjenama Ejen Ali seperti pakaian, peralatan sekolah, permainan dan sebagainya.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ayuh rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda! Bersama-sama kita tunaikan aspirasi untuk mengangkat EATM2 sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman!

Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan

******************************

Mengenai Ejen Ali the Movie 2

Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia  oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.

Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti  dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.

Mengenai Primeworks Studios

Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.

Mengenai WAU Animation
WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.

Minggu ketujuh, pentas separuh akhir Big Stage Alpha menyaksikan Daniel Sher mengungguli dengan bergaya di tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak (75.05 %), manakala kekal di tempat kedua Rizal Rasid (72.48 %) dan di tempat ketiga Ray-D dengan (68.18 %).  Ariel Fesol (60.40 %) pula berdepan dengan detik mendebarkan apabila terselamat dari penyingkiran pada minggu ini setalah mendapat undian rendah dari penonton. 

Minggu bertemakan “One Step Closer” ini menampilkan Ajai sebagai juri jemputan. Selain itu, peserta Daniel Sher telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise. Saksikan Big Stage Alpha di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

Alpha Prime: Fire - BTS 

Alpha Ultra: BANG BANG BANG - Big Bang

Rizal Rasid: Sudden Shower - Byeon Woo Seok (72.48%)

Arief Fesol: Cuba - Faizal Tahir (60.40%)

Ray-D: Sumpah - Naim Daniel (68.18%)

Daniel Sher: Aku Skandal - HUJAN (75.05%)

Afiq Sky: Bangun - Aman RA (62.83%)

Izat Ibrahim: Terus Hidup - Aina Abdul (67.30%)

Araff: Hijab Rindu - Black Hanifah (64.04%)

INFO PROGRAM BIG STAGE ALPHA

Buat julung kalinya, Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada “boy group” (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.

Peserta-peserta ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.

Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi. Juri akan memberikan markah, namun undian peminat yang akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.

6 finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan dibawah naungan Rocketfuel bersama Astro.

Big Stage Alpha lebih wangi dengan Perfume Paradise yang hadir selaku Penaja Utama, dan juga ZUS Ngupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.  

Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi. 

Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, terus memperhebat pengalaman hiburan di rumah dengan menawarkan lebih banyak pilihan serta akses yang lebih mudah ke platform penstriman seperti Max dan Prime Video untuk semua pelanggan Astro. Dengan promosi penstriman eksklusif serta kemunculan semula saluran pop-up HEROES pada bulan Jun ini, Astro terus memberi nilai tambah dan pengalaman tontonan secara menyeluruh, semuanya di satu platform yang kini merangkumi akses kepada 14 aplikasi penstriman popular.

Penjimatan Eksklusif Dengan Pakej 12 Bulan Max

Sebagai sebahagian daripada ekosistem kandungan yang luas, Astro menawarkan promosi istimewa kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan eksklusif bagi langganan Max selama 12 bulan bermula serendah RM16.96/sebulan.* Tawaran ini boleh dilanggan oleh semua pelanggan Astro, sama ada baharu atau sedia ada bermula hari ini sehingga 30 Jun 2025, dengan dua pilihan langganan. Dengan menambah Max ke dalam pek langganan Astro, pelanggan boleh menikmati pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh melalui Ultra/Ulti Box atau menerusi aplikasi mudah alih Max. Antara tajuk popular di Max termasuk Wicked, Mickey 17, Just Like That (Musim ke-3), Gladiator II dan banyak lagi. Rujuk jadual di bawah untuk butiran harga.



* Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun pada harga promosi RM16.96/sebulan untuk Max Standard dan RM25.95/sebulan untuk Max Ultimate, melainkan dibatalkan sebelum tarikh pembaharuan. Sebarang pembatalan tertakluk kepada caj penamatan awal bersamaan dengan dua bulan langganan Max pada harga biasa, mengikut pelan yang dilanggan.

Prime Video Kini Sebahagian Daripada Pek Epic Astro One & Pek Astro Movies Tanpa Caj Tambahan


Bermula hari ini, pelanggan Pek Epic Astro One dan Pek Astro Movies yang menggunakan Ultra/Ulti Box akan menerima akses ke Prime Video tanpa caj tambahan, sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Pelanggan dalam pakej yang sama tetapi belum beralih ke Ultra/Ulti Box akan menerima akses bermula 24 Jun 2025. Bagi pelanggan yang tidak termasuk dalam mana-mana pek ini, Prime Video boleh ditambah ke dalam langganan dengan bayaran sebanyak RM25 sebulan (termasuk cukai).

Antara tajuk menarik di Prime Video termasuk filem Hollywood seperti Another Simple Favor, The Accountant 2, The Summer I Turned Pretty, dan Reacher; siri aksi komedi Korea Good Boy; drama Korea Head Over Heels; tajuk popular India seperti The Traitors (Musim 1), dan filem Indonesia seperti Sabtu Bersama Bapak — serta banyak lagi.

HEROES (CH 100), Saluran Pop-Up Kegemaran Rakyat Malaysia Kembali Lagi


Selain pilihan penstriman yang hebat, Astro membawakan semula saluran pop-up popular, HEROES (CH 100). Bakal dilancarkan pada jam 11:30 pagi pada 16 Jun 2025, saluran aksi dan thriller ini akan bersiaran selama satu bulan dan boleh diakses oleh semua pelanggan Astro tanpa caj tambahan. HEROES (CH 100) akan menampilkan lebih daripada 100 tajuk dan 300 jam kandungan dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Korea, dan beberapa bahasa lain. Penonton boleh menikmati siri drama Korea dari Disney+ Hotstar seperti First Responder, The Revenant, Blood Free dan The Zone Survival, serta filem aksi dan hiburan keluarga seperti X-Men, Captain America: The First Avenger, The Lion King, Zootopia, Moana dan banyak lagi.

Daripada filem blockbuster antarabangsa hinggalah ke filem kegemaran ramai, Astro memperkayakan kehidupan seharian pelanggan dengan kandungan yang relevan. Pelanggan Astro boleh menyesuaikan pek langganan mereka dengan mudah melalui penambahan seperti Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Sun NXT, Simply South dan banyak lagi. Anda juga boleh membuat perubahan pada pek langganan dengan mudah melalui aplikasi My Astro, sama ada untuk mengemas kini pakej, menukar penambahan dan perkhidmatan penstriman, atau memilih yang baharu pada bila-bila masa. 

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

Movie Review | Banglo Seksyen 12 (2024)

Sunday, 8 June 2025


Pengarah: Dharma Nasution & Intan Ladyana 
Penulis Skrip: Dharma Nasution   
Pelakon: Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri.   
Syarikat Produksi: Prisma Pictures Sdn Bhd  
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Misteri  
Durasi Tayangan: 87 minit
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2024
Trailer:


Sekumpulan paranormal yang diketuai oleh Hairi (Mustaqim Bahadon) mencari entiti ghaib di salah sebuah lokasi seram yang popular – Banglo Seksyen 12. Di sana mereka terjumpa dengan seorang lelaki berlumuran darah bernama Fahmi (Faez Malek). Selain Fahmi, terdapat beberapa mayat tanpa kepala dijumpai di lokasi tersebut lalu menimbulkan syak bahawa kesemua mangsa dibunuh oleh Fahmi. 

Perkara tersebut ditegah oleh Dr. Saleha (Intan Ladyana), seorang pakar psikologi yang datang ke situ untuk mencari maklumat tentang kes Fahmi dan juga kes lama yang pernah berlaku pada tahun 2006. Kes tersebut mempunyai fakta kes yang sama di mana kesemua mayat remaja dipancung dan kepala mereka tidak dijumpai di mana-mana malah suspek masih lagi bebas. 

 Setelah dipujuk oleh Dr. Saleha, Fahmi yang masih trauma dengan kejadian yang dialami mula membuka cerita bagaimana dia dan Kawan baiknya, Riena bersetuju untuk menyertai aktiviti paranormal di situ bersama senior mereka – Fazli (Hariz Hamdan), Amir (Aniq Suhair), Gee (Farah Yasmin) dan Aqeel (Faris Fitri). 

Naskhah seram Banglo Seksyen 12 arahan bersama Dharma Aizat dan Intan Ladyana merupakan adaptasi dari novel popular Banglo Seksyen 12 karya nukilan Hasrudi Jawawi yang menggunakan lokasi seram di Shah Alam, Selangor. Filem yang mendapat kelulusan dana sebanyak RM500,000 menampilkan Intan Ladyana secara pertama kalinya sebagai pengarah. Intan memilih genre seram dan misteri kerana menjadi genre kegemaran penonton filem Malaysia. 

Jalan cerita Seksyen Banglo 12 mempunyai 3 latar masa yang bersilih ganti dan ada masanya boleh terkeliru kerana ada pelakon yang sama dalam latar masa terlibat. Bukan sebab ada connection tapi sebab kekangan bajet. Disebabkan pace cerita yang perlahan jadi sempatlah kita bezakan latar masa yang mana tengah berlaku pada ketika itu. 

Bila watak Dr Saleha terangkan kenapa Banglo Seksyen 12 jadi salah satu lokasi seram di Malaysia, boleh faham lah kenapa kumpulan pada tahun 2006 tu meninggal dalam keadaan yang mengerikan. Namun penceritaan yang inginkan kelainan dari novel asal terlihat lemah dan draggy. Mungkin babak Fahmi diganggu di rumah sewa kena stretch sebab skrip asal dirombak sampai 3 kali tapi boleh sangat pengarah kembangkan babak lain. 

Watak yang dimasukkan dalam filem Banglo Seksyen 12 agak ramai dengan 3 latar masa berbeza memang tak sempat nak connect dengan audience. At least bina 2 atau 3 watak yang solid supaya boleh kuatkan emosi atau tinggalkan impak dari cerita. Nak connect dengan Fahmi pun malas sebab spesies yang tak disukai lepastu tak bijak. Who needs that kind of main lead? Yang watak Hairi tak sudah baran dari awal sampai ke hujung cerita. Sama dengan watak Gee asyik cari pasal. Watak Riena pula asyik senyum creepy sebab angau dengan Fazli. 

Kenapa pengarah tak guna face card dan talent Aniq Suhair sebagai watak utama dalam filem Banglo Seksyen 12? Kalaupun jalan cerita tak seronok, sekurang-kurangnya ada eye candy. Watak Amir je lah yang seronok nak tengok sebab watak dia sejenis yang tenang dan waras. Masa dia terkejut sebab Fahmi tegur tu menjadi, rasanya yang tu betul-betul terkejut sebab Faez tahan gelak tengok reaksi Aniq.

Sinematografi filem Banglo Seksyen 12 tak lah cantik mana memandangkan bajet pun tak banyak so I won’t comment much for this department. Props pun tak banyak sampai hantu yang muncul pun cuma ada dalam gambar. And yes, filem Banglo Seksyen 12 ni tak seram sebab pengarah lebih fokus pada jenayah dan misteri yang berlaku di rumah tersebut. 

Sebab tengok filem Banglo Seksyen 12 ni dekat Netflix, rasa membuak-buak pula nak baca novel asal dia since novel seram ni jadi novel laku keras Novel Prima. Setakat yang dibaca, I lagi suka cerita asal dari penulis Hasrudi Jawawi sebab penceritaan yang lebih logik, teratur dan mudah difahami. Kesian lah dekat penulis bila karya dia diolah sebegitu rupa tapi mungkin akan datang ada produser nak buat filem yang sama dan lebih baik dari filem ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 4/10

“Di sinilah wira-wira kecil berjuang, bukan dengan senjata, tetapi dengan harapan yang terpancar di sebalik senyuman mereka, meskipun menahan kesakitan.”

Sempena sambutan ulang tahun ke-41 TV3, dua watak kesayangan ramai dari filem Ejen Ali the Movie 2 yang sedang rancak di pawagam, Ejen Ali dan Ejen Alicia, telah menyertai kru penerbitan WHI dalam satu lawatan istimewa ke Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TV3 dalam menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan kegembiraan dalam kalangan komuniti, terutamanya buat mereka yang memerlukan. TV3 percaya bahawa setiap insan, tanpa mengira keadaan, berhak merasai keceriaan dan kehangatan sambutan ulang tahun ini.

Lawatan tersebut turut diserikan dengan gelak tawa menerusi persembahan badut, aktiviti memotong kek serta pemberian hadiah kecil sebagai tanda ingatan buat adik-adik yang diraikan. Semoga inisiatif ini dapat mengukir senyuman, menceriakan hari mereka dan menyuntik semangat serta kekuatan untuk terus menjalani rawatan dengan penuh ketabahan.


🎬 MISI CUTI SEKOLAH DITERUSKAN!

Manfaatkan waktu cuti ini dengan menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem animasi aksi yang penuh nilai, Ejen Ali The Movie 2, di pawagam berhampiran anda.