Susulan pengumuman Tayangan Awal Peminat Ejen Ali The Movie 2 yang bakal berlangsung serentak di sembilan lokasi pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih pada 18 Mei 2025, sambutan luar biasa telah diterima apabila kebanyakan lokasi kini hampir penuh ditempah dalam tempoh kurang 24 jam!
Ini membuktikan betapa tingginya keterujaan para peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculan semula Ejen Ali di layar perak. Ramai tidak mahu melepaskan peluang menjadi antara yang pertama menyaksikan misi terbaharu yang menjanjikan aksi yang mendebarkan dan kejutan emosi.
Ini bukan sekadar tayangan awal, fenomena ini adalah perhimpunan ejens dari pelbagai lokasi dan peringkat umur, barisan setia yang berdiri teguh menyokong Ejen Ali untuk menyahut panggilan misi membanjiri pawagam daripada HQ MATA.
Peringatan buat semua ejens yang berjaya mendapatkan tiket, khususnya peminat cosplay, HQ MATA menyeru anda untuk melapor diri dengan penuh gaya dalam gear MATA lengkap! Misi ini bukan misi biasa, sudah tiba masanya untuk kita tunjukkan bahawa animasi Malaysia adalah untuk semua, bukan hiburan buat kanak-kanak sahaja!
Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.
Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #TayanganAwalPeminat #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!
KENALI KOTA CYBERAYA, DUNIA FUTURISTIK DALAM EJEN ALI!
Friday, 9 May 2025
Debaran menjelang tayangan Ejen Ali the Movie 2 pada 22 Mei 2025 ini kian terasa! Sementara ejen-ejen semua bersiap sedia untuk misi seterusnya Ejen Ali di layar lebar tak lama lagi, apa kata kita singkap semula momen-momen paling tak dapat dilupakan dari filem pertama?
Mamak Maju, Servis Laju!
Babak di Mamak Maju dalam Ejen Ali The Movie bukan sekadar selingan komedi tetapi menjadi antara momen paling ikonik yang menggabungkan hiburan, humor dan budaya tempatan. Sewaktu tayangan, babak ini tular melalui perbualan di Twitter dan pernah trending menjadi No.1 di YouTube, setelah meraih lebih 20 juta tontonan. Lagu dan tarian “Mamak Maju” menerima sambutan hangat kerana melodinya yang catchy dan seolah-olah memberi tribute kepada suasana unik yang pastinya relatable dalam setiap hati rakyat Malaysia.
Dalam adegan ini Ali, Alicia dan Bakar menyusup ke pangkalan rahsia di restoran 24 jam Mamak Maju. Mereka dibantu pekerja mamak iaitu Rahul, Rajesh dan Razman, yang juga ejen perisik MATA yang telah bersara dan dahulunya merupakan rakan sepasukan General Rama. Ejen mamak bertiga ini turut menonjolkan sisi baharu Alicia yang mereka kenali dari kecil, dengan sapaan nama timangan manja mereka buatnya, Icha.
Diiringi muzik rancak dan koreografi tarian bertenaga persis filem Hindustan, mereka bertiga mengalihkan perhatian pelanggan untuk membuka ruang bagi Ali, Alicia dan Bakar menyelinap masuk ke HQ MATA melalui pintu rahsia. Gabungan suasana restoran mamak dan elemen perisikan moden ini mencipta babak menghiburkan yang turut mencerminkan identiti animasi tempatan.
So this is my first time working on a movie soundtrack, and I am so extremely honored and excited beyond imagination to be a part of this incredible movie. I hope you all love it, live it, dream it until F1® THE MOVIE comes out JUNE 27.'' - ROSÉ
Rose terpilih sebagai salah seorang pelantun suara untuk lagu tema kepada filem baru F1® THE MOVIE, dibintangi oleh Brad Pitt. Melodi lagu Messy dengan mudahnya melekat dalam kepala sebab lebih kurang sama dengan lagu Love Me Like You Do - Ellie Goulding. Part chorus ada nyawa dia tersendiri dengan suara Rose yang beremosi dan sesuai dengan genre balada. Laluan ikonik Las Vegas Strip ditutup untuk penggambaran music video Messy so do check the MV guys!
LIRIK LAGU MESSY
Penyanyi: ROSÉ
Lirik: Chae Young Park (ROSÉ), Cleo Tighe, Delacey, Matthew James Burn, Peter Rycroft
Lagu: ROSÉ
Studio: Atlantic Records
[Verse 1]
You and I are tangled as these sheets
I'm alive, but I can barely breathe
With your arms around me, it feels like I'm drownin'
If I reach for somethin' I can't keep
How bad could it really be?
[Chorus]
So, baby, let's get messy, let's get all the way undone
Come over, undress me just like I've never been touched
Baby, I'm obsessed with you and there's no replica
Maybe if it's messy, if it's messy, if it's messy
Then you know it's really love
[Verse 2]
I want all of your complicatеd
Give me hell and all of your worst
Whеn the party's over and I'm screamin', "I hate it"
How bad could it really hurt
If tonight we just let it burn?
[Chorus]
So, baby, let's get messy, let's get all the way undone
Come over, undress me just like I've never been touched
Baby, I'm obsessed with you and there's no replica
Maybe if it's messy, if it's messy, if it's messy
Then you know it's really love, love
[Bridge]
You're pullin' back and I'm runnin' for the door
You're sayin' those words and it just makes me want you more
A second chance with our hearts on the floor
Guess it's love
[Chorus]
So, baby, let's get messy, let's get all the way undone
Come over, undress me just like I've never been touched
Baby, I'm obsessed with you and there's no replica
Maybe if it's messy, if it's messy, if it's messy
Then you know it's really love
Love
(Then you know it's really) Love
Love
ASTRO LANCAR PROGRAM BAHARU ‘RAISE THE STAR MALAYSIA’, PERKENAL 5 KOMPOSER TERKEMUKA SEBAGAI MENTOR | Uji bakat secara fizikal akan diadakan pada 10 dan 11 Mei, terbuka kepada semua yang berbakat
Astro mempersembahkan sebuah program nyanyian terbaharu, Raise The Star Malaysia, sebuah pertandingan muzik digital pertama yang menampilkan pendekatan inovatif dalam pencarian bakat baharu, menggabungkan lima komposer terkemuka dengan barisan vokalis di Malaysia. Daripada ribuan calon yang hadir, hanya 30 akan dipilih sebagai peserta untuk bertanding dan perlu meraih markah tinggi daripada juri serta undian para penonton dalam talian untuk menduduki di carta tertinggi dan menjadi pilihan sebagai suara kepada lagu-lagu yang diterbitkan oleh komposer-komposer tersebut.
Uji bakat terbuka secara fizikal Raise The Star Malaysia akan berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Mei ini, manakala uji bakat secara dalam talian pula sedang berlangsung sehingga 8 Mei 2025 dengan menggunakan tanda pagar #RaiseTheStarMY. Program ini akan mula bersiaran di Astro Ria, Astro GO dan sooka pada 22 Jun 2025. Layari http://gempak.com/raisethestar untuk maklumat lanjut mengenai uji bakat.
Maklumat lanjut mengenai Raise The Star Malaysia adalah seperti yang tertera di bawah:
Tarikh & Lokasi Uji Bakat:
1. Uji bakat secara dalam talian
1 – 8 Mei 2025 di media sosial menggunakan #RaiseTheStarMY
2. Uji bakat secara fizikal
10 – 11 Mei 2025, jam 8 pagi @Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Syarat Penyertaan:
- Berbakat dalam bidang nyanyian
- Berperwatakan menarik
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berbilang kaum
- Berumur 18 tahun & ke atas (ketika video dimuat naik)
Tarikh siaran: 22 Jun 2025 – 10 Ogos 2025, setiap Ahad, jam 9 malam
Episod: 8
Platform Televisyen: Astro Ria (saluran 104)
Platform Digital: On Demand, Astro GO, Astro Gempak & sooka
Senarai Komposer:
- Ajai
- Aina Abdul
- Shila Amzah
- Audi Mok
- Ikhwan Fatanna
Format program:
30 peserta terbaik daripada sesi uji bakat akan dipilih untuk bersaing dalam Raise The Star Malaysia selama lapan minggu penuh cabaran dan transformasi. Sepanjang pertandingan, mereka akan dinilai berdasarkan gabungan markah daripada juri profesional serta undian peminat secara dalam talian. Peserta dengan markah tertinggi dan sokongan peminat paling kuat akan terselamat daripada penyingkiran, sekali gus meningkatkan peluang untuk dipilih oleh barisan komposer terkemuka.
Mereka yang berjaya mara akan menerima bimbingan eksklusif daripada para komposer, dan juga sebagai mentor yang berdedikasi dalam mencari suara paling tepat untuk menghidupkan karya asli mereka di akhir pertandingan.
Penaja:
Penaja Utama - U Mobile
Drama fenomena Keluarga Itu bakal melabuhkan tirainya malam esok menerusi episod akhir yang dijangka penuh debaran, emosi dan kejutan luar jangka. Dengan jangkaan tontonan mencecah 4 juta penonton, drama ini terus membuktikan kedudukannya sebagai antara drama karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.
Sejak episod pertama, Keluarga Itu menjadi perbualan hangat di media sosial, dibanjiri teori peminat, perdebatan watak dan teka-teki plot yang mencengkam jiwa. Setiap episod membawa lapisan emosi dan persoalan baharu, menjadikan penonton setia terpaku hingga ke detik terakhir.
Persoalan paling besar yang menghantui penonton kini, siapa sebenarnya yang membunuh Jihad? Mhia yang kelihatan semakin tak keruan? Aman yang makin hilang arah? Boy yang penuh niat jahat sejak awal?
Atau Iman, lelaki bertopeng mulia yang mungkin menyimpan rahsia kelam? Setiap watak mempunyai niat yang tersendiri dan malam esok segalanya bakal terbongkar!
Cempaka akhirnya menyaksikan sendiri wajah sebenar suaminya, Iman betapa hinanya perlakuan terhadap Dhini. Lebih menyakitkan, Iman tanpa rasa bersalah meletakkan kesalahan pada Cempaka, kononnya dia tak ‘memberi’ apabila diminta. Rumah tangga yang suatu ketika dahulu bahagia kini musnah, dihimpit kejahatan dan pengkhianatan. Satu demi satu rahsia gelap mula terlerai. Adakah Chem akan terlembut hati dan menolong suaminya yang pernah disanjung tinggi? Atau beliau akan terus menuntut keadilan atas perbuatan keji Iman?
Watak-watak ini dijangka menjadi antara kejutan terbesar dalam penutup drama yang telah mencetus fenomena luar biasa. Dengan pelbagai teori dan spekulasi terus bertebaran, episod akhir Keluarga Itu dijangka mencatat sejarah tersendiri. Rata-rata penonton meluahkan keterujaan dan tak sabar menantikan nasib watak-watak kegemaran mereka. Yang pasti, episod terakhir ini bukan sekadar penutup sebuah kisah, tetapi bakal menjadi perbualan hangat yang berpanjangan.
Jangan lupa saksikan episod akhir Keluarga Itu, malam esok, 9 Mei 2025 pada jam 9.00 malam. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
THROWBACK : IMBAS KEMBALI PERJALANAN PENUH EMOSI & AKSI EJEN ALI!
Wednesday, 7 May 2025
Ejens, bersiap sedia - Ejen Ali The Movie 2 bakal tiba di pawagam 22 Mei ini! Sebelum anda menyertai misi layar lebar terbaharu Ali, inilah masa terbaik untuk anda mengimbas kembali detik penting perjalanan luar biasanya, daripada seorang budak biasa kepada ejen MATA yang memainkan peranan penting untuk mempertahankan bandar futuristik Cyberaya. Daripada musim 1 hingga musim 3, termasuk filem pertamanya yang penuh aksi, semuanya telah kami himpunkan khas untuk anda.
Tunggu apa lagi? ~Spoiler alert~ buat anda yang masih belum khatam jalan cerita Ejen Ali setakat ini, dah tiba masa untuk aktifkan semula memori!
Permulaan Ali Sebagai Ejen MATA
Siapa sangka yang rutin membeli bekal nasi lemak tempoyak udang dalam perjalanan ke sekolah akan menyebabkan Ali terjerumus dalam dunia perisikan! Dalam musim pertama, Ali, seorang pelajar biasa, secara tidak sengaja mengaktifkan IRIS, alat perisikan canggih milik agensi rahsia MATA yang memberi pemakainya persepsi seperti komputer. Dia juga dikejutkan dengan realiti baharu apabila perlu menyesuaikan diri sebagai ejen muda dengan pasukan sokongan yang tak dijangka - bapa saudara Ali sendiri, Ejen Bakar, dan rakan sekelasnya, Ejen Alicia. Ali berdepan ancaman daripada Uno, seorang penjahat yang menyimpan dendam lama dan berhasrat untuk menjatuhkan MATA.
Dari sinilah, mata Ali dibuka kepada betapa rumitnya situasi belakang tabir Cyberaya dan agenda tersembunyi pelbagai pihak yang nekad untuk menguasai bandar futuristik itu demi kepentingan mereka sendiri. Walaupun masih muda, Ali membuktikan keberanian dan kebolehannya, sambil belajar erti tanggungjawab dan pengorbanan sebagai seorang ejen.
CINTA PUN ADA VERSI! | FIAN ALI BAWA ‘SETIA’ DALAM DUA RASA
Penyanyi, Fian Ali kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Setia, sebuah balada menyentuh hati ciptaan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari, dengan lirik ditulis bersama Datuk Ayu Puteh. Menariknya, lagu ini bukan sahaja dipilih sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri TV3, Bukan Sekadar Lafaz 2, malah hadir dalam dua versi, iaitu versi perlahan yang penuh emosi dan versi rancak yang membawa jiwa tersendiri.
Setia mengangkat tema pengorbanan dan kesetiaan tanpa syarat, meskipun diuji dengan pelbagai cabaran. Bagi Fian, lagu ini bukan sekadar luahan kesedihan, tetapi juga lambang kekuatan jiwa yang tetap teguh walaupun terluka. “Sedih tak semestinya menangis, kan? Lagu ni lebih real,” ujar Fian dengan jujur.
Namun proses penghasilan Setia bukan tanpa cabaran. Fian mendedahkan bahawa beliau terpaksa menangguhkan sesi rakaman pada percubaan pertama kerana kurang sihat. “Amir pesan, suara tak semestinya kena perfect. Kalau dah ada rasa, itu yang penting. Baru sedap dan sampai,” jelas Fian, yang menganggap pengalaman bekerjasama dengan Amir Jahari sebagai sesuatu yang sangat bermakna. “Dia sabar, kreatif dan banyak beri panduan serta nasihat. Saya banyak belajar daripada dia.”
Amir Jahari pula mengakui lagu ini memang direka khas untuk Fian Ali. “Saya nampak dia sebagai seorang yang sopan, beradab dan tegas. Lagu ni memang ‘tailor-made’ untuk dia. Bila dengar suara dia, saya terus rasa lagu ni mesti ada dua versi,” kata Amir yang mendapat ilham semasa berada di Yogyakarta, Indonesia.
Sebagai antara bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri hiburan tanah air, Setia dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh portfolio muzik Fian Ali. Lagu ini kini boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Dua versi, dua rasa, satu cerita, tentang cinta yang ikhlas, cinta yang bertahan, dan cinta yang setia.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
Astro Lancar Misi Pencarian ‘INNOVATHON’ Berbakat Musim 3 | Lokasi Terpilih Untuk Para Innovator Tampil Hadir Uji Bakat Musim Baharu
‘INNOVATHON’ sebuah rancangan realiti TV hasil usaha sama Astro, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) kini kembali mencari bakat-bakat Innovator yang kreatif untuk musim ke 3. Pencarian bakat baru ‘INNOVATHON’ musim 3 akan bermula pada 10 Jun sehingga 5 Ogos 2025.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah ContentAsia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, ‘INNOVATHON’ telah membuktikan bahawa program seumpama ini semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
Uji bakat bagi ‘INNOVATHON’ musim 3 dijadualkan berlangsung di lokasi berikut:
Tarikh & Lokasi Uji Bakat
10 & 11 Jun: Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), Kuching, Sarawak
24 & 25 Jun: Digital Penang, George Town, Pulau Pinang
1 & 2 Julai: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
15 & 16 Julai: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
29 & 30 Julai: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
4 & 5 Ogos: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan, Astro, berkata, “Astro teruja dapat kembali bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) untuk ‘INNOVATHON’ musim 3. Kami mengalu-alukan kesemua Innovator yang kreatif dan berbakat di luar sana untuk hadir ke sesi uji bakat yang dijalankan untuk merealisasikan idea dan inovasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Susulan kejayaan Musim 2 telah berjaya memperkenalkan 56 idea inovatif baharu ke pentas ‘INNOVATHON’ dan 3 daripadanya telah terpilih untuk berada di kelompok juara. Astro kekal komited untuk membawakan bakat para Innovator ini ke peringkat Kementerian. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pentas bagi konsep-konsep mereka yang bernas dan kreatif, selaras dengan misi Kementerian untuk memajukan Sains dan Teknologi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), berkata Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran ini. Menyumbang idea, mengasah kreativiti, dan membudayakan inovasi dalam kehidupan seharian demi masa depan negara. Inisiatif seperti INNOVATHON mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa bakat tempatan dan memacu inovasi rakyat. Melaluinya, kita semakin hampir merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
‘INNOVATHON’ musim 2 telah mengangkat Pengasas dan juga Pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn. Bhd., Profesor Dr. Azizi Ayob sebagai juara dengan inovasi perubatan, Bioprotien Powder, sebuah teknologi baharu yang mampu menukarkan bioprotein cecair kepada bentuk serbuk yang lebih stabil secara kimia dan fizikal. Berjaya memikat juri dengan pembentangan memberangsangkan, Dr. Azizi Ayob telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100.000 dan juga Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Terkumpul bernilai RM1 Juta.
- Salinan borang pendaftaran yang telah dicetak
- Salinan kad pengenalan
- Dokumen berkaitan (jika diperlukan) Semuanya perlu dibawa semasa anda hadir ke sesi uji bakat fizikal.