Movie Review | Abang Long Fadil 1 (2014)

Tuesday 9 August 2022


Pengarah : Syafiq Yusof
Penulis Skrip : Syafiq Yusof
Pelakon: Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke Jambu, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof, Harun Salim Bachik, Pablo Amirul, A. Galak, Ucop Cecupak, Ruzaidi Abdul Rahman
Syarikat Produksi : Skop Productions, Imaginex Studios
Pengedar : Netflix
Genre : Aksi / Komedi
Durasi Tayangan : 107 minit
Tarikh Tayangan : 29 Mei 2014
Trailer :


Spin-off dari franchise popular KL Gangster (2011), Abang Long Fadil (Zizan Razak) ingin keluar dari dunia gangster setelah Malik (Aaron Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Bukan mudah untuk Shark (Syamsul Yusof) lepaskan anak buah tapi Ajib (Sofi Jikan) protect Fadil dari mati katak gara-gara permintaan dia. 

Shark letak syarat mudah bila Fadil perlu dapatkan Kampung Berani yang menjadi titik panas di Kuala Lumpur. Ramai gangster dan syarikat kapitalis mahukan kawasan tersebut tapi Kampung Berani dijaga dengan baik oleh pendekar Melayu – Ustaz Abu (Yassin Senario), Karim (Ruzaidi Abdul Rahman) dan Ismail (Akmal Effendi Razak). Walaupun Ismail dah lama meninggal tapi dua lagi sahabat baiknya masih kuat menjaga keamanan kampung tersebut. 


Aman tak aman sangat lah sebab Acai (Tauke Jambu) dan boss besar dia selalu juga buat kacau dan minta duit perlindungan. Secara tak sengaja Fadil bertemu dengan Adam (Kamal Adli), anak kepada arwah Ismail dan juga anak angkat Karim yang berniaga roti canai di kampung tersebut. Mereka berdua berkawan baik dan mempunyai misi untuk Kampung Berani. Sementara Adam mempunyai agenda untuk balas dendam, Fadil pula terjerat dengan permintaan Shark.

Penceritaan Abang Long Fadil yang diadun dalam template komedi bersifat santai dan straightforward. Menarik bila Syafiq Yusof bawa ramai pelakon dari KL Gangster masuk ke dunia Abang Long Fadil. Kalau KL Gangster lebih terarah pada suasana yang tegang tapi dalam naskhah ni banyak babak komedi. 


Banyak juga plot yang mempunyai fillers baik dari watak Malek yang menjadi imaginasi Fadil ataupun angan-angan dia tika saat genting. Mungkin Syafiq nak pay tribute kepada Skop Productions yang biaya movie ni sebab dia masukkan Gerak Khas (2001), franchise Evolusi KL Drift (2009-2010) dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009). 

Dinamik Zizan dengan Kamal Adli pun setara bila Zizan cemerlang dengan genre komedi manakala Kamal pada genre aksi dan drama. Penulis bagi peluang untuk dia menyerlah dengan beberapa konflik yang terjadi dalam kehidupan dia. Action stunt pun nampak real, kemas dan tangkas. Walaupun stunt Yassin macam over tapi sesuai lah dengan genre movie ni, comic timing dia pun cun. 


Abang Long Fadil banyak menggunakan CGI oleh Viper Studios dan hasil yang dipersembahkan memuaskan, seiring dengan bajet yang dilaburkan oleh syarikat produksi besar seperti Skop Productions. Soundtrack utama movie Abang Long Fadil pun mainkan peranan untuk tambat hati penonton supaya terhibur dari awal hingga ke penghujung. Lagu Cobaan mempunyai lirik yang menyerlahkan karakter Fadil yang berani walaupun tak lah kuat mana. 


Tak lari takkan takut jumpa maut aku sambut
Tak lari takkan takut takde hati takde perut
Sudah tiba sudah parah
Takut takkan ku nak takut
Tak takut takkan ku nak takut
Tak takut takkan ku nak takut
Tak takut takkan ku nak takut

Movie Abang Long Fadil mungkin lebih menarik kalau pengarah kurangkan fillers dan lebihkan pada pergelutan antara watak utama. Watak sampingan macam ibu Fadil pun muncul di awal cerita saja tapi hilang lepas niat asal Fadil kantoi dengan orang kampung. Tahu-tahu dah kena tangkap. 

Sama juga dengan Shark, tiba-tiba dekat hujung boleh kena tapau. Terlampau mudah pula untuk hapuskan watak Shark sedangkan dia antara watak yang digeruni dalam KL Gangster. Nak juga tengok Abang Long Fadil tapau Shark dengan cara dia sendiri. 


Walaupun movie Abang Long Fadil dihadkan kepada golongan penonton 18 tahun ke atas sahaja, Skop Productions berjaya raih RM4.61 juta.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

2 comments

  1. takdelah minat sangatfrancois Abang Long Fadil ni tapi layan sebab watak Yassin bawak tu kelakar

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.