Lirik Lagu Air Mata - Khai Bahar

Monday 29 April 2019

Famous Perlis lepas Yuna shoot MV Forevermore dekat sana lepastu keluar pulak MV baru Khai Bahar shoot dekat pantai di negeri Perlis. Tempat dah memang lawa ditambah pula dengan suntikan karya editing, sinematografi jadi cantik sangat. 


Single Air Mata yang dikarang oleh Khai sendiri dikeluarkan pada 28 April 2019 bergenre balada di bawah label NAR Records. Lagu Air Mata mengisahkan tentang kekecewaan dan rasa give up bila masalah datang menimpa dalam kehidupan kita. Its kinda motivational song. 

'Buanglah semua rasa keresahan dalam diri dan terbanglah tinggi'

Lontanan suara merdu, susunan melodi yang cantik, lirik lagu sarat dengan mesej, penjiwaan Khai sendiri  antara faktor lagu ni boleh melekat dalam kepala. Tak cukup dengar sekali mesti tangan nak tekan replay. Yang belum dengar lagi boleh tengok dekat sini


LIRIK LAGU AIR MATA - KHAI BAHAR

Lagu : Khai Bahar
Lirik : Khai Bahar
Komposer : Khai Bahar
Label : NAR Records Sdn Bhd

Ku Pejamkan mata dan
Ku Biarkan semua berlalu
Langkah Kaki terpijak
Di Bumi nyata sandiwara

Rasa Kecewa menghentikan fikiranku
Hujan Takkan berhenti
Selagi Jiwaku rapuh
Dan Masih tetap disini

Buanglah Semua rasa
Keresahan Dalam diri
Terbang Tinggi
Airmata

Jauh Ku melangkah namun diriku tetap disini
Rasa Kecewa menghentikan fikiranku
Selagi Jiwaku rapuh
Dan Masih tetap disini

Buanglah Semua rasa
Keresahan Dalam diri
Terbang Tinggi
Airmata
Airmata

Airmata
Seketika
Takkan Berpanjangan tiba

Airmata
Rasa Luka
Pedih Menyiksa jiwaku

Buanglah Semua rasa
Keresahan Dalam diri
Terbang Tinggi
Airmata
Airmata
Airmata

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.