Lunch Di Restoran Dangau Rimba, Tanjung Karang

Saturday 20 June 2020


Kalau balik Sabak Bernam tak pernah pulak perasan restoran ni. Entah kenapa kali ni ternampak pulak sampai rasa nak pergi sebab konsep restoran dia nampak unik. 

Restoran ni dibuka 9 pagi, peak hour masa makan tengahari dan tutup jam 12 malam. Lepas ni kalau nak menghala balik ke Subang memang nak singgah sini je la makan lunch sebab banyak choice untuk lauk! Sedap pulak tu diorang masak. 





Dekat sini semua makanan dah ada tag supaya senang customer tahu lauk apa tu. Kalau nak tanya satu satu jenuh la kan? Yang masak ala kawah tu kari daging, kari kambing, kambing masak kurma dengan menu lain. 



Ada menu lauk yang dah dihidang dalam mangkuk tinggal ambik je. 

Bahagian belakang ada ikan dengan ayam bakar. Since datang restoran ni sebab craving ikan bakar so pilih la ikan terubuk bakar. Tapi tak ngam pulak dengan tekak sebab isi ikan tak juicy. 


Dekat restoran ni ada pilihan kerabu jugak. Tengah musim buah ni memang sakan la kerabu mangga. 


Ulam dengan pelbagai jenis sambal belacan pun adaaaaa


Dah habis belek baru la pilih nak makan apa kan, kalau lauk dah banyak macam tu tapi tak tahu nak makan apa lagi, baik makan pasir je lah. Masa lunch haritu ambik kulit lembu, ikan terubuk bakar dengan sayur goreng. Taknak ambik beria sangat sebab takut tak sedap walaupun meja dekat situ dah penuh dengan customer dah tapi mana kita nak tahu kan :')



Adik pulak ambik perut dengan nangka masak lemak dan sambal belacan. Air share je minum nescafe ais. 


Bila dah masuk mulut, dah tahu lah kenapa ramai yang singgah makan dekat Restoran Dangau Rimba ni. Sedap! Harga pun murah je, makan menu banyak macam tu baru belas ringgit. Kalau dekat Subang dah cecah puluh dah. 



Restoran ni konsep open space so tak lah panas sangat. Set meja makan dia pun cantik. Since restoran ni padat dengan makanan dan sesak dengan orang, ambik gambar pun nampak orang je nanti. 

Parking dekat sini luas lah tapi kalau datang peak hour, boleh je park dekat tepi jalan. 


Dekat kawasan parking ada bangunan restoran lama rasanya. Restoran Dangau Rimba tu jugak tapi lagi besar dan luas dengan pilihan tempat duduk ala medan selera ataupun wakaf . 







Suka sangat masuk dekat kawasan ni sebab kekalkan seni bina warisan Melayu sesuai lah dengan konsep restoran masakan warisan Melayu.

Dekat bahagian hujung barisan dangau ni ada kolam buatan dengan hiasan batu berlapis. Sayang lah air dah kuning, kalau jaga elok-elok, letak ikan dengan bunga dah cantik dah ni. Tengok gaya kolam ni macam tak teruk sangat so I assume baru lagi la diorang beranjak ke depan.


Ni bahagian kaunter untuk urusan bayar makanan. Cantik! 


Ruang makan dekat dalam ni lebih luas berbanding dekat luar. Kalau makan dekat hujung sana boleh rasa angin natural. Tak tahu la belah hujung sana ada apa lagi sebab tak berani jugak nak explore. Kang ada monyet macam penat pulak nak lari bila dia kejar. 



Makan dekat sini dah tak payah rush apa benda dah sebab ada tandas dengan surau. Kalau buka puasa pun tenang je nak pergi solat lepastu. Tapi dah sekarang ni musim covid-19 memang tak lah nak merasa buka puasa makan ikan bakar dekat sini.


Harap lepas habis perintah kawalan pergerakan ni makin ramai la yang datang dan makin banyak la kedai tumpang berniaga. Masa datang ni ada kedai nasi ayam dengan kedai pisang goreng tumpang meniaga. Kalau ada laksa, mi udang dengan cendol fuhhh masyuk! 

Next time memang menyinggah sini lah cerita dia. Murah, sedap, bersih, service pun bagus. Yang selalu menyinggah daerah Kuala Selangor, Tanjung Karang dengan Sabak Bernam ni singah-singah la ke sini. 

4 comments

  1. Mesti tak tahu nak pilih lauk apa sebab banyak sangat pilihan.

    ReplyDelete
  2. xpernah lg mkn kat sini. buffet konsep dia ingat mcm order seafood tu

    ReplyDelete
  3. selalu limpas je tanjung karang ni sbb nk balik sg besar.. hehehe

    ReplyDelete
  4. aaaaa kambing tu nampak sedappppp uikkkk!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.