Movie Review | Suzzanna: Malam Jumat Kliwon (2023)

Monday, 11 December 2023


Pengarah: Guntur Soeharjanto 
Penulis Skrip:  Tumpal Tampubolon, Ferry Lesmana, Sunil Soraya
Pelakon: Luna Maya, Achmad Megantara, Tio Pakusadewo, Taskya Namya, Sally Marcellina
Syarikat Produksi:  PT Soraya Intercine Film
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 132 minit
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2023  
Trailer:


Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah installment kedua kepada trilogi filem seram Suzzanna di bawah terbitan PT Soraya Intercine Film. Filem sekuel tak ada kaitan langsung dengan yang pertama melainkan watak utama bernama Suzzanna (Luna Maya). 

Berlatarkan era 1880-an, Suzzanna dipaksa berkahwin dengan tuan tanah, Raden Aryo (Tio Pakusadewo) kerana ayahnya berhutang wang dan mencagarkan rumah keluarga mereka gara-gara kalah berjudi. Suzzanna dengan tegas menolak lamaran tersebut kerana dia merupakan tunang Surya (Achmad Megantara) dan bakal berkahwin tak lama lagi. 


Namun lamaran tersebut bukanlah pilihan tambah pula Raden Aryo memerlukan waris kerana isteri pertamanya, Minati (Sally Marcellina) mandul. Kerana cemburu terhadap Suzzanna dan terasa diabaikan, Minati berjumpa dengan Ki Jaya (Baron Hermanto) untuk hantar santau kepada madunya. Kerana santau tersebut, Suzzanna meninggal ketika bersalin bila kandungannya bergerak ke bahagian belakang badan kemudian perutnya pecah. 

Surya yang kecewa ditinggalkan Suzzanna bertindak mengorek kubur tunangnya kemudian tanpa sengaja bertemu dengan Samil, si iblis. Samil memberi tawaran untuk Suzzanna hidup kembali, dengan syarat bayi milik Suzzanna perlu dikorbankan. Surya setuju asalkan dia dapat hidup bersama Suzzanna selama-lamanya. Kembalinya Suzzanna menggemparkan penduduk kampung kerana luka di belakang badannya tidak sembuh lantas dipanggil sundel bolong. 


Filem Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah tribute kepada Ratu Seram, Suzzanna menerusi lakonan Luna Maya yang mempunyai wajah seakan sama dengan pelakon asal. Tak pasti lah Luna Maya guna prostetik ataupun dia cucuk botox banyak sangat sampai muka jadi kelakar. Sepanjang masa tengok filem ni asyik terganggu dengan muka kaku Luna Maya. Tak banyak ekspresi yang mampu dipaparkan juga. 

Bukan saja Luna Maya, barisan pelakon sampingan juga tidak membantu untuk bina penceritaan yang bersifat penganiayaan dan balas dendam. Jadi persoalan kenapa Minati beria nak bunuh Suzzanna ketika mengandung. Patutnya dia tak perlu cari pasal sebab macam mustahil dia tak tahu perempuan yang meninggal ketika bersalin akan jadi Pontianak. Perasaan cemburu pun tak lah kuat sangat, mungkin sebab skrip terlampau longgar.


Sepatutnya filem ni boleh jadi filem seram drama yang bagus kerana mempunyai banyak points untuk hadirkan elemen sedih terutamanya bila Suzzanna mencari anak dia tapi tak ada langsung momen yang meninggalkan impak. Elemen komedi juga dimasukkan supaya penceritaan lebih menarik namun tersia kerana watak dua orang pengawal tersangatlah menjengkelkan. Berbeza dengan filem sebelumnya, Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018)

Pengarah Guntur Soeharjanto masukkan beberapa adegan ikonik dari filem asal di mana Suzzanna makan bakso, mengganggu Minati di kamar dan lain-lain. Selain dari tribute scenes tersebut, babak-babak di mana perempuan dijadikan barang jualan seperti Suzzanna yang terpaksa bayar hutang dengan berkahwin dan babak Minati perlu tidur dengan bomoh untuk bayar pengeras kepada santau paling berbahaya. Babak-babak macam ni agak disturbing untuk kaum wanita. 


Sinematografi juga membantu mengukuhkan screenplay yang berlatarkan masyarakat Indonesia pada zaman tersebut. Keindahan budaya perkahwinan masyarakat Jawa dan pesta liburan yang diadakan. Penggunaan CGI dimasukkan dengan bagus supaya babak Suzzanna bersalin tampak mengerikan. Tak terbayang macam mana rasanya bila perut jadi busung kemudiannya pecah. 

Mungkin PT Soraya Intercine Film perlu bawa kembali pengarah asal iaitu Rocky Soraya untuk last installment, Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa. Pemilihan pelakon yang lebih berbakat dengan skrip yang lebih menyeramkan. Sayang lah filem francais seram yang pernah digeruni suatu ketika dulu menjadi naskhah lemah dan dilupakan sedangkan objektif asal adalah untuk menjadi tribute kepada filem asal. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Movie Review | Love Again (2023)


Director: James C. Strouse
Writer: James C. Strouse
Cast: Priyanka Chopra Jonas, Sam Heughan, Celine Dion, Nick Jonas
Production Companies: Screen Gems, 2.0 Entertainment, Thunder Road Films
Distributor: Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Time: 104 minutes
Release Date: 5 May 2023
Trailer :


2 tahun selepas kematian tunangnya, Mira Ray (Priyanka Chopra Jonas) cuba luahkan perasaan melalui mesej teks yang dihantar ke nombor telefon milik John (Arinze Kene). Biarpun tak berbalas, sekurang-kurangnya apa yang dia rasa ada tempat untuk diluahkan. Tanpa disangka nombor John sudah mempunyai pemilik baru iaitu Rob Burns (Sam Heughan), jurnalis yang ditugaskan untuk menulis tentang Celine Dion. 

Nombor tersebut merupakan nombor syarikat akhbar tempat Rob bekerja dan kesemua teks yang diterima atau dikirim akan dipantau oleh pihak atasan. Sudah tentu Rob tak membalas langsung teks kepunyaan Mira walaupun Rob beberapa kali cuba untuk block atau confront pemilik teks tersebut. 

Semasa bertemu Celine Dion, Rob cuba minta pandangan atau nasihat penyanyi tersebut kerana siapa yang lebih tahu tentang cinta, kalau bukan Celine Dion kan? Rob mempunyai pandangan negatif terhadap cinta setelah ditinggalkan oleh tunangnya, seminggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Jadi untuk dia percaya dengan cinta agak sukar, berbeza pula dengan Celine dan Mira yang pernah dicintai oleh manusia yang baik tapi hilang di tangan takdir.

Celine minta Rob untuk berdepan dengan pengirim teks tersebut. Lisa (Lydia West) dan Billy (Russel Tovey), rakan sekerja Rob juga mempunyai pandangan yang sama. Rob mencuba nasib untuk bertemu Mira di The Met dan mereka jatuh suka pada pertemuan pertama. Dari situ Mira dan Rob semakin rapat dan mesra tapi macam mana Rob nak bagitahu tentang pertemuan mereka bukanlah kebetulan semata?
 
Naskhah romantik komedi hasil sutradara dan penulisan James C. Strouse mempunyai template kisah cinta yang ringkas namun terletak cantik sesuai dengan konsep yang dibawakan. Mungkin juga kerana penggunaan lagu Celine Dion yang berpaksikan rasa cinta menguatkan lagi kepercayaan pada cinta. Rasa invested bila Celine Dion bercerita tentang mendiang suami dia, Rene yang banyak mainkan peranan dalam rumah tangga. 

‘You gave me wings and made me fly, You touched my hand, I could touch the sky.’

Chemistry antara Priyanka Chopra dan Sam Heughan antara kekuatan filem Love Again, macam mana dari pertemuan pertama boleh wujudkan beberapa pertemuan yang lainnya. Sayangnya, kedua-dua watak tersekat dalam penulisan yang tak dikembangkan dengan baik. Kenapa Rob susah untuk berterus-terang dengan Mira sedangkan dia ada banyak masa untuk explain, kenapa Mira lari tinggalkan Rob lepas bangun tidur pun tak diceritakan. 

I do have somewhat expectation lah untuk filem Love Again sebab main lead dia Priyanka Chopra yang pernah berlakon dalam filem Bollywood untuk genre rom-com. So I expect filem ni akan jadi sama level dengan filem Bollywood tapi sangkaan meleset. Bukan saja tak didedahkan dengan kisah cinta John-Mira malah kisah cinta mereka pun nampak goyah. It just there for the story. Baik suruh Nick Jonas je berlakon sebagai John, at least we have connection with the character. 

Watak Rob Burns tak meyakinkan pun sebagai jurnalis musik. Lainlah kalau ketua editor dia minta dia cover untuk music column sebab person in charge ada emergency. Kelakar lah tengok penulisan dia untuk Celine Dion sebab macam karangan budak sekolah. Tak sangka penulis paksa beberapa watak untuk tersentuh dengan karangan tu. I expect temu ramah Rob dengan Celine bercerita pasal tour dan album baru sekaligus bagi keyakinan pada Rob untuk pursue relationship dia dengan stranger. 

All in all, Love Again patut keluar pada Valentine’s Day ataupun Christmas supaya warm vibe atau latar perayaan tu membantu bina mood dan suasana yang lebih hangat dan dreamy untuk Rob-Mira. On a side note, I love Celine Dion. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10

Movie Review | Concrete Utopia (2023)


Director: Um Tae-hwa
Writers: Um Tae-hwa, Lee Shin-ji
Cast: Lee Byung-hun, Park Seo-joon, Park Bo-young, Kim Sun-young, Park Ji-hu, Kim Do-yoon, Uhm Tae-goo
Production Companies: Climax Studio, BH Entertainment
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Drama / Thriller
Running Time: 130 minutes
Release Date: 09 August 2023 
Trailer :


Bandar Seoul dilanda gempa bumi yang besar di mana semua kompleks apartment hancur kecuali satu apartment, Hwanggoong Apartment. Kerana keberanian menyelamatkan salah seorang penduduk di situ, Young-Tak (Lee Byung-Hun) dilantik sebagai ketua buat sementara waktu. Min-Sung (Park Seo-Joon) juga dipilih untuk menyertai kumpulan pemburu sementara isterinya, Myeong-hwa (Park Bo-young) yang bekerja sebagai jururawat berjaga di apartment untuk merawat penduduk yang sakit. 

Filem Concrete Utopia arahan Um Tae-hwa merupakan adaptasi dari webcomic berjudul "Pleasant Outcast" (2015) karya ilustrasi Kim Soong-Nyoong. Idea naskhah ini adalah sesuatu yang segar dan kreatif dalam memaparkan survival skills manusia pasca bencana alam. Macam mana sekumpulan manusia akan menjadi defensive dan pentingkan diri apabila sumber asas menjadi terhad. 


Pada separuh masa pertama, kita dibawa masuk ke alam penduduk Hwanggoong Apartment yang menjaga tempat tinggal mereka dari diceroboh orang luar. Bagaimana sesetengah menyuarakan supaya berkeras untuk halang penduduk luar berkongsi tempat tinggal kerana layanan yang diterima sebelum ini. Bagaimana Young-Tak menubuhkan jawatankuasa dari kemahiran dan pengalaman para penduduk di situ. 

Sinematografi yang berlatarkan pasca bencana menghidupkan lagi dunia tersebut dalam atmosfera yang kabur, hancur dan menakutkan. Kebanyakan masanya Concrete Utopia bergerak dalam suasana yang malap dan gelap, jelas menceritakan keadaan penduduk di situ dan perasaan setiap keluarga terutamanya yang lemah dan sakit. Penggunaan CGI tampak cemerlang sebab tak ada babak yang tampak canggung kerana kelemahan CGI. 


Masuk separuh masa kedua, jalan cerita mula tegang dengan konflik dan serangan dari pihak luar yang semakin terdesak mencari tempat tinggal ekoran cuaca yang semakin berubah. Semakin lama filem bergerak, semakin plot hilang arah menerusi watak Myeong-hwa. Watak dia mewakili manusia yang punya rasa empati dan sifat kemanusiaan yang tinggi tapi untuk apa? 

Macam mana empati dan sifat kemanusiaan yang dimiliki oleh Myeong-hwa dapat bantu penduduk di situ untuk terus hidup? Sementara Myeong-hwa sarat dengan dua sifat ni, suami dia bertarung nyawa di luar mencari sumber makanan untuk terus hidup. Ada beberapa part, kita akan persoalkan keputusan Young-tak dengan Min-seong but that’s life? Ada yang menang, ada yang kalah. Rich coming from me, who lives in comfort but judging from this movie, you can clearly see, which can provide or protect and which are not. 


Dan itu sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam naskhah disaster thriller, dua pihak yang sama pentingnya untuk kekal selamat namun disebabkan watak Myeong-hwa, sifat empati tampak dangkal dan lemah dalam fasa tersebut. Bukan saja tampak dangkal malah hipokrit kerana bersenang-lenang atas usaha suaminya yang berada dalam pihak berlawanan. 

Lakonan Lee Byung-hun mendominasi naskhah Concrete Utopia sebagai ketua persatuan, dibantu pula oleh Gum-ae (Kim Sun-young) yang lantang bersuara dan mengawal pergerakan penduduk di situ. Boleh kata kedua-dua watak ini terlihat jahat tapi kebanyakan masanya, mereka berdua yang banyak mainkan peranan. Manakala Park Seo-joon ada masanya tenggelam di sebalik dua pelakon veteran tersebut sedangkan memegang watak yang sama kuat sepatutnya. 


Filem Concrete Utopia mempunyai mesej yang penting cuma terlihat lemah pada skrip terutamanya pada second half sebab masalah yang sama berulang sehingga ke hujung. Korea Selatan antara negara maju dalam dunia jadi macam mustahil juga lah, Kerajaan ambil masa yang lama untuk kumpulkan penduduk yang masih selamat. 

Tambahan pula bila Hwanggoong Apartment masih teguh berdiri di tengah bandaraya Seoul. Dekat second half pun boleh nampak ramai lagi mampu hidup tanpa perlu menceroboh ke apartment tersebut jadi kenapa penulis nak kekalkan konflik yang sama hingga ke hujung? Nak kata untuk elemen dramatik pun tak juga sebab elemen ni paling lemah sekali sepanjang 130 minit. A good one-time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | Thank You For Coming (2023)


Director: Karan Boolani
Writers:  Radhika Anand, Prashasti Singh
Cast: Bhumi Pednekar, Shehnaaz Gill, Dolly Singh, Kusha Kapila, Shibani Bedi, Anil Kapoor, Karan Kundra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network 
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix 
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 117 minutes
Release Dates: 15 September 2023 (TIFF), 6 October 2023
Trailer :


Filem yang mendapat tayangan perdana di Toronto International Film Festival (TIFF) 2023 mengisahkan tentang Kanika Kapoor (Bhumi Pednekar) mencari pasangan yang mampu bagi kepuasan seksual. Sejak zaman sekolah lagi Kanika tak pernah puas dengan performance partner sampai dia rasa dia lah yang bermasalah dan menggangap diri dia sebagai ‘defective piece’.

Kerana hal tersebut juga, dia masih belum berkahwin pada usia 32 tahun sedangkan dua orang kawan baiknya, Pallavi Khanna (Dolly Singh) dan Tina Das (Shibani Bedi) sudah pun mendirikan rumahtangga. Setiap kali terserempak dengan Neha (Kusha Kapila), Kanika akan stress dengan sindiran dari wanita tersebut. 


Semasa parti hari jadi yang ke-32, Kanika sekali lagi kecewa kerana Arjun Malhotra (Karan Kundra) bawa teman wanita bersama. Kanika dah pasang impian Arjun akan jadi life partner walaupun jarak usia yang lebih muda. Kecewa dan penat mencari pasangan hidup seperti yang didambakan, Kanika setuju untuk berkahwin dengan Jeevan Anand (Pradhuman Singh). Di parti pertunangan mereka, sesuatu telah terjadi hingga Kanika mula mencari sosok gerangan yang berjaya puaskan dia. 

‘It’s just marriage. Don’t overthink. Just do it. Watch TV together every day. Dinner dates on the weekends. Hopefully, you have sex every 10-15 days. And then every two or three months, off to a hill station. There’s your happiness!’ - Karan


Naskhah komedi dari Radhika Anand dan Prashasti Singh bukan saja berkisar tentang sexual pleasure dalam kalangan wanita malah memberi perspektif tentang masalah-masalah lain yang berlaku dalam kehidupan wanita. Macam Tina Das yang membesarkan anak perempuannya selepas bercerai dengan suami yang curang. Dr. Kapoor (Natasha Rastogi) yang terpaksa hidup berdikari setelah mengandungkan anak luar nikah dan beberapa watak lagi yang terlibat dalam hidup Kanika. 

It just that, penulis tak kembangkan sangat isu-isu ini secara mendalam kerana filem Thank You For Coming dibikin dalam template komedi. Sebelum ni juga produser Rhea Kapoor menggunakan template filem yang sama dengan topik dan isu wanita menerusi filem Veere Di Wedding (2018). Kedua-dua filem membicarakan masalah wanita yang sama beratnya namun kurang menarik sebagai filem edutainment. 


Kalau nak dibandingkan antara Thank You For Coming dengan Veere Di Wedding, I’m very much like the latter sebab ada barisan pelakon yang bagus, permasalahan yang lebih menarik untuk dikupas dan juga soundtrack album yang lebih seronok. Veere Di Wdding juga mempunyai visual treats melalui wardrobe setiap karakter utama. Thank You For Coming pula mempunyai cuma satu lagu menarik itupun remake Paari Hoon Mein dari filem Duaan (1991). 



Filem Thank You For Coming merupakan filem ke10 yang mempunyai subjek feminisme dalam karier lakonan Bhumi jadi bukan sesuatu yang baru untuk dia lakonkan watak Kanika Kapoor dengan meyakinkan. Malangnya lakonan Bhumi juga terperangkap dalam skrip yang lemah. Daripada pengarah masukkan pertemuan Kanika bersama Rushi Kalra (Shehnaaz Gill), lebih baik kembangkan lagi babak Kanika dengan ibu dia. Ataupun bagi sedikit insight macam mana Dr. Kapoor selesaikan masalah sakit puan pesakit dia. 

Lakonan Shehnaaz Gill not bad lah sebagai gadis muda yang utamakan self-love tapi kalau tak ada pun tak apa. Sama juga dengan watak Neha yang sentiasa sakit hati dengan Kanika. Kedua-dua watak sampingan ni tak ada depth langsung ataupun bagi impak pada jalan cerita. Sayang lah penulis habiskan masa dengan watak sampingan ni sedangkan ada potensi pada watak atau plot yang lain. 


Of course, naskhah Thank You For Coming ada misteri dan plot twistnya yang tersendiri pada second half. I suka tengok conversation Kanika dengan Rahul (Sushant Divgikar) tentang self-doubt sampai tak mampu nak hidup dengan bahagia. Selalu takut untuk keluar sebab jusgement orang lain walhal semua tu tak penting pun. 

Anyway, Thank You For Coming bukan naskhah yang cemerlang dalam template komedi tapi ada pengajaran dan mesej sosial tersendiri.   

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Drama Review | See You in My 19th Life (2023)

Saturday, 9 December 2023


Director: Lee Na-jung
Writer: Choi Young-lim
Cast: Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, Ahn Dong-goo
Production Companies: Studio N, Studio Finecut
Distributors: tvN, Netflix, TVING
Genre: Fantasy / Romance / Drama / Mystery
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 17 June 2023 – 23 July 2023 
Trailer :


Drama cinta yang diadaptasikan dari webtoon (2020) dengan judul yang sama, See You in My 19th Life, karya ilustrasi Lee Hey membawakan tema reincarnation di mana Ban Ji-eum (Shin Hye-sun) ingin bertemu dengan Moon Seo-ha (Jung Hyeon-jun) di kelahiran ke-19 nya. 

Ban Ji-eum telah melalui pelbagai era menerusi beberapa kelahiran dan mempunyai ingatan di beberapa kelahiran yang terdekat. Hanya di kelahiran ke-19, dia mula punya semangat untuk hidup kerana ingin bertemu dengan Seo-ha, kanak-kanak lelaki yang dia kenal di kelahiran ke-18. Perkenalan mereka agak singkat kerana Ji-eum dan Seo-ha terlibat dalam nahas jalan raya. 


Sebaik saja menginjak usia 9 tahun, Ji-eum (Park So-yi) mencari semula anak saudaranya bernama Ae-gyung (Cha Chung-hwa) di kelahiran ke-17. Ji-eum minta untuk tinggal bersama kerana keluarga di kelahiran ke-19 hanya ambil kesempatan dan mengabaikan dia. Ambil masa yang lama untuk Ji-eum bertemu dengan Seo-ha (Ahn Bo-hyun) kerana jejaka tersebut sambung belajar di luar negara. 

Sebaik saja Seo-ha buka pengambilan pekerja di hotelnya, Ji-eum tak lepaskan peluang walaupun kelayakannya tak sesuai langsung dengan jawatan yang ditawarkan. Ji-eum nak sangat bagitahu Seo-ha bahawa dia adalah Yoon Joo-won (Kim Si-a) di kelahiran ke-18 tapi tak mungkin Seo-ha akan percayakan dia. Sejak kemalangan tersebut, Seo-ha pekak sebelah dan menghidap PTSD. Urusan seharian Seo-ha banyak dibantu oleh teman baiknya merangkap setiausaha, Ha Do-yoon (Ahn Dong-goo). 

Drama fantasi cinta yang dikembangkan oleh Studio Dragon mengetengahkan tema yang segar, kreatif dan menarik di mana manusia dapat ingat setiap kelahiran yang dilalui. Kelebihan yang ada keburukan dan kebaikannya. Dah tentu, bukan dari segi negatif sebab hanya manusia yang berkelakuan baik akan dapat peluang untuk lahir semula. Sebelum ni cuma tahu tentang fakta ni tapi dalam drama See You in My 19th Life, penulis, Choi Young-lim bagitahu yang watak Ban Ji-eum dapat lahir semula dengan cepat sebab di kelahiran sebelumnya, dia dibunuh. 


Masa layan drama ni macam geram juga penulis tak pertemukan Ji-eum dengan ibu dia di kelahiran ke-18 tapi bila tahu keburukan ada ingatan dari kehidupan lampau terus rasa lega. Selamat juga mata sebab tak payah menangis macam masa tengok part Ji-eum reunite balik dengan Cho-won (Ha Yoon-kyung). 

Alur penceritaan See You in My 19th Life dikembangan dengan baik cumanya terlampau banyak flashbacks yang sama sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan lagi macam watak Ha Do-yoon yang setuju bekerja sebagai setiausaha sedangkan boleh sangat dia kerja tempat lain. Entah kenapa dia perlu bertahan dibuli dengan rakan sekolah. Mungkin sebab dia sayang dengan Seo-ha tapi friendship diorang tak lah ditonjolkan sangat oleh si penulis. 


Mood drama See You in My 19th Life pada awalnya lebih kepada warm, sesuai dengan harapan Ji-eum untuk pulihkan dunia gelap Seo-ha. Kemudian drama ni bertukar kepada mood yang lebih dark bila watak Kang Min-gi (Lee Chae-min) muncul dengan kisah silam yang berunsurkan misteri dan tegang. Dalam masa yang sama Seo-ha dan Ji-Eum dapat tahu rahsia kemalangan yang berlaku ada kaitan dengan konflik keluarga. 


Peralihan kedua-dua mood ni berlaku secara perlahan pada awalnya which is good for some moment tapi berubah mendadak di hujung drama. I did some digging dan dapat tahu sepatutnya drama See You in My 19th Life ada 16 episod tapi terpaksa potong banyak part sebab nak slot in dekat tvN. Patutnya untuk tayangan Netflix dan TVING, letak lah drama asal sebab tak ada isu rebut slot pun. Mungkin streaming platform beli dari tvN kot bukannya production house. But still haihhh sedihnya. 

Kalau ada yang rasa I patut layan webtoon untuk tahu jalan cerita asal, mungkin tak tahu tahap keindahan sinematografi yang dipaparkan dalam drama See You in My 19th Life. Babak romantik antara Seo-ha dengan Ji-eum atau Joo-won bukan terletak pada chemistry semata tapi pada setiap pertemuan yang dihiasi dengan visual yang mengasyikkan. Pertemuan di kolam renang, akuarium ikan, di kubur Joo-won, menari diiringi bayu laut dan banyak lagi. 


Penulis tumpukan perhatian pada watak Seo-ha yang tak mampu mendengar tapi ampuhkan bahasa cinta melalui sensori lain. Babak Seo-ha dan Ji-eum tenangkan diri di pokok ceri antara babak yang bermakna bila pokok ceri melambangkan perantara hidup dan mati. Jangka hayat pokok ceri pun pendek, sama macam Joo-won yang sempat jumpa Seo-ha cuma sekejap tapi jadi titik yang mendalam pada Seo-ha. Soundtrack The Star – Colde menambahkan lagi impak kepada atmosfera romantis yang dititipkan oleh penulis. 



Baca review banyak juga yang tak suka dengan lakonan Ahn Bo-hyun sebab pasif tapi personally, I okay je dengan lakonan dia sebab Ahn Bo-hyun serve face sepanjang masa. Watak Seo-ha tu kan PTSD, membesar sendiri, emotional neglect oleh bapa dia lepas kematian ibu dan Joo-won, memang patut lah dia banyak asingkan diri. Bahagia tapi sakit dalam masa yang sama. Mungkin sebab masalah teknikal juga, pengarah tak mampu nak bagi banyak ruang kepada watak Seo-ha. 

Berbeza dengan watak Ji-eum yang lincah dan berani sebab dia dah tekad nak masuk dalam hidup Seo-ha. Dah la ilmu pun banyak, kemahiran hidup pun bersepah. Campak lah dekat mana pun, dia boleh hidup. Jangan campak masuk dalam keluarga di kelahiran ke-19 je sebab sakit jiwa nak hadap. Lakonan Shin Hye-sun cemerlang dalam watak Ji-eum, bukan senang nak seimbangkan lakonan supaya tak terjatuh dalam kategori cringe ataupun over acting. 


Pelakon sampingan yang dimasukkan pun cemerlang menghidupkan watak masing-masing. Yang mencuri tumpuan dalam drama See You in My 19th Life ialah Kim Si-a, bukan saja cantik, pandai pula tu berlakon sebagai remaja yang kemurungan dan terbeban dengan takdir hidup. Park So-yi pula tak perlu dipertikaikan lagi bakat dia lepas menyerlah dalam drama She Would Never Know (2021), Mouse (2021) dan terbaru, Revenant (2023)

Kalau belum tengok lagi, boleh lah layan drama See You in My 19th Life di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemuncak Baharu di Shopee Pada 2023

Friday, 8 December 2023

Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemuncak Baharu di Shopee Pada 2023 | Penjual Tempatan memperoleh manfaat daripada Sokongan yang Boleh Dipercayai

Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan

Dagangan strim langsung dan affiliate telah memacu keterangkuman pasaran lebih baik terhadap penjual dan bakat tempatan di platform Shopee pada 2023. Sepanjang tahun lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan ini menyaksikan rakyat Malaysia menonton strim langsung lebih 34 juta jam di Shopee Live dan berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 billion kali. Buat penjual yang mencapai lebih RM500,000 dalam jualan tahun ini, pesanan strim langsung mewakili 10 - 40% jumlah pesanan platform. Berbanding 2022, Shopee menyaksikan pesanan yang melibatkan affiliate meningkat 420%, dengan penglibatan lebih 20,000 ahli affiliate baharu dalam ekosistem Shopee. 

“Ini menunjukkan kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif. Ianya juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal; rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli affiliate tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital,” komen Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia

Strim langsung di mana penonton boleh membeli-belah dan integrasi lancar e-dagang terhadap sesi strim langsung telah menawan pengguna tempatan bak tua atau muda dengan membekalkan pengalaman membeli-belah berinteraktif dalam mereka mencari pelbagai jenis produk termasuk motorsikal, keropok lekor, coklat, barangan kemas, atau barangan dapur.  60% peminat Shopee Live membeli barangan kecantikan dan fesyen, 20% membeli barangan dapur dan produk bayi, 10% mencari peralatan rumah dan elektronik, sementara selebihnya membeli barangan automotif, sukan, dan aktiviti luar pada tahun lalu. 

Perluasan Shopee Live kepada pasaran vertikal baharu telah membuka banyak peluang kepada penjual tempatan. 60% penjual Shopee Live terbaik dari segi jualan pada 2023 merupakan penjual dan jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN, dan HABIB. Penjual tempatan bukan sahaja menggunakan fungsi lelong dan permainan interaktif di Shopee Live untuk memahami citarasa penonton dengan lebih baik tetapi mereka juga memanfaatkan sokongan yang boleh dipercayai daripada selebriti Malaysia seperti Elfira Loy, Najiah Hassan, Sherry Alhadad, Syamira Zahar, dan Zoey Rahman. 

Jenama dan penjual Malaysia bekerjasama dengan ahli affiliate Shopee yang menghubungkan mereka dengan pelanggan tempatan, memberikan cadangan dan ulasan jujur, dan memacu trafik. Berdasarkan pesanan affiliate sepanjang 12 bulan yang lalu, pelanggan ahli affiliate Shopee kebanyakannya membeli barangan Rumah dan Gaya Hidup (30%), diikuti Kesihatan dan Kecantikan (25%) and Telefon dan Aksesori (25%). 70% daripada produk terbaik yang dibeli rakyat Malaysia adalah melalui pautan affiliate Shopee yang memanfaatkan penjual tempatan. Lebih kurang dua pertiga pautan Shopee yang dijana tahun ini membawa trafik untuk menaikkan penjual tempatan seperti B.S.B (Bed Sheet Bestseller), Momo House, dan Myfooyin.

Shopee House 2023 merupakan acara yang dianjurkan untuk mempromosi keterlibatan antara jenama tempatan dan pempengaruh serta ahli ‘affiliate’

“Kerjasama ini memanfaatkan semua pihak,” kata Soh. “Ahli affiliate tempatan mendapat manfaat dari format interaktif dan bermakna yang membolehkan pembelian segera dan memaksima keuntungan mereka, berdasarkan usaha mereka. Manakala, penjual tempatan mendapat manfaat dari ahli affiliate yang mempunyai pengikut setia dan reputasi untuk mencadangkan produk berkualiti; mereka juga boleh membawa asosiasi positif dengan jenama dan penjual strim langsung.”

Kejayaan dagangan strim langsung dan ahli affiliate seperti yang disaksikan oleh Shopee pada 2023 mencorak langkah kepada perkembangan digital untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan kemajuan berterusan teknologi dan citarasa berubah pengguna tempatan, trend ini bakal memainkan peranan penting dalam memacu keterangkuman penjual tempatan dalam pasaran. 

Pada Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman membeli- belah yang menyeronokkan pada harga diskaun dengan Shopee Live, dan berpeluang memenangi Tol Percuma Selama 1 Tahun apabila mereka menyertai Roda Shopee. Untuk maklumat lanjut, lawat https://shopee.com.my/m/12-12 

***************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Malaysia Inspirasi ‘The Masked Singer Malaysia’ Musim Baharu | Flora, Fauna & Makanan Menjadi Tema Maskot Peserta Musim ke-4 termasuk Pasangan Duo

Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena untuk tiga musim berturut-turut kini kembali dengan menampilkan kepelbagaian kostum dan daya tarikan yang menakjubkan! “The Masked Singer Malaysia” musim keempat akan bersiaran secara langsung buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Tampil lebih gah dan bergaya, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Dengan mengekalkan format asal program realiti terkemuka ‘The King of Mask Singer’ daripada Korea Selatan, bakat-bakat ini akan bertanding dan memaparkan kehebatan nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng untuk dinobatkan sebagai juara. 

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, “Sebagai saluran komedi utama pilihan rakyat Malaysia, Astro Warna sentiasa peka dengan kehendak penonton dan berusaha menyajikan kandungan terkini, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kami menyambut baik sokongan para peminat dan penontan yang mahukan perkembangan landskap industri hiburan dengan membawa kembali rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ di musim keempat yang akan bersiaran secara langsung dengan menggabungkan muzik dan komedi sebagai salah satu cabang seni yang bergerak secara beriringan; sekaligus mentakrifkan semula genre lawak. 

Menerusi kejayaan pada musim-musim lalu, Astro terus ke hadapan dengan menaiktaraf kostum-kostum untuk diperlihatkan kepada peminat dengan menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta.

Selain itu, penjurian di musim keempat turut mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu. Pihak Astro berharap agar musim keempat ini dapat mengekalkan tradisi seperti sebelumnya apabila rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ berjaya mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!” tambah Idlan.

Seramai 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan duo akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini yang merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya, kami memperkenalkan pasangan duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. 

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran SECARA LANGSUNG dengan durasi selama dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, dan ini merupakan satu lagi cabaran besar buat barisan peserta musim ini sekaligus menjadi cabaran baharu buat pihak produksi. Malaysia merupakan negara ke-2 yang berani menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung. Walaubagaimanapun, pihak produksi telahpun meneliti setiap aspek keselamatan peserta sebagai langkah berjaga-jaga. 

Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer Malaysia’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

  • Penyertaan untuk Program Score A melonjak sepuluh kali ganda, dengan lebih 13,800 penyertaan diterima daripada 3,000 sekolah di seluruh negara.
  • Anugerah Artis Muda 2023 melakar rekod baharu dengan menerima 53,052 penyertaan dan diiktiraf sebagai 'Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records.
  • Program Score A dan Anugerah Artis Muda kembali untuk tahun kedua dan ketiga, dengan sokongan Kementerian Pendidikan.

Peneraju pembelajaran dan kreativiti yang terkemuka, Faber-Castell telah sekali lagi menjayakan Program Score A untuk tahun kedua serta Anugerah Artis Muda (Young Artist Award) 2023 untuk tahun ketiga. Kedua-dua inisiatif ini direka untuk menyemarakkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, bagi memberi inspirasi kepada para pendidik dan pelajar untuk mempamerkan prestasi lebih cemerlang di sekolah. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, penganjuran ini melambangkan satu lagi komitmen Faber-Castell pada tahun ini untuk memacu strategi pembelajaran kreatif yang merevolusikan bidang akademik di Malaysia.

Program Score A melengkapkan guru-guru dengan 10 teknik pembelajaran kreatif yang praktikal, yang kemudiannya disampaikan kepada para pelajar mereka. Berdasarkan pengetahuan yang dipindahkan daripada guru-guru, aplikasi teknik pembelajaran kreatif para pelajar akan diuji dalam Olimpik Pelajar Score A di seluruh negara. Program tahun ini melakar pencapaian yang memberangsangkan dengan lonjakan sebanyak 1056% dalam penyertaan, dengan lebih 13,800 penyertaan diterima daripada 3,000 sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, Anugerah Artis Muda 2023, sebuah platform untuk bakat muda mempamerkan karya seni mereka, telah memecah rekod dengan 53,052 penyertaan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’ dalam Malaysia Book of Records.

Faber-Castell mengintegrasikan seni dengan akademik sepanjang programnya bagi mempertingkat kaedah pengajaran dan memperkasa pelajar dengan kaedah pembelajaran yang cekap. Melalui program Score A dan Anugerah Artis Muda 2023, para peserta telah dibimbing, diberi inspirasi, dan dilengkapi dengan pelbagai kaedah kreatif untuk mengubah cara pembelajaran yang tradisional menjadi pengalaman yang lebih menarik dan berkesan.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Encik Andrew Woon berkata, “Kami berbesar hati menyaksikan perkembangan dan kejayaan yang mengagumkan untuk kedua-dua program Score A dan Anugerah Artis Muda 2023. Di Faber-Castell, komitmen kami untuk memupuk kreativiti sejak kecil adalah penting. Menerusi program Score A, kami berusaha memupuk pembelajaran dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, manakala Anugerah Artis Muda memanfaatkan kuasa ekspresi kreativiti yang transformatif untuk pembangunan holistik pelajar.”

“Sejak 1978, Faber-Castell telah menjadi satu nama terkenal dalam dunia alat tulis di Malaysia, dan kami terus berkembang untuk memainkan peranan yang lebih penting dan bermakna dalam sektor pendidikan. Berbekalkan komitmen untuk memacu kecemerlangan akademik, kami berada di barisan hadapan untuk menyokong inisiatif pembelajaran yang inovatif. Visi kami adalah untuk memperkasakan pendidik dan pelajar dengan menyumbang secara aktif kepada sektor pendidikan, mencetuskan perbincangan bermakna, memupuk pemikiran kreatif, dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah. Faber-Castell berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, dan membantu guru dan pelajar untuk cemerlang dalam usaha akademik dan pembelajaran mereka. Sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri di setiap negeri telah berperanan penting dalam menjayakan program tahun ini. Jadi, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan penting mereka.” katanya.

Menaik Taraf Pengalaman Pembelajaran dengan Teknik Kreatif Program Pembelajaran Kreatif Score A, yang membuka tirai dengan Edisi Guru pada Mei 2023, telah melengkapkan guru-guru dengan 10 bengkel tentang teknik pembelajaran kreatif seperti emoji, ‘blok masa’ dan memory palace. Program itu menyaksikan penyertaan lebih 6,200 guru dari 5,120 sekolah di seluruh negara.

Teknik-teknik itu telah disampaikan kepada para pelajar bagi memupuk kreativiti dan mempertingkatkan pembelajaran mereka tidak kira di bilik darjah mahupun di rumah. Kemudian, mereka digalakkan untuk mengaplikasi dan mempamerkan teknik-teknik yang dipelajari di Olimpik Pembelajaran Kreatif Score A di seluruh negara.

Para pelajar telah bersaing dalam empat misi penting yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari untuk disenarai pendek berdasarkan skor penilaian dalam talian serta aplikasi teknik melalui pengambilan nota kreatif, bagi merebut gelaran Pelajar Terbaik dalam kategori sekolah rendah dan menengah.

Lee Yew Jia dari SMJK Ave Maria Convent Ipoh, yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik dalam Kategori C (16 hingga 17 tahun) berkata, “Bagi saya, kaedah peta minda atau mind map yang dipelajari semasa bengkel adalah penting dalam membantu saya memahami subjek-subjek yang kompleks dan mengutamakan penghafalan. Peta minda klasik, dengan tajuk utama dan cabang-cabangnya yang terperinci, adalah teknik yang saya gunakan. Saya mendapati perjalanan ini sangat bermanfaat, dan saya akan menggalakkan rakan-rakan sekolah saya untuk menggunakan teknik-teknik yang dipelajari semasa bengkel.”

Guru biologi Yew Jia di SMJK Ave Maria Convent Ipoh, Encik Ng Weng Hoong, menyambut baik program ini dan yakin akan keberkesanan teknik-teknik yang dipelajari. “Sebagai guru, kami perhatikan bahawa pelajar sering ‘highlight’ bahan-bahan pelajaran tanpa objektif yang jelas. Bengkel itu telah memperkenalkan banyak teknik kreatif ke dalam kit pengajaran kami, seperti teknik highlighting to score, emoji, peta minda dan penggunaan warna yang strategik. Teknik-teknik ini membolehkan kami membekalkan pelajar dengan pelbagai pendekatan yang menyeronokkan dan dinamik untuk mengkonseptualisasikan dan memahami mesej sesuatu topik dengan sepenuhnya di bilik darjah.”

Memaparkan Potensi Ekspresi Kreatif melalui Seni Anugerah Artis Muda 2023 yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’ menyaksikan para pelajar merentas Kategori A (5 hingga 8 tahun), Kategori B (9 hingga 12 tahun) dan Kategori C (13 hingga 17 tahun) bersaing dalam tiga pusingan mewarna. Pemenang Utama akan dipilih sebagai Duta Muda.

Faber-Castell Malaysia, dan tiga karya seni yang terbaik bagi setiap kategori juga akan dipamerkan di UTme! oleh UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun depan. Faber-Castell telah mengembangkan kerjasama jangkauannya dengan MY Art Studio dan MY Craft Studio bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dengan menyediakan bengkel-bengkel maya dan fizikal yang memfokuskan pada pelbagai teknik seni. Lebih 25,600 peserta terlibat dalam bengkel-bengkel itu yang diadakan di seluruh negara.

Selaras dengan tema kelestarian peraduan tahun ini, Faber-Castell juga telah menjalin kerjasama dengan perusahaan sosial yang berfokuskan alam sekitar, Mereka dan Biji-Biji Initiative, untuk menganjurkan lawatan-lawatan berasaskan pengetahuan dan pelbagai aktiviti berunsurkan praktikal. Semua aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan menggalakkan penglibatan proaktif.

Anugerah Artis Muda menawarkan pendekatan serampang dua mata untuk mempertingkatkan teknik pengajaran guru dengan The Art Experience Edisi Guru dan proses pembelajaran pelajar melalui pertandingan. The Art Experience Edisi Guru memperkenalkan guru kepada pelbagai bahan dan medium seni untuk membudayakan kreativiti dalam bilik darjah. Pada tahun 2022, jangkauan program ini telah diperluas sehingga ke sekolah menengah dan dua lagi negeri, Pahang dan Sarawak. Program ini berjaya mencapai lebih 2,300 guru dan 1,900 sekolah di seluruh negara. Hasilnya, Buku Panduan Guru Edisi Ketiga telah diperkenalkan, yang merangkumi teknik-teknik seni baharu seperti pensel cat air, warna poster dan cat akrilik. Kurikulum buku panduan ini direka bentuk sebagai pelengkap kepada Pelajaran Seni sekolah rendah tahun 1 hingga 6 (Pendidikan Seni Visual).

Tatkala diumumkan sebagai Pemenang Utama dalam Kategori B (9 hingga 12 tahun), Lee Rou Lin dari SJK (C) Keat Hwa (K) Alor Setar berkongsi, “Seni telah menjadi minat saya sejak umur empat tahun, dan saya menghargai peluang yang diberikan oleh pertandingan ini untuk mengekspresikan diri saya secara kreatif. Saya amat menikmati keseluruhan proses bereksperimen dengan pelbagai bahan dan teknik. Lebih-lebih lagi, pertandingan ini telah mengeratkan hubungan saya dengan kelestarian, dan membolehkan saya memasukkan unsur-unsur alam sekitar yang penting ke dalam karya seni saya.”

Guru seni di SJK (C) Ping Ming Johor, Cik Oliver Wong, sangat teruja apabila pelajarnya menghantar lebih ratusan penyertaan, menjadikannya jumlah tertinggi di Malaysia. “Sekolah kami percaya bahawa pembelajaran melangkaui ruang bilik darjah. Menerusi Anugerah Artis Muda, kami menyaksikan para pelajar menonjolkan potensi kreatif mereka menerusi pelbagai bahan dan teknik seni. Tafsiran imaginatif mereka terhadap tema kelestarian tahun ini telah menghasilkan karya-karya yang luar biasa, di samping menyediakan ruang pembelajaran yang menyeronokkan dan menakjubkan.”

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Seni Visual, Kementerian Pendidikan, Puan Siti Rosni Binti Nik Mohd Zaid berkata, “Sebagai hakim pertandingan ini, saya amat kagum dengan kreativiti yang tak terbatas boleh dipupuk dalam diri guru dan pelajar. Para finalis, khususnya, mempamerkan prestasi yang cukup luar biasa, dengan kemahiran menggunakan teknik-teknik inovatif yang disampaikan di bengkel. Saya menyanjungi Faber-Castell kerana mewujudkan satu platform yang memperkasakan kreativiti serta pembelajaran. Bengkel mereka bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian, sekali gus melambangkan satu langkah positif ke arah masa depan yang lebih cerah dan imaginatif.”

Untuk senarai penuh pemenang, layari Faber-Castell - Home | Facebook

*********************************

About Faber-Castell Malaysia

Established in 1978 with just eight staff, Faber-Castell Malaysia has evolved into a global leader in eraser manufacturing, exporting 150 million pieces worldwide. Keeping up with the company’s philosophy of being innovative and competent, Faber-Castell holds certifications like ISO 9001 and ISO 14001. Recognized as a SUPER BRAND in 2002, it was also the Official Supplier for the 1998 Commonwealth Games.

In 2022, Faber-Castell launched the Fast Gel Z, a precision gel pen, and Erasure, an environmentally friendly PVC-free eraser. To cope with its rapid development, Faber-Castell Malaysia moved into its latest factory in Sept 2002, which housed the world’s Tallest Pencil, awarded by the Malaysia Book of Records. In 2018, Faber-Castell launched a 90,000 sq. ft distribution center in Subang Jaya to enhance operational efficiency.

Honoured with the bronze prize for The People's Choice 2022 category at the Putra Brand Awards, Faber-Castell prioritizes staff welfare, pioneering a social charter in the stationery industry. Faber-Castell is also the first company in the stationery business to agree to a social charter that serves as a guiding principle for its staff welfare. In Malaysia, a collective agreement was signed between its staff union and Faber-Castell Malaysia in October 2004.

For more information about Faber-Castell, visit their website

Astro Mempersembahkan Pelbagai Rancangan Kanak-Kanak Baharu Seperti ‘Hikayat Pak Belalang’, ‘The Cadets’ & ‘Makania’ Sempena Cuti Sekolah Ini | Barisan pelakon popular menanti menerusi pelbagai rancangan hebat di platform Astro termasuk Astro Ceria menerusi ‘Home of Kids’. 

Kekuatan sajian famili menjadi nadi Astro sebagai Home of Kids, yakni destinasi hiburan keluarga terulung di Malaysia. Menjelang musim cuti sekolah ini, Astro bakal menyajikan pelbagai jenis kandungan, baik tempatan mahupun antarabangsa sebagai tatapan untuk seisi keluarga.

Malah kekuatan kandungan tempatan menjadi pertaruhan utama sempena musim cuti sekolah ini.  Francais baharu yang bertajuk ‘Hikayat’ bakal menyajikan pelbagai cerita rakyat dan kisah dongeng klasik Asia, dan akan membuka tirai dengan kisah ‘Hikayat Pak Belalang’ mulai 11 Disember menerusi Astro Ceria pada jam 9 malam. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Mengisahkan Belalang dan ayahnya, Pak Belalang yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila dirinya menyamar menjadi seorang nujum. Hikayat Pak Belalang diterbitkan oleh Zeel Production dan menampilkan kombinasi pelakon-pelakon hebat seperti Bell Ngasri sebagai Pak Belalang, adik Haziq Asyraf sebagai Belalang, Dato’ Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha serta Fadhli Masoot. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Francais Hikayat diikuti dengan ‘Hikayat Bawang Merah Bawang Putih’ yang bakal membariskan Mira Filzah dan Syafiq Kyle dan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim. Siri ini bakal memulakan produksi pada awal tahun 2024. Lagu ‘Magis’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan OST rasmi ‘Hikayat’.

Selain daripada kisah-kisah dongeng, Astro Ceria turut mempersembahkan siri aksi bersesuaian dengan golongan muda, ‘The Cadets’ yang dibintangi Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma dan Bella Dowanna. ‘The Cadets’ menggunakan khidmat Infinitus Gold, studio di sebalik kejayaan ‘Sangkar’ untuk memastikan siri ini padat dengan aksi yang hebat.  Siri ini mengisahkan perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. ‘The Cadets’ bakal bersiaran pada 27 Disember setiap hari Rabu, jam 9 malam. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Manakala siri animasi baharu di Astro Ceria, ‘Makania’ iaitu hasil karya terbaharu Warnakala Studios yang telah menghasilkan ‘Didi and Friends The Movie’, merupakan kulinari fantasi yang mengisahkan Naz bersama bapanya menyertai sebuah pertandingan masakan, Makania's Next Top Chef (ManTOP). Namun indah khabar dari rupa di sebalik pertandingan ini. Animasi ini turut memaparkan enam buah lagu baharu sebagai runut bunyi termasuk ‘My Way’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), yang mencecah lebih 700 ribu tontonan menerusi YouTube, ‘Appa Fantastik’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), Cook Together (dicipta oleh DJ Fuzz dan Aziquebeats), ‘Kita Berjuang’ (dicipta oleh Modescape), ‘Bongkar Rahsia’ (dicipta oleh oleh Yuri Wong) dan lagu tema ‘Makania’ (dicipta oleh Duan). ‘Makania’ bakal menemui para penonton setiap hari Jumaat pada jam 3 petang mulai 8 Disember. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Menurut Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Dalam meneruskan status kami sebagai Home of Kids, Astro amat menitikberatkan kualiti penceritaan dan penerbitan yang padat dengan nilai-nilai positif serta bersesuaian dengan golongan sasaran kami yakni kanak-kanak dan remaja. Malah kandungan-kandungan kami sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.”

“Kami amat berbesar hati apabila nama-nama besar industri hiburan tempatan sudi terlibat dalam rancangan-rancangan terbaharu untuk tontonan keluarga. Pelakon-pelakon hebat seperi Bell Ngasri, Dato’ Jalaluddin, Adlin Aman Ramlie, Mira Filzah, Amy Mastura, Syafiq Kyle, Ruhainies serta personaliti-personaliti yang diminati golongan muda sekarang seperti Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Haziq Asyraf dan Bella Dowanna turut terlibat dalam siri-siri terbaharu kami.

“Harapan kami agar rakyat Malaysia terus menyokong cerita tempatan, bakat tempatan dan terus mengamalkan nilai-nilai murni tempatan.”

“Sajian antarabangsa kanak-kanak menguatkan lagi posisi kami dengan seleksi animasi ‘LEGO DC Super Heroes: Aquaman: Rage of Atlantis’, ‘Baby Shark's Big Show!’ serta rancangan anugerah popular ‘Kids Choice Awards Abu Dhabi’. Kami berharap agar golongan muda dari segenap lapisan umur serta keluarga akan terhibur ketika beriadah mahupun bercuti pada bulan Disember ini.”

Sebagai Home of Kids, Astro telah memperkenalkan mod Kids Friendly Profile. Ciri ini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box, Astro GO dan aplikasi Multiroom Smart TV. Kids Friendly Profile hanya boleh mengakses rancangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak termasuk kandungan eksklusif On Demand, saluran-saluran linear, rakaman rancangan dan hasil pencarian. Ternyata ciri ini membantu ibu bapa dalam menyelia setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak adalah selamat dan sesuai. 

Ceriakan cuti sekolah ini dengan pelbagai seleksi hiburan keluarga dan kanak-kanak di Astro Ceria and saluran-saluran kanak-kanak di Astro mahupun menerusi On Demand dan Astro GO. ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Raikan saat-saat bersama keluarga dengan Astro Baharu. Strim kesemua hiburan keluarga secara On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box. Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Untuk informasi lanjut mengenai rancangan-rancangan yang bakal disiarkan, klik di sini.