Movie Review : The Tashkent Files

Saturday 27 June 2020


Director : Vivek Agnihotri
Writer : Vivek Agnihotri
Cast : Naseeruddin Shah, Mithun Chakraborty, Shweta Basu Prasad, Pankaj Tripathi, Mandira Bedi, Pallavi Joshi
Production Company : SP CineCorp, Vivek Agnihotri Creates
Distributor : Zee Studios
Genre : Politic / Mystery / Thriller
Running Time : 144 minutes
Release Date : 12 April 2019
Trailer :


Journalist Ragini (Shweta Basu Prasad) dapat call dari unknown caller dan offer dia great scoop untuk dia dedahkan pada public. Nama Ragini cuma famous di socmed bila selalu naikkan topic sampai trending tapi mostly source dia cuma fake news dan rumours. Sebagai journalist, boss dia rasa benda tu tak layak dijadikan scoop pun dan sampai bila-bila Ragini tak akan jadi politic journalist yang bagus.

Scoop yang dijanjikan unknown caller ada di bawah meja dia sebagai surprise birthday gift. Dalam envelope tu ada beberapa artikel dan confidential report dari Kerajaan India tentang Perdana Menteri India Ke-2, Lal Bahadur Shastri yang meninggal sebab heart attack lepas menang peperangan India-Pakistan tahun 1965 dan tandatangan perjanjian di Tashkent.


Tapi betul ke laporan mengatakan Shastri meninggal sebab serangan jantung dan bukannya dibunuh? Kalau betul sebab sakit jantung jadi kenapa wujudnya dua laporan doktor yang bercanggah di mana satu diberikan kepada India manakala satu lagi diberikan kepada Kerajaan Russia. Ada 8 doktor yang hadir untuk bagi rawatan kepada Sashtri tapi kenapa 6 doktor sahaja yang sign? Kenapa laporan Russia dan India berbeza pada jenis ubat yang diberikan kepada Sashtri?


Disebabkan rumours dan teori konspirasi inilah Home Ministry, PKR Natrajan (Naseerudin Shah) minta ahli politik pihak pembangkang, Tripathi (Mithun Chakrobarty) tubuhkan satu committee untuk membincangkan hal ni dari perspektif dan ilmu masing-masing dalam masa 8 hari.


Pakar sejarah, Aisha Ali Shah (Pallavi Joshi), aktivis Indira Joseph Roy (Mandira Bedi), Saintis Gangaram Jha (Pankaj Tripathi), Director Archives India, Omkar Kashyap (Rajesh Sharma), bekas ejen perisik RAW, GK Anantha Suresh (Prakash Belawadi), ketua pemuda parti kerajaan, Vivendra Pratap Singh Rana (Prashant Gupta), bekas hakim di Supreme Court, Hakim Kurian Abraham (Vishwa Mohan Badola) dan Ragini dipilih untuk bincangkan kes ni tanpa kehadiran media.

First half movie The Tashkent Files nampak menarik bila idea untuk membincangkan isu sejarah dan politik quite fresh concept and idea walaupun movie ni dikatakan agenda politik parti pembangkang untuk menang dalam pilihanraya tahun 2019.


Kebanyakan  sumber yang dijadikan plot dalam movie ni dipetik dari Google dan buku terbitan Russia menunjukkan yang Vivek dan team production buat research dan kajian dengan mendalam. Perbincangan dan perdebatan antara committee members dikuatkan dengan dialog dan beberapa point yang dilontarkan which keeps me engaged with this conspiracy theory. 


 ‘We think that democracy runs on votes, but no! Democracy is runs on ideologies and intelligence’

‘Everyone remembers the kings ... but no one remembers the kingmakers’

‘It's very important to win in politics ... because losers aren't capable of changing the destiny of a country’

‘People who fear the truth are idiots ... instead you should fear rumours ... because if you don't stop a rumour then it becomes a type of truth ... in front of which even the real truth seems like a lie’


Sayangnya visual dengan music score nampak dibikin dengan bajet yang murah. Suntingan untuk beberapa scene nampak lemah. Mungkin some scenes are exaggerate untuk tambahkan drama dalam penceritaan but all in all, klimaks dan lakonan kesemua actor yang dibintangi oleh pelakon berbakat besar yang buatkan movie ni menarik dan berbaloi untuk ditonton.


Perubahan dalam karakter Ragini dari mencari scoop untuk naikkan nama dia kepada seorang rakyat yang ada hak untuk kebenaran antara permata dalam movie ni. The angst and depth of curiosity are so relatable. A great thriller for political genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

19 comments

  1. Kadang-kadang layan cerita serius macam ni seronok jugak kan

    ReplyDelete
  2. Macam best jer cerita ni. Nanti boleh cari kat netflix tengok ni... tk :)

    ReplyDelete
  3. Cerita nie pada awal pembacaan Rawlins cam berminat. Bila dah sebut pasal effect dia nampak murahan, terus Rawlins cam 'letak tepi dulu la. Nanti dah bosan sangat boleh la kot layan' hahaha

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm dah tonton filem ni tapi takningat apa kesudahannya huhu..

    ReplyDelete
  5. aah betul tu jalan cerita bagus tapi kalau visualnya kurang, menonton pun tak dapat feelnya, tapi saya memang suka cerita macam ni, mesti banyak kejutan

    ReplyDelete
  6. Cerita yg jenis thriller n ada misteri mmg AM suka layan.. Nanti free sikit malam boleh la layan tgk citer nie sensor dlm bilik..

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok lagi ni. nampak mcam best.. sesekali layan citer genre camni seronok juga kan..

    ReplyDelete
  8. wah! jalan cerita menarik. bosan asyik tengok cintan-cintan je.

    ReplyDelete
  9. belum pernah tengok lagi. nampak menarik movie nie. okay nanti nak carilah.

    ReplyDelete
  10. Suka betuk ayat ni, Everyone remembers the kings ... but no one remembers the kingmakers... tapi bila kata cite campur politik..ehenn heemmm takut kang tv tengok Sis hehehee

    ReplyDelete
  11. Suka tgk you review.. Kalau best best betul, kalaua de tak puas hati you bgtau.. Hah ni yang kita nakkan.. Ehehe

    ReplyDelete
  12. Suka cerita genre macam ni tapi kalau effect teruk memang boleh spoil mood nak menonton tu. Nanti free boleh la nak tengok.

    ReplyDelete
  13. Kalau tengok movie ni mesti kena fokus betol2 kan. Takut tak berapa paham. Yelah melibatkan sejarah n politik. Hehe. Plot susah nak agak

    ReplyDelete
  14. Sis kalau tgok cite2 mcm ni memang tak boleh ada gangguan..nanti x faham..hehehe. Sesekali bolehlah tgok cite mcm ni

    ReplyDelete
  15. saya suka filem suspen dan macam kena solve misteri macam ni. dah lama tak tengok filem tamil & hindustan. mungkin akan tengok yang ni

    ReplyDelete
  16. Sukaaaa tengok cerita macam ni. Akak kalau dah start tengok, tak boleh dah buat benda lain selagi tak habis. Adoii...macam pernah dengar pula nama director dia. Tapi akak tak ingat nama movie... atau salah orang kut.. huhuhu...

    ReplyDelete
  17. Suka tengok cerita kisah politik. Tapi dah unsubscribe netfliex. haha

    ReplyDelete
  18. It is time for college students to start thinking about the next step in their life, and deciding what they want to study do my college work for me. Students will make a big decision based on their future career, and it will affect their financial situation. Most college students don’t know how to balance their studies with their financial needs.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.